Sekarang Zhang Yang mempunyai 2 kemahiran yang telah ditingkatkan, tetapi kebolehan kemahiran
[Hadangan] (Tahap 2): Angkat perisai anda dan hadang serangan hadapan daripada musuh untuk sesaat. Hadangan yang berjaya akan menyebabkan 100% kerosakan pada musuh dan peningkatan aggro yang tinggi. Kumpulkan Rage. Tempoh bertenang: 9 saat. Keperluan: Perisai.
Pengurangan tempoh bertenang untuk kemahiran
Semua misi penting di Kampung Pemula telahpun diselesaikan. Objektif seterusnya, meningkatkan tahap sehingga tahap 10 dan terus menuju ke Ibu Kota!
Zhang Yang tiada pilihan lain sekarang melainkan bergantung sepenuhnya kepada grind melalui pembunuhan raksasa. Dia sampai di Lembah Terbakar, tempat paling sedikit pemain, dan merancang untuk mengerah tenaga di situ hingga mencapai Tahap 10. Dengan
Sebelum memasuki lembah itu, Zhang Yang terkejut melihat lebih dari 10 orang pemain berada di hulu lembah itu. Mereka semua tidak menyembunyikan nama mereka dan mempunyai tag nama yang sama iaitu 'Si Suku Penyangak' di atas kepala mereka, dengan kebanyakan kelihatan seperti pemain Tahap 5 hingga 6.
"Suku Penyangak!" Zhang Yang mengetap giginya.
Suku Penyangak ialah satu persatuan. Ada Ketua Persatuan Penyangak Arnab, Timbalan Ketua Persatuan Saudara Arnab Dua, serta Saudara Arnab Tiga dan Saudara Arnab Empat berdasarkan tahap senioriti mereka... Pendek kata, mereka ini semua saudara Arnab! Persatuan ini sangat popular dalam kehidupan Zhang Yang yang lepas, bukan sebab persatuan mereka kuat, tetapi sebab ahli persatuan itu semuanya samseng!
Ketua Persatuan Penyangak Arnab juga dikatakan memang seorang samseng dalam kehidupan sebenar. Ahli persatuan mereka pada asalnya ahli geng mereka sendiri dan selalu terbabit dalam jenayah terancang seperti penipuan, penculikan, dan buli. Persatuan penyangak ini tidak pernah menukar objektif mereka walaupun apabila mereka masuk ke permainan ini. Asalkan mereka mendapat keuntungan, mereka akan melakukan apa sahaja dan membuat muslihat jahat yang mereka rancang!
Semasa persatuan Air Jernih menentang persatuan Liu Wei, Mitos, Liu Wei telah mengupah Suku Penyangak untuk menggasak ahli Air Jernih. Penyangak itu telah menghantar bertubi-tubi mesej cacian dan fitnah ke Ibu Kota setiap hari dan menggunakan kata-kata yang sangat hina dan dahsyat yang menjijikkan sesiapa sahaja!
Malah, Penyangak Arnab sendiri juga telah mengetuai beberapa dozen orangnya dan menunggu di jalan masuk Persatuan Air Jernih. Setiap kali pemain perempuan keluar, mereka akan membuka seluar mereka, menepuk punggung mereka, dan berkata kotor untuk menunjuk betapa mereka tidak beretika!
Apa yang menyakitkan hati adalah Persatuan Air Jernih tidak cukup berkuasa dan hanya mampu meletakkan pangkalan mereka di zon Ibu Kota dan tidak dapat memilih mana-mana pangkalan lain di luar sana. Ini disebabkan Penewasan Pemain (PPe) antara pemain telah dihadkan di Ibu Kota.
Zhang Yang dan yang lain-lain tidak mampu melakukan apa-apa dan hanya mampu melihat penyangak itu berperangai sebegitu! Keadaan pada waktu itu telah menyebabkan beratus-ratus pemain perempuan mengelak untuk masuk ke dalam talian dan secara tidak langsung mempengaruhi semangat pemain lelaki.
Zhang Yang telah lama membenci mereka ini. Walaupun dia ingin sangat mengeluarkan pedangnya dan menewaskan mereka, dia terpaksa melupakan idea itu.
--Kampung Pemula juga dilindungi sistem; pemain tidak dibenarkan bertarung sama sendiri dalam PPe di sini.
"Suku Penyangak telah menguasai kawasan ini. Tinggalkan tempat ini atau kami akan bunuh kau dan buat kau turun semula ke Tahap 0!" pemain bernama Saudara Arnab Sembilan berkata dengan sombongnya bila dia ternampak Zhang Yang berjalan menuju ke arah mereka.
Ah sombongnya! Mereka ingin menguasai kawasan ini dengan hanya beberapa orang pemain pada Tahap 5 atau 6!
