Chereads / MMORPG: Kelahiran Semula Pelindung Legenda / Chapter 9 - Ganjaran Lumayan

Chapter 9 - Ganjaran Lumayan

Misi kedua ini hanya memerlukan 3 Pati Api Bertapis, tetapi itu tidak bermaksud yang misi ini mudah diselesaikan.

Malah, Zhang Yang hanya berjaya mendapatkan Pati Api Bertapis yang pertama selepas 20 minit!

Masa untuk mendapatkan Pati Api Bertapis kedua agak cepat dan hanya memerlukan 5 minit seterusnya. Namun, mendapatkan Pati Api Bertapis ketiga mengambil masa sejam. 

"Apalah nasib aku!" Zhang Yang memeriksa tangannya sambil dia berjalan menuju ke kampung semula.

Dia memeriksa meter EXP dan menyedari yang dia telah mencapai 73% dan sudah tidak jauh untuk mencapai tahap seterusnya. Lagipun, dia telah melakukan lebih dari tahap dia yang sebenar dan mengerah tenaga grind dengan raksasa Tahap 10. EXP yang diperolehinya memang jauh lebih tinggi. 

Setelah dia berjumpa Farion untuk menyelesaikan misi itu, lelaki itu telah memberikannya ganjaran lumayan dengan 5,000 EXP dan berkata, "Pahlawan muda, kau telah berulang kali menyelesaikan tugasan yang aku berikan dan ini menunjukkan yang kau memang ada sedikit kebolehan! Baik, ini bahan terakhir yang diperlukan – Jiwa Gergasi Fros! Gergasi Fros mempunyai kuasa berbeza dalam jiwanya dan sudah tentu tahap kekuatan berbeza. Kau boleh pilih tahap kesukaran mana yang kau mahu bergantung kepada keupayaan dan keberanian kau!"

"Ding! Anda boleh memilih salah satu daripada tahap kesukaran berikut untuk menyelesaikan misi ini. Semakin tinggi tahap kesukaran, semakin lumayan ganjarannya! Sila pilih: Sangat Sukar, Sukar, Biasa, Mudah!"

"Sangat Sukar!" pilih Zhang Yang tanpa ragu-ragu. Jelas peluang untuk mendapatkan skor 'Sempurna' hanya boleh didapati pada tahap kesukaran ini.

"Haha, pilihan yang berani! Aku harap kau berani hadapi apa yang kau pilih, budak baru!" Farion menyerahkan sebiji batu menyerupai Kristal yang berkilat kepada Zhang Yang. "Ambil Batu Fros ini dan letakkan ia di tengah-tengah bulatan magis di bilik bawah tanah. Bulatan itu akan diaktifkan secara automatik dan akan memanggil Gergasi Fros!"

"Ding! Anda telah menerima misi: Bahan untuk Membuat Bilah (III)!"

"Ding! Anda telah menerima satu item, Batu Fros!"

[Bahan untuk Membuat Bilah (III)] (Tahap Kesukaran: S)

Penerangan Misi: Untuk memperoleh bahan yang terakhir, anda mesti menggunakan Batu Fros untuk memanggil Gergasi Fros, kalahkan ia, ambil jiwanya, dan serahkan pada Farion. Misi ini mesti diselesaikan seorang diri. Misi ini akan gagal secara automatik jika ada pemain kedua yang berjaya mendapatkan bahan daripada Gergasi Fros.

Kemajuan: Kumpul Jiwa Gergasi Fros 0/1

Misi Tahap-S, nampaknya masa telah tiba untuk mendapatkan ganjaran lumayan!

Bilik bawah tanah itu terletak di bawah Dewan Kampung. Zhang Yang mengambil masa 5 hingga 6 minit untuk tiba di penghujung satu laluan berliku. Dia pernah tertanya-tanya tujuan bilik bawah tanah ini semasa dia mula-mula bermain permainan ini. Kini dia tahu jawapannya. 

Bilik bawah tanah itu diterangi obor api dan sangat luas. Ada satu bulatan magis yang dilukis teliti di tengah-tengah bilik. Zhang Yang mengeluarkan batu Fros dari inventorinya dan memasukkanya ke dalam lubang kosong dalam bulatan itu.

"Hong!"

Cahaya putih yang bersinar indah dan memegunkan berterusan memancar dari lantai! Satu suara rendah kemudian bergema di dalam bilik bawah tanah itu. 

