Chereads / PENJELMAAN SEMULA PEDANG TUHAN TERULUNG / Chapter 19 - Cemeti Kejahatan

Chapter 19 - Cemeti Kejahatan

Selepas Penguasa Kobold meletup, barang-barang mula bertaburan ke lantai. Duit Tembaga menyelubungi lantai dengan kilauan cahaya dari tembaga itu sendiri, menyinari seluruh lombong seperti turut meraikan kejayaan Shi Feng.

Pada masa itu, Si Hitam duduk seperti orang lumpuh atas tanah, sambil mengalirkan air peluh membasahi tubuh badannya. Seperti kesemua kekuatannya telah terkeluar dari badannya; dia langsung tidak mempedulikan barang-barang yang bertaburan di atas lantai itu. Pertarungan ini memang sukar. Langsung tidak sempat mengambil nafas; setiap minit dan setiap saat merupakan detik-detik mendebarkan dan membuka mata mereka.

Setiap saat pertarungan itu ibarat mempermainkan perasaan Si Hitam. Dia mungkin tidak dapat menerima semua yang telah terjadi jikalau hatinya tidak kuat.

Bagi Shi Feng pula, siapa yang mampu melawan Penguasa Kobold depan-depan, hati jenis apa yang dimilikinya?

"Ini sudah bagus! Kita menang, Abang Feng! Kau betul-betul idola aku!" Si Hitam menjerit sekuat hati dengan perasaan yang terlampau gembira. Melihat wajah Shi Feng yang tenang, Si Hitam berasa hormat kepadanya.

Walaupun kekuatan yang dimiliki Shi Feng dahulu agak kuat, mengatasi ramai pemain biasa, dia masih seorang pemain profesional yang biasa. Kemahiran Shi Feng tiada tandingannya buat Si Hitam. Shi Feng dahulunya cepat teruja. Dia juga akan bersusah payah demi sebuah peralatan biasa seperti sebilah pedang yang tiada sarungnya. Namun, Shi Feng yang sekarang ini sangat jauh perbezaannya dengan yang dulu; sepertinya dia telah berubah menjadi orang yang lain. Shi Feng kini terlampau tenang dan buat semua perkara tanpa rasa ragu-ragu. Dia menunjukkan ketenangan yang menyerupai naga yang sedang beradu; dia kebiasaannya tidak melakukan apa-apa perkara luar biasa; namun apabila dia bertindak, tindakannya akan mengejutkan seluruh dunia.

"Hitam, bukankah idola kau Salji Lembut?" Shi Feng tersenyum lembut sambil berkata.

"Memanglah Salji Lembut itu pujaan hatiku. Tetapi, kau juga seorang yang menakjubkan, Abang Feng! Biasanya, kau berdiam diri tidak menunjukkan apa-apa, tetapi sekarang kau dah tunjukkan, hasilnya Penguasa Kobold itu telah kalah dengan kau. Tiada seorang pun pemain profesional boleh menandingimu, macam manalah aku tidak kagum dengan kau? Seperti kata orang, bayang-bayang lebih besar belakang pokok yang besar. Abang Feng, kau patut ajar aku cara bermain Cursemancer! Dalam mimpi aku, aku bermimpi menjadi pemain yang profesional." Dalam mata Si Hitam, Shi Feng ibarat segunung emas. Dia gembira kerana keputusan yang telah dipilih sebelum ini. Jika dia pergi menyertai Kesatuan Bayang-bayang, dia mungkin menjadi ahli pengutip emas yang tiada nama. Dia mungkin tiada peluang berjumpa seorang pakar; apatah lagi menjadi seorang pakar.

"Baiklah." Shi Feng tersenyum. Tingkah laku Si Hitam terlalu lurus bendul.

