Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

PENJELMAAN SEMULA PEDANG TUHAN TERULUNG

Lucky Old Cat
--
chs / week
--
NOT RATINGS
905.5k
Views
Synopsis
Bermula sekali lagi, dia telah masuk semula ke dalam "permainan hidup" ini untuk mengawal takdirnya sendiri. Kali ini, dia tidak akan dikawal oleh orang lain. Sebelum ini di Tahap Raja Pedang 200, dia akan naik lebih tinggi dalam kehidupan ini. Cara mendapat duit! Strategi menakluk Dangeon! Lokasi meletak peralatan! Teknik pertempuran yang tidak diketahui! Sedangkan rahsia yang tidak diketahui Beta Tester juga diketahui olehnya. Perang besar, kemajuan hayat, mencapai tahap Kedewaan, pedang menuju ke puncak! Legenda seorang lelaki mencadi Dewa Pedang telah bermula.
VIEW MORE

Chapter 1 - Mula Semula

Tengah malam buta. Di ruangan kelas atasan Buluh Hijau, Bandar Jin Hai.

Shi Feng memegang sehelai dokumen sambil duduk di atas sofa kulit. Dia merenung ke arah kolam di luar menerusi sebuah tingkap buatan Perancis, Shi Feng dipenuhi dengan rasa tertekan dan tidak rela.

Dia merupakan seorang kapten kumpulan [Shadow], salah satu daripada Kesatuan Pemain yang terhebat di Bandar Jin Hai. Dia telah memerintah satu persatuan yang terdiri daripada ribuan orang. Lebih-lebih lagi, dia seorang pakar yang terkenal di Bandar Jin Hai; seorang yang bergelar Kesatria Pedang.

Namun, apa yang boleh dia lakukan sekarang hanyalah minum arak untuk menghilangkan kesedihan di rumah.

Sepuluh tahun, dia telah menghabiskan masa bermain permainan. 

Sepuluh tahun, dia telah berlawan dalam pertempuran berdarah.

Dia mengalami banyak dugaan dan penderitaan. Di bawah pimpinannya, Shadow telah berjaya menubuhkan sepuluh negara kota dalam <>. Mereka akhirnya berjaya menyaingi persatuan bertaraf tinggi. Tetapi, hampir sahaja dia dapat menikmati kejayaan yang tidak terhingga, satu dokumen telah mengubah cita-citanya menjadi debu; perginya sesuatu, yang tidak kembali lagi.

Shi Feng tak sangka usaha sepuluh tahunnya menjadi sia-sia. Dia korbankan segalanya untuk permainan ini dan akhirnya, dia cuma membuka jalan untuk orang lain. Semua kemusnahan ini disebabkan keputusannya membangkang Shadow untuk menyertai Persatuan Super, [Pentakluk Dunia]. Pada hari itu juga dia mendapat maklum balas daripada Lan Hua Financial Group. Dia dipaksa untuk buang Tahap 200 Raja Pedang, akaun yang telah dimainkan selama sepuluh tahun menanggung kepayahan, dan mengutip cek daripada Jabatan Kewangan.

Dia hanya mendapat 5,000,000 kredit dan sebuah rumah agam. Jika dibandingkan dengan kemajuan sepuluh Negara Kota dalam kerajaan maya yang mampu menjana duit, habuan yang diterima langsung tidak mencukupi.

Shi Feng terkenangkan semua usahanya kepada Shadow. Dia ingat lagi bagaimana usahanya menukarkan Lan Hua Groups menjadi sebuah syarikat kewangan yang lebih besar. Kemudian, dia terkenangkan tindakan mereka membuangnya, seperti sampah; Shi Feng bersumpah untuk membalas dendam atas apa yang telah mereka lakukan.

"Aku tak akan lepaskan mereka. Paling tidak pun, aku akan mula bermain semula."