"Siapa…Siapa yang memanggil Malatog! Malatog sedang tidur. Siapa yang memanggil Malatog mesti menerima balasan Fros!"

"Hong!"

Satu gergasi yang menyamai ketinggian 6 hingga 7 lelaki muncul di tengah-tengah bulatan magis itu. Seluruh badannya berwarna biru menyerupai langit dan mengeluarkan rasa sejuk hingga menggigit tulang dan menurunkan suhu bilik bawah tanah hingga beberapa darjah dalam beberapa saat!

"Kau – manusia biasa, berani mengganggu mimpi indah Malatog! Malatog akan hancurkan kau!" Gergasi biru itu serta-merta menyedari kewujudan Zhang Yang dan cuba menumbuknya.

[Malatog] (Elit)

Tahap : 10

HP : 5000

Zhang Yang berundur dan menggunakan ke arahnya. Satu kesan berbintang serta-merta muncul di atas kepala Malatog yang menunjukkan ia telah dipegunkan.

"-18!"

Dia menghayun pedangnya dan hanya dapat menyebabkan kerosakan sebanyak 18 mata! Hebatnya pertahanannya!

Sayang kesan Racun Eksperimen telah lama hilang dan memandangkan racun itu hanya boleh dibeli sekali oleh setiap pemain, Zhang Yang perlu bergantung pada dirinya sendiri untuk perlahan-lahan mengalahkannya.

"Semut durjana, kau telah membuatkan Malatog berang!" Malatog dengan marah menghayun penumbuknya ke arah Zhang Yang sekali lagi.

"!"

"-17!"

"Tebalnya kulit makhluk ni!" Zhang Yang berbisik dan mengangkat perisainya untuk mengaktifkan .

"-54!"

Malatog meraung kesakitan dan kemarahan selepas menerima serangan itu. Ia kemudian mengangkat kakinya yang besar dan menuju ke hadapan untuk memijak Zhang Yang.

"-19!"

"-19!"

Walaupun kerosakan yang disebabkan satu serangan normal yang diikuti tidak terlalu banyak, ia sebaliknya telah membuatkan Malatog lebih berang.

Berlawan dengan seseorang selincah Zhang Yang, Malatog seperti bermain permain 'Whack-a-Mole'. Walaupun ia mempunyai kelebihan dari segi kekuatan yang hebat, ia tidak dapat mengenakan serangan ke atas Zhang Yang, tetapi sebaliknya asyik menerima kerosakan.

"90%! 80%! 70%! 60% 50%!"

"Manusia kerdil! Rasakan kemarahan Tuhan Fros!" Malatog tiba-tiba merangkak dan menumbuk tanah dengan kedua-dua penumbuknya. Banyak pancang ais menyerupai lembing serta-merta keluar menyucuk dari bawah tanah. 

Zhang Yang tidak pernah berdepan dengan raksasa seperti ini, jadi dia tidak dapat menjangka serangan bagaimana yang akan digunakannya. Walaupun dia sentiasa peka dari saat ia berkata-kata, bagaimana dia hendak menjangka strateginya dan cara untuk membalas jika dia tidak dapat menjangka apa-apa?!

Zhang Yang serta-merta memaksimumkan kemahiran dan kelincahannya sebaik mungkin dan mengelak setiap pancang ais dengan gaya yang baik.

"Ding! Anda telah terkena serangan pancang ais. Anda kehilangan 30 HP!"

"Ding! Anda telah terkena serangan pancang ais. Anda kehilangan 30 HP!"

"Ding…"

Notifikasi sistem telah berbunyi 5 kali dengan berterusan. Walaupun Zhang Yang telah meningkatkan kelajuannya sehabis mungkin, dia masih tidak dapat membuat yang terbaik kerana kekangan ketangkasan wataknya. Kesannya, dia menghadapi kerosakan daripada 5 pancang ais dan HP dia telah menurun dengan mendadak. 

Dan ini adalah Zhang Yang. Kalau orang lain, mereka tentu telah dimusnahkan kemahiran istimewa raksasa ini.

Zhang Yang cuma ada 190 HP dan itu telah menurun mendadak sehingga 40. Dia mengeluarkan sebotol Posyen Penyembuhan Pemula. Satu teks berwarna hijau dengan tulisan "+100" muncul di atas kepalanya dan bar HP dirinya serta-merta meningkat semula.