Ketika Shi Feng dipecat dalam kehidupan sebelumnya, Si Hitam turut meletakkan jawatan, tanpa ragu-ragu. Si Hitam melepaskan kerjaya dengan gaji tahunan berjuta-juta semata-mata berkongsi penderitaan bersama-sama dengannya. Sememangnya, Shi Feng tidak akan mengkhianati Si Hitam; dia akan mengajar apa yang terdaya. Walaupun Shi Feng tidak pernah bermain sebagai Cursemancer sebelum ini, dia telah memerhatikan ramai pemain pakar Cursemancer. Shi Feng tahu hala tuju asas untuk membangunkan seorang Cursemancer, dan pengetahuannya sudah cukup menjadi sandaran Si Hitam. 

"Abang Feng, apa kau fikir patutkah aku meletakkan mata di peringkat permulaan? Adakah patut aku letak semuanya pada Kepintaran?" Si Hitam bertanya.

Shi Feng menganggukkan kepalanya, berkata selepas berfikir seketika, "Walaupun bagus untuk meletakkan semuanya pada Kepintaran pada permulaan, Ketangkasan juga penting kalau kau ingin menjadi Cursemancer yang berkuasa. Selain menambah Kelajuan Pergerakan, Ketangkasan juga akan meningkatkan Kelajuan Jampi. Cursemancer mempunyai kemahiran penyelamat nyawa yang sedikit, seorang yang lambat berlari, dan banyak kemahirannya perlu membaca mantera. Satu Jampi Cursemancer juga kekurangan kuasa. Mereka biasanya bergantung pada Sumpahan untuk menghasilkan kemusnahan. Akan tetapi, berbeza dengan Elementalist, yang seperti meriam, masa sangat diperlukan untuk Cursemancer menghasilkan sepenuhnya kemusnahan. Oleh itu, selepas menambahkan 20 mata, kau patut meletakkan separuh Mata Kemahiran Percuma kepada Ketangkasan. Ini akan memastikan keselamatan dan juga membolehkan kau menghasilkan kemusnahan yang tinggi."

Dalam kehidupan Shi Feng sebelum ini, terdapat seorang Cursemancer yang sangat berkuasa. Orang itu telah memecahkan tradisi cara peruntukan mata bagi seorang Cursemancer dengan menambah mata yang banyak dalam Ketangkasan. Bukan sahaja dia mampu menghasilkan kemusnahan yang besar dan cepat, bahkan dia lebih kuat dalam PK. Dia telah memusnahkan Penyerang Hendap yang merupakan kelemahan buat seorang Ahli Sihir. Walaupun bermati-matian, Penyerang Hendap itu tidak dapat memberi sebarang serangan kepada Cursemancer itu, memecahkan peraturan yang mengatakan Ahli Sihir akan mati jika berhadapan dengan pemain jarak dekat. Selepas insiden itu, ramai Cursemancer mula membina Ketangkasan, menyebabkan Penyerang Hendap merana tanpa kesudahan kerana selalu dibuli oleh Cursemancer.

Si Hitam menganggukkan kepalanya. Dia merasakan kata-kata Shi Feng memang masuk akal, sambil berkata dengan senyuman, "Baiklah. Selepas Kepintaranku capai 20 mata, aku akan mula membina Ketangkasan."

Selepas berbincang macam mana untuk menambahkan mata untuk seorang Cursemancer, Shi Feng dan Si Hitam mula mengutip barang jatuhan.

Penguasa Kobold sememangnya layak digelar raksasa Penguasa. Lebih-lebih lagi itu merupakan pembunuhan yang pertama, barang yang dijatuhkannya sangat lumayan.

Dia telah menjatuhkan sejumlah 8 set Peralatan Gangsa; 1 Kapak Gergasi Kelabu, 2 Perisai Plat, 2 Perisai Kulit, 3 Perisai Kain. Selain itu, terdapat juga 273 Tembaga dan 3 buku kemahiran. Kemahiran yang boleh dipelajari adalah [Mengejek] untuk Pahlawan Berperisai, [Langkah Senyap] untuk Penyerang Hendap, dan [Cemeti Kejahatan] untuk Cursemancer.

