Chereads / You Are My World / Chapter 57 - chapter 54 : A sweeter place

Chapter 57 - chapter 54 : A sweeter place

"Is there a place where I can hide away?

Red lips, french-kiss my worries all away

There must be a sweeter place

We can sugar-coat the taste

Sweeter place

There must be a sweeter" nyanyi crystiana sambil mengikuti rentak bunyi guitar yang dimainkan zack . setelah itu dia mengangkat sebelah keningnya tanda isyarat kepada zack bahawa seterusnya merupakan gilirannya . zack kemudian tersenyum dan menganggukkan kepalanya . selepas beberapa saat kemudian , dia mula mengeluarkan suaranya dan menyanyi lagu tersebut yang membuatkan crystiana sangat terkejut.

"You really wanna know where I've been all this time

So let me tell ya

Got two feet on the ground and felt what real is like

What it was like living out of the scene, out in the wild

Learning to breathe up in the clouds, far from the crowds

I can't believe I can be loud

Holding hands with the darkness

And knowing my heart is allowed

Allowed" seterusnya mereka menyanyikan bahagian chorus bersama sama sehinggalah lagu tersebut tamat . setelah itu mereka kembali menghabiskan waktu bersama dengan menyanyikan beberapa lagu kesukaan mereka .

"saya tak pernah tahu yang awak boleh nyanyi sedap macam tu ?" soal crystiana dengan perasaan yang masih terkejut.

"awak tak pernah tanya ." jawab zack sambil tersenyum apabila melihat reaksinya.

"wah . kenapa awak tak jadi penyanyi? awak dah boleh jadi penyanyi dah . memang layak punya. " ucap crystiana tanpa henti manakala zack hanya memetik guitar dan tersenyum sambil mendengar kata kata crystiana.

"anggap itu bukan bidang saya ." balasnya kembali.

"tch . " decit crystiana

" esok awak ada hal ? " soal zack pula

" saya hanya tinggal sehari je dekat sini . why?"

"sehari? "

"erm . kenapa"

"tak boleh ke awak tinggal beberapa hari lagi dekat sini?"

"kenapa ? saya tak bawak baju banyak . saya dengan jenna hanya bawa 3 pasang baju je . lagipun saya memang datang sini sebab ada hal urgent"

" saya nak ajak awak pergi ke beberapa tempat . pasal pakaian atau tempat ke . jangan risau . saya boleh uruskan semua tu" bilang zack yang membuatkan crystiana berada di dalam keadaan dilema.

" bagi saya masa nak berfikir . malam ni saya bagi jawapan . ok?" balas crystiana setelah lama berfikir .

"ok . "

"jom kita balik . saya tak boleh lama lama dekat luar nanti jenna risau ." ajak crystiana lalu segera bangun dari tempat duduknya dan kembali memakai penutup mulut .

" saya pulangkan guitar dulu ."

"ok"

zack memberhentikan keretanya di depan pintu utama hotel tersebut setelah mengambil masa 10 minit untuk sampai .

"terima kasih . for today." ucap crystiana berterima kasih terhadap zack kerana mengajaknya meluangkan waktu bersama untuk menenangkan fikirannya . kemudian dia membuka tali pinggang keledar yang dipakainya.

"nope . saya yang sepatutnya berterima kasih dekat awak . "

" anything for you " desis zack di dalam hati.

"boleh saya cakap something tak?" tanya crystiana dengan serius tiba tiba.

"mestilah . apa dia?"

"fasal projek tu kan . saya tak rasa projek tu akan berjalan dengan lancar . saya rasa saya tak boleh bekerja dengan cik lendyia . saya pun rasa yang cik lendyia pun tak boleh juga dengan saya" ucap crystiana dengan jujur.

" kenapa? ada apa awak dengan cik lendyia?"

"sorry lah eh . jujur saya cakap yang saya rasa cik lendyia ni tak sesuai bekerja dengan saya . cara bekerja dia tak matching dengan saya . pada saya . tak profesional. so kalau tak susahkan awak . saya nak minta .."

"saya dah tukar orang untuk lead projek tu . saya harap dia sesuai dengan cita rasa awak ."

"ha?"

" dia bukan pilihan saya dari awal . mak saya yang minta suruh jadikan dia untuk projek ni . saya tak ada alasan nak reject dia . tapi sekarang saya ada . jangan risau . saya akan lakukan yang terbaik untuk projek ni ."

"terima kasih . "

" buat yang terbaik ."

"always . good bye . " ucap crystiana lalu keluar daripada perut kereta milik zack dan tunggu sehingga keretanya hilang dari pandangan barulah dia masuk ke dalam hotel .

"kau keluar ke mana lama sangat ? "soal jenna setelah crystiana berada dihadapannya.

"tasik . nanti aku bawa kau pergi sana . serius lawa gila tempat tu . sayang kalau tak pergi . dekat sana tak ada pun macam dekat sini . banyak benda dia dah upgrade eh sekarang " ucap crystiana lalu membersihkan mukanya menggunakan micellar water .

"hm . zaman sekarang semua dah berubah kris . apa je yang tak berubah . hati manusia pun cepat berubah apatah lagi zaman ." ujar jenna sambil menonton drama di televisyen .

