Chereads / MMORPG: Kelahiran Semula Pelindung Legenda / Chapter 55 - Menuju ke Sayap Tengah

Chapter 55 - Menuju ke Sayap Tengah

Setelah pengumuman pelayan memenuhi seluruh saluran pelayan, 20 orang Pendominasi dan Tinggi Langit diam terpaku. Mereka yang tidak terlibat dalam pertarungan dalam keadaan baik, tetapi 15 orang yang lain iaitu 3 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang pemain berasa terganggu dan terbunuh, lantas muncul kembali di titik kebangkitan semula.

Keputusan yang mereka dapat sangat sukar untuk diterima! Siapa mereka untuk bersaing dengan kumpulan Zhang Yang sedangkan mereka masih bersusah-payah menentang bos pertama di dungeon?

Di pihak Amarah Membara…

"Kakak Salji! Ia berlaku sama seperti apa yang kau cakap!" Mawar Berduri menangis kegembiraan apabila tubuh Roh Api Farr rebah setelah ditewaskan. "Bagaimana kau lakukannya?! Bagaimana kau tahu kumpulan Zhan Yu akan menjadi yang pertama memenangi dungeon Sayap Hadapan? Jika kita ikut sama ke Sayap Hadapan, sudah tentu kita akan menangis dengan teruk sekarang!"

Mawar Berduri dan ahli pasukan Amarah Membara yang lain sedang berada di dungeon Sayap Tengah.

Ketika perlawanan bermula, dua daripada 5 ahli Amarah Membara masuk ke dalam dungeon Sayap Hadapan. Walau bagaimanapun, selepas dua minit berada di dalam, mereka cepat-cepat menukar tempat dan menuju ke arah Sayap Tengah pula!

Menurut laman web rasmi, bos Sayap Tengah berada di tahap 23 dan 24 manakala bos Sayap Hadapan berada di tahap 21 dan 22. Biasanya, pemain akan memilih untuk berdepan dengan cabaran yang lebih mudah dahulu dan meninggalkan pilihan yang lebih sukar untuk diselesaikan nanti. Namun, ketua persatuan Amarah Membara mempunyai cara yang berbeza untuk menangani hal ini. Dia memilih jalan lain untuk menakluki dungeon!

Pencari Salji mengangkat sebelah kening dan tersenyum kecil. "Walaupun aku telah meramalkan kumpulan Zhan Yu akan menjadi pasukan pertama yang mencapai pencapaian 'Penyelesaian Pertama', tetapi aku tidak sangka yang mereka mampu melengkapkan dungeon dengan kepantasan yang menakjubkan! Betul, kita mungkin dapat menewaskan bos pertama, tetapi kumpulan Zhan Yu telah menyelesaikan Sayap Hadapan dan mungkin akan terus ke Sayap Tengah, dan jika dia lakukannya pun, aku tidak tahu apa yang akan terjadi nanti!"

"Bagaimana ia boleh berlaku?" Mawar Berduri menunjukkan rasa tidak percaya. "Kita telah memperolehi maklumat tentang bos ini lebih awal dan ada beberapa hari untuk menyusun strategi! Lagipun, sudah beberapa kali kita mati untuk menewaskan bos ini! Jangan cakap yang mereka juga mempunyai saudara dalam kumpulan pemaju permainan video ini!?"

Pencari Salji berfikir dengan teliti dan menggeleng kepalanya kerana ia mustahil.

"Menurut abang aku, ketika masih di dalam fasa rekaan kemahiran, setiap orang bertugas di jabatan masing-masing. Tidak ada interaksi dan komunikasi antara jabatan sama sekali! Tambahan pula, pereka awal dan editor saling tidak mengenali antara satu sama lain dan tiada kaitan. Mustahil bagi seseorang mengetahui semua kemahiran bos! Kita hanya tahu kemahiran bos pertama, terseksa semasa menewaskannya, dan kemudian kembali semula untuk mengetahui kemahiran bos kedua!"

Pencari Salji tiba-tiba berhenti bercakap dan menyedari akan sesuatu yang lebih penting.

"Aku sebenarnya berharap Zhan Yu tahu semua ini melalui maklumat yang bocor. Jika tidak, bagaimana kelajuan luar biasanya dalam menyelesaikan dungeon Sayap Hadapan dapat diterangkan?" Dia menggeleng kepala untuk cuba melupakan kemungkinan yang menakutkan itu.

"Semua orang! Sila bersiap sedia, walaupun kita berada satu langkah di hadapan mereka, kita perlu berjaga-jaga! Mereka sangat… kuat!"