Mata Shi Feng dipenuhi dengan keyakinan dan ketetapan; tangannya mengoyakkan kontrak tamat perkhidmatan itu. Dia mengambil sebotol wain dari atas meja, dan meneguknya sehingga mulutnya penuh beberapa kali.

Walaupun dia tidak memiliki akaun Raja Pedangnya lagi, ataupun sokongan daripada kumpulannya, namun kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki sekalipun tidak akan mengecewakannya. Selagi dia dapat kemahiran itu, dia mampu bangkit semula dalam permainan Kawasan Tuhan; dia mampu membina kerajaan mayanya sendiri.

Di awal pagi. Sewaktu matahari mula terbit.

Di! Di! Di!

Penggera telefon berbunyi tanpa henti.

Shi Feng bangun dengan mamai. Dia berasa lemah untuk mencapai telefon di sebelah katil; kesan daripada arak semalam masih menyelubungi dirinya.

"Hei, apa khabar?"

"Abang Feng, ini saya, Si Hitam. Abang masih tanya apa khabar? Bukankah kita sepakat nak jadi seorang pemain profesional? Kesatuan Shadow sedang merekrut pemain di sekolah hari ini. Bukankah abang ingin menjadi ahli dalam kumpulan Shadow?

Shi Feng bingung sekejap.

Lan Hua Financial Group baru sahaja membuangnya, jadi kenapa dia perlu menghadiri ujian yang dianjurkan oleh Shadow pula?

"Abang Feng? Abang Feng? Boleh dengar tak? Mereka mulakan ujian pada pukul sepuluh. Kalau abang tak cepat, nanti terlepas ujian tu!"

"Si Hitam, berhenti bergurau, aku baru sahaja dipecat Shadow."

"Dipecat? Abang Feng, berapa botol abang minum semalam? Sampai sekarang tidak sedar lagi? Bagaimana abang dipecat kalau Shadow masih belum merekrut sesiapa pun? Datang cepat."

Si Hitam telah meletakkan telefon sebelum Shi Feng sempat membalas.

Semasa Shi Feng melihat telefonnya sekali imbas, dia mendapati telefon berjenama iPhone 6 yang sudah lapuk dan rosak di tangannya itu bukan telefonnya. Telefonnya adalah iPhone 12 yang terbaru.

Kemudian, Shi Feng terus memerhati persekitaran.

Apa yang dilihatnya ialah bilik yang berselerak, lebih kurang lima belas meter persegi. Di sekeliling, penuh buku tentang strategi permainan. Di penjuru bilik, atas meja belajar, terdapat satu komputer riba yang sudah usang. Dalam almari pakaiannya, penuh baju yang tergumpal dan berselerak. Dalamnya, terdapat sebuah cermin; cermin yang menunjukkan muka yang dikenalinya.

Shi Feng melompat kerana terkejut apabila melihat wajah yang sangat dikenalinya itu.

"Macam mana aku boleh muda kembali?" Shi Feng dengan segera berjalan ke arah cermin. Apabila merenung cermin itu, pantulan wajah yang terlihat di permukaan, lagi dan lagi, barulah Shi Feng sedar dirinya sudah kembali muda.

Shi Feng masih ingat beberapa kenangan di tempat ini. Dia pernah menetap di sini sepuluh tahun lepas. Untuk enam bulan, Shi Feng menyewa tempat ini dalam kepayahan, semua ini untuk bermain Kawasan Tuhan semasa menghadiri universiti. Selepas dia menjana pendapatan di Kawasan Tuhan dia berjaya menyewa pangsapuri yang besar.

Shi Feng terkenang tahun-tahun kesusahannya itu. Nasib keluarganya ketika itu tidak begitu baik. Untuk memastikan Shi Feng dapat memasuki Universiti, ibu bapanya terpaksa berhutang demi memastikan untuk memberi Shi Feng duit perbelanjaan setiap bulan, menahan penderitaan, sebagai balasan.

