"bang ! bang ! bang !" bunyi hentakan yang kuat di pintu apartmentnya seawal pagi menyedarkan jenna dari tidur lenanya itu . dia lantas bangun dan mengesat kelopak matanya yang layu itu .
"siapa yang datang pagi pagi buta ni ? pukul 7 pula tu" ucap jenna sambil memandang jam di dindingnya sebelum menguap .
"bang ! bang ! bang! " bunyi hentakan di pintu itu lagi membuatkan jenna lantas berdiri.
"wait a minute ! haih kau ingat pintu rumah ni kau yang bayar ke ? tak reti nak ketuk perlahan lahan? kalau aku tahu rosak lah . aku paksa kau ganti . datang pagi pagi lepastu tak ada adab pula tu . kasar betul" rungut jenna lalu membuka pintu apartmentnya.
"who are ....you?" soal jenna setelah membuka pintu tersebut namun kedua dua belah kakinya langsung mengundur dengan perlahan lahan .
" k..k..au buat apa dekat sini ?" soal jenna dengan bimbang lalu melihat pintu bilik crystiana yang masih tertutup rapat .
"kau boleh jumpa aku dekat tempat lain kan ? kenapa kau jumpa aku dekat sini?" ucap jenna lalu menutup pintu apartmentnya dan berbicara dengan mereka di hadapan tangga kecemasan.
"kau buat apa jumpa aku dekat sini? apa yang ayah aku nak lagi?"
"boss nak jumpa kau sekarang . dia cakap kalau kau tak nak ikut . aku boleh guna cara kasar . " ucap salah seorang lelaki di hadapannya bersama sedikit ugutan lalu dia mendekatkan wajahnya ke muka jenna manakala jenna menyembunyikan rasa takut dan gugupnya dengan memandang ke tempat lain .
"sekarang? ok ." jawab jenna sebelum mengikuti mereka sambil dikepung oleh mereka untuk langkah berjaga jaga . jenna memandang apartmentnya dengan harapan crystiana tidak akan di apa apakan oleh mereka sebelum memasuki perut kereta hitam tersebut .
"jalan" arah lelaki itu kepada pemandu kereta .
"kau tak rasa kau dah langgar privasi aku ke? kau boleh jumpa aku dekat tempat lain . kenapa dalam banyak banyak tempat . dekat rumah aku juga?" soal jenna kepala lelaki yang mempunyai tatu naga di lehernya.
"kalau cepat kau bagi jawapan . lagi cepat kau bebas . tak ada siapa yang kacau "
"heh . bebas . bullsh*t apa aku dengar ni " desis jenna perlahan lalu memeluk tubuhnya dengan erat kerana kesejukan .
jenna berdiri diam sambil melihat lelaki yang mempunyai tatu di leher disebelahnya itu mengetuk pintu bilik kerja ayahnya .
"cik jenna di sini " bagitahu lelaki itu kepada ayahnya. setelah beberapa saat kemudian , suara ayahnya bersuara .
"masuk" ucap ayahnya kemudian lelaki itu memandang jenna .
"apa yang kau buat? masuklah " ujar lelaki itu setelah melihat jenna hanya berdiri kaku di sebelahnya . jenna memejam matanya dengan rapat lalu menghirup udara dengan sedalam dalamnya sebelum melepaskannya kembali. perbuatannya itu membuatkan lelaki itu ketawa akannya . beberapa saat kemudian , dia membuka kembali kelopak matanya dan memulas tombol pintu tersebut . kakinya melangkah masuk ke bilik tersebut untuk bertemu dengan ayahnya tanpa teragak agak lagi .
"apa? apa lagi ?" soal jenna tanpa berbasa basi setelah berdiri di hadapannya .
"ayah dah bagi tempoh lama dekat kamu untuk kosongkan fikiran dan berfikir. jadi apa jawapan kamu ?" soal ayahnya tanpa menoleh ke arah jenna.
" taknak . jenna tak nak. tu keputusan jenna . jenna tak akan . sesekali kahwin dengan orang yang jenna tak suka . dan tak akan . terima jawatan tu " ucap jenna dengan berani .
" jadi jenna minta tolong sangat sangat . tolonglah lepaskan jenna . biarkan jenna hidup dengan jalan yang jenna sendiri pilih . jenna janji tak akan masuk campur dalam hal keluarga , hal syarikat . jenna cuma nak hidup bebas . bagilah jenna pilihan nak buat keputusan sendiri . hidup sekali . bukan selamanya jadi ayah pun patut buat apa yang nak dan jenna akan buat apa yang jenna nak ." ucap jenna lagi lalu dia memusingkan tubuhnya untuk segera pergi .
"kamu yakin ? kamu yakin dengan keputusan yang kamu buat tu? ayah nasihatkan kamu fikir lagi baik baik . jangan sampai menyesal . " ucap ayahnya . jenna kemudian kembali memandang wajah ayahnya itu
"jenna tak akan menyesal . jangan risau . " balas jenna kembali.
" hm kalau begitu . ayah bagi kamu peluang terakhir untuk fikir balik betul betul . bawa dia masuk ke sini" ujar ayahnya yang membuatkan jenna heran.
