Chereads / PENJELMAAN SEMULA PEDANG TUHAN TERULUNG / Chapter 28 - Mod Neraka Mengerikan

Chapter 28 - Mod Neraka Mengerikan

Dengan Elit yang mengawal semua sudah mati, tinggal hanya Bos, Willie, yang masih hidup di kawasan lapang. Pada masa ini, Willie sedang terbaring atas lantai, tidur. Ia akan menggaru belakang badannya dari semasa ke semasa, langsung tidak perasan kehilangan anak buahnya.

"Semua, menyembuh sekarang. Aku akan terangkan cara untuk menyerang Willie sebentar lagi." Shi Feng mahukan semua orang bertenang dahulu. Dengan itu akan menjadi mudah untuk berhadapan dengan Willie. Pertarungan ini memerlukan tumpuan yang sangat tinggi kerana satu kesilapan sahaja boleh menyebabkan semua orang terkorban.

Mendengar perintah daripada Shi Feng, semua orang duduk menyembuhkan diri sendiri. Mereka makan dan minum untuk memulihkan keadaan supaya jadi yang terbaik.

Jari Shi Feng dihayunkan dan menekan ketika dia membuka Panel Atribut.

Dia baru sahaja mencapai Tahap 2. Disebabkan Bilah Nerakanya, Mata Atribut Percuma yang didapati melebihi pemain lain sebanyak 2 mata. Pilihan yang boleh dibuat dengan mata ini melebihi pemain biasa.

Pada peringkat awal, sudah cukup Ketangkasan seorang Pemain Pedang apabila mencecah 20 mata. Akan tetapi, Shi Feng menambahkan matanya kepada 30 mata. Tubuhnya akan menjadi lebih anjal sekiranya Ketangkasan mencecah 30 mata. Selepas itu, Shi Feng menambah baki matanya kepada Kekuatan, memudahkan dia bersaing dengan Bos.

Shi Feng mendapat 3 Peralatan Gangsa, satu Cincin Besi-Misteri dan sebilah Senjata Magis. Atribut Shi Feng pada asasnya telah mencapai keperluannya sendiri.

Karakter: Ye Feng (Manusia)

Kerajaan pilihan: Bintang-Bulan

Gelaran: Beribu Kekuasaan

Pekerjaan: Pemain Pedang

Tahap:2

HP: 520/520

Kuasa Serangan: 88

Kuasa Pertahanan: 39

Kelajuan Serangan:15

Kelajuan Pergerakan: 13

Atribut: Kekuatan 32, Ketangkasan 30, Ketahanan 24, Kepintaran 13, Tenaga 13.

Dengan atribut tersebut, Shi Feng berasa lebih yakin apabila bertarung dengan Willie.

Melihat semua orang sudah pulih, Shi Feng mula menerangkan, "Willie ada dua teknik. Salah satu ialah Pesta Pembunuhan. Apabila digunakan, Kebencian tiada kesan pada Willie dan dia akan menyerang secara rawak sesiapa sahaja yang berdekatan dengannya. Si Hitam dan Sepi, kamu berdua perlu ambil perhatian terhadap posisi kamu. Teknik yang kedua ialah Cakaran Maut. Cola, kau perlu jauhkan diri daripada Bos sebelum teknik ini digunakan. Salji Sepi, ambil perhatian untuk mengganggu Bos. Aku akan memberi tanda apabila tiba masanya. Perkara lain yang perlu diambil tahu, Willie adalah sangat pintar, jadi jangan menggunakan corak serangan yang sama. Baiklah, itu sahaja. Kalau kita sudah bersedia, boleh mulakan pertarungan, Cola."

"Abang Feng, ada apa-apa lagi yang perlu kami tahu?" Si Hitam berjalan menghampiri Shi Feng, berbisik.

Tempat ini merupakan Mod Neraka dalam Hutan Maut. Bukan semua orang pakar. Namun, penjelasan daripada Shi Feng sangat ringkas dan membuatkan mereka menewaskan Bos ini satu tugasan yang mudah. Akan tetapi, terdapat banyak kumpulan Elit telah mati dalam Mod Biasa, oleh itu bagaimana Mod Neraka boleh menjadi begitu mudah?

"Ketua Kumpulan, tiada apa-apa maklumat penting yang perlu kami ambil tahu?"

Semua orang sedang risau. Pandangan mata mereka dipenuhi tanda tanya semasa memandang Shi Feng, berharap dia akan memberitahu dengan lebih terperinci lagi maklumat itu. Mereka adalah amatur, oleh itu terlalu banyak perkara yang mereka tidak faham. Dalam situasi seorang pakar seperti Shi Feng pula, apa yang dirasakan cuma pengetahuan biasa, dan sudah tentu bukanlah biasa bagi amatur seperti mereka.

