Dengan pengumuman itu, renungan penuh minat orang ramai beralih kepada dua orang remaja di atas pentas. Semua orang ingin tahu mengenai remaja yang pernah mencipta keajaiban 3 tahun yang lalu. Adakah dia mempunyai bakat dalam Teknik Dou seperti dalam petapaan Dou Qi-nya? Adakah dia mempunyai kelajuan yang menakutkan?
Di atas Platform Tetamu, Xiao Zhan mengerut keningnya semasa melihat Xiao Yan di atas pentas dengan air muka yang tidak menyenangkan. Walaupun, Dou Qi Xiao Yan telah mencapai tahap di luar jangkaan Ziao Zhan, dia tidak pernah nampak Xiao Yan pergi ke Dewan Teknik Dou untuk mengambil Teknik Dou. Dia juga tidak pernah melihat dia berlatih Teknik Dou.
Seseorang itu mesti tahu latihan Teknik Dou dan latihan Dou Qi ialah berbeza. Jika seseorang itu ingin belajar Teknik Dou Tahap Huang Rendah, ia memerlukan usaha seseorang melalui percubaan dan kesilapan. Teknik tahap sederhana dan tinggi pula memerlukan benda yang lebih daripada usaha. Ia memerlukan arahan peribadi daripada Jurulatih Teknik Puak. Beberapa tahun ini, Xiao Zhan tidak pernah mendengar Xiao Yan pernah mendekati jurulatih puak untuk belajar Teknik Dou. Sebaliknya, Xiao Ning selalu mencari mereka untuk belajar teknik-teknik.
Pada pemahaman Xiao Zhan, Xiao Ning yang berada di 8 Duan telah menguasai 3 teknik sederhana dan 1 teknik tinggi Teknik Dou Tahap Huang. Setiap teknik itu akan memberi Xiao Ning satu kedudukan yang lebih baik daripada Xiao Yan.
"Haha, Ketua Puak Xiao, apa kata awak? Adakah kemenangan boleh wujud untuk tuan muda Xiao Yan?" Di sebelah Xiao Zhan, Ya Fei yang mempunyai matanya yang tertumpu pada pentas itu bertanya dengan senyuman lembut.
Xiao Zhan menenangkan kemarahannya terhadap Xiao Ning dan menjawab dengan tenang, "Yan Er bukan cekap sangat dengan Teknik Dou pada masa ini. Tambahan pula, dia baru sampai ke 8 Duan tetapi Xiao Ning sudah mencapai tahap ini setahun lalu. Ia sangat tidak bernasib baik tetapi peluang untuk anak saya menang tidak tinggi."
"Oh, ye ke?" Ya Fei mengelip matanya yang mempunyai bulu mata panjang. Matanya merenung remaja berpakaian hitam itu di atas pentas. Bibirnya melengkung menjadi satu senyuman kecil, mewujudkan satu persona yang cantik lalu berkata, "Saya tidak tahu mengapa tetapi saya sangat yakin dengan Tuan Muda Xiao Yan. Saya rasa dia boleh menang."
Xiao Zhan terkejut dengan jawapan dan keyakinan Ya Fei. Dia berhenti untuk seketika sebelum tersenyum dan menggeleng kepalanya. "Harap jangkaan Cik Ya Fei akan termakbul."
…..
Berhadapan dengan Xiao Yan, Xiao Ning menggenggam penumbuknya lalu mengambil posisi serangan. Dou Qi pudarnya mengalir melaluinya dan dia menyerbu ke hadapan, memandang Xiao Ning dengan wajah yang garang.
Tanpa berkata, kaki Xiao Ning meloncat dari tanah dan membawa dirinya menghampiri Xiao Yan. Dan, tanpa beragu-ragu, Xiao Ning mengangkat kedua-dua penumbuknya bersama. Setiap kuku jari Xiao Ning bersinar seperti logam.
Berdiri di sana, kurang daripada setengah meter daripada Xiao Yan, Xiao Ning berhenti. Tangan kanan dia membentuk satu kuku binatang dan membelok menghala leher Xiao Yan. "Teknik Dou Tahap Huang Sederhana: Kuku Carikan!
Xiao Yan melihat kuku yang menghampirinya dengan sikap tidak peduli. Dia membawa satu tapak tangan dia melengkung ke dalam dengan perlahan dan tiba-tiba meluruskannya lalu menyebabkan satu daya tolakan yang kuat.
