"Kemahiran ketiganya dipanggil
"Hmm, bunyi seperti mudah. Kita pasti boleh lakukannya selagi kita dapat mengelak lahar itu!"
"Kemahiran keempat…"
"Bedebah, ada kemahiran keempat?! Yang Kecil, tolong habiskan ayat kau! Janganlah buat kami tertanya-tanya!"
Zhang Yang tertawa melihat reaksi Han Gemuk.
"Kemahiran keempatnya agak mudah. Bos ini akan mengalami peningkatan kerosakan 50% dengan setiap kematian ahli pasukan. Jadi kita semua kena terus hidup walau apapun terjadi! Pendek cerita, terus hidup dan jangan mati!"
"Jom!"
"Ho! Dari mana datangnya serangga ini? Berani kamu semua masuk kawasan aku! Hmph! Roh Air dan Roh Tanah tak guna! Bagaimana mereka boleh biarkan serangga ini semua terlepas?"
Farr yang kebal dengan kesan pegun
"Yang Kecil, aku saja yang rasa begini ataupun bos ini memang banyak bercakap?" Han Gemuk bertanya sambil melepaskan anak panahnya.
"Ya, aku pun rasa begitu! Zhan Yu, bos ini sebenarnya sama seperti kau! Sangat menjengkelkan!"
Drizzler menggunakan
'Hmph, kalau aku diam saja, kau ingat kita boleh sampai ke tahap ini?
Soalan ini terdetik dalam hati Zhang Yang dan dia terus tersenyum tawar.
"Faktor kesukaran sesetengah bos bergantung kepada serangan dan kemahiran mereka. Bagi yang lain-lain, mereka ada cara tersendiri untuk menjengkelkan pemain, seperti bos ini yang suka mengarut untuk menjatuhkan pemain!"
Han Gemuk tertawa. "Huh? Mengarut? Boleh ke mereka buat begitu?"
"Ya, tengoklah nanti! Ini kali pertama kita berdepan dengan bos yang suka mengarut!"
Sementara mereka seronok berbual, Zhang Yang telah mendapatkan 5 tindanan
"Manusia tak guna! Aku akan gunakan apiku untuk membakar kalian menjadi daging bakar dan aku akan nikmati kalian sebagai makan malamku!"
Roh Api Farr mula menjampi
"Haha! Manusia bodoh! Apa rasanya dibakar hidup-hidup?" Roh Api Farr kemudian terus menukar serangannya kepada serangan penumbuk berapi. "Mungkin aku patut simpan tengkorak kamu semua untuk dijadikan meja! Itu hiasan terbaik untuk istana aku ini!"
Selepas beberapa serangan penumbuknya, Roh Api Farr mula membaca jampi
Boom! Sebiji bebola api sekali lagi melayang dan terkena pada Zhang Yang.
"Mustahil! Kau, seorang manusia biasa, boleh menahan serangan hebatku! Tidak! Kenapa kau masih hidup?! TIDAK! Kau mesti mati! Kau mesti mati SEKARANG!" Roh Api Farr menggeram dengan kuat.
'Ding! Roh Api Farr keberangan!'
'Ding! Roh Api Farr telah melepaskan
Sebuah tembok berbentuk bulatan muncul dengan Farr di tengah-tengahnya. Tembok itu kemudian meletus dan menghentak Zhang Yang dan Drizzler sehingga mereka tertolak ke belakang sambil meninggalkan kesan melemahkan ke atas mereka. "Makhluk bodoh! Aku tidak akan berlemah lembut lagi!" Roh Api itu terus menjampi satu lagi
Han Gemuk sudah tidak boleh membendung perasaannya lagi. "Apa ini?! Bos ini memang suka bercakap… banyak!"
Zhang Yang ketawa sinis, "Haha, karut belaka! Ini dikira sebagai satu cabaran. Selepas kita berdepan dengan beberapa bos seperti ini, kita akan terbiasa dengannya. Tapi, kau tak akan naik berang dengan komputer, bukan?"
Si Salji yang selama ini cuba bertahan akhirnya berang. "Boleh tak kau semua bunuhnya sekarang?! Aku dah tak larat ni!"
