Chereads / MMORPG: Kelahiran Semula Pelindung Legenda / Chapter 51 - Roh Air Wattland

Chapter 51 - Roh Air Wattland

"Tak guna! Hebatnya kemahiran tu! Kenapalah Berserker tak sehebat tu?!" Ada bibit simpati dan keterujaan dalam ton suaranya pada masa yang sama.

"Sudah! Sudah! Simpan pendapat kau tu untuk kemudian hari. Teruskan serangan, kalau tak, ia akan gunakan satu lagi serangan tornado dan bunuh kita semua!"

Cara percakapan Zhang Yang itu membangkitkan kemarahan Drizzler dan dia turut membalas kata-katanya dengan cemuhannya sendiri.

"Ish! Zhan Yu, kalau kau teruskan dengan perangai serius saja macam ni, aku simpati dengan teman wanita kau nanti! Mesti dia akan berasa bosan!"

Semasa mereka bertengkar, salah satu pelindung itu berjaya ditewaskan dan bertukar menjadi satu tiang cahaya dan lenyap dari pandangan. Pasukan itu menukar sasaran mereka kepada pelindung yang masih ada dan menyerangnya dengan semua kemahiran mereka. 

Selepas beberapa ketika, Roh Air itu pusing dan menggunakan ke atas Si Salji dan dengan pantas menjampi . Si Salji memulihkan dirinya dengan segera dengan sebotol posyen merah berserta jampi penyembuhan. Nasib baik hanya satu raksasa yang menyerangnya, jadi penyembuhannya dapat menghadapi kerosakan daripada serangan itu untuk mengekalkan HPnya. Pasukan itu meningkatkan kelajuan dan kesungguhan serangan mereka. Pelindung yang terakhir itu tewas tidak lama kemudian. 

"Si Salji, pulihkan Ratusan Tembakan. Aku nak terangkan strategi pertarungan seterusnya sekejap."

Zhang Yang membuka pintu istana itu dan terus ternampak Roh Air yang sangat besar yang berdiri di tengah-tengah bilik tersebut. Gergasi itu setinggi 10 meter dan hampir separuh ketinggian bilik itu. 

[Roh Air Wattland] (Tembaga Hijau)

Tahap: 21

HP: 126K

"Bos ni dari kelas Ahli Sihir dan serangan utamanya adalah . Ia akan menjampi kemahiran ini ke atas pemain dengan nilai aggro tertinggi. Ada tempoh tiga saat penyaluran yang tak boleh dihentikan yang kemudian akan menyebabkan 800 nilai kerosakan! Aku seorang akan hadapi kemahiran raksasa ni. Aku akan menerima lebih kurang 640 mata kerosakan selepas kemahiran pasif pengurangan 20% kerosakan. Itu mungkin boleh membunuh aku, jadi aku perlu Si Salji untuk fokuskan penyembuhan hanya pada aku!"

Si Salji mengangguk serius. Dia tahu yang Zhang Yang tiada masa untuk gurauan pada waktu ini dan dia juga perlu menumpukan perhatian dalam pertarungan itu. 

"Kemahiran keduanya adalah yang dijampi secara rawak pada mana-mana pemain. Selepas ia diaktifkan, satu bulatan ais akan mengelilingi pemain itu serta membentuk satu orb di sekeliling pemain dalam masa 3 saat dan menyebabkan 1,000 kerosakan fros. Sesiapa yang perasan bulatan ais terbentuk mengelilingi kau, kau mesti lari keluar dari jarak itu atau kau akan menerima serangan membunuh itu."

Hampir semua dalam pasukan itu mempunyai gaya pengagihan atribut tertentu dan salah seorang yang paling ekstrem adalah Han Gemuk yang tidak mengagihkan langsung AP untuk Vitalitynya sebelum dia mencapai Tahap 10. Dia hanya mengagihkan AP dengan pembahagian 2 untuk Vitality, 1 untuk Kekuatan, dan 1 untuk Ketangkasan selepas tahap itu. HPnya yang hanya sedikit melebihi 1,000 HP ialah yang terendah dalam pasukan itu. Si Salji dan Drizzler sentiasa mengagihkan 2 AP untuk Vitality setiap kali mereka melebihi satu tahap, jadi HP mereka lebih kurang 1,200. HP Ratusan Tembakan ialah yang tertinggi antara mereka dengan pengagihan 3 AP untuk Vitality setiap tahap yang dia lalui dengan jumlah HP keseluruhan 1,400.