Periuk Merah itu mempunyai 30 saat tempoh bertenang, jadi nasib baik serangan Malatog tadi tidak kerap muncul. Jika tidak, tempoh bertenang itu seperti terlalu lama. 

"Malatog akan menghancurkan tulang kau kepada cebisan kecil!" Gergasi Fros itu berdiri dan semuanya bermula semula.

"40%! 30%! 20%! 10%!"

Zhang Yang mula resah. Ada kemungkinan untuk raksasa itu 'menggila' bila HP telah menurun ke 10%. Bila mereka sampai ke peringkat itu, kadar pengaktifan serangan mereka akan meningkat dengan mendadak, dan itulah saat paling bahaya dalam satu pertarungan. Walaupun Zhang Yang berkemahiran tinggi, dia mungkin tidak mampu bertahan jika bos itu menyerang dengan serangan istimewanya 3 hingga 4 kali bertubi-tubi. 

Mujur ia tidak berubah menjadi warna merah!

Zhang Yang berasa lega dan dia terfikir sesuatu. Misi ini hanya boleh diselesaikan seorang pemain. Kemahiran raksasa ini sendiri boleh membunuh seorang pemain serta-merta, kalau dia memasuki keadaan Menggila, bagaimana untuk menghapuskannya?

"3%! 2%! 1%!"

"Manusia Durjana! Malatog akan kembali! Malatog akan…!", Malatog akhirnya tewas dengan hilangnya HP yang terakhir. Badannya yang besar itu jatuh dengan bunyi yang kuat.

"Hu!" Zhang Yang menghela nafas lega. Akhirnya dia berjaya menyelesaikannya!

Bulatan magis itu diaktifkan semula dan bangkai Gergasi Fros mula mengecil sehingga akhirnya menjadi guli kecil berwarna biru sebesar penumbuk biasa. 

"Jadi, ini Jiwa Gergasi Fros?" Zhang Yang mengutip guli itu sambil memeriksa segenap ruang bawah tanah itu. "Jahanam! Kenapa tiada barangan percuma walaupun aku berjaya kalahkan bos ni!"

Zhang Yang keluar dari bilik bawah tanah itu dengan geram dan menyerahkan guli itu kepada Farion.

"Anak muda, kau telah buktikan kekuatan dan kebolehan kau. Aku akui, kau akan menjadi Pahlawan yang hebat satu hari nanti!" Farion melambai dia datang dengan baik dan berkata, "Ikut aku. Memandangkan semua bahan telah terkumpul, aku akan buatkan kau bilah yang tidak boleh hancur!"

"Ding! Anda telah menyelesaikan misi: Bahan untuk Membuat Bilah (III). Anda menerima 10,000 EXP!"

Dia masih belum menerima ganjaran utama. Zhang Yang mengikuti Farion dengan sabar ke arah Kedai Tukang Besi di kampung itu.

Farion dan pemilik kedai menyapa satu sama lain dan dia mengeluarkan pelbagai jenis bahan. "Dang! Dang! Dang!" Farion mengangkat tukul besi dan mula bertukang.

Mujur ini cuma satu permainan, jadi semuanya bergerak dengan sangat cepat. Setengah minit kemudian, sebilah pedang tajam yang berkilat berada dalam pegangan Farion.

"Ambil ini, pahlawan muda. Jadikan ia peneman kau yang paling setia dan minumlah darah musuh kau!" Furion menyerahkan pedang itu kepada Zhang Yang dan mengambil sebuah buku berwarna merah, "Buku ini penuh dengan kemahiran yang aku pelajari dalam pertarungan. Aku akan berikannya kepada kau!"

"Ding! Anda telah menerima item Pedang Besi Berseni!"

"Ding! Anda telah menerima buku kemahiran 'Sambaran Mendatar'!"

"Ding! Anda telah menyelesaikan Misi Kelas Tersembunyi: Permintaan Farion. Skor Misi: Sempurna! Anda menerima 20,000 EXP!"

"Ding! Anda telah menerima ganjaran: 1 SP!"

"Ding! Tahniah kerana mencapai Tahap 8. Semua atribut menerima +1 dan anda menerima 5 AP percuma!"

"Ding! Tahniah! Anda pemain pertama yang menyelesaikan misi tersembunyi dan mencapai skor 'Sempurna'. Pencapaian ini akan direkod dalam Dewan Kemasyhuran! Adakah anda ingin mengumumkan nama anda agar dunia boleh memuji kehebatan anda?"