"HUURAH!"

Sebahagian ahli Asap Gurun Terpinggir begitu teruja apabila Zhang Yang, Ratusan Tembakan, dan Kurus dan Kacak menyertai persatuan itu. Akan tetapi, ia sekadar perkara kecil. Apabila saluran pelayan penuh dengan pengumuman pelayan tentang pencapaian mereka, keadaan menjadi semakin tidak terkawal! Hampir satu hari lamanya saluran persatuan menjadi riuh rendah seperti stesen kereta api! Terdapat perbualan dan sorakan di mana-mana! Walaupun mereka tidak memberi sumbangan kepada pasukan semasa cuba mendapatkan Pencapaian "Penyelesaian Pertama", mereka memuji dan bercakap besar tentang persatuan mereka!

'Pemain Drizzler telah menyerahkan peranan sebagai Ketua Persatuan kepada Pemain Zhan Yu. Pemain Zhan Yu kini merupakan Ketua Persatuan yang baru!'

Satu lagi berita penting!

Namun begitu, ahli Asap Gurun Terpinggir yang lain tidak menunjukkan sebarang bantahan terhadap perkara ini! Malah mereka sangat gembira dengan perubahan itu! Lagipun, mereka semua telah mendengar nama "Zhan Yu". Ahli persatuan itu sangat gembira dan bersyukur mempunyai komander profesional seperti Zhan Yu untuk mengetuai mereka menuju kejayaan!

"Jadi kawan-kawan… kita perlu berehat seketika atau kita akan terus menyerang Sayap Tengah?" Si Salji bertanya kepada Zhang Yang.

"Serang ketika besi masih panas! Sudah tentu, kita perlu terus bergerak!" Zhang Yang ketawa dengan kuat. Sambil menuding jari ke arah mayat itu, dia menyambung, "Walau bagaimanapun, mari kita agihkan peralatan terlebih dahulu!"

"Oh! Oh! Aku! Aku! Biar aku buka!" Drizzler melompat seperti arnab dan segera menyentuh bangkai tersebut.

[But Batu Berat] (Tembaga Hijau, Baju Perisai Logam)

Pertahanan: +6

Vitality: +12

Kekuatan: +6

Ketangkasan: +2

Keperluan tahap: 2

"Ahh! Hei! Ambil but ini dan tingkatkan jumlah HP kau yang sadis itu!" Drizzler menolak untuk membaling dadu untuk peralatan itu. "Jangan biarkan diri kau terbunuh dengan hanya satu serangan sahaja!"

Bukan Drizzler sahaja yang mahu mengutamakan peralatan tanker utama, ia turut berada dalam minda setiap orang. Mereka mula sedikit berhati-hati selepas mereka menyaksikan betapa kuatnya kekuatan serangan bos tahap - Paling Sukar. Zhang Yang ketawa dengan ada rasa bersalah. Dia juga tahu dia perlu meningkatkan HP untuk berhadapan dengan bos seperti Herculean di dalam dungeon Paling Sukar. Dia memakai peralatan yang baru dan turut mengagihkan SP yang diperolehi kepada dan mengurangkan tempoh bertenang itu kepada 5 saat sahaja.

"Rakan-rakan Asap Gurun Terpinggir! Tahniah kerana mendapatkan Pencapaian 'Penyelesaian Pertama'! Aku mewakili Pendominasi mengucapkan tahniah kepada kamu atas pencapaian yang hebat ini!" ucap Lelaki Beradab Yang Rendah Diri di dalam saluran tempatan.

"Hmph! Apa yang kau cakap tidak sepadan dengan niat kau! Lelaki Beradab konon!" seseorang daripada Tinggi Langit mula menghina untuk mencetuskan konflik.

"Huh? Dari mana salakan anjing ini datang?!" Ahli-ahli Pendominasi mula membalas.

Tinggi Langit tidak mahu mengaku kalah dan mereka mula menghina pihak lain. Secara tidak langsung, seluruh saluran tempatan dipenuhi kata-kata cemuhan dan maki hamun.

Kumpulan Zhang Yang sudah mula berasa sedikit rimas. Dengan menekan satu butang sahaja, mereka menutup berita pelayan tempatan dan keadaan terus menjadi senyap sunyi.

[Skirt Kulit] (Tembaga Hijau, Kain Baju Perisai)

Pertahanan: +2

Vitality: +16

Kepintaran: +16

Semangat: +6

Keperluan tahap : 20

Peralatan ini tentunya akan menjadi milik Si Salji.