Han Gemuk kemudian bergurau, "Yang Kecil, kenapa kau tak ingatkan aku agihkan AP untuk Vitality masa aku mula-mula masuk? Tengoklah HP aku ni! Rendahnya HP aku sampai aku rasa macam aku boleh mati kalau terkena hanya satu serangan!"

Zhang Yang menjawab, "Ish! Siapa yang kena tu bodoh! Tentang kemahiran ketiganya pula…"

Han Gemuk menyampuk, "Jahanam! Bos ni ada berapa banyak kemahiran?!"

Zhang Yang hanya mampu menggeleng kerana kecewa dengan keberangannya yang sia-sia.

"Ia ada tiga kemahiran, kau rasa itu banyak ke? Nanti bila kita bertemu Marzerway, baru kau tahu maksud sebenar 'banyaknya kemahiran'. Bayangkanlah kemahiran makhluk suruhannya, lepas tu tambah pula dengan kemahiran dia sendiri. Aku yakin kau akan terpinga-pinga nanti!"

Han Gemuk terkedu mendengarnya.

"TENTANG kemahiran ketiganya pula…" Zhang Yang mengulangi ayat itu lebih kuat daripada tadi, "ia dipanggil . Ia ada tundaan 3 saat dalam menjampinya dan boleh menyebabkan 200 mata kerosakan pada semua sasaran selama 10 saat selepas ia dijampi. Kemahiran ini boleh diganggu, jadi ia boleh dihentikan!" Zhang Yang berpaling dan memandang Ratusan Tembakan dan Han Gemuk, "Si Gemuk, Ratusan Tembakan, kau berdua dah belajar , kan?"

Mereka memandang satu sama lain dan mengangguk. "Ya."

"Kemahiran ada tempoh bertenang selama 20 saat sementara pula 30 saat, jadi kita perlukan kedua-dua Pemburu untuk membatalkan sepenuhnya kemahiran bos ni. Ingat, Gangguan pertama mesti dilakukan Han Gemuk dan yang kedua pula Ratusan Tembakan. Ulang pusingan tu ya? Bila bos tu gunakan seterusnya, salah seorang antara kau berdua gunakan . Senang kan?"

Mereka memandang satu sama lain dan memandang Zhang Yang semula.

"Kau berdualah yang akan menentukan sama ada kita akan dapat lepas pusingan ni atau tak. Kalau salah seorang antara kau berdua terlepas peluang untuk bos itu, kita semua kan mati dengan hanya satu ." Han Gemuk dapat merasakan ton amaran dengan jelas dalam penerangan Zhang Yang.

"Nampak macam senang masa dengar kau terangkan tadi, tapi lepas kau cakap nyawa kita semua bergantung pada kami, aku jadi gementar sikit." Han Gemuk berpaling memandang Zhang Yang dengan harapan dia akan diberi kata-kata penyunting semangat, tetapi apa yang diterima hanyalah jari tengah yang ditujukan untuk dirinya. 

"Kalau ada apa-apa soalan, baik tanya sekarang!"

"Rasa macam mudah."

"Jom kita mulakan!"

"Baik! Macam tulah! Bos ni memang senang ditewaskan. Selagi kau semua boleh mengelak dan kedua-dua Pemburu dapat bos tu tepat pada waktunya, kita akan selamat."

"Senanglah kau cakap." Han Gemuk menggulingkan matanya.

Zhang Yang mengeluarkan pedangnya. "Aku mulakan! Semua mesti cepat-cepat masuk sebab bila aku mulakan pertarungan, pintu ni akan tertutup. Sesiapa yang tertinggal kat luar tak akan boleh buat apa-apa selain menunggu!"

Semua ahli pasukannya mengangguk dan mengikutnya masuk.

"Sedia? Aku mulakan!"

!

'-327!' Serangan normal.

Kesan pemegunan itu tidak cukup kuat untuk Wattland. Memandangkan ia Bos Tahap 20, ia mempunyai tahap kekebalan tertentu terhadap kesan pengawalan makhluk sekeliling. Ia pulih daripada dipegunkan itu dalam masa hanya satu saat dan mula mengeluarkan bunyi pelik. 