Shi Feng dengan sepenuh hati mahu mengubah nasib keluarganya itu. Namun, mendapatkan kerja yang lumayan sedangkan masih ramai graduan universiti di jalanan yang menganggur sangat susah; oleh itu dia terfikir mengenai permainan alam maya yang memberi keuntungan yang besar. Dia menetapkan sasaran menjadi pemain yang profesional, lalu membeli Helmet Permainan Maya, berlatih dengan susah payah dalam permainan untuk menajamkan kemahirannya.

Pada masa itu, roti dan mi segera menjadi santapan harian. Untuk menjimatkan duit, dia juga mengelak daripada mengikuti mana-mana perjumpaan sosial yang diadakan oleh rakan-rakannya, menyebabkan dia seolah-olah halimunan di dalam kelas. Rakan lelaki akan memandang hina, manakala rakan perempuan pula akan menjauhkan diri daripadanya. Setiap kali Shi Feng keluar membeli mi segera, dompetnya tak lebih daripada 10 Kredit. Dia langsung tidak membeli sosej khinzir walaupun hanya 1 Kredit sahaja. Dengan rasa kesian, seorang juruwang wanita menawarkan sosej itu dengan harga diskaun. Tetapi, mengenangkan dompetnya bakal kosong membuatkan Shi Feng menolak dengan berat hati.

"Adakah sesiapa nak bergurau dengan aku?"

Shi Feng merenung dirinya yang kembali muda di hadapan cermin dan ke kawasan sekeliling. Shi Feng terpaksa menggelengkan kepalanya, menolak anggapan tadi.

Sedangkan Amerika, negara yang paling membangun, tidak mempunyai teknologi mengembalikan usia seseorang. Lagi pun, siapa yang akan bergurau seperti itu dengan seorang yang tua dan miskin macam dia?

Shi Feng melihat masa pada telefonnya.

19-April-2129

"Mungkinkah aku telah dijelmakan semula?" Muka Shi Feng terukir dengan senyuman yang pahit.

Dia ingat hari ini sepatutnya 5 Ogos, tahun 2139. Tak mungkin boleh jadi April 2129, tahun dia sedang belajar di universiti.

Shi Feng mnggelengkan kepala, cuba untuk sedarkan dirinya. Namun, jauh di sudut hati, dia masih mengharapkan, dia boleh memutar balik masa, kembali ke zaman sepuluh tahun yang lepas. Dia berjalan ke arah meja, menghidupkan komputer riba.

Jika masa di telefonnya boleh dipalsukan, informasi pada laman sesawang sudah tentu tidak boleh.

Selepas melayari laman sesawang untuk beberapa minit...

Shi Feng berasa sangat terkejut. Semua informasi yang dijumpai dalam laman sesawang jelas menunjukan hari ini ialah 19 April 2129. Malah tarikh rasmi pelancaran Kawasan Tuhan yang sangat ditunggu-tunggu jelas terpapar pada laman rasminya, mengira waktu enam hari dari sekarang, 25 April.

"Aku betul-betul telah dijelmakan semula! Adakah aku telah kembali ke sepuluh tahun yang lepas?" Shi Feng merenung dengan tajam berita laporan Kawasan Tuhan, dengan tangisan beremosi mengalir di hujung kelopak matanya.

Perasaan Shi Feng sangat susah untuk dijelaskan pada masa itu. Di berasa menyesal , sedih dan juga gembira.

Seolah-olah di hadapannya itu satu mimpi.

Sebaliknya, bunyi kicauan serangga dan hembusan angin sejuk bertiup dari penyaman udara memberitahu, semua ini nyata.

Melihat pada telefon, gambar keluarga yang diambil semasa memasuki universiti, Shi Feng sedar ibu bapanya mempunyai rambut putih. Di hujung mata ibunya terlihat kedutan. Mereka tidak sekuat dahulu; mereka sudah tua sekarang.