Umumkan lagi? Zhang Yang berfikir sejenak, tetapi akhirnya dia memilih untuk "Tolak".

Siaran dunia yang sebelum ini sunyi dan terbiar tiba-tiba sekali lagi dipenuhi dengan teks merah pengumuman pelayan!

"Pengumuman pelayan: Pemain (Nama disembunyikan) pemain pertama yang berjaya menyelesaikan misi tersembunyi dan menerima skor 'Sempurna' (Pelayan China). Pencapaian ini akan direkodkan dalam Dewan Kemasyhuran! Mari raikan dan bersorak untuknya!"

"Pengumuman pelayan: Pemain (Nama disembunyikan) pemain pertama yang berjaya menyelesaikan misi tersembunyi dan menerima skor 'Sempurna' (Pelayan China), dan menerima 10 Syiling Emas daripada Ganjaran Sistem!"

"Pengumuman pelayan: Pemain (Nama disembunyikan) pemain pertama yang berjaya menyelesaikan misi tersembunyi dan menerima skor 'Sempurna' (Pelayan China). 500 mata Nilai Reputasi dari pelbagai kaum telah diberikan!"

"Ding! Anda telah menerima ganjaran tambahan: Keuntungan +1!"

Dalam masa sehari, pelayan itu telah dipenuhi tanda merah sebanyak dua kali dan sekali lagi menyebabkan kekecohan antara pemain di seluruh wilayah China. 

"Ini memang gila! Dia berjaya selesaikan misi tersembunyi?"

"Ya Tuhan! Dia juga dapat skor 'Sempurna'! Aku nampak satu pernyataan dalam laman sesawang rasmi yang mengatakan tetapan kesukaran untuk mencapai skor 'Sempurna' hanya boleh dicapai oleh seorang dalam sejuta!"

"Aku nak tahu apa ganjarannya."

"Pelayan tak guna, kenapa aku tak pernah jumpa misi tersembunyi?"

"Masalah muka kau!"

"Masalah perangai kau!"

"Basuhlah tangan selepas buang air besar!"

"Eh, saja nak tahu. Tangan yang mana yang kamu guna untuk bersihkan diri selepas buang air besar?"

"Tangan kiri!"

"Tangan kanan!"

"Tangan kanan!"

"Aku guna kertas tisu! Kamu semua ada obsesi yang pelik!"

Perbualan itu terus berubah hala kepada topik lain semudah dan secepat itu. 

Zhang Yang membuka inventorinya untuk menyemak ganjaran daripada misi itu.

[Pedang Besi Berseni] (Besi Hitam, Pedang Sebelah Tangan)

Serangan Senjata: 16 – 24

Sela Masa Serangan: 2 saat

Tahap Diperlukan: 10

-- Buat masa ini, kebanyakan pemain masih mengerah tenaga untuk mendapatkan ganjaran senjata selepas menyelesaikan Misi Kelas Tahap 5 manakala Zhang Yang telahpun menerima senjata istimewa Besi Hitam Tahap 10! Jika ini diketahui sesiapa, pemain yang bersungguh-sungguh mengerah tenaga itu mesti akan kecewa!

[Sambaran Mendatar] (Buku Kemahiran)

Kegunaan: Memberikan kemahiran "Sambaran Mendatar"

Ikatan.

Zhang Yang sedikit bengang. Dia terang-terang menerima skor 'Sempurna', tetapi kenapa ganjarannya masih sama dengan orang yang menerima skor 'Biasa'? Ini tidak masuk akal! Zhang Yang mengetuk buku kemahiran itu pada badannya dan satu kemahiran baru muncul dalam tetingkap kemahirannya selepas ia bercahaya terang.

[Sambaran Mendatar]: Serang musuh berdekatan dan menyebabkan 200% kerosakan huru hara kepada setiap sasaran. Kos: 20 Rage. Tempoh bertenang: 10 saat. Keperluan: Senjata Jarak Dekat.

200% kerosakan jarak dekat?!

Mata Zhang Yang bercahaya. Dia masih ingat yang yang diperolehi pelombong fanatik itu cuma boleh menyebabkan 100% kerosakan jarak dekat!

Oh ini bagus! Ganjaran inilah yang sesuai dengan skor 'Sempurna'!

Hooray!