"Ini item +1!"
Walaupun ini masih diklasifikasikan sebagai item luar biasa lagi, tetapi tidak ramai yang mampu menawan item di Feinan!
Marvin rasa teruja. Dia tidak dapat mengawal diri dari memutar Pisau Belati Jed Kingfisher beberapa kali kerana terlalu gembira.
[Pisau Belati Jed Kingfisher (+1)]
Kualiti: Luar Biasa
Serangan: 6 – 9
Efek: Armor Break +5
Enchantment (+1): Parry +5
…
Nampaknya pisau belati ini digunakan oleh Pengembala untuk mempertahankan diri. Armor Break dan Parry merupakan dua perkara yang sangat berbeza.
"Pisau belati yang mampu menangkis, apa jadah ini…"
Marvin tak dapat menahan diri dari mengejek penyihir yang menambah sifat di pisau belati itu. Tetapi selepas berfikir semula, dia rasa tambahan atribut parry mungkin berguna mengikut situasi.
Tambahan lagi Marvin bukan dari kelas Pencuri. Walaupun dia masih dapat menyerang dengan hebat dan fleksibel menggunakan pisau belati di tangan kanan manakala kerambit di tangan kiri, efek dari pergaduhan senjata berkembar akan menjadi kurang kuat sedikit.
Sebab itu, Marvin hanya mampu menjadikan pisau belati ini sebagai senjata ketiganya.
Dia menggantikan pisau belati biasa di pinggang ke pisau belati jed kingfisher. Pada waktu yang kritikal, dia boleh lepaskan kerambit dan menyerang menggunakan pisau belati.
Ini memberikan dia mempunyai pelbagai pola serangan.
Malangnya, peti harta karun ini tidak memberinya kerambit.
Jika itu ialah kerambit luar biasa, kuasa berlawan Marvin akan meningkat ke satu pangkat!
"Selepas menguruskan masalah berkenaan wilayah ini, aku perlu mendapatkan sepasang kerambit yang unggul," fikir Marvin.
Renjer dua senjata hidup dengan pisau belati mereka. Menggunakan pisau belati biasa sepanjang masa… Bukankah ini memalukan?
…
Selain dari botol dan pisau belati, masih ada lagi sampul surat di dalam peti itu.
Sampul surat itu di cap dengan lilin. Pengembala telah pun mati… Selepas menyemak tiada apa di sampul surat seperti perangkap atau sumpahan, dia membukanya.
Terdapat surat yang ditulis oleh Pengembala dalam kod istimewa.
Marvin menyemak menggunakan kemahiran bahasa oleh Bangsawan tetapi malangnya dia tidak dapat membaca bahasa kod rahsia digunakan Pengembala.
Ini bukan satu perkara yang mengejutkan.
Organisasi Pengembala, penganut Dewa Plague dan juga Ular Kembar Doom merupakan kuasa jahat yang aktif di Benua Feinan. Mereka mempunyai sistem istemewa dan juga kod rahsia digunakan untuk tujuan komunikasi. Orang yang bukan dari Pengembala tidak akan memahami kod rahsia ini.
Musuh ketat mereka ialah [Konsul Burung Hijrah] di utara. Ini merupakan kuasa besar yang dibentuk oleh druid yang mempunyai banyak legenda level druid.
Pengembala menanam benih racun di semua tempat, benih yang menyebabkan hidupan lain mati. Sebab itu druid sangat berdendam.
Disebabkan mereka orang yang memastikan keharmonian alam semula jadi, mereka bertarung berhabis-habisan untuk menghancurkan Pengembala.
Mungkin druid faham bahasa Pengembala.
…
Selepas menjumpai barang tersebut, Marvin tiada tujuan lagi untuk terus berada di lombong.
Dia memastikan sekali lagi di kawasan sekeliling untuk tidak terlepas pandang apa-apa sebelum berlalu pergi ke pintu masuk lombong.
Dia tidak terserempak dengan satu Roh Bumi kali ini.
Tetapi dia terus perasan ketika dia sampai, semua orang di kem telah bangun dan bersedia untuk bertempur!
Kebanyakan pengembara menyorok di sebalik lubang di dinding pintu masuk gua atau belakang halangan di kem.
Hanya ahli garison dari Lembah White River berdiri di belakang benteng dan bersedia untuk berlawan.
Jauh di kegelapan malam, satu obor api dinyalakan. Terdapat sinaran mata bersamanya.
Gnoll telah tiba!
…
"Mereka datang dengan pantas!"
"Aku ingat mereka akan tiba petang esok. Tak sangka Penyihir gnoll sangat tegas. Mereka tiba sebelum waktu fajar."
Marvin bergerak secara senyap di sisi Anna. Dia bertanya beberapa soalan untuk memahami situasi yang berlaku.
Kumpulan gnoll ini baru tiba setelah datang dengan tergesa-gesa.
Nasib baik kedua-dua renjer mengawal pada masa ini, salah satu dari mereka ialah pemanah bernama Joey.
Joey mempunyai kelas yang sama. Tetapi dia mempunyai bakat istimewa: [Farsight].
Matanya sungguh tajam. Dia sampai boleh meneliti gnoll peninjau yang menyorok di dalam gelap.
Terima kasih kepada kuasa lelaki ini yang menakjubkan mereka dapat mengelak dari diserang hendap!
Terdapat empat gnoll peninjau yang mara dengan senyap-senyap ke arah kem.
Tetapi Joey terus memanah semua mereka dengan kejam!
Lelaki ini mempunyai kemahiran yang bagus.
