Chereads / Pertarungan Menerusi Syurga / Chapter 45 - Finale

Chapter 45 - Finale

Dengan semua penonton tertumpu padanya, gadis muda itu melompat ke atas platform tinggi dan berdiri di sebelah Xiao Yan. Matanya yang ayu bergerak dengan lembut dan bibirnya yang kemerahan itu menunjukkan satu senyuman anggun.

Melihat Xun Er yang melompat itu, Xiao Yan memandang Xun Er dengan menyampah dan bertanya, "Kenapa awak mesti berlari ke sini?"

Xun Er tersenyum. Tanpa memberi jawapan, matanya memandang tepat Xiao Yu yang wajahnya sedang mempamerkan emosi yang rumit. Dengan satu senyuman, Xun Er berkata, "Kakak Xiao Yu, dibandingkan dengan Xiao Yan, usia kau lebih tua dan kau juga telah pergi ke Akademi Jia Nan untuk berlatih. Di dalam keadaan sebegini cabaran kakak tidak munasabah. Jika Kakak Xiao Yu inginkan seseorang untuk melepaskan geram, Xun Er boleh tolong."

Mendengar cabaran Xun Er, muka Xiao Yu menjadi berat dan bulu keningnya berkerut. Memandang Xiao Yan dengan pandangan tajam, dia mengejek, "Jangan beritahu aku, kau hanya mampu bersembunyi di belakang seorang wanita?"

Xiao Yan mengerut. Di dalam matanya, satu cahaya gemerlapan muncul. Pada waktu itu, dia hanya ingin memegang perempuan itu dan menghentaknya ke tanah dan memalukannya.

"Sudah!" Semasa ketiga-tiga itu sedang bergaduh, tokoh kedua itu menjerit dengan kemarahan membuatkan ketiga-tiga budak itu menelan kata-kata yang ingin diluahkan.

Tokoh Kedua yang sedang marah itu berjalan ke arah mereka dengan muka masam. Berpusing ke arah Xiao Yu, dia menjerit dengan marah, "Di pentas ini, kau tidak ada hak untuk mencabar sesiapa. Kembali ke tempat kau sekarang juga. Kalau kau mengganggu upacara ini, kau akan diletakkan di bawah tahanan di rumah untuk sebulan!"

Selepas melepaskan geram dia pada Xiao Yu, Tokoh Kedua itu menghembus nafas lega. Memalingkan kepalanya, dia melihat Xun Er yang sedang memegang seikat rambutnya yang hitam itu dan memaksa satu senyuman. "Cik Muda Xun Er, awak juga patut turun daripada pentas. Cabaran awak juga melanggar peraturan."

Xun Er mengangkat bahunya sebagai tanda tidak peduli. Mengangguk, dia juga berpusing ke belakang dan meninggalkan pentas itu. Semasa turun, dia berpusing ke belakang sekali lagi dan memandang Xiao Yan sambil menunjukkan ekspresi pelik menyebabkan Xiao Yan tidak tahu bagaimana untuk membalasnya.

Menggigit bibirnya, Xiao Yu yang menawan itu terasa disalahkan apabila dimarahi oleh Tokoh Kedua. Selepas seketika, dia menghentak kakinya beberapa kali lalu memberikan satu ejekan sebelum meninggalkan pentas tersebut, "Budak bangsat. Kau tunggu!"

Melihat finale yang lucu itu, tokoh kedua menghembus nafas yang panjang. Memusingkan kepalanya, dia melihat orang yang melakukan kesalahan itu yang sedang menunjukkan air muka yang tidak bersalah. Memaksa satu senyuman, tokoh kedua itu berdiri di pentas dan dengan nada yang dingin, dia menjerit, "Xiao Ning mengambil pil dengan haram, justeru itu, dari hari ini, dia akan dikurung di dalam rumahnya selama 3 bulan!" Selepas tokoh itu habis berkata, bisikan mula kedengaran. Dia menjerit dengan sekali lagi, "Cabaran sudah berakhir. Xiao Yan menang!"

Xiao Yan tidak berkata apa-apa. Selepas mendengar pengumuman Upacara Kedewasaan sudah selesai, dia berjalan ke bawah platform.

Semua ahli puaknya dalam kalangan penonton memandang tepat pemuda itu. Melihat pandangan ketakutan ahli puaknya, Xiao Yan menggosok hidungnya sambil ketawa di dalam hati.

…..

Selepas upacara Xiao Yan selesai, beberapa ahli puaknya naik ke pentas. Akan tetapi, di bawah bayang-bayang persembahan Xiao Yan, pencapaian ahli puaknya yang lain sangat membosankan.

Akhirnya, masa untuk Xun Er naik ke pentas. Hal ini menyebabkan padang itu menjadi riuh-rendah. Sebagai seorang Dou Zhe berumur 15 tahun, pencapaian ini boleh dibandingkan dengan pencapaian Xiao Yan yang dahulu. Walaupun pencapaian Xun Er sesuatu yang istimewa, semua hadirin tahu dia ialah mutiara paling cerah puaknya. Oleh itu, sungguhpun mereka masih terkejut, mereka tidaklah begitu terkejut kalau dibandingkan dengan kejutan yang dialami oleh mereka semasa persembahan Xiao Yan tadi.

