"Dunia! Hijau! Taring! Licik! Malam ini, aku nak ajar setiap seorang antara kau ini bagaimana untuk ketuai pasukan kau sendiri. Kita akan jalankan serangan melalui Sayap Hadapan dan Sayap Tengah. Aku nak semua ahli pasukan kau layak untuk masuk Sayap Utama!"
Pawang Langit, ketua persatuan Tinggi Langit, sedang mengumpulkan pemain elit di kalangan ahli persatuannya bagi melancarkan kempen besar-besaran.
"Ketua persatuan, hanya ada 17 orang pemain Tahap 20 setakat ini! Kami tak boleh nak tubuhkan 4 buah pasukan!" Pemburu Dunia cepat-cepat mengingatkan ketua persatuannya itu.
"…. B-Berapa lama lagi? Berapa lama lagi sebelum kita ada 20 orang pemain Tahap 20?"
"Dalam 5 jam, tuan!"
"Lambat sangat itu! Aku nak kau tubuhkan sebuah pasukan. Aku nak semua pemain Tahap 17 tolong pemain Tahap 19 dalam penarafan mereka! Aku nak mereka semua naik ke Tahap 20 dalam masa 2 jam!"
"Tuan, baik tuan!"
Pawang Langit berpaling dan memandang ahli pasukannya. Wajahnya yang sebelum ini penuh bimbang dan resah tiba-tiba dihiasi senyuman lebar.
"Saudaraku, Zhan Yu dan pasukannya mungkin dah jauh meninggalkan kita. Tapi, ketahuilah ini! Mereka sedang menghadapi kesukaran sekarang!"
Pawang Langit tersenyum dengan yakin seolah-olah dia sangat pasti yang kejayaan akan menjadi milik mereka.
"Maksud ketua persatuan?" Ahli persatuannya bertanya dengan teragak-agak kerana dia tidak yakin dengan apa yang diperkatakan setelah mereka berkali-kali tewas kepada Zhan Yu.
Senyuman Pawang Langit bertambah lebar.
"Mereka kurang ahli pasukan sekarang ini! Tengoklah pembentukan pasukannya. Mereka tu hanya sekumpulan pemain yang meluru masuk dan menyerang seperti Leeroy Jenkins. Mereka mungkin telah menakluki Makam Bangar dan sebahagian Sarang Marzerway. Kau semua tak sedarkah keadaan mereka itu? Kita dari Tinggi Langit ini telah menghantar dua pasukan untuk menakluki Sarang Marzerway. Begitu juga Pendominasi dan Amarah Membara. Kedua-dua persatuan telah menghantar 2 pasukan seperti kita! Tapi, Zhan Yu pula nampaknya hanya mampu menghantar sebuah pasukan yang caca-merba! Hanya ada satu kesimpulan yang boleh dibuat iaitu mereka tidak cukup bilangan pemain Tahap 20!"
"Sayap Utama ini dungeon untuk 20 orang sepasukan. Tak kiralah betapa kuatnya pasukan Zhan Yu, mereka tetap sebuah pasukan kecil! Macam mana mereka nak menakluki Sayap Utama dengan hanya 5 orang pemain?"
Terpancar harapan membara di mata Pemburu Dunia dan ahli pasukannya apabila mereka mengetahui ada kemungkinan untuk mencapai kejayaan nanti.
"Dengar ini! Ini strategi rahsia kita! Kita semua mesti hargai setiap minit dan setiap saat dan terus bertahan! Pertahankan nama baik persatuan kita! Kita akan terus ke Sayap Utama dan mula dengan Mod Normal. Kita akan ambil masa dan kumpul maklumat mengenai bos di sana! Perhatikan setiap kemahirannya, kaji setiap kemungkinan yang ada! Peralatan yang boleh diperolehi dalam Mod Normal semuanya peralatan Keluli Hitam Tahap 20 yang sama dengan peralatan Tembaga Hijau Tahap 10! Kalau kita serang Sayap Utama dalam Mod Normal, tiada bezanya dengan serangan Makam Bangar dalam Mod Paling Sukar! Lagi pun, sarang ini akan memberikan peralatan dalam set! Tidak kiralah Keluli Hitam, Tembaga Hijau, atau Perak Kelabu, semuanya ialah set peralatan yang berpotensi menghasilkan kesan set!"
Mata Pawang Langit jelas menunjukkan betapa terujanya dia. Dia terus menerangkan.