"Bos, memang betul ada satu bos di dalam! Kalau tidak silap, bos Besi Hitam ini dipanggil Barr, Pengawal Api! Tapi ada seorang pemain sedang melawannya sekarang!"seorang pemain 'Pencuri' tiba-tiba muncul dari mod
"Bos memang Bos, Bos tahu ada satu bos di dalam walaupun Bos belum masuk lagi, memang hebat!" kata salah seorang orang bawahannya.
"Haha!" Penyangak Arnab tertawa dengan berlagak dan megahnya, "Mari bunuh bos ini supaya sistem boleh umumkan! Selepas itu, Suku Penyangak akan terkenal di seluruh dunia. Kita akan melatih beribu-ribu lagi saudara dan menjadi kaya-raya!"
"Bos memang bijak, berani, dan pandai meramal! Bos menyuruh kami menjual barang kami untuk membeli topi untuk bermain dan bermain permainan video ini sebagai satu kumpulan. Tiada sesiapa selain Bos yang berani seperti itu!" puji seorang lelaki lain.
"Tapi Bos, saya dengar pelayan ini hanya membuat pengumuman bila ada pemain yang menjadi pemain pertama membunuh Bos Besi Hitam…" kata salah seorang mereka.
"Bodoh! Kau berani pertikai kata-kata Bos, apa kepala kau pernah ditendang keldai?" Saudara Arnab Lapan segera memarahinya.
Penyangak Arnab menendang pemain yang persoalkan sebentar tadi, "Kalau kau pandai sangat, kau tak perlukan aku sebagai bos kau, kan?"
"Betul tu, Bos pandai!"
"Bos kacak dan tiada tandingan!"
"Bos hebat!"
Penyangak Arnab melihat sekeliling dan ternampak Zhang Yang yang sedang melihat perbualan mereka dari tepi. Dia kemudian berkata dengan bengisnya, "Kau di sana, kenapa kau masih di sini, bodoh? Apa kau nak dibunuh dan balik semula ke Tahap 0?"
Mereka seperti tidak tahu yang Kampung Pemula ada had untuk PK. Dia mendapat satu idea dan berkata sinis, "Bunuh aku hingga ke Tahap 0 semula? Hehe, cubalah, aku tidak boleh mengalami kerosakan!"
"Haha, tidak boleh mengalami kerosakan, dalam mimpi!" Saudara Arnab Empat mengangkat dan menghayun pedangnya ke kepala Zhang Yang.
Zhang Yang tidak bergerak langsung atau mengelak, malah dia tersenyum menunggu serangan pedang itu!
"Sha!"
Pedang Pemula itu menembusi kepala Zhang Yang seperti ia menembusi bayang-bayang. Zhang Yang tidak terkesan langsung.
-- Dengan perlindungan 'Tuhan Sistem', setiap pemain juga sama seperti itu.
Saudara Arnab Empat terkejut. Dia menghayun pedangnya beberapa kali lagi, tetapi seperti sebelum itu terjadi, sistem telah membatalkan serangan itu.
Penyangak Arnab dan gengnya tercengang dengan mata sebesar piring.
"Bos! Dia memang tidak boleh mengalami kerosakan!" jerit Saudara Arnab Lima.
Penyangak Arnab tiba-tiba menukar wajahnya yang bengis dan sombong itu kepada senyuman dan berkata, "Sahabat, Aku… aku adalah Penyangak Arnab, Ketua Persatuan Suku Penyangak. Saudara, mari berkenalan!"
"Ke tepi! Aku nak bunuh bos itu!" kata Zhang Yang dengan nada yang sengaja dikasarkan.
"Sekejap, saudara, sekejap!" Penyangak Arnab serta-merta menghalang Zhang Yang dengan senyuman yang ingin memuji, "Janganlah marah sangat!"
Zhang Yang tersenyum dan berkata, "Kau pun nak badan kebal seperti aku?"
"Saudara, bagaimana kau dapat badan kebal seperti ini? Ada rahsia?" Penyangak Arnab bertanya dengan bersungguh-sungguh.
Zhang Yang nampak seperti sedang berfikir panjang. Dia seperti hendak menceritakan sesuatu kepada mereka, tetapi dia seperti sedang merahsiakan sesuatu sambil memandang Penyangak Arnab dan tersenyum.
Penyangak Arnab tidak putus asa, "Saudara, pertemuan kita satu ketentuan. Jangan pentingkan diri sendiri!"
Zhang Yang berpura-pura seperti berahsia dan melihat sekeliling dengan berhati-hati. Penyangak Arnab dan pengikut datang mendekati dan mengelilinya dengan wajah yang sama.
"Sebenarnya rahsia ini sangat mudah. Apa yang kau perlukan ialah bacakan satu mantera!" Zhang Yang mendedahkan 'rahsia' itu.
"Mantera apa?" lebih daripada 10 orang bertanya serentak.
"Kaa-Miii-Meyy-Mangg-Boo-Doo!" kata Zhang Yang sambil dia merendahkan suaranya.
"Betul ke ni?"
