Sementara menyelesaikan cabaran untuk mengumpul 200 Bijih Besi, cabaran tersembunyi boleh dicetus jika ada lebih daripada 10 Bijih Besi Bertapis dalam inventori!
Bijih Besi Bertapis jarang ditemui dalam Vena Besi dan peluang untuk memperolehinya sangat tipis. Kemungkinan itu sangat rendah hingga jika nasib seseorang itu malang, sebutir Bijih Besi Bertapis pun tidak dapat diperolehi selepas melombong 1000 butir Bijih Besi.
Nasib baik Vena Besi Bertapis tidak seperti itu, tetapi ia sangat sukar dijumpai dan raksasa hebat sentiasa mengawalnya.
Dengan kemungkinan yang rendah itu, cabaran tersembunyi kelas Pelindung tidak pernah dicetus mana-mana pemain hingga tahun ketiga pelancaran permainan itu. Ada pelombong fanatik yang tidak melakukan apa-apa selain melombong bila dia mendaftar masuk permainan itu. Malah, dia telah tinggal di Kampung Pemula selama setengah tahun!
Lelaki itu pula secara kebetulan memilih Pahlawan sebagai kelasnya!
Jadi, pemain yang mempunyai 100 Bijih Besi Bertapis dalam inventorinya itu telah berjaya mencetuskan cabaran tersembunyi. Dia kemudian meneruskan perjalanan dan akhirnya menyelesaikan cabaran untuk mencapai 'Sederhana' dan menerima 1 Nilai Kemahiran serta Buku Kemahiran
Satu Nilai Kemahiran sudah boleh menyebabkan sesiapa cemburu, tetapi bila dia menyatakan penerangan kemahiran
[Sambaran Mendatar]: Menyerang musuh berdekatan, 100% kerosakan jarak dekat pada setiap sasaran. Kos: 20 Rage. Masa Penyejukan: 10 saat. Keperluan: Senjata Jarak Dekat.
Kemahiran dengan Kawasan Kesan (AoE) yang hebat itu telah jatuh ke tangan seorang pemain yang hanya melombong setiap hari – ini satu tragedi!
Namun, tidak lama selepas itu, pemain mula menyedari yang dengan skor 'Sederhana, sesiapa boleh menerima ganjaran yang hebat. Bagaimana kalau skor 'Cemerlang' atau 'Sempurna' berjaya dicapai? Bagaimana menariknya pula ganjaran untuk itu? Tetapi, cabaran tersembunyi ada satu kelemahan, tidak akan ada cabaran kedua yang serupa selepas ia diselesaikan.
Ada 4 jenis skor cabaran – Teruk, Sederhana, Cemerlang, dan Sempurna. Hanya cabaran dengan tahap kesukaran S yang mempunyai sistem skor cabaran ini.
Zhang Yang bermula dengan menuju ke Kedai Ahli Alkimia dan menjual semua item yang tidak digunakan dalam inventorinya. Jumlah wang dimilikinya meningkat ke 23 Syiling Perak. Sambil dia memeriksa tab item di Kedai Ahli Alkimia itu, dia terjumpa Posyen Penyembuh Pemula yang dikenali sebagai Periuk Merah serta Racun Eksperimen yang khas untuk Kampung Pemula dan hanya boleh dibeli sekali untuk setiap pemain.
[Posyen Penyembuh Pemula] (Putih, boleh dimakan)
Penggunaan: Mengembalikan 100 HP serta-merta.
[Racun Eksperimen] (Putih, boleh dimakan)
Penggunaan: Sapukan pada senjata, tahan selama 60 minit. Serangan boleh mencapai 30% peluang untuk meracun sasaran dan menyebabkan 3 kerosakan pada HP setiap saat selama 15 saat. Boleh digunakan sebanyak 5 kali.
Sebotol Botol Merah bernilai 1 Syiling Perak manakala Racun Eksperimen lebih mahal, 10 Syiling Perak setiap satu. Zhang Yang berbelanja besar dan sekaligus membeli 10 Posyen Penyembuh Pemula dan 1 Racun Eksperimen. Dia kemudian meninggalkan Kampung Pemula dan menuju ke wilayah pergunungan di utara kampung itu.
Dia masih ingat ada Vena Besi Bertapis di satu titik kawasan berdekatan simpang pergunungan yang muncul setiap jam. Setiap perlombongan menghasilkan 2 atau 3 Bijih Besi Bertapis. Itulah satu-satunya titik muncul semula untuk Vena Besi Bertapis di Kampung Pemula dan juga merupakan sarang Raja Harimau Kumbang!
Ini memang satu ganjaran yang datang dengan risiko yang tinggi!
Perjalanannya jauh. Zhang Yang mengambil masa setengah jam untuk sampai di lembah yang dikelilingi batu berbentuk pelik.