[Mantel Berjalur] (Tembaga Hijau, Mantel)

Vitality: +6

Ketangkasan: +4

Kesan alat: Meningkatkan 1% serangan kritikal.

Keperluan tahap: 20

Peralatan yang hanya mempunyai Ketangkasan sahaja tanpa Kekuatan ternyata sesuai sama ada untuk Pencuri atau Pemburu.

Ketika Han Gemuk mahu Ratusan tembakan memiliki item tersebut, Ratusan Tembakan menolak peluangnya untuk membaling dadu.

"Gemuk, tidak mengapa. Peralatan aku agak kuat. Kau tidak perlu lagi mengalah! Mulai daripada sekarang, mari buat balingan dadu secara adil dan saksama!"

"Baiklah kalau begitu" Han Gemuk mengangguk dan menerima mantel itu.

Pasukan itu berlari ke arah pintu masuk dungeon. Han Gemuk tiba-tiba berpatah balik dan bertanya kepada Zhang Yang, "Hei Yang Kecil, ada bos tersembunyi atau tidak di dalam dungeon ini?"

Zhang Yang menggeleng kepala. "Tidak semua dungeon ada bos tersembunyi. Seperti Sarang Marzerway, tidak ada bos tersembunyi di dalam ketiga-tiga dungeon yang lain!"

Setelah beberapa ketika, pasukan itu keluar daripada Sayap Hadapan dan memasuki pintu masuk kiri dungeon.

"Ding! Anda telah memasuki Sarang Marzerway: Sayap Tengah (Mod Paling Sukar)!"

Suasana dan latar belakang di dalam dungeon baru ini sama seperti dungeon sebelumnya. Hanya ada satu perbezaan sahaja iaitu raksasa yang mengawal dungeon itu merupakan raksasa berunsur api.

[Syaitan Unsur Api ] (Elit)

Tahap: 22

HP: 6,000

Terdapat banyak raksasa di sini, malah mereka terlalu banyak! Ia sekilas pandang kelihatan seperti sebuah bilik yang sempit dan sesak.

"Banyaknya!" Han Gemuk menarik nafas sedalam-dalamnya.

"Ya. Raksasa di sini lebih kuat daripada yang sebelum ini. Mereka semua jenis serangan kuasa ajaib. Mereka sangat suka memuntahkan bola api kepada kau dan ia sangat menyakitkan!" Zhang Yang memberi penjelasan. "Namun begitu, perkara bagus tentang mereka ialah mereka mempunyai HP yang sangat rendah. Jumlah HP mereka separuh daripada raksasa elit. Kita boleh guna serangan AoE sahaja dan mereka boleh terbunuh dengan mudah.

Zhang Yang berjalan di hadapan dan menggunakan untuk memulakan perlawanan.

Zhang Yang membunuh salah satu raksasa dengan 342 kerosakan dan menambah 36 Rage. Dia segera menggunakan .

'-701!'

'-745!'

'-726!'

Banyak lagi teks kerosakan yang saling bertindih antara satu sama lain di dalam ruang sempit yang sesak itu.

Sejumlah 8 ekor unsur api telah meletakkan sasaran kepada Zhang Yang dan mula menjelmakan bola api.

Kumpulan itu menyusuli Zhang Yang dan mula melepaskan kemahiran AoE mereka seperti dan .

3 saat kemudian, raksasa sudah selesai mengenakan jampi mereka dan membuang 8 bola api terhadap Zhang Yang. Zhang Yang telah terkena serangan panahan bertalu-talu yang menyebabkan '-122', '-119', and '-125' kerosakan kepadanya. Zhang Yang telah kehilangan 1000 HP dalam gelombang ini.

Si Salji sudah bersiap sedia untuk menghadapi keadaan itu. Setelah dia melihat teks kerosakan muncul di atas kepala Zhang Yang, dia melambaikan tangannya dan menggunakan terhadap Zhang Yang, lantas menyelamatkan 400 HP. Pada masa yang sama, telah menyembuhkannya sebanyak 130 HP setiap 3 saat. 2 saat kemudian, Si Salji menjelmakan satu lagi dan menyembuhkan Zhang Yang sehingga HPnya hampir penuh.

Boom!

8 bola api yan lain mengenai Zhang Yang.

"Argh… Aku tidak mahu lakukannya lagi… Sungguh memenatkan!" Namun, disebabkan ada seorang sahaja penyembuh di dalam pasukan, Si Salji meneruskan penyembuhannya seorang diri kerana memikirkan jika dia tidak berbuat begitu, Zhang Yang akan mati dan seluruh kumpulan akan tewas.

