"Tokoh Kedua, adakah ujian sudah tamat?"
"Xiao Yan bertanya dengan lembut sambil melihat perkataan emas di monumen itu. Dia mengalihkan tangannya dan melihat Tokoh Kedua yang bingung.
"Oh, eh, ujian sudah habis…" Tokoh Kedua sedar daripada kebingungannya selepas mendengar suara Xiao Yan. Dia mengangguk kepalanya, sungguhpun matanya sedang meliar ke sana sini. Tokoh itu sangat jelas sedang berada di dalam keadaan terkejut.
'Ah, untuk menaikkan 5 Duan Qi dalam 1 tahun? Sangat cepat… Sangat menakutkan.' Tokoh Kedua masih berkecamuk dan melihat remaja itu dengan emosi yang rumit. Bagaimanapun, keraguan di dalam mata tuanya sudah hilang apabila berdepan dengan realiti.
Perkataan emas itu mula menghilang dan kembali kepada warna asalnya.
Sungguhpun perkataan emas itu sudah hilang, penonton masih senyap. Semua orang masih dalam keadaan terkejut.
"Ahem…" Di atas platform tinggi, tokoh kedua itu berpura-pura batuk untuk mendapatkan perhatian penonton.
"Ujian Upacara sudah selesai. Mengikut peraturan, Xiao Yan akan menerima satu cabaran. Sesiapa yang berada di pangkat lebih rendah daripada seorang Dou Zhe boleh mencabarnya, siapa nak ke hadapan?" Tokoh Kedua itu menjerit sambil memandang generasi muda dalam kalangan penonton.
Jika ujian upacara itu merupakan ujian untuk menentukan ketinggian Dou Qi seseorang, cabaran ini untuk menentukan kecekapan Teknik Dou yang digunakan oleh seseorang. Kesimpulannya, di dalam perlawanan kalah mati, Teknik Dou merupakan satu faktor penting dalam menentukan keputusan. Perhatian yang diberikan oleh setiap puak untuk melihat kecekapan seseorang menggunakan Teknik Dou tidak kurang daripada perhatian mereka terhadap Dou Qi seseorang Dou Zhe.
Mendengar pengisytiharan Tokoh Kedua, satu kekecohan kecil memecahkan kesunyian di padang tersebut. Generasi muda Puak Xiao melihat antara satu sama lain dan mengetatkan bibir mereka seperti seorang pengecut. Perkataan emas tertera di monumen hitam tadi, 8 Duan Qi, sudah merosakkan impian mereka untuk mendapatkan kemenangan mudah.
Ketika ini, mereka tidak mempunyai kelayakan untuk bercakap besar mengenai kekuatan mereka untuk berlawan dengan Xiao Yan.
Xiao Yan berdiri dengan senyap di atas platform dan merenung ke seluruh orang yang sebaya. Setiap kali matanya terhenti pada seorang remaja, remaja itu akan melangkah ke belakang.
"Hmph, pengecut!" Melihat ahli puaknya yang ketakutan, Xiao Ning mencemuh. Dia menaikkan kepalanya dan memandang pemuda di atas pentas itu dengan mata yang membara dan pada waktu dia ingin melangkah ke atas pentas, satu tangan langsing menariknya.
Mengerut keningnya, Xiao Ning melihat kakak dia dan berkata dengan tidak gembira, "Apa?"
Xiao Yu mengeluh dan membalas, "Dia berada di tahap 8 Duan Qi, awak mungkin tidak dapat menewaskannya."
Bibir Xiao Ning mengetap sedikit. Dia juga berasa ragu. Akan tetapi, matanya melihat Xun Er itu dan apa yang dilihat oleh Xiao Ning satu pemandangan di mana mata Xun Er hanya melihat Xiao Yan dengan wajah yang riang. Situasi ini tidak pernah berlaku terhadapnya.