"Dia menggunakan tembakan enam-panah mencapah; empat darinya kena pada sasaran." Anna berbisik. "Ketepatan seperti ini sangat jarang ditemui walaupun dari elves yang berdarah tulen."
Marvin mengangguk.
Dia tak perlu buat Anna menerangkan panjang, dia tahu abiliti seperti ini sangat menakjubkan.
Lagipun, selain dari [Farsight], Joey juga mempunyai kemahiran istimewa lain untuk melakukan perkara seperti itu.
"Orang yang berbakat, ah…" Marvin terfikir.
"Apa patut kita lakukan sekarang? Selepas serangan hendap dari gnoll gagal, mereka memutuskan untuk lebih berhati-hati dan tidak menyerang lagi," Anna berbisik.
Dia mengarahkan pengembara untuk menyorok di lombong, supaya tidak dapat dilihat oleh gnoll.
Dengan itu, mereka akan nampak separuh saja kekuatan pihak ini, ahli garison dan Joey.
Ini merupakan langkah yang bijak.
"Agak-agak berapa gnoll?" Marvin bertanya.
Disebabkan tiada sinaran bulan malam ini, penglihatan dia menjadi sekitar 0 menyebabkan dia tak dapat melihat jumlah musuh yang ada.
"Aku tak tahu," Anna menggeleng kepala dengan resah.
Kumpulan mereka hanya mempunyai orang dengan penglihatan biasa saja.
Joey hanya menggunakan persepsi yang tinggi untuk tersedar kehadiran peninjau. Dia tidak dapat pastikan berapa jumlah gnoll yang memerhatikan mreka.
"Tak kisah lah, kita boleh tunggu. Tak lama lagi waktu fajar. Jika aku tak silap, kumpulan gnoll ini akan menyerang selepas waktu fajar.
"Kita ikut rancangan asal kita," kata Marvin setelah berfikir.
Selepas berkata demikian, dia pergi ke bunker untuk berehat.
…
Kenapa gnoll akan menyerang waktu lepas fajar?
Sangat mudah. Mata mereka sama seperti serigala liar. Pada waktu malam, mata mereka agak mengeluarkan sinar hijau yang lemah.
Dan manusia dapat menyorok sepenuhnya pada waktu malam seperti ini.
Sebab itu mereka akan menjadi sasaran mudah jika serangan hendap tak berjaya. Mereka akan terima pengorbanan yang lebih teruk.
Penyihir gnoll itu tak bodoh. Sebaliknya, Penyihir yang mengetuai puak selalunya sangat pandai dan geliga.
Dia tak akan membazirkan nyawa pengikutnya.
Mereka akan menyerang selepas waktu fajar. Itu merupakan alternatif yang ada.
Mereka pasti tak dapat bayangkan Marvin telah membuat perangkap yang besar untuk mereka.
…
Semua berjalan seperti apa yang Marvin bayangkan. Dengan kegagalan serangan hendap, mereka tak perlu risau dengan cubaan serangan gnoll lagi.
Mereka berehat dan menyusun semula di luar kawasan utara lombong itu. Selain dari beberapa bunyi ngauman dubuk dari semasa ke semasa, kumpulan gnoll yang lain semua dalam keadaan menunggu.
Situasi seperti ini sangat jarang berlaku.
Ini bukan seperti kelakuan biasa gnoll.
Marvin sangat gembira kerana gnoll ada satu maksud saja. Gnoll yang biadap ini sangat tersusun.
Penyihir gnoll ada di dalam formasi ini.
"Dia datang. Jangan harap nak lari!"
Marvin sangat teruja, walaupun dia masih tidur-tidur ayam.
Seorang renjer pangkat 1 membunuh Penyihir pangkat 2 merupakan perkara yang agak sukar, tambahan lagi dalam pertempuran yang huru hara.
Selepas memikirkan ini darahnya terus mendidih. Walaupun dengan kekuatan dan pengalaman Marvin yang ada, dia masih perlukan sedikit nasib.
Tetapi jika gagal, Marvin masih ada jalan keluar.
Dia yakin dengan kemahiran dan kekuatan yang ada tetapi dia lebih yakin dengan apa yang ada di minda.
Mengikut pendapat Marvin, pemain mahir yang sebenar tak akan ragu-ragu ketika bertempur.
Mereka mengangkat senjata dengan penuh keyakinan sambil memikirkan beberapa langkah ke hadapan…
Marvin ialah orang seperti itu.
…
Masa berlalu dan akhirnya fajar hampir tiba.
Ahli garison semua mengangkat senjata satu per satu dan bersiap sedia. Kebanyakan mereka bertugas untuk bertempur jarak dekat. Hanya ada dua pemanah saja di antara mereka.
Lagipun untuk melatih pemanah memerlukan kos yang tinggi, tambahan pula mesti mempunyai bakat. Perbelanjaan pula… anak panah agak mahal.
Nasib baik Joey juga seorang pemanah. Bukan saja lelaki ini mempunyai teknik memanah yang hebat, dia juga boleh berikan bantuan dari sudut yang lebih luas.
Gnoll yang di sana nampak resah.
Tiba-tiba, enam dubuk mula mengaum dan berpecah dari formasi gnoll dan mara ke barisan hadapan pertahanan kita!
"Orang yang tamak!"
"Dia menggunakan dubuk untuk menguruskan barisan hadapan pertahanan kami, dengan niat untuk menghancurkan dengan satu serangan."
Marvin terus mendapat ilham.
Memang daya larian serangan dubuk mutasi agak menakjubkan tetapi Marvin sudah ada cara untuk menyekat mereka!
Dia terus berlari dan menjerit kepada Joey, "Bantu aku cari Penyihir yang menyorok dalam kumpulan itu!"