"Mod Sukar di sarang ini akan memberi peralatan Tembaga Hijau Tahap 20! Ini sama dengan apa yang boleh didapati di Sayap Hadapan dan Sayap Tengah dalam Mod Paling Sukar! Sebab itulah aku rasa kita tidaklah jauh ketinggalan dari segi kekuatan peralatan! Malah, kita mungkin lebih kuat daripada mereka! Kalau betul perkiraan aku, kita akan ada 4 hari sebelum Zhan Yu dapat mengumpulkan sebuah pasukan dengan 20 orang pemain! Apa pendapat kau semua, saudaraku? Dengan adanya 4 hari ini dan dengan kelebihan dari segi taktik daripada maklumat yang kita boleh kumpul, adakah kemungkinan yang kita akan kalah?!
"Tuan, tidak tuan! Kita akan menang!"
"Macam itulah! Kita akan menang! Tak, kita pasti menang! Pencapaian "Penyelesaian Pertama" untuk dungeon dalam Mod Paling Sukar lebih tinggi nilainya daripada dungeon untuk 5 orang sepasukan!"
"Kita dari persatuan Tinggi Langit…"
"ADALAH YANG TERHEBAT!"
Semangat membara Tinggi Langit untuk menewaskan Zhan Yu sangat mengagumkan! Namun, jika semangat membara mereka itu dapat disaksikan Zhang Yang, dia sedikit pun tidak akan berasa tercabar atau kagum melihatnya. Dia sebaliknya akan tertawa sinis. Mereka semua pemain kurang handal yang bermimpi untuk menjadi jaguh dalam liga utama! Jika mereka tidak mempunyai [Posyen Anti Bayangan Pemula] Zhan Yu, mereka tidak mungkin akan melepasi fasa kelima Marzerway! Mod Normal memang mudah bagi semua pemain, tetapi Mod Paling Sukar? Pemain paling kurang pun patut bersyukur jika mereka dapat keluar dari dungeon tersebut dengan selamat!
...
Pawang Langit bukan satu-satunya pemain yang merancang untuk menewaskan Zhan Yu. Pendominasi dan Amarah Membara juga nampak kelemahan Zhan Yu yang jelas itu dan telah merancang satu strategi untuk menewaskannya. Pertarungan untuk mendapatkan Pencapaian "Penyelesaian Pertama" dungeon yang seterusnya akan menjadi lebih mencabar dan ganas!
Zhang Yang masuk ke dalam permainan video selepas makan malamnya.
Dia membuka tetingkap ahli persatuan dan memeriksa status ahlinya. Terdapat sejumlah 316 orang ahli. Hanya 11 orang antara mereka yang berada pada Tahap 15 dan 99% ahli persatuan itu telah melepasi Tahap 10. Mereka semua masih menyerang Makam Bangar buat masa ini.
Zhang Yang cepat-cepat menghantar pelawaan kepada Ratusan Tembakan, Han Gemuk, Drizzler, dan Si Salji untuk menyertai pasukannya lantas dia memulakan ucapannya dalam saluran persatuan.
"Hai semua dari Asap Gurun Terpinggir. Aku Zhan Yu, ketua persatuan yang baru!"
"Wah! Wah! Abang besar Zhan Yu! Kau akhirnya muncul!"
"Wah! Idola aku! Ahh! Datanglah dekat lagi!"
"Tolong naikkan tahap aku!"
"Segala pujian untuk bos Zhan Yu!"
"Ahem! Tolong bertenang semua dan dengar apa yang aku nak cakap ini!" Zhang Yang menunggu seketika sehingga semua ahli persatuan itu bertenang. Dia kemudian meneruskan ucapan, "Orang mengatakan apabila seseorang menerima sesuatu jawatan, dia perlu membuktikan dia layak untuk memperolehinya. Setelah aku menerima jawatan sebagai ketua persatuan ini, inilah caraku untuk membuktikan aku layak memperolehinya!"
"Hahahaha!" Semua ahli persatuan ketawa dengan kuat.
"Dalam masa sejam, Si Salji, Drizzler, Ratusan Tembakan, Si Kurus dan Kacak, dan aku akan mengetuai dua pasukan memasuki Makam Bangar dalam Mod Paling Sukar! Di sana nanti, kami akan memilih yang terbaik di kalangan kau semua!"
"Bagus! Aku nak!"
"Oh! Aku pun!"
"Hei! Aku pun nak!"
"Abang besar Zhan Yu! Tolong jaga aku!"
Mereka semua mula teruja selepas mengetahui yang Zhan Yu sendiri akan mengetuai mereka memasuki sebuah dungeon. Siapa yang mahu terlepas peluang untuk mendapatkan peralatan yang hebat?
Zhang Yang sekali lagi menunggu ahli persatuan itu bertenang dan dia kemudian menyambung ucapannya.