" peluang apa lagi? kan jenna dah cakap ..." kepalanya menoleh ke arah pintu di belakangnya yang dibuka secara tiba tiba sebelum dia menghabiskan perkataannya.
"crystiana ????! .. macam mana kau boleh ada dekat sini?" soal jenna kepada crystiana yang sedang diheret masuk dan diletakkan di hadapan ayah jenna . wajah crystiana dipenuhi dengan lebam dan bengkak manakala bibirnya pula dilumuri dengan darah akibat luka . air matanya mengalir tanpa henti walaupun tiada suara tangisan membuatkan jenna menggengam tangan dengan kuat .
"apa yang kamu fikir ?" soal ayahnya bersama senyuman.
"apa yang ayah buat ni? ni urusan jenna janganlah libatkan orang lain yang tak ada kena mengena . stoplah semua ni . berhenti . berhenti. takkan tak faham ? " ucap jenna dengan penuh emosi .
" sebab tu ayah cakap suruh fikir baik baik . sekarang kamu nak dengar cakap ayah ? kalini dah tak ada lagi nak bagi muka . lama lama kamu boleh pijak . " bilang ayahnya
" ayah . berhentilah . ni bukan caranya . ayah nak suruh jenna buat apa supaya ayah dengar apa yang jenna nak? melutut? merayu? lepaskan dia . dia tak ada kena mengena dalam hal ni" balas jenna manakala wajahnya sudah mula dibasahi dengan air matanya.
"semua ni takkan terjadi kalau kamu tak keras kepala. kalau kamu setuju , belah lelaki mungkin akan sampai dalam minggu ni untuk bincang hal perkahwinan . memandangkan hal ni dah lama tertunda jadi takkan ada pertunangan. kita akan anggap lah 7 tahun lepas tu proses kamu tunang dengan dia" ucap ayahnya lalu meletakkan kotak cincin di hadapannya.
" ayah . jenna tak akan terima lelaki tu . berapa kali jenna nak kena terangkan ? jenna taknak ada kena mengena dalam dunia gelap. kahwin dengan anak mafia ? taknak . jenna tak akan terima . " ujar jenna kembali manakala kemudian ayahnya bangun dari tempat duduknya .
" kamu tinggalkan ayah tiada pilihan . " ucap ayahnya sebelum tiba tiba mengeluarkan pisau daripada laci tempat duduknya dan menikam tubuh crystiana yang membuatkan jenna menjerit dengan kuat . lantai di hadapannya mula dipenuhi dengan darah .
"crystianaaaa!! apa yang ayah baru buat ? apa yang ayah baru buat !! " jerit jenna kepada ayahnya .
"ayah dah cakap buat keputusan yang baik kan .jangan lupa pakai cincin tu nanti . " ucap ayahnya dengan bersahaja sambil mengelap tangannya yang dipenuhi darah sebelum keluar daripada bilik tersebut. jenna langsung berlari ke arah crystina dan memangku tubuhnya manakala tangannya yang sedang mengigil menekan di tempat pendarahan supaya darah tidak melimpah keluar dengan lebih banyak.
"crystiana . crystiana . aku minta maaf . aku minta maaf . maafkan aku . maafkan aku" ujar jenna berulang kali sambil menangis ketakutan .
"aku ok . sakitnya dah hilang . jangan risau " ucap crystiana dengan tersekat sekat .
"jangan bercakap . jangan bercakap lagi . ambulans kejap lagi sampai. bertahan lah kejap . kejap je . jangan tutup mata . stay with me " bilang jenna sambil teresak esak .
"aku cakap aku baik baik je . jangan risau . jangan dengar cakap ayah kau . ni hidup kau . kau patut ikut kata kemahuan kau . atleast ...kau hidup bukan dalam penyesalan. jangan hidup macam aku . hiduplah dengan bahagia ." ujar crystiana dengan lemah . suaranya menjadi semakin perlahan di setiap saat .
"aku cakap jangan bercakap ! simpan tenaga kau ! dengarlah cakap aku !" jerit jenna kepadanya namun crystiana hanya tersenyum melihat wajah jenna yang sedang menangis itu sebelum senyumannya perlahan lahan menghilang dari wajahnya.
" no . no . no . crystiana ! stay with me ! crystianaaaaa! stay with me ! tak boleh . tak boleh . aku tak benarkan kau tinggalkan aku ! jangan tinggalkan aku ! jangan tinggalkan aku sorang sorang . kau je yang aku ada dalam dunia ni . aku dah tak ada siapa siapa lagi dekat sini . tolonglah jangan tinggalkan aku . tolong . crystianaaaaa !" jerit jenna kepadanya lalu memeluk tubuh crystiana dengan kuat. dia dapat merasakan suhu tubuh crystiana perlahan lahan menghilang dan tangan crystiana yang sedang memegang tangannya pula jatuh tidak bermaya.
" tidak . tidak . tidak . no no no . jangan tinggalkan aku . jangan tinggalkan. pleasee . aku mohon " rayu jenna manakala tangisannya pula menjadi semakin kuat .