"Hitam, nasib kau sungguh baik. Kemahiran Cemeti Kejahatan ini sangat jarang dan kadar kejatuhan barang juga rendah. Ia merupakan salah satu kemahiran mengawal-dan-memusnahkan yang Cursemancer ada. Selagi Tahap Kemahirannya tinggi, ia akan menjadi kemahiran yang berkuasa untuk memburu raksasa." Shi Feng melemparkan buku kemahiran Cemeti Kejahatan kepada Si Hitam tanpa ragu-ragu. Dia juga memberikan Perisai Kain Tahap 2 kepada Si Hitam.

[Cemeti Kejahatan]

Tempoh menjampi selama 3 saat.

Menggunakan 5 akar berduri untuk mengikat sasaran dalam kawasan tertentu. Selagi sasaran meninggalkan kawasan itu dan mencabut akar duri, setiap duri yang terkena pada badan akan menghasilkan kemusnahan sebanyak 20 mata, dengan tambahan 30% Kemusnahan Sihir.

Masa Bertenang: 20 saat

Si Hitam menjadi sangat gembira selepas melihat kemahiran itu, lalu mempelajarinya dengan cepat. Dengan teknik ini, piawaian pertarungannya akan meningkat dengan banyak. Selepas menukarkan dua keping peralatan, dia terasa seperti bertukar daripada pistol angin kepada meriam artileri. Kepintaran Si Hitam meningkat kepada 20 mata, meningkatkan Kemusnahan Sihir kepada 48, dan juga mengaktifkan Kemahiran Asas Tersembunyi untuk Kepintaran, [Sihir Pantas].

[Sihir Pantas]

Membolehkan pemain melangkaui bacaan mantera bawah dari 1.5 saat, hanya menggunakan gerakan untuk menjampi.

Juga, membenarkan penyihir untuk lebih fokus dalam menyerang sasaran.

Untuk dua keping Perisai Plat pula, salah satunya [Perisai Tebal Rekrut], dan satu lagi [Perisai Lengan Keluli Hitam]. Walau bagaimanapun, antara semua peralatan Gangsa ini, Shi Feng hanya suka kepada Atribut yang diberikan oleh Perisai Lengan Keluli Hitam.

[Perisai Lengan Keluli Hitam](Pangkat Gangsa, Perisai Plat)

Tahap 3

Syarat kelengkapan: Kekuatan 9

Pertahanan +14

Kekuatan +2, Ketahanan +2, Ketangkasan +1

Kekukuhan 20/20

Perisai Tebal Rekrut biasa-biasa sahaja. Perisai Tebal Rekrut Tahap 5 tiada tandingan buat Perisai Langit. Namun, Perisai Plat masih berharga oleh itu dia boleh menjualkannya untuk harga yang tinggi.

Di antara semua peralatan itu, barang yang paling berharga merupakan Kapak Gergasi Kelabu. Ia merupakan senjata kesayangan para Berserker.

[Kapak Gergasi Kelabu](Pangkat Gangsa)

Tahap 5

Syarat kelengkapan: Kekuatan 15

Kuasa Serangan +21

Kekuatan +5, Ketahanan +2

Kekukuhan 30/30

Senjata ini sangat elok untuk keganasan. Jika seorang Berserker dapat menggunakan senjata ini, kemusnahannya sangat ganas dan mengerikan.

"Jika aku boleh menghebohkan senjata Kapak Gergasi Kelabu ini, aku pasti dapat jualnya dengan harga yang tinggi," Shi Feng tersenyum sedikit. Dia mempunyai rancangan dalam hatinya untuk menjana duit yang banyak daripada hasil jualan Kapak Gergasi Kelabu.

Selepas itu, Shi Feng dan Si Hitam pulang ke bengkel besi.

"Pakar Jack, saya telah membunuh Penguasa Kobold. Ini tengkoraknya." Shi Feng berkata dengan penuh rasa hormat sambil menyerahkan tengkorak kepala Kobold.