" kau tak ada nak pergi mana mana ke sebelum kita balik sana?" soal crystiana kerana seharian jenna duduk di hotel dan tidak kemana mana

"tak ada . " balas jenna tanpa reaksi

"kau taknak . jenguk parents kau ke?" soal crystiana lagi dengan berhati hati supaya tidak mengecilkan hatinya

"tak . buat apa aku pergi cari dia orang . apa yang aku dapat nanti ? huh . dia orang cuma akan cari aku bila ada something yang dia orang nak dari aku . " balasnya lagi lalu memandang wajah crystiana.

"kau tak tahu ? setiap hari aku lari dan sembunyikan diri dari orang yang dia upah suruh ikut aku. cis . dia ingat aku tak tahu dia upah orang suruh intip aku . memandangkan aku dekat sini . confirm dia dah tahu . aku tak payah susah susah nak bagitahu dia"

"maksud kau . lelaki yang selalu pakai topi tu warna hitam tu ke ? hm kejap eh . mak aku call ." ujar crystiana setelah mendapat panggilan daripada ibunya .

"ada apa mama call ? " soal crystiana setelah panggilan telefonnya

"mama baru keluar hospital . alang alang kamu dah ada dekat sini . baliklah sekejap dekat rumah. jenguk mama dekat rumah . dah lama kamu tak balik ke rumah kan . "

"balik ke rumah ? tak usahlah. lagipun rosi'e dekat sini semalaman je . barang banyak tak bawak. pergi sini mengejut kan." crystiana memberikan alasan kepada ibunya untuk tidak kembali ke rumah mereka .

"sekali ni je . mama mintak sekali ni je . mama tak minta banyak ." rayu ibunya berkali kali membuatkan crystiana semakin berserabut .

"ma . " panggil crystiana lalu berjalan menghampiri beranda biliknya . angin malam yang sejuk menyapa wajahnya yang putih mulus itu.

" rosi'e masih tak selesa dengan tempat ni . rosi'e tahu niat sebenar mama apa . sorry . rosi'e ..."

" buat untuk mama . kalau rosi'e rasa tak ada apa yang boleh buat rosi'e balik rumah . mama . mama alasan yang boleh buat kamu balik . buat untuk mama . please ..rosi'e . " rayu puan rannia lagi . crystiana kemudian menghembuskan nafasnya dengan berat . dia memandang ke arah langit dan melihat bulan dan bintang yang bertaburan untuk berfikir buat seketika .

" kejam sangat ke aku ? sampai mak sendiri pun kena merayu dekat aku untuk balik ke rumah ? tapi hanya aku seorang yang tanggung rasa derita tu . " ujarnya di dalam hati .

"rosi'e?" panggil puan rannia setelah crystiana lama mendiamkan diri .

"rosi'e akan cuba balik . kalau tak ada apa apa halangan ." crystiana akhirnya menyetujui akan kehendak ibunya .

"mama tunggu tau . jumpa esok . bye sayang " ujarnya sebelum mematikan panggilan . crystiana meletakkan telefonnya di beranda lalu menyeka rambut panjangnya yang bertebangan akibat angin tanpa mengetahui bahawa zack sedang mengelihatinya dengan pandangan mata yang lembut di luar keretanya . dia kemudian tersenyum dan ketawa kecil .

"kenapa dia cantik sangat ? dari dulu sampai sekarang dia tetap cantik" ucap zack sendirian namun tiba tiba cermin kereta di belakangnya diturunkan.

" itu sebab orang kalau dah suka , semua benda dia suka . kentut busuk pun cakap wangi" ujar edward kepadanya . zack yang mendengarnya langsung memberikan pandangan tajam kepada edward .

" kau dah lama hidup ke ?" ucap zack mengancamnya.

"tch."decit edward lalu memandang ke arah beranda di mana crystiana berdiri .

"kau nak balik?" soal jenna setelah menghampiri crystiana .

" mak aku merayu dekat aku . heh . entah sejak bila hati aku jadi lembut pula ni" balas crystiana

" jangan risau . aku okay . aku pun boleh jalan jalan dekat sini . aku pun dah lama tak balik sini" ujar jenna supaya tidak merisaukannya .

"serius ? "

" ye . aku dah lama tak shopping . esok aku nak pergi shopping . kau pergilah jumpa mak kau sana " balas jenna

"aku tak jumpa ubat aku dalam beg. kau ada nampak tak ?" soal crystiana tiba tiba

"apa kata . kita ambik cuti ni untuk tengok kau boleh bergantung tak tanpa ubat. aku sengaja tak bawak. aku nak tengok kau macam mana" "betul juga. sampai bila aku nak bergantung dekat ubat kan ."

"jangan risau aku ada . aku sentiasa jadi emergency call kau" ucap jenna lalu kembali berbaring di katilnya .crystiana yang melihat kelakuan jenna hanya tersenyum manakala zack memandang wajah edward yang tersenyum sehingga ke telinga.

" gembira sangat kau dapat tengok muka dia walaupun sekejap . "

"of course lah . "

" jangan lambat sangat . takut kena kebas orang nanti "

"ting"

'saya stay sini sampai 3 hari '