Elit tidak boleh disamakan dengan Bos. Kumpulan Elit yang lain semestinya sudah mati pada tangan Bos. Walaupun kelengkapan mereka lebih baik berbanding kumpulan Elit, mereka masih amatur Tahap 1. Mereka dengan terang-terang tahu keupayaan mereka.

"Kau semua bimbang sangat. Bertenang. Apabila tiba masanya, aku akan beritahu apa yang perlu kau buat dan bila perlu kau lakukannya, jadi jangan risau tentang itu. Cola, mulakan pertarungan dan ingat untuk mengelak sekali sekala. Seorang perawat tidak mampu menandingi kemusnahan yang dihasilkan Bos," Shi Feng tersenyum. Dia merasakan ahli kumpulannya sangat menarik. Mereka lebih serius berkenaan maklumat lebih daripada dirinya sendiri. Dalam kehidupan yang lepas, Shi Feng telah masuk ke dalam Dungeon Mod Neraka banyak kali selaku Kapten Bayang-bayang. Dan juga tidak kurang daripada seratus orang dia ketuai masuk ke dalam Dungeon ketika itu. Jadi, mustahil dia tidak tahu cara untuk membimbing beberapa orang amatur hanya untuk menewaskan Bos yang kecil.

Cola tiada pilihan dan terus masuk.

Willie melompat dengan tiba-tiba pada saat Cola masuk ke dalam kawasan pengesanannya. Mulutnya keluar air liur sewaktu melihat Cola, dan dua pasang kuku besinya digeselkan untuk mengeluarkan percikan api. Cola dengan jelas merasai jiwa Willie yang menunjukkan dia pembunuh kejam. Dia meninggikan cakaran besinya dan tanpa membuang masa meluru ke arah Cola.

"Mula membaca jampi penyembuhan. Semua pelaku kemusnahan bersedia untuk menyerang tubuh badan Willie." Shi Feng mengarahkan ketika melihat kekejaman yang ditonjolkan oleh Willie.

Baru sahaja Shi Feng habiskan kata-katanya, Willie sudah tiba di hadapan Cola. Sebelum sempat Cola membuat apa-apa, cakarannya yang tajam terhempas dari langit, membelah ke arah leher Cola.

Peng! Cola mengikut gerak hatinya menggunakan perisai untuk menahan cakaran besi, mengeluarkan tiga percikan api. Terhasil juga tiga kesan cakaran pada perisainya itu. Disebabkan kuasa dari perlanggaran yang kuat itu, Cola terpaksa berundur lima atau enam langkah ke belakang untuk mengimbangkan balik badannya. Di atas kepalanya, satu kemusnahan bernilai -103 muncul.

Sebelum Cola mampu membalas serangan, Willie sekali lagi menghayunkan cakaran besinya. Kali ini, Cola terpelanting sekali dengan perisainya, dan kemusnahan sebanyak -105 mata muncul. Pada saat ini barulah penyembuhan diberikan kepada Cola, menyembuhkan 43 HP untuknya. Sangat jauh beza nilai itu jika dibandingkan dengan kemusnahan yang diterima oleh Cola.

Semua orang terkejut. Kelajuan Pergerakan dan kemusnahan Bos sangat menggerunkan. Jika Cola tidak memiliki dua set Peralatan Gangsa, atau dia tidak menepis serangan tadi dengan perisainya, dia akan mati begitu sahaja dengan dua serangan itu.

"Salji Sepi, gunakan Rempuhan pada Willie! Si Hitam, gunakan Cemeti Kejahatan!" Shi Feng telah lama menjangkakan situasi tersebut. Dia dengan pantas mengarahkan Si Hitam menggunakan kemahiran cengkamannya.

Salji Sepi menyerang balas menggunakan Rempuhan untuk menangkis serangan Willie seterusnya dan menyelamatkan nyawa Cola.

Akan tetapi, serangan Salji Sepi itu hanya menghasilkan -11 kemusnahan kepada Willie. Dia terkesima. Dia telah menambahkan hampir kesemua atributnya pada Kekuatan, dan dia juga memiliki dua Peralatan Gangsa. Namun, dia hanya memberikan nilai kemusnahan yang sangat kecil. Perlu diambil tahu Bos yang berada di hadapannya itu mempunyai 6000 HP.

