"i will sit next to you" ucap jenna kepadanya.
"no . its fine . kau duduk dekat meja lain"
"kau lupa ke apa aku cakap ?"
"jenna please . kalini je . ok . "pintanya kepada jenna lalu crystiana meletakkan beg tangan di kerusi di sampingnya sebelum duduk di hadapan mike manakala jenna duduk di meja yang jauh daripada mereka . mike pula hanya memerhati gerak geri yang dilakukan crystiana menyebabkan crystiana kurang selesa bersamanya.
"cakap apa yang kau nak . aku tak ada banyak masa memandangkan aku ada banyak kerja nak buat ." ucap crystiana kepadanya lalu memesan coffee cappucino kepada pelayan cafe itu.
"congratulations. aku baca berita fasal projek kau tu pagi tadi . wah tak sangka kau boleh bekerjasama dengan syarikat tu . aku dengar syarikat tu memang taknak bekerjasama dengan artis . tak sangka boleh terjadi pula . tahniah" ujar mike dengan gembira .
" terima kasih . " balas crystiana lalu dia memandang wajah mike dengan pandangan tajam.
" tapi , kau tak rasa ni berlebihan ke ? satu kali boleh masuk akal . tapi dua kali? sampai bila kau nak ikut aku ? lagipun kita bukannya rapat kalau nak dimulakan pun . cepat cakap sebelum aku pergi . " ucap crystiana membuatkan mike tertawa.
"tak rasa kejam ke kau cakap macam tu dengan aku? aku boleh kecil hati tau kalau kau cakap macam tu . kalini aku memang betul betul terserempak dengan kau . serious"
" berhentilah cakap benda mengarut . perlu ke aku call lena sekarang ni nak tak tahu kau jujur ke tipu ? aku tahu semuanya tapi aku hanya tutup mata telinga je . perlu ke aku buka mulut sendiri nak bagitahu yang aku tahu lena dengan kau bekerjasama ? kalau kau nak cakap fasal lena aku tak ada masa dan tak nak tahu dan taknak dengar"
" fine fine fine . masa first aku jumpa tu memang lena yang minta tolong tapi kalini aku datang jumpa kau bukan sebab lena tapi sebab ryan ." kata mike yang membuatkan crystiana terdiam.
"ryan? kau datang jumpa aku nak cakap fasal ryan ? sorry to say but aku taknak tahu fasal dia. aku tak berminat " ucap crystiana lalu mengambil begnya untuk pergi namun dihalang oleh mike.
"erm erm erm aku tak cakap lagi . aku nak cakap fasal kau sekali . macam mana kalau aku cakap yang ryan cari kau . kawan kita semua tahu yang ryan cari kau lepas kau lari dari rumah"
"jangan nak merepek dekat sini" marah crystiana lalu merentap pergelangan tangannya daripada mike dan kembali duduk di kerusinya
" aku dapat tahu yang ryan cari kau masa kau balik rumah dekat sana . "
"aku dah cakap jangan merepek kan . kau sendiri cakap yang tak ada siapa jumpa dia. "
"kau tak nak tahu ke sebab kenapa dia hilangkan diri macam kau?"
"maksud kau?"
"dia ada pertalian darah dengan keluarga diraja . semua orang dekat sekolah tahu fasal tu cuma kena rahsiakan . termasuk kau . tak ada siapa dibenarkan bagitahu fasal identiti dia . cuba kau fikir balik . selama kau kawan dengan dia , dia tak pernah bagitahu nama penuh dia kan ?" ucap mike kepada crystiana yang sedang kaku manakala zack dan edward yang duduk di belakang mereka mendengar segala perbualan yang dibualkan mereka . zack memegang tangan edward untuk menghalangnya daripada menghentikan perbualan mereka.
" jangan ." ucap zack
"tapi dia nak beritahu fasal.."
"biarkan . dia patut tahu " ucap zack lagi lalu edward kembali menenangkan dirinya di sebelah zack manakala crystiana memaksa dirinya mengingat kembali kenangannya bersama zack di mana zack mengenalkan dirinya buat pertama kali.
"tapi . benda ni buat aku terfikir balik . kalau dari awal dia tak jujur dengan kau . kau tak rasa ke dia tak pernah jujur dengan kau selama ni?"ucap mike lalu crystiana menundukkan kepala untuk memandang ribanya.
" family dia taknak sesiapa tahu . jadi masa akhir tahun tu lepas kau hilangkan diri ada seorang cikgu baru terlepas cakap fasal ryan jadi family dia bawa dia jauh . dan baru baru ni lena terserempak dengan dia . dekat kawasan perumahan kau . sama hari dengan kau dekat sana " sambung mike lagi yang membuatkan crystiana terkejut dan tangannya pula serta merta mengigil .