"Haha! Sekumpulan manusia sudah datang untuk dikorbankan! Wattland akan bekukan kau semua!"

Gergasi itu menjadikan Zhang Yang sebagai sasaran dan mula menjampi . Satu palang kemajuan muncul di atas kepalanya.

'-640!'

'+392!'

Dalam masa sesaat, satu teks penyembuhan berwarna hijau muncul selepas munculnya teks kerosakan berwarna merah. Kebolehan Si Salji yang mengagumkan dalam penyembuhan memang tidak dapat dinafikan. 

Dia betul-betul mempunyai kebolehan yang hebat dalam penyembuhan. Dia terus membaca jampi penyembuhan sebaik sahaja dia melihat palang kemajuan serangan bos itu yang baru mencapai satu pertiga kemajuannya. Dua saat kemudian, jampi penyembuhan Si Salji dan bos itu muncul serentak.

Si Salji terus menjampi untuk Zhang Yang. Walaupun kadar pemulihan itu perlahan, jumlah keseluruhan penyembuhan dalam masa 15 saat itu mencapai 200% serangan magiknya yang jauh lebih baik daripada ketiadaan apa-apa penyembuhan!

Kalau penyembuh lain di tempatnya, serangan magik mereka paling tinggipun hanya akan mencapai lebih kurang 200 mata dengan peralatan Tembaga Hijau Tahap 10, tetapi Si Salji pula lain ceritanya. Serangan magiknya telahpun mencapai 180 mata dengan hanya satu tongkat ajaib Tembaga Hijau Tahap 20. Apabila ditambah pula dengan peralatan Tembaga Hijau Tahap 20 miliknya yang lain, serangan magiknya mencapai 300 mata. Itu perbezaan paling ketara antara penyembuh lain dan Si Salji!

Namun, Si Salji masih perlu menggunakan semua kekuatannya untuk menyaingi Zhang Yang walaupun dia mempunyai semua atribut yang kuat itu. Itu bezanya kuasa bos dalam Mod Paling Sukar ini! Kalau sesiapa mahukan sesuatu yang mudah, baik mereka teruskan serangan dalam Mod Normal. Kemenangan dungeon Mod Normal itu satu kepastian dengan adanya peralatan Keluli Hitam dan apabila semua pemain tidak melakukan apa-apa kesilapan. Mod Paling Sukar pula bukan tempat untuk bermain-main dan hanya untuk suka-suka, ia sebaliknya antara hidup atau mati! Pemain perlu bermain untuk menang! 

'Ding! Roh Air Wattland menggunakan !'

Zhang Yang dengan segera berpaling dan memberi amaran kepada pasukannya, "Semua! Periksa diri sendiri dan kaki kau! Teruskan serangan kalau kau selamat dan elakkan daripada mendapat kerosakan dan menambah beban penyembuh kita!"

Bos itu memilih untuk menjadikan Ratusan Tembakan sebagai sasaran. Satu bulatan ais terbentuk mengelilinginya dan menjadi satu lapisan ais yang menjadi semakin tebal. Dia cepat-cepat mengelak bulatan itu dan berjaya menyelamatkan dirinya. Dialah lelaki yang akan digelar Pemburu Naga. Walaupun Ratusan Tembakan lebih terkenal dengan naga peliharaannya yang akan dia perolehi satu hari nanti, dia tetap mempunyai beberapa helah dan kebolehannya sendiri. Dia telah mempunyai beberapa pengalaman semasa dia mengikuti Zhang Yang dan bertarung dengan bos dalam Mod Paling Sukar, jadi dia telah biasa dengan gaya bertarung dan mengelak yang mudah.

Serangan bos itu semakin sukar. Si Salji telah menggunakan MPnya dengan banyak untuk memastikan Zhang Yang dapat bertahan. Nasib baik bos itu berhenti selepas mengenakan serangan bertubi-tubi untuk menjampi kemahiran yang lain.

'Ding! Roh Air Wattland menggunakan !'

"Gemuk! Guna ! Sekarang!"

"Baik!"

