Chereads / You Are My World / Chapter 58 - chapter 55 : sweet home

Chapter 58 - chapter 55 : sweet home

hatinya tidak tenang kerana begitu resah memikirkan apa yang akan dilalukannya apabila kembali di rumahnya sendiri membuatkan dia tidak dapat melelapkan matanya hinggalah matahari terbit dan bersinar menyinari biliknya. badannya berguling guling di atas katil menyebabkan jenna rimas lalu terbangun dari tidurnya dan menendangnya sehingga jatuh dari katil .

"arghhhh" jerit crystiana kerana terkejut apabila ditendang jatuh dari katil .

" diamlahhhhh aku nak tidur . dari malam tadi kau tak reti diam . kau nak mati ke?" jerit jenna dengan geram apabila tidurnya diganggu .

"arghhhhhh . macam mana niiiiiiii . apa aku perlu buattt? aku dah lama tak balik rumah . aku nak kena buat apa nanti ? oh my god awkwardnya nantiiiii . aku benci suasana janggal ni" ucap crystiana dengan kuat .

"argh . aku boleh gila dengan kau ni . diamlah . ingatkan bila dekat negara ni aku boleh tidur dengan tenang . rupanya sama je . kau bising lagi . aku campak kau dekat luar " ancam jenna kepadanya selepas membaling bantal peluknya di badann crystiana.

"hmm jenna . kau taknak teman aku ke ? tak kesian dekat aku ke? temanlah . eh temanlah " rayu crystiana kepadanya sambil memeluk tubuh jenna yang sedang berselimut itu .

"ish kan aku dah cakap semalam . aku taknak ."

"kau tak kesian dekat aku ke ?"

"kris . rumah family kau tu dekat dengan kawasan rumah family aku . aku taknak terserempak dengan dia orang ." ucap jenna . crystiana yang mendengar alasannya hanya mencebik .

"tch . padahal kawasan tu lain lain taman pun cakap dekat . cakap jelah kau dah tak sayang aku . bukk! auchhhh" aduh crystiana selepas bantal yang dibaling jenna mengenai mukanya.

"jangan banyak bunyi . cepat mandi . lepas tu aku pula nak mandi . aku nak keluar pergi shopping" ujar jenna .

"tch . merajuk lah dengan kau macam ni" balas crystiana lalu menghentakkan kaki sebelum masuk ke dalam bilik mandi .

"perangai macam tak cukup umur je . " ucap jenna lalu menutup matanya menyambung kembali tidurnya yang terganggu .

crystiana dan jenna jalan bersama sama menuruni anak tangga untuk menuju ke pintu utama . memandangkan mereka tidak sempat membawa baju yang mencukupi , mereka hanya memakai pakaian yang casual pada hari itu . demi untuk tidak menarik perhatian orang ramai, crystiana dan jenna tidak memakai sebarang makeup dan hanya memakai topi untuk menutup sebahagian mukanya.

"kau taknak pergi shopping dulu ke beli barang keperluan kau lepastu baru pergi rumah kau" soal jenna kepada crystiana .

"nanti jelah . kita ada banyak masa lagi kan . aku nak selesaikan perkara ni dulu baru aku dapat tenangkan diri . kalau tak . serabut kepala aku" balas crystiana lalu membuka pintu utama hotel itu .

"pin ! "

" oh my goodness" latah mereka berdua apabila dikejutkan oleh bunyi hon kereta setelah mereka keluar daripada hotel tersebut.

"aku rasa macam jantung aku macam nak tercabut . tch . manusia mana yang berani hon pagi pagi ni ?' ucap jenna lalu mengetap gigi menahan geram namun matanya tiba tiba menatap wajah dua orang lelaki yang sedang berdiri di sisi kereta di hadapan mereka .

" aku macam kenal muka mamat dua ekor tu . " kata jenna kepada crystiana .

"macam mana dia tahu aku nak keluar pagi ni?" soal crystiana kepada dirinya sendiri . zack dan edward melambaikan tangan mereka kepada crystiana dan jenna bersama senyuman yang lebar .

"awhhh . aku rasa creepy pula bila tengok dia orang senyum macam tu ." ucap jenna lalu membuat muka yang aneh sambil berjalan mendekati mereka .

" good morning ." sapa mereka berdua kepada crystiana dan jenna .

"good morning too ." balas crystiana manakala jenna hanya tersenyum sahaja.

"awak buat apa dekat sini?" soal crystiana kepada zack .

"saya nak jumpa awak . awak ada nak pergi mana ? saya hantarkan ." ucap zack .

"oh erm . i have to go right now . see guys later . bye bye " ujar jenna dengan pantas untuk mengelakkan dirinya daripada edward .