Setahun setengah telah melepasi semenjak pelancaran Kawasan Tuhan barulah Shi Feng perasan umur orang tuanya yang kian meningkat. Dengan hutang yang bertimbun, kerja berlebihan, dan tekanan menyebabkan ibu bapanya jatuh sakit, sakit yang teruk. Mengubati mereka memerlukan jutaan Kredit tetapi, pada masa itu, Shi Feng merupakan kapten skuad dalam Shadow. Duit yang diperoleh masih tidak cukup untuk membiayai rawatan yang mahal itu.

Shi Feng cuba segalanya untuk mengumpul duit, namun masih tidak mencukupi. Setelah cuba segalanya, Ibu bapa Shi Feng tetap meninggalkannya beberapa bulan selepas itu.

Dalam kehidupan sebelumnya, dia gagal untuk menjaga mereka dengan betul. Oleh itu dia tahu bagaimana rasa pedih dan menderita.

Setelah Shi Feng memperoleh jutaan Kredit, penderitaan ini membuku di hatinya untuk selama-lamanya.

Tidak terlintas di fikiran yang takdir akan mempermainkannya. Dia telah kembali tidak diduga ke permulaan, mula dari bawah.

"Bagus! Ini terlalu bagus! Hahaha! Disebabkan aku dah dijelmakan semula, aku perlu mengubah segalanya. Aku akan kumpul duit secukupnya untuk mengubati mak dan abah dan aku akan pastikan hidup mereka lebih senang tanpa kepayahan." Shi Feng berjanji di dalam hati sambil mengesat tangisan.

Baru sahaja Shi Feng merancang untuk masa depan, panggilan Si Hitam berdering semula, mendesak Shi Feng tanpa henti memaksa untuk hadir ke universiti untuk ujian tersebut.

Tetapi, Shi Feng tidak tergesa-gesa. Dia memakai baju dengan tenang, mengemaskan dirinya sebelum bertolak ke Universiti Jin Hai.

Dia sangat mengenali Shadow.

Shi Feng masih teringat. Ketika menghadiri universiti, anak emas Lan Hua Group, Lan Hailong, menerajui Kesatuan Shadow untuk memasuki Kawasan Tuhan. Lan Hailong juga telah melabur wang yang banyak dalam merekrut pelajar yang pakar di Universiti Jin Hai. Shi Feng menghadiri ujian Shadow ketika itu, dan berjaya menjadi ahli teras Kesatuan; manakala Si Hitam menjadi ahli luar. Shi Feng berasa gembira untuk masa yang lama selepas insiden itu.

Selepas tiga tahun bawah pimpinan Shi Feng, Kesatuan Shadow memberi keuntungan kepada Lan Hua Group menerusi Kawasan Tuhan, dengan cepat menjadi syarikat kewangan yang besar. Namun, Shi Feng tidak menjangkakan Lan Hailong akan memecat dia, secara peribadi.

Disebabkan penjelmaan semula, dia mempunyai kelebihan dalam Kawasan Tuhan. Sepatutnya, dia tidak perlu menyertai Shadow supaya tidak dipermainkan oleh mereka. Dia ingin bergerak bebas; satu jalan yang dia tidak perlu berjuang untuk orang lain, tetapi untuk diri sendiri. Dia ingin menghentikan keperluan untuk ibu bapanya memberi duit perbelanjaan. Dia mahu membayar semua hutang yang ditanggung. Untuk itu, dia mahu usaha sendiri, membuka satu Kesatuan miliknya, memulakan syarikat sendiri, dan membina kerajaan mayanya sendiri... untuk hidup dengan lebih senang.

Selepas tiba di Blok Mengajar 1, dia ternampak kelibat seorang yang kurus dan tinggi di hadapan bangunan. Remaja berkulit sawo matang mundar mandir di lorong dengan panik; dia adalah Si Hitam.