Han Gemuk menarik busurnya dan melepaskan anak panah berwarna hijau pekat. Apabila anak panah tersebut terkena pada bos itu, '-224' muncul dan serta-merta membatalkan jampi bos itu.

"Bagus! Teruskan! Teruskan serangan!" Zhang Yang cuba menaikkan semangat pasukannya.

Pertarungan itu berterusan dengan lebih banyak kemahiran bos yang dijampi, tetapi tiada seorang pun ahli pasukan itu yang terkena kerana mereka dapat mengelaknya dengan pantas. Kemahiran membisukan untuk menentang juga dapat dilakukan dengan jayanya.

90%, 80%... dan sehinggalah 20%, HP bos itu menurun dengan cepat.

'Ding! Roh Air Wattland menggunakan !'

"Gemuk!"

Zhang Yang dan Han Gemuk telah sama-sama bertarung selama lebih dari 10 tahun dan komunikasi antara mereka sangat berkesan. Han Gemuk menembak dengan hanya satu panggilan.

"Tak kena!"

"Jahanam!" Zhang Yang tiba-tiba menyumpah dan raut wajah mereka semua berubah serta-merta.

Selepas tiga saat, isikel berbentuk anak panah mula jatuh dari langit. Mereka langsung tiada tempat untuk berlindung. 

'-200!'

'-200!'

'-200!'

Walaupun Si Salji cuba sedaya upaya untuk menyembuhkan mereka semua, dia tidak dapat menggantikan kehilangan HP semua ahli tepat masanya. 

'Ding! Pemain Si Kurus dan Kacak telah mati!'

'Ding! Pemain Si Salji telah mati!'

'Ding! Pemain Drizzler telah mati!'

'Ding! Pemain Ratusan Tembakan telah mati!'

'Ding! Pemain Zhan Yu telah mati!'

Pasukan mereka tewas sekali lagi.

Mereka berlima berdiri bersama di titik kebangkitan semula.

"!@#$! Malangnya! Macam mana tembakan aku boleh tak kena?! Tembakan aku tak kena!"

Mana-mana serangan fizikal mempunyai 1% kemungkinan untuk tidak mengenai sasaran. Nilai ini tidak boleh diubah suai atau diubah dengan mana-mana peralatan atau apa-apa tahap pemain itu berada. Bagaimana seseorang dapat menerangkan kemahiran seperti yang memerlukan tempoh bertenang 30 saat boleh tidak mengenai sasaran? Satu-satunya penjelasan ialan tuah yang tidak Han Gemuk miliki. Kadangkala, apa yang diperlukan dalam kehidupan ini bukannya kekuatan untuk meneruskan usaha, tetapi tuah yang datang. 

"Tak apalah! Sekarang kita semua dah tahu macam mana nak bertarung dengan bos ini! Kita boleh tewaskannya dalam pusingan seterusnya! Anggaplah ini latihan!" Zhang Yang cuba untuk menghiburkan pasukannya.

"Baik!"

'Shuh!'

Lima lagi roh muncul di titik kebangkitan yang merupakan ahli pasukan elit Tinggi Langit yang diketuai Pawang Langit sendiri. 

"Haha, kau lagi, Zhan Yu!"

"Tak apalah! Tak apa. Jom kita bangkit semula!"

Pawang Langit bertanya pada Zhang Yang, "Hei, kat mana kau semua mati tadi?"

"Masa bertarung dengan dua pelindung tu! Tak guna, serangan mereka terlalu hebat! Mereka bunuh kami semua serentak!"

Pawang Langit berasa lega. Dia bimbang sekiranya Zhang Yang berjaya mendahului mereka, tetapi kini dia tahu yang mereka pada tahap yang sama.

"Hah, kau semua ni kuat! Kami tak sampai situ lagi!" Pawang Langit kemudian segera bangkit semula dan meneruskan pertarungannya.

"Tak guna!" Zhang Yang menggeleng kepalanya dalam kemarahan. "Kau ingat kau boleh tipu kami? Tak apa, kami pun tipu kau!"

"Zhan Yu! Cepat bangkit semula! Aku tak sabar nak ambil hasil rampasan daripada bangkai ni!"

Satu-satunya sebab Drizzler berada di situ ialah untuk mendapatkan wang. Dia hanya memikirkan tentang wang dan itu satu-satunya benda yang dia hargai.