"Aku pasti semua sangat teruja untuk peluang ini, tapi ingat, akan ada dua pasukan sahaja. Tempat ialah terhad! Sebab itu Drizzler dan aku telah berbincang untuk mencari penyelesaian terbaik untuk masalah ini. Sesiapa yang dapat memberi banyak sumbangan kepada persatuan ini akan diberi keutamaan!"
"Bos besar Zhan Yu. Apa itu sumbangan kepada persatuan dan macam mana kami nak dapatkannya?" Kebanyakan ahli persatuan bertanya soalan yang sama.
"Hehe, ini ciptaan aku sendiri!" Zhang Yang menerangkannya.
"Selepas ini, setiap kali kita menyerang sebuah dungeon, ahli yang mempunyai sumbangan kepada persatuan yang lebih banyak akan diberi keutamaan untuk turut serta dalam ekspedisi! Kau mesti lengkapkan cabaran persatuan untuk dapatkan mata sumbangan. Aku sudah pun mereka beberapa cabaran persatuan. Selain itu, kau juga boleh mengumpul mata sumbangan dengan menyerang dungeon yang telah ditugaskan untuk kau! Ada juga cara lain untuk kau dapatkan mata sumbangan iaitu dengan menderma barangan ke bank persatuan, memperolehi ganjaran sistem yang istimewa, dan membantu dalam mempromosikan nama persatuan! Tapi, mata yang dikumpul bukan hanya untuk pertunjukan. Kau boleh gunakan mata ini untuk menukar peralatan dalam persatuan ini! Jadi, kau semua ada peluang yang sama!"
Persatuan itu terus menjadi kecoh dan ada sesetengah mereka yang mula berganjak untuk menyelesaikan cabaran persatuan baru itu.
Cabaran persatuan hampir sama dengan cabaran harian. Pemain hanya boleh menyelesaikan 5 cabaran sehari. Namun, cabaran ini boleh diulang. Ini bermaksud cabaran tersebut boleh diulang setiap hari. Cabaran itu ringkas dan boleh diselesaikan dengan mudah. Terdapat cabaran yang semudah membunuh sebilangan raksasa yang tertentu atau bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Ia hanya akan mengambil masa yang singkat untuk dilengkapkan.
Zhang Yang menukar kepada saluran pasukan dan bercakap dengan ahli pasukannya.
"Nanti aku akan bawa pasukan aku sendiri. Kau berempat akan bawa satu lagi pasukan! Gemuk dan Ratusan Tembakan dua-dua kelas Beastmaster. Haiwan peliharaan mereka hampir sama seperti dua tank. Dengan tahap mereka ini, mereka boleh menyelesaikan dungeon Tahap 10 dalam Mod Paling Sukar dengan sangat mudah!
"Yang Kecil, bolehkah kau lakukannya seorang diri?" Han Gemuk cuba memujuk Zhang Yang. Dia bimbang sekiranya Zhang Yang gagal kerana tidak mampu memenuhi harapan ahli persatuan itu.
Zhang Yang tertawa kecil. "Kalau begitu, apa kata kita bertaruh? Kita bertanding untuk kelajuan serangan dungeon paling hebat!"
Drizzler cepat-cepat membalas. "Pfft! Budak tank kerdil. Termasuk aku, kami ini 4 orang pemain tahap 20. Kalau kau bertarung sehabis mungkin pun, kau boleh ditandingi kedua-dua Si Gemuk gatal dan Pak cik Ratusan. Lagi pun, aku ini askar kelasi hebat! Aku seorang sudah boleh menandingi 6 hingga 7 orang ahli pasukan kau! Kami juga ada kakak sepupu aku dengan 'sokongan' terhebatnya ini!" Drizzler terhenti seketika dan membuat isyarat tangan seolah-seolah sedang meramas dua bola pada paras dadanya. "Pasukan kami ini hanya perlukan seorang penyembuh!"
"Ha! Betullah itu!" Si Salji memeluk dirinya sendiri di bahagian bawah dadanya untuk menampakkan lagi buah dadanya.
"Haha! Jadi, kau semua terima cabaran aku ini?" Zhang Yang sengaja mencetuskan keinginan mereka untuk bertanding.
Drizzler mendekati Zhang Yang dengan raut wajah yang bertujuan untuk menakut-nakutkannya. Dia menepuk dadanya yang rata sambil berkata dengan kuat, "Kami terima! Tengoklah nanti! Kau akan melutut di atas lantai dan mengaku kalah!"
"Yang Kecil, walaupun aku sentiasa sokong kau, tapi sekarang ini, aku nak sangat tewaskan kau!" Han Gemuk menyuarakan perasaannya.
"Zhan Yu, ini pertarungan untuk membuktikan maruah dan harga diri. Aku tak akan berlembut!" Ratusan Tembakan menyatakan pendapatnya.
