Chereads / PENJELMAAN SEMULA PEDANG TUHAN TERULUNG / Chapter 21 - Harimau Mendekam, Naga Sembunyi

Chapter 21 - Harimau Mendekam, Naga Sembunyi

Setelah dijelaskan sebegitu oleh Musim Panas Tanpa Kata, Salji Sunyi tidak membalas hujah. Dia hanya menundukkan kepala dan beredar, mengejar Shi Feng.

Lambaian Gemalai menyepetkan matanya. Apabila dia menggambarkan Shi Feng dilengkapi peralatan sampah, dia gagal memahami bagaimana Shi Feng telah meyakinkan Salji Sunyi untuk mengikutinya. Hutan Maut pun dia sudah menyerah kalah.

"Bos, abaikan je Salji Sunyi bodoh tu. Paling teruk pun kita cari orang lagi. Mesti ramai pemain Tahap 2 sekarang," kata Lawan Sampai Mati dengan hina sambil memandang Salji Sunyi.

Lambaian Gemalai mengangguk. Pemergian Salji Sunyi tidak merugikan kumpulan mereka sama sekali. Untuk masuk ke dalam Hutan Maut, lebih-lebih lagi mengosongkan Penjara tersebut, tiada sesiapa akan membawa seorang Pemain Tahap 1.

Di hadapan pintu masuk Hutan Maut, Shi Feng dan Si Hitam meneruskan jeritan untuk mengerahkan anggota baru.

"Kumpulan terbuka untuk Hutan Maut, tiada syarat tetap, boleh selagi anda merupakan pemain veteran. 2 menunggu 4." jerit Shi Feng.

Jeritannya sampai ke telinga ramai pemain Tahap 2, yang bergegas ke mereka. Hal ini disebabkan syarat-syarat Shi Feng yang amat rendah. Ramai kumpulan kecil memilih orang berdasarkan kualiti peralatan; Peralatan Biasa diperlukan untuk lepas. Tetapi berapa ramai yang memiliki Peralatan Biasa sebanyak itu pada awal permainan?

"Ambil saya, ambil saya! Saya Paderi Tahap 2."

"Ambil saya! Saya Pahlawan Pelindung Tahap 2. Saya juga ada Perisai Tangan Plat Biasa Tahap 1."

Sejurus kemudian, Shi Feng telah mengajak 4 orang.

Mereka semua gembira pada awalnya. Daripada lebih sepuluh orang, mereka yang terpilih. Akan tetapi, apabila melihat tahap ketua kumpulan, Shi Feng, mereka meninggalkan kumpulan satu persatu dengan marah.

"Celaka, amatur rupanya, jangan mimpi nak hidup lama dalam Hutan Maut kalau baru Tahap 1. Nak masuk, masuk sendiri. Saya tak nak ikut."

"Patutlah tak ada syarat. Nak kami angkut korang? Jangan harap."

4 orang tadi sangat berang, dan mereka meninggikan suara; setiap pemain di Hutan Maut boleh dengar.

"Hehe, pemain Tahap 1 beria-ia nak masuk Hutan Maut. Dia cuma nak ikut supaya boleh dapat pengalaman dan peralatan. Nasib baik aku tak ikut."

"Macam-macam burung dalam hutan besar. Siapa si bodoh yang nak masuk Penjara dengan amatur Tahap 1? Minta padah kalau macam itu.

Satu demi satu, pemain-pemain Tahap 2 mengetawakan Shi Feng kerana terlebih menaikkan nama sendiri dan menyangka Shi Feng bodoh.

"Berambuslah kalau kau tak nak ikut. Bukan kami merayu pun." Si Hitam menjadi marah selepas mendengar ejekan mereka. Teknik-teknik Shi Feng telah lama meyakinkannya, tetapi mereka semua menggelar Shi Feng seorang amatur. Bolehkah seorang amatur membunuh seorang Elit Luar Biasa Tahap 2 semasa berada di Tahap 2? Bolehkah seorang amatur membunuh seorang Ketua Tahap 5 semasa berada di Tahap 0? Mereka ini hanyalah bodoh sombong.