Upacara Kedewasaan ini berjalan dari pagi hingga ke petang, Akhirnya, padang itu penuh dengan suara kekaguman sebelum terhenti dengan segera. Walau bagaimanapun, tumpuan diberikan kepada remaja yang berpakaian hitam itu yang telah mewujudkan keajaiban.

Melihat pengakhiran Upacara Kedewasaan, Xiao Yan menghembus nafas lega. Semua renungan ini tidak dapat ditahan olehnya. Menggeleng kepala, dia berdiri dan berjalan keluar.

"Hari ini, persembahan Abang Xiao Yan telah memberikan kejutan kepada orang ramai." Xun Er yang berbau wangi tiba berhampiran Xiao Yan dan tawa Xun Er yang lembut itu telah menyelubungi Xiao Yan.

Menyentuh hidungnya, Xiao Yan mula ketawa.

"Pada asalnya, saya juga percaya Abang Xiao Yan tidak tahu sebarang Teknik Dou tetapi siapa sangka awak pandai menyimpannya." Membawa tangannya yang ayu itu ke belakang kepala, Xun Er mengikut Xiao Yan di belakang sambil menyengetkan kepalanya ke tepi. Senyumannya penuh emosi.

"Haha, Saya tidaklah sepandai awak menyimpan rahsia, Xun Er. Sebelum ini, semasa di Dewan Teknik Dou, Teknik Dou awak juga bukannya biasa-biasa sahaja." Bibir Xiao Yan melengkung ke atas sambil berpusing ke belakang dan berkata.

Mendengar itu, Xun Er berhenti seketika. Matanya yang ayu membentuk seperti bulan sabit lalu dia ketawa dengan kuat dan berkata, "Pengetahuan Abang Xiao Yan sangat seimbang. Kalau awak berminat, Xun Er boleh mengajar awak Teknik Dou…."

Menggerakkan bahunya sebagai tanda tak nak, Xiao Yan menggeleng kepalanya dan berkata, "Tidak apa. Untuk mengambil lebih daripada apa yang saya boleh kunyah tidak akan menolong saya. Hal ini saya sangat faham dengan jelas."

"Bagaimana dengan....Kaedah Qi?" Tolakan Xiao Yan tidak dijangkakan oleh Xun Er tetapi matanya yang hitam dan bijak itu menjuling sebelum dia mendapat satu idea.

Xiao Yan berhenti dan menjeling sambil bertanya dalam keraguan, "Bukankah kita akan pergi ke Dewan Kaedah Qi untuk mencari Kaedah Qi dalam 5 hari?....."

"Teknik tertinggi Puak Xiao adalah Tahap Xuan Sederhana, Keberangan Singa Mengamuk. Tambahan lagi, Xiao Yan tidak mempunyai kelayakan untuk melatihnya." Xun Er menggunakan tangannya yang kecil untuk menolak utasan rambutnya ke tepi. Dia mengerut mulutnya yang kecil itu dan kelihatan seperti dia sedang memilih perkataannya dengan berhati-hati. Tidak lama kemudian, dia berkata dengan nada rendah, "Xun Er boleh mendapatkan Kaedah Qi Tahap Xuan Tinggi untuk Abang Xiao Yan….nak tak?"

'Perempuan ini….sangat kaya. Tahap Xuan Tinggi….paling kurang pun ia akan mencapai kos sebanyak beratus-ratus ribu. Mengeluh secara dalaman, Xiao Yan memaksa satu senyuman. Kalau dia tidak berjumpa dengan Yao Lao secara kebetulan, memang susah untuk mencapai tahap kesamaan di antara Xun Er dengannya. Walaupun bakat dalaman tidak kurang, latar belakang misteri Xun Er sesuatu yang tidak dapat dibayangkan oleh Xiao Yan.

Dia menggosok cincin yang biasa dan tidak menonjolkan itu secara rahsia. Ketenangan memenuhi hatinya kerana dia tahu cincin itu rahsia dia untuk menjadi kuat semula.

Memandang Xun Er, Xiao Yan ketawa. Menggeleng kepalanya, suaranya yang rendah itu mempunyai kiasan kedegilan. "Tak payah. Abang akan menggunakan kekuatan sendiri untuk menjadi kuat."

Xun Er berhenti. Mengelip matanya yang tajam, dia merenung tubuh belakang Xiao Yan. Selepas seketika, dia tersenyum, 'Nampaknya...Abang Xiao Yan, ada seseorang yang bermisteri di belakang awak. Ya….adakah saya perlu menyiasatnya?'

Termenung, Xun Er mengangkat jarinya ke dahi. Selepas berdiri untuk seketika, Xun Er menggeleng kepalanya. 'Lebih baik biarkan. Abang Xiao Yan paling benci jika orang lain campur tangan. Guru misteri ini telah mengajarnya macam-macam, saya rasa dia tidak akan mencederakan abang.'