" i can give you a ride ." ucap edward kepada jenna sebelum sempat dia melarikan dirinya.

" s . h . @ . t " ujar jenna dengan perlahan lalu memandang wajah edward.

" no . its okay . i dont want to disturb you . " balas jenna bersama senyuman.

" its fine . i love you to disturb me by the way ." balas edward kembali membuatkan jenna mengangkat sebelah keningnya .

" p . e . r . v . e . r . t " ujar jenna di dalam hati .

" err . no its okay . the place i want to go is so far away . " ucap jenna memberikan alasan

" my answer is still the same miss jenna . "

"i want to go to shopping mall . its gonna take a lot of time "

" oh i love shopping . lets go together then"

"i mean ...."

"haih" jenna menghembuskan nafasnya dengan berat lalu meletakkan kepalanya di telapak tangannya .

" where did you want to go?" soal edward dengan gemira kepada jenna yang sedang duduk di sebelahnya .

" anywhere " balas jenna seperti sudah kehabisan tenaga. badannya terlalu penat untuk melayan kerenah edward yang tidak habis habis melekat dengannya seperti koala. manakala suasana di kereta yang lain pula ...

zack memandu keretanya dengan berhati hati walaupun dia sedang asyik berbual bersama crystiana .

" even gaji artis tu mahal tapi kerja dia tu . buatkan orang fikir banyak kali . macam saya , saya dah kerja lama dalam industri kan . orang respect hormat saya pun semuanya ada sebab. sebab saya tahu semua rahsia dia orang . contohnya ada satu kes tu . dia ni memang jenis yang sombong tau . even saya lalu depan dia pun dia tak tegur saya langsung . and then one day dia sendiri datang jumpa saya . ingatkan ada apa . rupanya sebab jenna terserempak dia dengan boyfriend dia . ergh . " cerita crystiana tanpa henti manakala zack pula setia mendengar setiap ceritanya dan ada kalanya dia mencelah dan bercerita tentang pengalamannya pula .

"saya pernah sekali je kena dengan pekerja. dia tak kenal siapa saya masa tu . dia ingat saya ni budak baru sebab masatu saya jarang masuk office . saya banyak outstation and buat kerja pun dekat rumah . meeting pun orang lain handle . dia marah saya sebab saya tak hormat dia . macam awak cakap tadi lah . tegur bila jumpa kan . lepastu p a saya datang dekat situ nak jumpa saya . at the end . saya dah tak nampak muka pekerja tu . rasanya pindah branch lain kot " cerita zack pula .

" garang juga awak eh sampai pekerja pun takut macam tu ." ucap crystiana sambil ketawa .

crystiana berdiri tegak di hadapan pagar rumah agamnya itu selepas membunyikan lonceng rumah. selepas itu, dia berusaha menenangkan dirinya dengan menarik dan menghembuskan nafasnya berulang ulang kali manakala zack pula disuruhnya parking di luar dan jauh di hadapan pondok pengawal keselamatan supaya tidak disalah anggap oleh ibunya

"masuk masuk . sini masuk " ucap puan rannia dengan menyambut kepulangan anak kesayangannya kembali di rumah dengan perasaan begitu gembira manakala crystiana pula masih lagi memikirkan apakah tindakan yang dilakukannya itu betul .

dia membuka kasut yang dipakainya di luar dan memakai selipar yang disediakan di dalam rumah itu .

" rumah ni tak banyak berubah sebab mama taknak ubah banyak sangat . mama tengah masak dekat dapur . kamu masuklah dekat bilik kamu tu . bilik kamu mama tak usik sikit pun barang kamu . tengoklah . " ucap ibunya lalu segera ke dapur untuk memeriksa masakannya . crystiana mengheret kakinya menaiki tangga yang menuju ke biliknya sambil melihat suasana di seluruh rumahnya lalu dia membuka pintu biliknya.

" betul lah . tak banyak berubah ." desis crystiana lalu matanya tertacap di meja solek di mana dia menyimpan semua kenangannya di masa lalu . tangannya yang sedang mengigil itu langsung membuka laci itu dan mengeluarkan barang barangan miliknya.

"barang barang ni masih ada lagi eh " ucap crystiana dengan tersenyum . dia kemudian melihat gambar gambar polaroid yang diambilnya sewaktu di sekolah menengah lalu mengalihkan buku notanya yang berada di situ ke tepi sebelum sepucuk surat jatuh dari dalamnya .

"letter ?" ucap crystiana setelah membaca tulisan di kertas itu .

"aku masih simpan surat ni? bukanke masatu aku selitkan dekat kocek jaket dia?" soalnya sendirian lalu membuka surat itu untuk membacanya.