Menggetap giginya, Xiao Ning menolak tangan Xiao Yu. Mukanya penuh dengan kemarahan dan kecemburuan. "Jadi! Sudah lebih daripada 1 tahun aku mencapai 8 Duan Qi, kau rasa aku tak boleh tewaskan dia? Dia baru saja mencapai 8 Duan Qi!"
Melihat Xiao Ning yang degil itu, Xiao Yu tahu dia tidak mempunyai pilihan. Selepas seketika, dia mengambil keluar satu pil hijau dan semacam terpaksa, dia meletak pil itu di tangan Xiao Ning. Dia berbisik, "Ini pil peringkat kedua, 'Serbuk Penambah Qi', yang boleh memberi kuasa seorang Dou Zhe untuk masa yang singkat. Bagaimanapun, kesan daripadanya, awak akan terlantar sakit di katil untuk sebulan. Jangan gunakannya kecuali diperlukan."
Mendengar itu, Xiao Ning menggenggam pil itu dengan gembira lalu berkata, "Dengan ini, aku akan mengajar budak itu satu pengajaran!"
Xiao Yu mengerut dahinya dan memberi Xiao Ning amaran, "Jangan terlalu gelojoh. Bagi dia menderita serba sedikit. Awak tak boleh mencederakannya terlalu banyak kerana Atuk pun tidak dapat membantu awak. Dia ini, bukan lagi si lumpuh dahulu."
"Ya ya, aku tahu…" Xiao Ning berkata dengan acuh tak acuh dan mengangguk. Dengan senyuman nakal, dia melihat Xun Er lalu berkata di dalam hatinya, 'Aku akan sedarkan kau lelaki itu hanya sebuah pasu bunga!'
Dengan senyuman dingin, Xiao Ning menolak tangan Xiao Yu dan melompat ke atas pentas lalu menjerit, "Aku akan mencabar kau!"
Mendengar itu, renungan semua orang berpaling ke Xiao Ning dan perasaan berada di tengah-tengah tumpuan ramai membuatkan Xiao Ning menjadi bangga.
Melihat Xiao Ning berjalan ke arah pentas, kening tokoh kedua mengerut. Melihat ke atas barisan tetamu, dia nampak kerunsingan pada wajah Tokoh Pertama. Mengeluh, dia menegur di dalam hatinya. 'Dungu jahil! Kau masih fikir Xiao Yan seperti si lumpuh dahulu?'
Xiao Ning tidak perasan kerutan di muka tokoh kedua dan mengambil langkah ke hadapan dengan bangga. "Xiao Yan, mari aku menguji kecekapan kau berlawan."
Mengangkat kepalanya dan melihat Xiao Ning yang berada di depannya, Xiao Yan tidak membalasnya.
Melihat Xiao Ning yang sudah berada di tengah pentas, tokoh kedua tidak mempunyai pilihan tetapi untuk mengumumkan, "Xiao Yan dicabar oleh Xiao Ning. Xiao Yan, awak terima cabaran ini?"
"Kau tidak akan lari daripada cabaran ini, kan? Xun Er sedang melihat, kau jangan mengecewakannya…" Xiao Ning berkata sambil meraba pil yang disorokkan di dalam lengannya dan melihat gadis cantik dan tenang itu di bawah pentas. Keyakinan Xiao Ning mengembang.
'Bodoh…' Xiao Yan bersungut di dalam hatinya dan menggosok hidungnya. Di depan semua orang, dia mengangguk dan berkata dengan tenang, "Aku terima."
Melihat Xiao Yan mengangguk, tokoh kedua mengeluh sekali lagi dan melambaikan tangannya. Dia berundur daripada pentas, menurunkan suaranya yang hanya boleh didengar oleh dua remaja di atas pentas itu lalu berkata, "Ingat, kawal kekuatan awak. Jangan mencederakan antara satu sama lain!"
Xiao Ning mengerut bibirnya dan Xiao Yan mengangkat bahunya.
Apabila Tokoh Kedua berundur daripada pentas, atmosfera di padang tersebut menjadi tegang. Satu perlawanan akan berlangsung.