"Abang Feng, sampai juga kamu akhirnya. Nasib kita baik, pendaftaran belum ditutup lagi, jadi mari cepat kita segera daftar." Si Hitam berkata dengan cemas selepas melihat Shi Feng.

Shi Feng menggelengkan kepalanya, berkata dengan nada yang serius, "Si Hitam, aku tak nak menyertai Shadow; aku mahu buka Kesatuan aku sendiri. Kau nak ikut aku?"

Si Hitam berjumpa dengan Shi Feng dalam permainan realiti maya dan dia mempunyai kemahiran yang cukup bagus. Mereka berdua telah menempuh banyak dugaan bersama dan salin tak tumpah seperti adik beradik. Semasa mereka bekerja bersama dalam Shadow, bakat Si Hitam terserlah dalam pengurusan, walaupun dia kekurangan bakat sebagai pemain. Dia menguruskan ratusan ribu ahli persatuan dengan jelas dan teratur. Jika Shi Feng berjaya mendapatkan pertolongan Si Hitam kali ini, rancangannya pasti berjalan dengan lancar. Tetapi, dia tetap akan menghormati apa jua keputusan Si Hitam. Pada masa sekarang Shi Feng tidak boleh beri dia apa-apa, dan keadaan keluarga Si Hitam juga tidak begitu baik, sama sepertinya. Si Hitam hanya memilih untuk menjadi pemain profesional dan menyertai Shadow untuk mendapatkan beberapa Kredit bagi menampung perbelanjaan harian.

Si Hitam terpaku dengan kata-kata Shi Feng, menundukkan kepalanya. Semua ini secara tiba-tiba. Bukan itu sahaja, Shi Feng yang dilihatnya hari ini berbeza. Tidak seperti dirinya yang selalu tidak sabar, Shi Feng hari ini mengeluarkan aura yang teguh dan berkeyakinan.

Selepas seminit, Si Hitam mengangkat kepala lalu melihat Shi Feng.

"Abang Feng, hentikan cakap bukan-bukan. Abang tahu tak berapa kos untuk sebuah Helmet Permainan Maya? Harganya 8,000 Kredit. Kamu juga memerlukan sekurang-kurangnya enam orang untuk membina Kesatuan. Bagaimana dengan tempat, gaji dan perkara lain? Duit permulaan sahaja perlu ada tujuh hingga lapan ribu. Kemudian pelaburan susulan lagi. Banyak Kredit yang abang perlukan. Abang ada duit sebanyak tu ke?" Si Hitam memahami keadaan Shi Feng. Dia tahu keluarga Shi Feng tidak begitu senang, jadi dia ingin memujuk Shi Feng untuk berhenti memikirkan perkara bukan-bukan.

"Kau betul. Sekarang, aku memang tak ada Kredit untuk Helmet Permainan Maya permainan Kawasan Tuhan." Shi Feng mengangguk tanda mengaku. Seperti apa yang diperkatakan Si Hitam. Kredit sebanyak tujuh hingga lapan masih dikira sedikit. Shi Feng teringatkan Lan Hailong yang telah membelanjakan sebanyak 5,000,000 Kredit untuk seratus orang yang direkrutnya dalam Kesatuan. Dia juga terpaksa mengeluarkan lagi Kredit pada peringkat seterusnya untuk menaik taraf kualiti dan kekuatan Kesatuan.

"Memandangkan, daripada kita mengambil risiko, bukankah lebih baik kita menyertai Shadow? Sekurang-kurangnya, Shadow boleh memberi kita Helmet Permainan Maya. Kalau tidak, lupakan sahaja hasrat untuk menjadi pemain profesional; kita tidak mungkin dapat bermain permainan itu." Memandangkan Shi Feng faham masalah yang dihadapi, Si Hitam mengeluh lega lalu menarik Shi Feng masuk ke dalam blok pengajaran.