Dalam masa 30 saat selepas pertarungan bermula, semua makhluk suruhan telah terbunuh dan itu memberikan nilai pengalaman yang sangat besar kepada pasukan.

Si Salji mengejek di tengah laluan dan melihat gelombang demi gelombang makhluk suruhan melakukan rondaan. Wajahnya menjadi masam dan berkata, "Tuhan, berapa lama lagi untuk semua ini berakhir!"

"Sepupu, aku akan urut belakang kau selepas membunuh semua makhluk suruhan ini. Ia sudah cukup bagus, bukan?"

Han Gemuk tiba-tiba memberi pandangan bernafsu. "Si Gemuk ni sangat pandai menekan dan menarik! Apa yang aku boleh cakap, tiada siapa yang boleh lakukannya lebih baik daripada aku! Si Salji, ambil nombor aku dan hubungi aku jika kau mahukan urutan belakang bila-bila masa sahaja. Aku akan sampai dalam sekelip mata!"

Drizzler mendekati Han Gemuk dan memerhati tangannya yang berisi.

"Huh. Aku telah lihat tangan kau sekarang. Akhirnya aku faham kenapa bahasa Mandarin ada pepatah yang berbunyi 'Tangan Babi Masin', lelaki miang!"

Semua orang ketawa seketika dan bergerak ke hadapan.

Raksasa itu sangat kuat dan serangan mereka lebih kuat, tetapi hanya Si Salji seorang yang bekerja keras, manakala ahli pasukan yang lain hanya bertarung dengan tenang dan santai sepanjang perjalanan. 

20 minit kemudian, mereka akhirnya tiba di tempat bos pertama.

[Roh Api Anni] (Tembaga Hijau)

Tahap: 23

HP: 138k

Roh unsur gergasi setinggi 10 meter sedang terbakar bagaikan tiang pembakar api yang besar. Tiada lagi makhluk suruhan yang berkeliaran di sekitarnya dalam istana yang begitu luas ini.

"Baiklah, sakiti telinga kami, Yang Kecil!"

Zhang Yang menggeleng kepala dan mengeluh. Dia kemudian mula menerangkan strategi dan kemahiran bos.

"Seperti yang kamu boleh teka, bos ini merupakan kelas Ahli Sihir. Serangan fizikalnya tidak kuat, jadi dia akan menjampi kepada seseorang dengan aggro terbanyak. Kemahiran ini mempunyai 3 saat penangguhan jampi dan mengenakan 1,000 kerosakan bagi setiap tembakan! Si Salji, sila berputus asa! Sebagai satu-satunya penyembuh di dalam dungeon Mod Paling Sukar, kau ditakdirkan untuk melakukan penyembuhan sehingga kau rebah!"

Han Gemuk ketawa dan berkata, "Si Salji, berputus asa sahaja dan dengar cakap Yang Kecil!"

"Si Gemuk Miang!"

"Dua lelaki bersaudara yang gatal !"

Gadis-gadis itu melepaskan kemarahan mereka.

Zhang Yang menunjukkan reaksi tidak bersalah. "Hei! Kenapa aku berada dalam kategori yang sama dengan dia?"

Si Salji membalas, "Enggang sama enggang…"

"…pipit sama pipit!" Drizzler menyambung peribahasa sepupunya. "Kau berdua seperti adik beradik. Sudah semestinya kau berdua berkongsi perangai buruk yang sama!"

"Apa!? Argh! Seorang lelaki budiman tidak seharusnya bertengkar dengan seorang wanita!" Zhang Yang berputus asa dan melarikan diri untuk menjauhkan diri dari pertengkaran itu. Dia menyambung penjelasan tentang bos. "Kemahiran bos kedua dipanggil . Kemahiran ini akan menyebabkan setiap sasaran dalam jarak berkesan terkena hentakan belakang sejauh 3 meter ke belakang dan turut menerima 500 kerosakan api. Pada masa yang sama, sasaran akan dikenakan kelemahan yang dipanggil yang menyebabkan semua kerosakan kuasa ajaib meningkat sebanyak 50%! Kelemahan itu sangat merbahaya. Jika aku terkena dan semasa mendapat kelemahan , aku akan menerima lebih kurang 1,800 kerosakan! Aku akan terbunuh dengan segera jika aku menerima gabungan kuasa tersebut tanpa status HP yang penuh!"