"Kalau kau tak percaya, cubalah!" ujar Zhang Yang.
Penyangak Arnab memilih salah seorang pengikutnya dengan rawak dan berkata, "Cepat, potong aku!"
Lelaki itu dengan bersungguh-sungguh mengangkat pedangnya dan bersedia untuk menghayun—
"Kejap!" jerit Penyangak Arnab, "Aku belum baca mantera tu lagi!"
Dia menukar wajahnya dan membaca dengan kuat: "Kaa-Miii-Meyy-Mangg-Boo-Doo!"
"Cubalah!"
"Aku cuba!"
Lelaki itu juga menjerit sebelum dia menghayun pedangnya.
Tiada apa-apa!
Penyangak Arnab sangat gembira dan tiba-tiba tertawa kuat sambil berkata, "Ia betul-betul menjadi! Haha, badan kebal!"
"Bos, sekarang kita dah tahu rahsia ni, boleh kita bunuh mana-mana bos dan sesiapa yang kita mahu?"
Penyangak Arnab menghayun tangan dengan megahnya dan berkata, "Jom, ikut aku dan bunuh bos itu!"
"Sekejap!" Zhang Yang dengan cepat berkata, "Tempoh mantera itu sangat pendek, jadi kau kena sentiasa membacanya. Ia mungkin tak akan menjadi kalau suara kau tak cukup kuat!"
"Okey, kami tahu! Kau dah boleh berambus!" Penyangak Arnab terus kembali kepada wataknya yang menjengkelkan lagaknya seperti anjing yang baru dilepaskan setelah tersepit. Dia mengilai ketawa dan mengetuai pengikutnya memasuki lembah itu.
Lebih daripada 10 orang pemain menggila tanpa peduli apa-apa dan dengan pantas mengundang aggro 7 hingga 8 Makhluk Unsur Api.
Mereka ini memang berani. Setiap satu membaca "Kaa-Miii-Meyy-Mangg-Boo-Doo" dengan kuat dan mula berlawan dengan raksasa itu.
Pemain Tahap 5 hingga 6 berlawan dengan raksasa Tahap 10. Keputusannya…
Kalah teruk!
10 minit kemudian, mereka dibangunkan semula dan berlari kembali.
"Bos, kenapa tak menjadi?" Saudara Arnab Lapan mengeluh.
Penyangak Arnab berfikir sejenak dan berkata, "Mungkin bacaan kita tidak cukup kuat? Cuba lagi!"
"Kaa-Miii-Meyy-Mangg-Boo-Doo!"
"Cuba lagi!"
Mereka semua sekali lagi dikalahkan.
10 minit kemudian, ahli Suku Penyangak berlari selepas dibangunkan semula.
"Bos, aku rasa kita telah diperbodohkan! Bukan ke mantera itu seperti berbunyi 'kami memang bodoh'?" salah seorang mereka menyuarakan rasa sangsinya.
"Celaka kau! Kau yang bodoh!" herdik Penyangak Arnab yang marah, "Baca dengan lebih kuat lagi, cepat!"
"Kami memang bodoh!"
Mereka meneruskan lagi.
Zhang Yang memerhatikan mereka untuk seketika dari tempat tersembunyi di hulu lembah itu sambil tertawa hingga perutnya sakit. Dia kemudian mengeluarkan Pedang Pemulanya dan meneruskan perjalanan.
Kali pertama dia datang ke sini semasa mengumpulkan Pati Api Bertapis, dia bersendirian. Jadi, sebelum dia memasuki satu-persepuluh kawasan lembah itu, raksasa telah muncul di belakangnya. Maka, dia tidak perlu masuk jauh ke bahagian dalam lembah.
Zhang Yang teringat yang ahli Suku Penyangak menyatakan ada satu bos dalam lembah ini dan dia berasa teruja sambil dia terus berusaha dan berjalan.
Setibanya dia di tengah lembah, Zhang Yang terjumpa satu altar pengorbanan yang mengambil ruang yang luas. Ada bulatan magis rumit yang diukir di tengah altar itu dengan cahaya putih bersinar keluar darinya.
Di tengah altar pengorbanan itu, satu Makhluk Unsur Api berwarna merah sedang bertarung dengan seorang gadis elf berjubah ahli sihir berwarna putih salji. Makhluk Unsur Api yang lain jauh dari altar itu.
Makhluk Unsur Api yang sedang bertarung itu sangat besar berbanding Makhluk Unsur Api biasa yang lain. Warnanya juga lebih gelap. Setiap serangan Makhluk Unsur Api itu datang bersama cahaya api yang terang. Gadis elf itu nampaknya akan kalah. Dia sering mengelak, tetapi masih terperangkap dan diserang. Bar HP dia juga berada pada tahap yang membimbangkan!
[Barr, Pengawal Api] (Bos Besi Hitam)
Tahap: 10
HP: 2286/5000
[Calina] (Normal)
Tahap: 10
HP: 537/2000