"Sial, aku dapat ilmu baru hari ni. Kumpulan amatur Tahap 1 pun boleh jadi hebat. Aku nak tengok macam mana kamu semua boleh kumpul kumpulan penuh." kata Paderi tadi sambil tersenyum dingin.

Pada ketika itu, Salji Sunyi melari datang. Apabila melihat Shi Feng, dia berkata dengan laju, "Abang Pakar, ajaklah saya. Saya nak masuk Hutan Maut dengan awak berdua. Saya ada 2 buah Peralatan Perisai Plat Biasa, Perlindungan 24.

"Baiklah." Shi Feng terus menghantar jemputan.

Si Hitam tidak pernah termimpi Salji Sunyi akan meninggalkan kumpulan asalnya untuk menyertai mereka. Dia tiba-tiba mula suka pada Salji Sunyi. Si Hitam menepuk kedua belah bahu Salji Sunyi, sambil ketawa terbahak-bahak, "Bagus mata awak. Jangan risau; awak tak akan menyesal kalau ikut Abang Feng."

"Mana ada, mana ada." Salji Sunyi masih menyimpan sedikit kerisauan dalam hatinya. Tempat berlatih Shi Feng telah tunjukkan telah menaikkannya ke Tahap 2 dengan cepat. Walau bagaimanapun, Shi Feng pun belum sampai Tahap 2, dan dia masih memakai peralatan yang sangat buruk. Salji Sunyi betul-betul tidak faham bagaimana keadaan boleh jadi begini.

Pemain-pemain yang menyaksikan mereka dari sisi semua menjadi buntu. Ada rupanya orang yang sanggup masuk Penjara dengan amatur Tahap 1. Bagus pula peralatannya. Perisai Plat dan But yang Salji Sunyi pakai pasti Peralatan Biasa dan bukan Sampah.

Walaupun Salji Sunyi telah menyertai kumpulan, tiada seorang pun yang mengikut jejaknya setelah sepuluh minit Shi Feng cuba merekrut. Dengan hanya 3 orang, mustahil untuk mengharungi Penjara tersebut.

Pada ketika ini, Lambaian Gemalai membawa sekumpulan orang.

"Hehe, Abang 'Pakar' masih tak dapat kumpulan? Kami dah ajak 3 lagi ahli kuat. Semua ada dua atau tiga Peralatan Biasa Tahap 1." Paderi tadi, Malam Musim Panas Tanpa Kesudahan kata kepada Shi Feng dengan nada mengejek.

Lambaian Gemalai hanya menjeling Shi Feng, kemudian menjeling Salji Sunyi, lalu berkata, "Awak tak akan ada masa depan kalau asyik ikut dia. Sebelum kami masuk Penjara, awak fikir masak-masak. Aku jamin mesti awak tak rugi punya."

Kemudian, Lambaian Gemalai mengalihkan pandangan ke arah Si Hitam. Sebelum ini segala perhatiannya terlekat pada Shi Feng, tanpa menghiraukan Si Hitam. Sekarang setelah memerhatikan Si Hitam, nampaknya bajunya kelihatan baru dan cantik. Tongkat Kayu Hitam pun ada. Peralatannya mesti bagus, lebih-lebih lagi Tahap 2, mesti tekniknya mantap juga.

"Kau pun boleh tahan juga. Kau tak nak masuk kumpulan kami? Jangan lupa kami ni Kumpulan Elit. Pemain biasa mana tahu. Kalau kau ikut, naik tahap, berlatih, masuk Penjara semua jadi senang." Lambaian Gemalai memandang Si Hitam dengan senyuman.

"Berambuslah. Kumpulan macam awak punya pun nak bodek ke?" Si Hitam marah sambil menunjukkan Tongkat Kayu Hitamnya kepada Lambaian Gemalai. Pada masa yang sama, dia menunjukkan kesan dari Peralatan Gangsa, lalu berkata "Ia hanyalah dua hingga tiga buah Peralatan Biasa. Saya ada tiga Peralatan Gangsa dan dua Peralatan Biasa."