Pakar Jack, yang sedang menukul keluli, melihat pada tengkorak Kobold. Selepas dia memastikan Shi Feng telah berjaya membunuh Kobold itu, dia berkata dengan puas, "Boleh tahan juga, orang muda. Nampaknya kamu telah betul-betul layak untuk mewarisi kemahiran menempa saya."

Sistem: Misi Tersembunyi 'Jalan Penempaan' lengkap. Pemain telah mempelajari teknik Menempa. Pemain menjadi Perantis Asas Menempa. Pemain mendapat Bakat Menempa, 'Penempa Cerdik'. Diberi ganjaran 10 keping [Keluli Seratus Penulenan].

[Penempa Cerdik]

Selepas satu penempaan, terdapat peluang untuk menambah 2 Mata Kepakaran.

Dua Mata Kepakaran bukan satu perkara yang boleh dipandang enteng. Telah sedia maklum seorang Perantis Asas Menempa yang membuat satu Peralatan Biasa hanya mempunyai kadar kejayaan sebanyak 20% sahaja. Selepas berjaya membuat satu peralatan, terdapat 40% peluang untuk mendapatkan 2 Mata Kepakaran selagi penempaannya menjadi, meningkatkan kepakarannya untuk naik pangkat sebanyak beberapa kali ganda.

Menjadi Perantis Pertengahan Menempa memerlukan 1000 Mata Kepakaran. Pemain biasa memerlukan lebih sepuluh hari, paling kurang, untuk menjadi seorang Perantis Pertengahan Menempa. Bekalan bahannya juga mesti berterusan, seperti mana kadar kegagalan akan membazirkan banyak bahan. Dengan Bakat Menempa, Shi Feng boleh menjimatkan bahan-bahan, seterusnya menjimatkan pembelanjaan.

Pada masa yang sama, Keluli seratus Penulenan merupakan bahan yang baik untuk Bahan Sokongan untuk membuat Peralatan Gangsa. Ia boleh meningkatkan kadar kejayaan membuat Peralatan Gangsa sebanyak 10%.

Dengan Bakat Menempa dan Buku Menempa, Shi Feng berharap dapat memulakan penempaan peralatan dengan segera. Namun, dia memerlukan bahan-bahan jika ingin menempa peralatan, dan jumlahnya sangat banyak. Jika dia ingin mengutip bahan-bahan itu sendiri, pasti akan menghabiskan banyak masa. Dia hanya boleh membelinya dalam pukal. Tetapi, memerlukan duit yang sangat banyak. Bukan itu sahaja, membuat Peralatan Gangsa tidak akan memberinya sebarang duit, bahkan merugikan lagi. Cumanya peralatan gangsa boleh dijual dengan harga yang tinggi, tetapi dia memerlukan Reka Bentuk Menempa yang tidak dipunyai Shi Feng.

"Perlu pergi ke Hutan Maut." Shi Feng menyangkakan Reka Bentuk Menempa Peralatan Gangsa boleh didapati dalam Hutan Maut. Peralatan yang boleh ditempa menggunakan Reka Bentuk Menempa ialah murah dan mempunyai atribut yang baik. Dalam kehidupan yang lepas, terdapat beberapa orang penempa menjadi kaya raya disebabkan reka bentuk itu.

Baru sahaja Shi Feng menoleh untuk beredar...

"Orang Muda, kamu membuatkan saya mula memandang kamu tidak seperti orang lain. Sudah bertahun-tahun menempa senjata, ini kali pertama saya melihat Senjata Sakti." Pakar Jack memanggil Shi Feng. Dia menoleh ke arah pedang berwarna hitam-pekat yang tersisip di pinggang Shi Feng. Walaupun pedang hitam itu sudah berkarat dan kelihatan tidak berguna, ia tidak boleh terlepas daripada pandangan seorang Pakar Menempa.