Di lubang lembah yang paling dalam, vena lombong yang bersinar-sinar dengan cahaya perak terang itu menarik perhatian Zhang Yang. Itulah satu-satunya titik muncul semula di mana Vena Besi Bertapis akan muncul dalam Kampung Pemula ini. Tetapi, seekor harimau kumbang yang besar dengan ketinggian menyamai dua lelaki dan panjangnya menyamai 6 lelaki sedang berbaring di sebelahnya!
Ini bos paling kuat di Kampung Pemula – Raja Harimau Kumbang!
[Raja Harimau Kumbang] (Bos Besi Hitam)
Tahap: 15
HP: 45000
HP yang menakutkan itu!
Zhang Yang mengeluarkan Racun Eksperimen dan menyapunya pada Pedang Pemula. Besi berkarat itu serta-merta menyala dengan cahaya hijau zamrud.
Racun sepatutnya satu ciri unik yang hanya tersedia kepada pemain dari kelas Pencuri, tetapi pencipta permainan ini mahu memberi pemain pengalaman dalam merasai tarikan racun dan telah meletakkan Racun Eksperimen pada satu kuantiti terhad di Kampung Pemula. Memandangkan setiap pemain hanya boleh membeli sebotol racun, ia tidak akan mempengaruhi permainan.
Ini menjadi satu faktor utama untuk Zhang Yang membunuh bos itu!
Zhang Yang menyediakan dirinya sebelum menyerang terus ke arah Raja Harimau Kumbang.
Terpaku (daripada
Zhang Yang menghayun pedangnya dan menikam Raja Harimau Kumbang itu.
"-6!"
Disebabkan jurang tahap yang besar dan tahap ketahanan raksasa tahap bos yang terlalu tinggi itu, Zhang Yang hanya dapat menyebabkan 6 mata kerosakan yang menyedihkan pada bos itu walaupun dia mempunyai 36-38 mata kerosakan asas. Selain itu, hanya 3 Nilai Rage dapat diperolehi daripada output kerosakan yang rendah itu. Dia masih jauh dari kemampuan untuk menghasilkan
Lagipun,
Selepas 2 saat, Raja Harimau Kumbang itu pulih daripada keadaannya yang terpaku seketika dan mencakar Zhang Yang dengan berang.
Zhang Yang tunduk dan mengelak serangan raksasa itu dengan tenang. Pada masa yang sama, dia menghayun pedangnya sekali lagi dan berjaya mencederakan badan Raja Harimau Kumbang Hitam.
"-8!"
"Ding! Serangan anda telah menyebabkan Raja Harimau Kumbang terkesan dengan Racun Eksperimen (1 tindanan) dan kehilangan 3 HP setiap saat!"
Racun dikategorikan sebagai kerosakan magik dan hanya boleh dikurang dengan daya tahan magik!
Zhang Yang menunjukkan secebis kegirangan. Walaupun kesan racun itu tidak terlalu kuat, dia boleh mengumpul sejumlah 5 tindanan dan mencapai kesan penuh Racun itu dengan perlahan-lahan selagi dia boleh mengenakan satu lagi tindanan dalam masa 15 saat dari tindanan pertama itu!
Raja Harimau Kumbang menjadi lebih berang bila serangannya tidak mengena, malah ia yang berkali-kali terkena serangan lawannya. Dia sekali lagi mencakar berang ke arah Zhang Yang.
Mengelak!
Zhang Yang bermain seperti pemain profesional dalam mengelak serangan dengan sentiasa bergerak dan mengubah kedudukannya. Dia tidak membazir peluang untuk menyerang dan menghayun pedang bertubi-tubi sambil mencederakan bos itu.
"Ding! Serangan anda telah menyebabkan Raja Harimau Kumbang terkesan dengan Racun Eksperimen (2 tindanan) dan kehilangan 6 HP setiap saat!"
"Ding! Serangan anda…"
Tidak lama selepas itu, kesan Racun Eksperimen itu telah bertindan sebanyak 5 kali dan menyebabkan Raja Harimau Kumbang kehilangan 15 HP setiap saat yang berlalu. Walaupun ini sangat perlahan berbanding palang HP yang panjang, bos itu akan mati akhirnya disebabkan racun itu dalam masa 50 minit jika Zhang Yang mengekalkan cara permainannya.
Zhang Yang tidak berani cuai! HP dia yang kurang tidak mampu menahan walau serangan ringan daripada bos itu. Dia pasti akan mati jika terkena serangan walau sekali.
1 minit, 2 minit, 3 minit … 45 minit!
HP Raja Harimau Kumbang itu telah menurun ke sekitar 10% dan raksasa itu tiba-tiba menyala dengan cahaya merah darah. Saiz asalnya yang besar kini bertambah lebih besar dan ia memperolehi Kelajuan Serangan dan kekerapan serangan yang lebih tinggi!