Lambaian Gemalai terkejut. Tak sangka Si Hitam begitu kuat. Dia sebenarnya pemilik tiga buah Peralatan Gangsa. Pada peringkat awal ini, pemilik dua hingga tiga Peralatan Biasa sudah dipandang sebagai pakar; setiap Kesatuan pasti bersaing untuk mendapatkan keahlian orang tersebut. Si Hitam yang kini di hadapan mereka rupa-rupanya memiliki tiga buah Peralatan Gangsa.

Kumpulan Lambaian Gemalai juga terperanjat. Apabila mereka ternampak kesan dari Peralatan Gangsa, mata mereka terpukau seketika.

Patutlah Shi Feng begitu berani. Mestilah tidak takut kalau telah menawan hati seorang pakar.

Sementara itu, Salji Sunyi yang berdiri sebelah Si Hitam terlopong. Dia memandang Si Hitam dengan air muka tidak percaya. Salji Sunyi pada asalnya hanya menganggap Shi Feng sebagai seorang pakar yang jarang terjumpa. Rupanya Si Hitam yang betul-betul pakar.

"Saudaraku, kalau awak bersama seorang amatur sebegini dan masuk ke dalam Penjara, mesti awak dibebankan. Jangankan nak melepasi Penjara, awak mungkin mati sekali. Ikutlah kami. Awak boleh pilih dari semua peralatan sihir dari Penjara." Walaupun Lambaian Gemalai berang kerana 'ditampar' begitu, jika dia berjaya menarik Si Hitam, peluang melepasi Penjara akan menjadi lebih tinggi.

"Saya setuju. Masuk kumpulan amatur macam awak semua mesti membebankan saya." kata Si Hitam sambil ketawa.

"Kau…" muka Lambaian Gemalai kemerahan, lalu dia berkata dengan marah, "Kalau begitu, kita tengok siapa lepas dari Hutan Maut dulu."

Lambaian Gemalai perlahan-lahan berpusing dan beredar. Dia tidak percaya kumpulan yang mempunyai seorang amatur mampu melepasi Hutan Maut.

"Humph, ingat dia pemusnah hebat senang-senang boleh lepas Hutan Maut ke?" Musim Panas Tidak Kesudahan bergetus dengan iri hati.

"Betul. Kita semua pemain veteran. Kita pasti lebih mampu melepasi Penjara dari mereka," Pahlawan Pelindung mengerutkan bibirnya.

Setelah kumpulan Lambaian Gemalai beredar, bilangan orang yang berminat menyertai kumpulan Shi Feng tiba-tiba meningkat.

Peralatan Si Hitam telah menarik mereka.

Pada peringkat ini, Peralatan Gangsa pastinya merupakan bukti kepakaran seseorang. Walaupun ketuanya amatur, seorang pakar dengan tiga buah Peralatan Gangsa dilihat memiliki kekuatan dua orang. Kelebihan menyertai seorang pakar sebegitu pasti lebih besar daripada kumpulan biasa.

Walau bagaimanapun, Shi Feng tidak lagi mengajak secara rawak; kini dia memperkenalkan syarat tetap. Empat orang yang meninggalkan kumpulan Shi Feng tadi menyesal teruk. Bagaimana mereka boleh bertindak terburu-buru sebegitu? Sekarang Shi Feng tak akan beri peluang walaupun mereka berminat.

Sementara Shi Feng giat merekrut ahli-ahli…

Di bahagian Barat Daya pintu masuk Penjara Hutan Maut, sebuah kekacauan tiba-tiba muncul. Ramai pemain telah bergegas ke mari, satu persatu, kesemua mereka berair muka bersemangat.

"Tak mungkin. Datang ke tempat macam ni?" Mata Si Hitam memandang tepat ke hadapan.

Shi Feng juga terkejut. Di tempat kecil macam Bandar Daun Merah pun boleh terjumpa tokoh sebegini. Memang tidak dapat dibayangkan. Mungkinkah Bandar Daun Merah merupakan tempat di mana adanya harimau tidur dan naga bersembunyi; tetapi Shi Feng belum pernah menjumpai mereka?