"Baik, baik. Aku perlu ingatkan kau semua yang kemahiran bos pertama, Cakar Hitam, akan tingkatkan kerosakan yang kau terima. Ia tak sama seperti peningkatan serangan biasa, tapi ia lebih kepada serangan melemahkan ke atas sasaran. Ia sangat merbahaya. Kalau kau di Tahap 40 sekali pun, haiwan peliharaan kau akan mati dalam satu serangan sahaja jika kau biarkan serangan melemahkan itu bertindan terlalu banyak! Ini strategi terbaik. Biar haiwan peliharaan kau menyerang ke hadapan dan bertarung bersama untuk kumpulkan aggro. Panggil balik haiwan yang pertama menerima 2 tindanan
Ratusan Tembakan dan Han Gemuk mengangguk setuju. Mereka berpendapat yang strategi Zhang Yang itu logik dan munasabah.
Sejam kemudian.
Mata sumbangan ahli mula membawa perubahan yang dapat dilihat. Lebih daripada 10 orang pemain telah menyempurnakan 5 cabaran persatuan dan menerima 5 mata setiap seorang. Beberapa orang yang lain pula menerima 4 dan 3 mata setiap seorang. Mata pengalaman persatuan mula terkumpul sebanyak 1%!
"Si Salji! Kau semua boleh pilih ahli pasukan kau dulu!" Zhang Yang tersenyum manis sambil memberi mereka peluang untuk memilih dulu.
Mereka lantas tidak mahu terlepas peluang tersebut dan tidak mahu gagal dalam menyahut cabaran Zhang Yang. Mereka kemudian memilih 6 ahli berdasarkan kelas dan sumbangan kepada persatuan serta membentuk sebuah pasukan dengan 10 orang ahli. Setelah selesai mereka membentuk pasukan mereka, Zhang Yang memilih 9 orang lagi dengan mata tertinggi dalam sumbangan kepada persatuan dan menubuhkan sebuah pasukan lengkap.
Mereka yang terpilih berasa gembira dan puas hati. Namun, mereka yang tidak terpilih pula tidak begitu kecewa. Mereka tahu jika mereka tidak terpilih hari ini, ada peluang untuk mereka terpilih esok hari! Semua ahli berasa teruja untuk melengkapkan cabaran persatuan.
"Berkumpul di pintu masuk dungeon nanti. Kita akan mulakan penjaga masa dan kita masuk bersama-sama!"
Mereka semua bertekad untuk bertarung bersungguh-sungguh untuk memenangi dungeon. Walaupun mereka tidak berjaya mendapatkan apa-apa peralatan, mereka tetap akan bertarung untuk kejayaan.
10 minit kemudian, 2 pasukan yang terdiri daripada 20 orang pemain telah berkumpul di pintu masuk dungeon.
"Yang Kecil, persahabatan kita terpaksa diketepikan sekejap untuk pertandingan ini. Kami tak akan berlembut kali ini!"
"Hehe! Samalah!"
"Masuk ke dalam dungeon!"
Zhang Yang menukar kepada saluran pasukan.
"Ahli pasukan semua! Kau semua mahu kalah kepada mereka?"
"Mestilah tak!"
"Kau mahu menang?"
"Mestilah ya!"
"Bagus! Nanti aku akan mulakan serta ikat dan tarik raksasa itu, jadi jangan serang selagi aku belum beri arahan! Kalau kau tak boleh ikut satu benda ini, keluar dari dungeon ini sekarang!" Ton suara Zhang Yang menjadi semakin tegas.
"Baik!"
Zhang Yang mengeluarkan pedangnya dan menggunakan
Dia kemudian menjerit tanpa melihat ahli pasukan di belakangnya. "Ikut aku!"
Zhang Yang bergerak lebih jauh ke dalam dungeon. Ahli pasukan yang lain terkedu seketika sebelum kembali pulih dan mengikuti jejak langkahnya semula.
Dan dengan begitu sahaja Zhang Yang berada di hadapan, diikuti dengan raksasa yang belum dia bunuh, dan juga ahli pasukannya.
Dalam masa yang singkat itu, Zhang Yang berdepan dengan gelombang kedua raksasa tersebut. Selepas tempoh bertenang
Zhang Yang bergerak lebih jauh ke dalam dungeon dan dalam masa 3 minit, mereka tiba di pintu masuk bos pertama. Zhang Yang telah mengikat dan menarik bukan sahaja raksasa tersebut, malah Pengawal yang menjaga ruang kamar bos itu. Zhang Yang berjaya mengikat dan menarik sekali 10 raksasa!
I-Ini ialah semua sederet!