Si Hitam juga menghabiskan bacaan manteranya di sisi, mengeluarkan Cemeti Kejahatannya.

Lima utas akar berduri berwarna hitam pekat tiba-tiba membelit kaki Willie.

Shi Feng mengambil peluang ini untuk pergi ke belakang Willie. Dengan Bilah Neraka di tangannya, dia menggunakan Tetakan Berganda pada leher Willie, menghasilkan kemusnahan sebanyak -66 dan -67. Serangannya juga menghasilkan kesan Pendarahan, menyebabkan Willie kehilangan 8HP setiap saat, selama 10 saat.

Kemusnahan yang besar itu membuatkan Willie menukarkan Kebenciannya terhadap Shi Feng. Tetapi, Shi Feng tidak memberinya sebarang peluang. Dengan Ketangkasan sebanyak 30 mata, Shi Feng dengan mudah mengelak serangan dari Cakaran besinya, muncul semula 5 ela jauh daripada Willie.

"Ao!Ao!Ao!" Willie mengaum dengan marah sambil meluru ke arah Shi Feng.

"Pemain jarak jauh mulakan serangan. Cola, datang sini dan tahan Willie selepas kau sudah pulih." Shi Feng berundur dengan sistematik sambil mengelak Cakaran besi Willie.

Akan tetapi, orang lain yang melihat Shi Feng menjadi kecut perut. Hal ini disebabkan cakaran Willie hampir sahaja mengenai tengkorak Shi Feng setiap kali serangannya, membuatkan rambutnya melambai-lambai.

Walaupun mereka semua terkejut, mereka tidak menghentikan serangan. Serangan Magis dikeluarkan satu demi satu, manakala Salji Sepi menggunakan Tetakan Badai pada belakang badan Willie. Namun, tidak satu pun daripada kemusnahan itu melebihi -20 mata.

HP Willie jatuh dengan perlahan. Apabila dia dihentak beberapa kali oleh Shi Feng, HP-ya akan jatuh dengan banyak sedikit.

HP Willie telah jatuh kepada 90% dalam masa yang singkat. Willie menjadi berang lalu dia mulakan tarian hayunan gila menggunakan cakaran besinya itu. Ia menggunakan Cakaran Maut, dengan banyak menambah Kelajuan Serangan.

Shi Feng hampir sahaja terkena. Tetapi, nasib baik, dia menggunakan Bilah Neraka untuk menangkis serangan itu, dan hanya menerima -130 kemusnahan sahaja.

Pada masa ini, Cola meluru masuk dengan HP yang penuh. Dia menggunakan Pukulan Dewa pada kepala Willie, diikuti dengan Hukuman. Kebencian Willie hanya bertukar pada Cola selepas beberapa siri serangan.

Penukaran Kebencian telah mengacau Cakaran Maut Willie, kembalikan Willie kepada keadaan asal.

Melihat Willie menukar sasaran, Shi Feng menghayunkan satu Panahan Kilat. Tiga panahan kilat menembusi tubuh badan Willie, memberikan -92, -116, -137 kemusnahan. Pada masa yang sama, memberi Willie kesan kemusnahan berganda, membuatkan pemain lain memberi kemusnahan tambahan 20% kepadanya. Pertarungan dengan Willie menjadi lebih mudah.

Si Hitam menembak keluar Panah Gelap tanpa henti, setiap satunya memberi kemusnahan lebih -50. Manakala yang lain hanya mampu memberi kemusnahan sebanyak -20 kepada Willie.

Selepas diberikan pukulan yang menyakitkan, Willie ingin berpaling dan menyerang Shi Feng tetapi pada ketika itu Cola menggunakan Pukulan Dewa dan Hukuman sekali lagi. Kebencian Willie cepat berubah semula kepada Cola.

Apabila Willie berpaling semula kepada Cola, Shi Feng terus menggunakan Tetakan kepadanya.

Dengan cara ini, Shi Feng dan Cola masing-masing ambil giliran untuk menyerang Willie, menyebabkan Willie sukar untuk menyerang mana-mana pemain.

HP Willie telah jatuh secara berterusan sehingga mencecah kepada 30%. Willie mula mengamuk, saiz badannya mula membesar beberapa kali ganda.

"Pemain jarak dekat jauhkan diri daripada Bos! Si Hitam, gunakan Cemeti Kejahatan! Perawat, sembuhkan aku!" Shi Feng menjerit sekuat hati. Dalam keadaannya sekarang, Willie pasti akan menggunakan gerakan terkuatnya, Pesta Pembunuhan.