Roh Api Farr memerhati pasukan itu selepas ia menjampi
Woosh! Lapan aliran lahar mengalir daripada jasad bos itu ke semua arah di segenap medan pertempuran. Han Gemuk dan yang lain-lain berjaya mengelaknya walaupun hampir terkena, tetapi penyerang jarak dekat langsung tidak mempunyai masa mencukupi untuk mengelak. Mereka hanya bernasib baik kerana
90%, 80%, 70%... HP bos itu menurun mendadak. Memandangkan ia banyak bercakap, pasukan tersebut bertungkus-lumus menyerang dan melepaskan tembakan dan mungkin lebih daripada itu kerana mereka mula berasa menyampah dengan kata-kata bos yang mengarut itu.
"Manusia tak guna! Jahanam kau semua!" Roh Api Farr meraung kesakitan selepas ia diserang. "Biar api ini menghapuskan kamu semua!" Bos itu menggunakan
"Nasib baik bos ini tak menyumpah bakal anak aku atau sesuatu seperti itu. Kalau tak, aku pasti mengamuk!" Han Gemuk berkata sambil menarik busur dan melepaskan anak panah dengan riang.
"Si Kurus dan Kacak, kau telah menembak hampir setengah hari, tapi tiada satu pun yang terkena! Inikah namanya seorang lelaki?"
Itu pencetusnya. Han Gemuk tiba-tiba berhenti menyerang dan mendekati bos itu dengan berang! "Siapa kata aku tak boleh tembak mengenai sasaran?! Orang panggil aku 'lelaki dengan 7 tembakan'! Aku boleh tembak mengenai sasaran dalam masa 5 minit! Hmph! Aku tak boleh menembak? Aku tembak muka kau!"
"Hei, sabarlah, abang miang!"
"Lelaki menggatal!"
"Gemuk, kau dah dedahkan rahsia kau!"
Lantas Han Gemuk tersedar yang dia telah dipermainkan oleh sebuah komputer! Bagaimana dia boleh biarkan dirinya diperdaya sebuah komputer hingga dia hilang sabar?
"Haha! Gemuk, aku rasa kau dah rosakkan nama baik kau!" Zhang Yang tertawa dengan kuat.
"Oh, pergi jalanlah!" Han Gemuk berasa sangat marah ketika itu. "Bos ini sama miang dengan aku!"
"Merepek! Kau saja di sini yang berfikiran kotor begitu! Bos ini menghina kemahiran menembak kau, bukannya cara kau… kau tahulah! Hei, Han Gemuk, jangan-jangan ada bahagian badan kau yang tertentu yang tak berfungsi dengan baik? Aku ada kenal seorang pegawai perubatan tua yang tinggal di lorong berdekatan…" Zhang Yang tidak dapat menahan diri daripada tergelak.
"Jaga tepi kain kau sendiri! Adik lelaki aku ini tiada masalah langsung!" Han Gemuk mempertahankan "kemahiran" dirinya.
Roh Api Farr kemudian mula menaikkan kemarahan Ratusan Tembakan, "Ratusan Tembakan, kau telah menembak hampir setengah hari, tapi tiada satu pun yang terkena! Inikah namanya seorang lelaki?""
Ratusan Tembakan yang tidak pernah hilang "sabar" kekal tenang dan langsung tidak terganggu sambil terus melepaskan anak panahnya.
"Nampak tak itu, Han Gemuk? Itu namanya gaya. Tenang seperti air di tasik!"
"Ish! Ratusan Tembakan, kau cakap betul-betul, berapa umur kau sebenarnya?" Fatty Han bertanya.
Ratusan Tembakan tersengih sebelum dia menjawab, "30!"
"Kalau kau berumur 30, kau akan ada masalah itu. Kalau kau berumur 40, kau tak akan boleh lari daripada terfikirkan benda itu! Ini bukannya gaya, itu satu fakta! Aku tak akan ada masalah dalam melepaskan tembakan!"
Dengan terbangkitnya isu tersebut, setiap lelaki di situ ingin mempertahankan diri masing-masing. Ratusan Tembakan tersenyum dan berkata, "Mengikut kata isteri aku, aku langsung tiada masalah dengan adik lelaki aku ini. Kalau ia satu masalah pun, sebenarnya ia bukan satu masalah!"