" kau tak nak tahu ke kenapa dia pergi dekat kawasan tu ? dia tak ada alasan lain nak pergi sana kecuali kau . "
" aku tak tahu sebab apa kau cakap fasal ni dekat aku. tapi aku cakap awal awal yang aku tak berminat dengan apa pun rancangan kau. aku dah buat keputusan sejak aku tinggalkan negara tu yang aku tak akan berurusan lagi dengan hal dekat sana . ni last warning dari aku . aku tak tahu macam mana kau boleh cari aku tapi lain kali kalau kau buat macam ni . aku takkan duduk diam . lagi satu aku akan buat tak dengar apa yang kau cakap tadi . aku tak ada kena mengena dengan dia ." ucap crystiana memberi amaran lalu berdiri dan meninggalkan mike keseorangan.
" susah kalau macam ni . dia taknak dengar . dia dah pergi dah . u salahkan i pulak . u ingat perangai crystiana tu sama ke macam dulu? fine . i memang stay sini lama. nanti i call lagi" ucap mike di telefon sebelum mematikan panggilannya . dia kemudian meninggalkan tempat tersebut setelah membayar duit minumannya.
"kau nak buat apa sekarang?" soal edward kepada zack.
"sampai bila kau nak tunggu? kau dah jumpa dia dekat berbulan bulan dah . aku rasa lagi baik dia tahu sendiri daripada kau atleast takdelah kau tanggung menyesal tu" ucap edward lagi
"kau tak dengar ? dia sendiri cakap yang dia tak ada kena mengena dengan aku . kalau aku jujur dekat dia . hubungan aku dengan dia confirm teruk . aku nak biar waktu yang uruskan ."
"sampai bila? "
"aku ada plan sendiri . jadi kau tengok je . aku akan buat apa yang aku plan" balas zack lalu membuka telefonnya.
"zayn panggil suruh balik . ada hal . jom" ucap zack lagi sebelum keluar daripada cafe itu dan diikuti oleh edward .
"hal apa?"
"lendyia . entahlah perempuan tu . buatkan kepala aku ni makin berserabut pula . haih"
" tak mungkin . tak mungkin . dia tipu kan . dia mesti tipu " ucap crystiana berkali kali sambil berjalan menuju ke tempat keretanya diparking . dia memandang tangannya yang berada dalam keadaan mengigil .
"tak mungkin . ryan tak mungkin cari aku . no . its impossible . kau dah bertahun tahun tak jumpa dia . mana mungkin dia kenal muka kau . ye betul tu . aku dah berubah . dia tak akan kenal aku punya . " ucap crystiana lagi .
"tapi kalau dia memang betul tahu aku dekat situ macam mana? no no . aku pergi sana senyap senyap . kan . yes . aku pergi sana tak ada siapa yang tahu . jadi mike maybe tipu aku . dia kan masih suka lena . of courselah dia akan ikut cakap lena kan . heh . betul juga tu ."
"kau okay? dia cakap apa dekat tadi?" tanya jenna kepadanya setelah melihat crystiana berada di dalam keadaan tidak sihat.
" aku nak balik . drive balik" ucap crystana kepada jenna .
"ok"
crystiana berdiri di beranda miliknya sambil melihat suasana malam di mana bulan menerangi langit dan bintang bintang bertaburan mencantikkan lagi pemandangannya. dia memegang botol jus anggur dan meminumnya bagi menggantikan wine kerana dia tidak dibenarkan untuk minum alkohol atas faktor kesihatannya itu.
"bestnya kalau dapat jalan jalan sekejap . ambik angin ." desis crystiana perlahan namun tiba tiba telefonnya berbunyi . dia menoleh ke arah mejanya dan membaca mesej yang baharu sahaja masuk ke peti pesanannya.
'dah tidur?' soal zack . crystiana tersenyum apabila membaca pesanan daripada zack
'belum . kenapa tak tidur lagi?' balas crystiana kembali
'ting'
'jetlag.'
'nak ambik angin ? ' soal crystiana setelah berfikir sejenak
' dengan hati yang terbuka. saya ambik awak' balas zack yang membuatkan senyuman crystiana semakin melebar.
'saya tunggu dekat bawah . cepat. jangan lambat'
'im on my way' balas zack manakala crystiana lantas memasuki biliknya dan bersiap siap sambil berhati hati untuk tidak membangunkan rakan dan managernya yang sedang tidur lena .