crystiana dan zack keluar dari perut kereta setelah mereka sampai di tempat yang ditujui lalu berjalan bersama sama sambil menghirup udara malam yang segar itu . mereka berjalan mengelilingi kolam yang dihiasi air pancut sambil menikmati pandangan malam.
" sekarang ni cuaca tengah sejuk . kenapa awak pakai baju nipis sangat? " ucap zack setelah melihat pakaian yang dipakai crystiana .
"huh? " ucap crystiana dengan bingung . zack yang melihatnya lantas menggelengkan kepala lalu menanggalkan baju sejuknya sebelum memakaikannya di tubuh crystiana .
" er thank you" ucap crystiana sambil tersipu sipu malu .
"kenapa awak chat tadi?" soal crystiana lalu memandang zack setelah itu
"kenapa awak ajak keluar tadi?" soal zack kembali sambil tersenyum manakala crystiana hanya ketawa kecil
" awak mesti tengah ada dalam masalah . kalau tak takkan ajak saya keluar time tengah waktu macam ni . apa yang awak tengah fikirkan ?"soal zack lagi kepada crystiana .
" hm? fikir ? banyak . saya ada banyak benda yang untuk dirisaukan . awak pun mesti ada masalah kalau tak takkan mesej saya . kan?" soal crystiana pula kepadanya.
" haha . samalah. saya ada banyak tanggungjawab nak ditanggung . so banyak benda kena sentiasa fikir" balas zack .
" er ceritalah . selama ni awak asyik dengar saya punya masalah . sekarang giliran saya pula . "
"tak apa . saya taknak susahkan orang lain . saya ok je ."
"awak tak anggap saya kawan ke? apa guna kawan kalau tak boleh pinjamkan telinga dan bahu? come on . cerita lah . saya ok je . jangan risau . "ucap crystiana lalu menepuk bahu zack untuk meyakinkannya manakala zack pula menatap wajah crystiana dengan lama sebelum memulakan ceritanya.
"saya ada banyak benda nak dikesalkan . saya banyak buat benda yang buatkan saya menyesal . masa saya remaja dulu . ada seorang budak perempuan ni . boleh dikatakan dia first love saya . setiap masa setiap saat . saya selalu ingat dia . orang cakap mabuk bercinta . tapi, setiap kali saya berjumpa dengan dia . saya kena tipu dia sebab saya takut dia jauhkan diri dari saya . setiap hari saya berdoa supaya dia selalu ada dengan saya . tapi one day dia hilangkan diri sebelum saya sempat jujur dengan dia . dan sampai sekarang saya masih tunggu dia . " ucap zack sambil memandang pemandangan di langit.
"awak mesti cintakan dia sangat sangat kan .she must be one of a kind . i wish to see her too . " balas crystiana.
"yep . i love her to much yang buatkan saya menyesal tak jujur dengan dia sebelum dia pergi. "
" one day, kalau awak jumpa dia . apa yang awak akan buat?" soal crystiana lalu zack menolehkan kepalanya memandang wajah crystiana
"saya akan bagitahu semuanya dan betulkan keadaan dari awal . "
" awak yakin awak akan jumpa dia ?"
" saya sentiasa yakin . "
" its okay . saya percaya awak akan jumpa dia one day . jangan risau . dia mesti akan faham awak . apa yang kita buat semuanya ada reason . kalau awak terangkan sebabnya . mesti dia akan faham awak . kalau dia tak terima . mungkin dia perlukan waktu untuk faham tindakan awak ."
"saya harap macam tu" balas zack yang masih lagi memandang wajah crystiana dengan lama.
'cis . jealousnya aku . agak agak siapa ek perempuan yang zack suka dulu tu . hm . kalaulah aku dapat lelaki macam zack ni. hm confirm ikat tepi .' desis crystiana di dalam hati
"did you still love her?"
" biarlah rahsia ."
"ceh. awak tahu dia kerja apa sekarang ni?"
"hmm . yang saya tahu dia pun kerja dalam entertainment juga . "
" ohhh . really ? hm lagi apa yang awak risau?" soal crystiana lagi
"awak ingat tak perempuan yang uruskan projek masa tu?"
"ingat . kenapa dengan dia ?"
"dia buat perangai dekat pejabat saya . tapi saya tak ada . outstation . then dia serbu pejabat adik saya . lepas tu dia buat hal dekat rumah mak saya . saya speechless . tak tahu nak buat apa . sebab saya fikirkan yang family dia tu rapat dengan family saya . takut kalau tersilap langkah nanti ."