Terasa tekanan Dou Qi yang tinggi, muka Xiao Ning terkejut seperti dia telah dipukul. Selepas itu, dia berjalan terhuyung-hayang 10 langkah ke belakang sebelum berhenti.
Melihat dari atas, Xiao Zhan merenung ke bawah dengan kehairanan. Di sebelahnya, Ya Fei tersenyum manis. Dia melihat dengan teliti dan bibirnya yang lembut itu menyentuh cawan teh jed putihnya. Ya Fei menghirup tehnya dengan perlahan.
"Budak ini… dia seorang yang penuh misteri.." Ya Fei kagum. Bibirnya yang lembut itu sekali lagi menghirup teh daripada cawannya.
"Apa… apa Teknik Dou ini?" Xiao Ning berkata sambil menggosok dadanya yang sakit itu. Mukanya menjadi pucat.
Xiao Yan merenung dia dengan tenang sebelum menundukkan kepalanya. Nama "Tapak Tangan Api" ini sangat menyedihkan tetapi teknik ini mampu mengeluarkan daya yang kuat. Hal ini menyebabkan Xiao Yan berasa puas.
Muka Xiao Ning penuh dengan kegarangan apabila melihat Xiao Yan tidak mempedulikannya. Rahang dia ditutup rapat dan dia meluru ke arah Xiao Yan sekali lagi.
Dengan tapak tangannya meregang di luar, Xiao Yan mengecilkan matanya dan mulutnya melengkung menunjukkan satu senyuman sinis.
Tangan kanannya dibawa ke atas dan ditutup dengan segera. Satu daya tarikan terkeluar daripada tapak tangannya. Teknik Dou Tahap Xuan: Tangan Vakum!
Melihat tangan Xiao Yan ditutup rapat, Xiao Ning memijak tanah itu dengan kuat. Walau bagaimanapun, kekuatan yang digunakannya tidak mencukupi. Dia terasa dia ditarik ke arah penumbuk Xiao Yan.
Badan Xiao Ning terbang melengkung ke arah Xiao Yan yang mempunyai satu senyuman ganjil terukir pada mukanya.
Walaupun tubuh Xiao Ning sedang ditarik, dia tidak menahan dirinya untuk tersenyum sinis. Dia ketawa dan Dou Qi-nya mula berkumpul di penumbuknya.
"Penumbuk Besi!" Jerit Xiao Ning dengan penumbuknya yang digenggam ketat. Satu letupan tajam Qi terlepas keluar mencipta satu gema yang kuat yang boleh kedengaran di udara. Kalau dia boleh memukul bahu Xiao Yan, dia akan melakukan satu kerosakan yang teruk terhadap lengannya. Nampaknya, Xiao Yan tidak mengambil kira serangan balas dalam tekniknya.
Penumbuk Besi: Teknik Dou Tahap Tinggi Huang yang mempunyai kuasa yang bagus. Ia memerlukan Dou Qi sekurang-kurangnya 7 Duan untuk mempelajarinya.
Menjulingkan matanya selepas terasa Qi tajam di udara, Xiao Yan menghembus nafas dengan perlahan. Menyalurkan Dou Qi-nya ke seluruh badan, dia berkata di dalam hatinya, 'Teknik Dou Tahap Xuan: Tapak Tangan Api!'
Memikirkan tekniknya dengan kuat di dalam hati, Xiao Yan mengeluarkan satu gelombang penuh dengan Qi daripada tapak tangannya.
"Bang!" Atmosfera menjadi berat apabila satu daya tolakan yang tidak kelihatan menolak Xiao Ning yang sedang terbang itu. Daya tarikan dan tolakan yang dialami oleh Xiao Ning menjadikan wajahnya pucat lesi.
"Pu-chi."
Kedua-dua daya itu berlawan di antara satu sama lain menyebabkan Xiao Ning tidak bergerak. Akhirnya, Xiao Ning dilontar ke belakang dan jatuh atas tanah 10 meter jauhnya. Badannya menggeletar di atas tanah. Dia meludahkan darah daripada mulutnya dan suara erangan kesakitan kedengaran.
Melihat Xiao Ning yang sudah lumpuh itu dan merenung ke persekitarannya, Xiao Yan meletakkan tangannya ke bawah dan berkata dengan nada yang rendah, "Kau kalah…"