"Mengarut semua itu!"
Kedua-dua Zhang Yang dan Han Gemuk terkejut dengan komen Ratusan Tembakan dan mereka tertawa dengan kuat.
"Hei, kau semua ini nak bertarung atau tak?!" Drizzler menjerit kemarahan. Dia sudah tidak mampu menahan sabar kerana dia langsung tidak memahami apa yang mereka katakan dan bukannya kerana perbualan kotor tentang hal peribadi mereka itu! Memandangkan dia tidak memahaminya, jadi, tiada gunanya pertengkaran mereka!
"Drizzler! Adakah kau sedang mengurut aku? Kalau begitu, sia-sia saja! Aku tidak merasa apa-apa langsung!" Roh Api Farr menoleh dan menunjuk ke arah Drizzler sambil terus mencemuhnya. "Aku akan ratakan kau!"
"Huh? Rata? Dada rata? Kau panggil aku dada rata!?" Sukar untuk mereka mengelak daripada terhibur dengan cara Drizzler mentafsirkan cemuhan tersebut. Daripada perkataan "rata" kepada "dada rata". Namun, Si Drizzler yang keberangan itu terus naik hantu dan menyerang dengan lebih ganas!
Han Gemuk tertawa dan berkata, "Memang seronok bertarung dengan bos ini!"
"Bos miang! Gemuk gatal!" Drizzler menyerang raksasa tersebut tanpa henti.
"Hei, hei, hei! Aku lelaki yang normal and serius!" Han Gemuk cepat-cepat membangkang.
"Manusia tak guna! Rasakan kemurkaanku!"
Lahar mula mengalir sekali lagi dan menyebabkan seluruh pasukan melompat untuk mengelak seperti kucing dan anjing. Selepas pasukan itu kembali tenang, HP bos itu hanya tinggal 20%.
"Bos ini agak mudah untuk ditewaskan! Kalau bukan disebabkan benda mengarut yang dikatakannya, aku boleh bertarung dengannya bila-bila masa!"
Zhang Yang menggeleng kepalanya. "Kita ni cuma bernasib baik. Kita tidak terkena kombo
15%, 10%, 7%... HP bos itu terus menurun mendadak.
5%, 3%...
Boom! Satu
'Ding! Roh Api Farr telah melepaskan
'-600'
Zhang Yang serta-merta terbunuh dengan serangan tersebut.
'Ding! Pemain Zhan Yu telah mati!'
"Jangan berhenti! Bunuhnya! Bunuhnya!" Zhang Yang menjerit.
'Ding! Roh api Farr telah memperolehi kesan
"Haha! Jiwa yang menyelerakan! Aku boleh rasakan yang kuasa aku bertambah kuat!
Jasad Roh Api Farr bertambah besar. Memandangkan Zhang Yang telah terbunuh, bos tersebut menukar sasarannya kepada pemain dengan aggro kedua tertinggi iaitu Drizzler. Dia bernasib baik kerana bos itu tidak kerap menggunakan
2%, 1%...
'-2250!'
Drizzler yang mempunyai kelemahan
'Ding! Roh Api Farr telah memperolehi kesan
"Indahnya perasaan ini! Kuasa aku bertambah kuat!" Roh Api Farr tertawa sinis dan menoleh ke arah Han Gemuk sambil menjampi
'1200.'
'950.'
'740.'
Bos itu hanya tinggal lebih kurang 1,000 HP!
'400.'
'143.'
-2000!'
'Ding! Roh Api Farr telah memperolehi kesan
Kali ini, bos itu tidak menjampi
'-176!'
'-413!'
Ratusan Tembakan dan Si Salji melakukan serangan serentak ke atas bos itu.
"Tak, tak, tak! Ini tidak mungkin terjadi! Aku Dewa Api yang Abadi! Tiada sesiapa yang boleh membunuhku! Tidak…!" Dengan raut wajah yang terkejut, Roh Api Farr jatuh tewas.
'Ding! Anda dan ahli pasukan anda telah membunuh Roh Api Farr. Menerima 69,050 mata Nilai Pengalaman. (50 mata bonus pasukan)!'