Salji Sepi dan Cola dengan segera menjauhkan diri mereka daripada Bos itu selepas mendengar perintah daripada Shi Feng, membiarkan Shi Feng menahan Bos itu sendirian.

Apabila mereka berdua telah lari ke jarak 10-ela, Willie tiba-tiba hilang.

Tiada siapa yang tahu apa yang sedang berlaku di situ.

Apabila Willie muncul semula, dia sudah berada betul-betul di belakang Shi Feng, dan cakaran besinya menjunam dari atas dengan sangat laju. Shi Feng telah lama bersedia untuk gerakan ini. Dia menggunakan pedangnya untuk menangkis cakaran yang datang itu. Tetapi, selepas menangkis serangan itu, Willie sekali lagi menghilangkan diri dan muncul semula di belakang Shi Feng.

Dalam masa 2 saat, Willie telah menyerang belakang Shi Feng sebanyak tujuh kali. Nasib baiklah, Ketangkasan Shi Feng telah mencapai 30 mata. Sudah cukup-cukup makan untuk menandingi kelajuan Willie. Namun, setiap serangan yang ditepis Shi Feng masih meragut HP yang banyak daripadanya. Penyembuhan dia terima juga berterusan memulihkan HP.

-96, -97, +46, -96, -97, +48, +32, -96, -97, +46.....

Jikalau Shi Feng tidak memiliki 520 HP dan menepis setiap cakaran yang datang kepadanya, Shi Feng akan mati dengan Pesta Pembunuhan daripada Willie dengan 100% kemungkinan.

Pada saat ini, baki HP Shi Feng tidak mencapai 100 mata langsung.

"Hapuskan dia!" Shi Feng berteriak.

Selepas menggunakan gerakan terkuatnya itu, Willie akan memasuki keadaan Lemah. Itu merupakan peluang buat mereka membunuhnya.

Semua orang berterusan menyerang Willie dengan serangan masing-masing, akhirnya meragut HP Willie yang berbaki lagi 30% itu. Dia menjatuhkan empat barang.

Baru sahaja mereka semua ingin menghelakan nafas lega, Shi Feng melihat pada keadaan ahli-ahlinya itu. Perawat, MP Sloth Mengantuk berbaki lagi 20%, dan MP ahli sihir yang lain langsung tidak berbaki melebihi 10%. Shi Feng dengan cepat berkata, "Semua, duduk dan mula menyembuhkan diri cepat!"

Mereka mula bingung. Bukankah Bos itu sudah mati? Kenapa perlu kita gelabah? Namun, mereka masih mematuhi arahan Shi Feng untuk duduk diam dan pulihkan diri masing-masing.

Sebelum mereka sempat duduk dan menjamu makanan dan minuman untuk lima saat, satu ngauman yang ganas didengari di telinga mereka. Ngauman itu telah menggegarkan seluruh Hutan Maut, dan diikuti, satu bayang-bayang hitam melompat keluar dari dalam hutan.

Bayang-bayang hitam itu merupakan Serigala Jadian gergasi. Serigala Jadian itu melihat bangkai Willie, kemudian melihat pada Shi Feng dan yang lain. Matanya yang hitam pekat tiba-tiba bertukar kemerahan. Baru sahaja dia ingin melepaskan satu ngauman, Shi Feng meluru ke arahnya dengan Bilah Angin. Dengan segera, Shi Feng menggunakan Pengikat Neraka. Sembilan utas rantai muncul dan membendung Serigala Jadian itu dan mulutnya, menghalang serigala itu berbunyi.

Pada masa ini, semua orang akhirnya dapat melihat statistik Serigala Jadian ini. Ia mempunyai dua bar HP.

[Serigala Jadian Felt] (pangkat-Ketua)

Tahap 3

HP 12000/12000

"Sial, kenapa masih ada Ketua Bos pula?" Si Hitam mencarut.

Mereka baru sahaja berehat selepas membunuh seekor Bos, dan sekarang Ketua pula yang muncul. Ketua ialah pangkat yang lebih tinggi berbanding Penguasa. Permainan ini sengaja cuba membunuh mereka.

"Semua sekali ingat, jangan sesekali biarkan Serigala Jadian Felt mengaum lagi sekali." Shi Feng memberi peringatan terus-menerus kepada semua orang.

Akan tetapi, mereka semua jelas dalam ketakutan. Bukan kerana badan dan HP Serigala Jadian Felt, tetapi disebabkan sepasang mata merah menyala yang menakutkan itu. Mata itu memberi perasaan menakut-nakutkan semua orang dan membuatkan mereka sukar untuk bergerak.