Shi Feng menangkis tangan Si Hitam, merenung dia dengan tegas dan berkata dengan nada bersungguh-sungguh," Aku tetap mahu membina Kesatuan aku sendiri. Aku tidak mahu mengikut telunjuk sesiapa lagi. Jadi, Si Hitam, kau nak ikut aku tak?"

Shi Feng tidak mahu memaksa Si Hitam kerana dia tidak boleh memberi jaminan. Dia juga tidak mahu membongkarkan rahsia tentang dia dijelmakan semula. Dia hanya mampu berharap Si Hitam akan mempercayakannya.

Melihat ekspresi muka Shi Feng yang serius, Si Hitam merasakan Shi Feng berkelakuan ganjil hari ini. Ini pelik. Semua orang tahu kamu tidak mampu mendapatkan duit semasa tempoh permulaan permainan maya. Adakah Shi Feng mendapat jalan untuk memperoleh duit dalam Kawasan Tuhan? Kalau betul pun mereka dapat memperoleh duit, pasti memakan masa beberapa bulan. Mereka tidak boleh membazirkan masa untuk itu.

Selepas teragak-agak sekejap. Si Hitam terpaksa menjawab, " Ya saya faham. Kamu bos. Saya akan ikut abang membina Kesatuan tetapi bagaimana pula dengan Helmet Permainan Maya? Kita tak boleh bermain permainan tanpa mereka, kan?"

Kening Shi Feng yang ketat berubah tenang dan dia menepuk bahu Si Hitam dengan gembira, berkata, "Inilah adik aku yang baik! Jangan risau mengenai helmet itu. Setahu aku Kawasan Tuhan mempunyai tempoh percubaan untuk pelajar universiti. Setiap universiti mempunyai tempat pengagihan dan, selagi kita tunjukkan kad pengenalan pelajar, untuk sepuluh hari, kita dapat helmet permainan secara percuma. Jom kita pergi lihat."

"apa kita akan buat selepas sepuluh hari?" muka sawo matang Si Hitam bertukar gelap, tiba-tiba melihat masa depan yang gelap gelita. Kenapa dia perlu percaya dengan Shi Feng? Mungkinkah disebabkan keyakinan dan kesungguhan Shi Feng? Tidak ada masalah jika mengikut Shi Feng, kan?

Apa yang boleh dilakukan sepanjang sepuluh hari di Kawasan Tuhan?

Mereka pasti terlepas tempoh rekrut Kesatuan selepas sepuluh hari. Akhirnya, mereka tetap perlu membeli helmet tapi bagaimana pula dengan duit?

Tidak ada pemain profesional yang bermain berkumpulan mampu memperoleh 16,000 Kredit dalam jangka masa sepuluh hari selepas pelancaran Kawasan Tuhan.

"Serahkan masalah duit kepada aku."

Shi Feng mengukir senyuman yang meyakinkan sambil menepuk bahu Si Hitam.

Memperoleh 16,000 Kredit dalam sepuluh hari ialah satu angan-angan. Tetapi, dia mempunyai aura seorang yang dijelmakan semula. Tidak kira apa dugaan yang timbul, dia akan tempuhi segalanya dan pelancaran Kawasan Tuhan ialah satu permulaan untuk pembangkitan dirinya.

Selepas itu, Shi Feng membawa Si Hitam untuk mendapatkan helmet permainan maya. Dia kemudiannya menggunakan kesemua duitnya untuk membeli dua kotak besar mi segera, meletakkannya di bawah meja dalam rumah sewanya. Makanan itu mampu bertahan lebih daripada sepuluh hari. Selepas memberi pengenalan ringkas kepada Si Hitam mengenai Kawasan Tuhan, Shi Feng menunggu dengan sabar pelancaran Kawasan Tuhan.

25 April, 9 pm. Dalam bilik yang gelap dan sunyi, beberapa kerdipan lampu menerangi suasana.

Shi Feng terbaring di atas katil, menekan butang mula dengan lembut dan memejamkan matanya.

"Kawasan Tuhan, aku datang."