"zack . awak buat apa yang awak patut buat . macam awak cakap tadi . awak menyesal sebab tak mengaku dekat dia awal awal . jadi kali ni . jangan sebabkan awak tak berani buat keputusan membuatkan awak menyesal lagi . saya tak suka hidup dalam penyesalan so . saya pastikan keputusan yang saya buat setiap hari . saya tak akan menyesal kemudian hari . kalau awak takut ia dapat pecah belahkan hubungan . awak kena buat keputusan berdasarkan logik akal . salah tetap salah . betul tetap betul . lagi satu . sorry sebab saya awak terpaksa hadap semua tu. "
"terima kasih . jangan risaulah . itu kerja saya lagipun kalau tak disebabkan awak . saya memang nak cari alasan reject dia. dia tak ada attitude yang sepatutnya dalam buat project."
"its okay . apa gunanya saya sebagai kawan kalau tak tolong .... ada something dekat muka saya ke ? " soal crystiana kepada zack setelah sadar bahawa zack sedari tadi merenung wajahnya.
"tak ada apa apa . cuma muka awak ada iras iras dengan perempuan tu . "
"so confirm perempuan tu lawa sangat kan . "
"absolutely"
"pftt. "
"esok awak dah start busy kan?"
"yup . esok penuh dengan photoshot . and wow . minggu ni no time to rest at all . "
"busy busy juga . jangan lupa jaga kesihatan . esok saya terbang balik . so minggu depanlah saya akan jumpa awak balik . "
"ok . awak juga . hati hati . "
"awak pula . apa yang awak risau ?" soal zack kepadanya pula .
"saya ? hm . saya risau keadaan family saya memandangkan saya jarang balik . and for the first time since saya datang sini . saya balik jumpa family but wow . macam macam kejutan dapat . saya takut saya tak dapat spend time dengan family kalau keadaan dia orang masih macam tu . i mean . dia orang tengah ada problem yang susah nak settle . you know ... my parents want to get a divorce and i blame myself for it . and also ..."
'aku risau dengan kesihatan aku .'
"also?"
" nothing. semuanya fasal kerja . tak perlu risau sangat . " balas crystiana
" awak jangan risau . parents awak mesti tahu yang terbaik untuk family awak . lagipun adik beradik awak semua dah besar . jadi sekarang ni awak kena faham tindakan yang dia orang buat . sama ada stay atau cerai ."
"true . saya pun taknak paksa mama saya stay dekat toxic marriage. lagipun apa keputusan yang dia buat . saya akan tetap sokong kedua dua keputusan . " ucap crystiana lalu zack mengusap kepala crystiana bersama senyuman .
"good girl " bilang zack
"cis" ucap crystiana lalu menepis tangan zack sebelum ketawa bersama .
"awak nak try tengok lake swan ? jom" ucap crystiana sambil menarik tangan zack sebelum sempat zack membalas pertanyaannya.
zack memberhentikan keretanya di hadapan dorm apartment crystiana dengan perlahan . dia kemudian menolehkan kepalanya dan melihat crystiana yang sedang tidur nyenyak di sebelahnya . dia menyandarkan badannya di kerusi untuk melihat wajah crystiana dengan lebih baik .
" crystiana..... kris" sebut zack dengan perlahan .
"hrm.." gumam crystiana yang membuatkan jantung zack berdegup dengan kencang . dia kemudian lantas mengerakkan bahu crystiana dengan perlahan untuk mengejutkannya.
" crystiana . bangun . dah sampai "
"hm ? oh sorry . saya tertidur ke? sorry sorry . " ucap crystiana lalu mengosok kelopak matanya untuk menghilangkan ngantuknya itu.
"tak apa . its okay . lagipun baru je sampai " balas zack kepadanya.
"terima kasih ." ucap crystiana kepada zack lalu keluar daripada perut keretanya setelah memulangkan jaketnya kembali dan berdiri disebelah cermin yang dibuka separuh oleh zack .
"goodnight . bawa hati hati ." ucap crystiana.
" goodnight . do the best tommorow ." ucap zack pula .
" awak pun . lagi satu . jangan banyak fikir yang bukan bukan .you are a good person. dia mesti akan faham awak . kalau dia tak faham . awaklah yang kena fahamkan dia . goodluck" ucap crystiana lalu melambaikan tangannya kepada zack sebelum bergegas masuk kembali ke dormnya selepas sahaja zack berlalu pergi .
"kalau dia tak faham . akulah yang kena fahamkan dia? hm betul juga" ucap zack sebelum tersenyum seorang diri sambil menyeluri jalan yang sedang lengang itu .