Ini yang ramai pemain gelarkan sebagai Menggila – satu keadaan yang dialami raksasa kuat bila mereka hampir mati.
Tumpuan Zhang Yang lebih teliti dan dia menunjukkan sepenuh kecergasannya dalam mengelak serangan Raja Harimau Kumbang yang bertubi-tubi. Pada ketika ini, Kelajuan Pergerakan mana-mana watak tidak akan dapat menyaingi refleksnya. Ini hanya mampu dicapai dengan mengagih Nilai Atributnya kepada Ketangkasan untuk dia menerima kelebihan dalam kebolehan terbaiknya ini.
Daripada sudut pandangan ini, Zhang Yang lebih sesuai bermain sebagai seorang Pencuri!
Pada hujung permainan, sifat watak itu akan menjadi kurang penting dan akhirnya boleh diabai dengan menambah baik kualiti kelengkapan. Kelengkapan yang bagus ialah cara yang lebih baik untuk betul-betul menambah kebolehan seseorang.
"-15!"
"-15!"
"-6!"
Mengelak!
"-15!"
"-15!"
"-7!"
Jumlah kerosakan terus-menerus muncul di atas kepala Raja Harimau Kumbang itu dan Zhang Yang akhirnya berjaya mengurangkan HP raksasa itu. Apabila mata kerosakan "-15" yang terakhir daripada Racun Eksperimen itu terpancar, bunyi mengerang dapat didengari daripada Raja Harimau Kumbang sambil ia jatuh ke tanah, mati, dan bertukar menjadi cahaya putih.
Akhirnya tamat. Zhang Yang menghela nafas lega. Dia keletihan setelah bertempur selama hampir sejam dalam pertarungan sengit ini.
"Ding! Anda telah membunuh Raja Harimau Kumbang. Anda menerima 90,000 EXP (Dua kali Ganjaran kerana Melangkaui Pembunuhan Tahap anda)!"
"Ding! Tahniah! Anda adalah pemain pertama yang berjaya membunuh bos Besi Hitam. Pencapaian hebat anda akan tercatat dalam sejarah! Adakah anda ingin mengumumkan nama anda supaya dunia boleh mengagumi kehebatan anda?"
Zhang Yang terkejut. Disebabkan dia menyertai permainan ini agak lewat berbanding orang lain sebelum ini, dia telah terlepas semua peluang untuk mencapai pembunuhan pertama dan tidak pernah berdepan dengan keadaan seperti ini.
Reaksi pantasnya sudah tentu memilih "Ya". Bukankah satu-satunya niat setiap pemain dalam talian untuk menyebarkan namanya di segenap pelayan dan diminati semua?
Lagipun, ini akan memudahkan proses penubuhan persatuannya dan menarik lebih ramai pemain untuk menyertainya.
Dia kemudian terfikir sesuatu yang lain. Dia tidak mempunyai apa-apa pada ketika itu. Selain Han Gemuk yang masih belum dapat dia hubungi, dia betul-betul keseorangan! Bagaimana kalau ada persatuan kuat yang memerhati dia ketika ini? Dia tiada apa-apa kuasa untuk menolak kalau mereka menawarkan apa-apa padanya. Jika dia menolak tawaran penyertaan mereka, dia pasti akan mengalami desakan dan asakan bertubi-tubi!
Tidak boleh ada rasa sangsi tentang ini! Zhang Yang masih ingat yang ada sebuah tanker sebelum ini dipanggil Cahaya Bintang Tidak Berhujung yang punya kemahiran yang agak sederhana. Walaupun dia berada dalam satu persatuan kecil, pencapaian dungeonnya telah melayakkan dia untuk mencabar persatuan besar yang lain! Sesetengah persatuan itu asalnya telah menawarkan perpindahan persatuan kepada Cahaya Bintang Tidak Berhujung. Cahaya Bintang Tidak Berhujung sangat menyayangi persatuannya dan telah menolak semua tawaran itu.
Akibatnya, 3 persatuan besar telah bersatu dan menyerang Cahaya Bintang Tidak Berhujung dan persatuannya. 10 hari kemudian, ahli-ahli persatuannya tidak mampu bertahan dan mengambil keputusan untuk keluar dari persatuan itu, lantas membawa kepada pembubaran persatuan kecil itu. Cahaya Bintang Tidak Berhujung sangat tertekan dan telah memilih untuk memadam akaunnya dan menyuarakan protes dalam forum rasmi.
Pegawai telah membalas yang mereka tidak menyokong pergaduhan peribadi dalam 'Keajaiban Tuhan' dan terus menetapkan penurunan tahap dan gelaran merah sebagai penalti. Mereka yang ingin menaikkan PK sila pergi ke arena; mereka yang ingin membunuh pihak lawan, sila pergi ke medan pertempuran; dan ini tidak akan menyebabkan penurunan tahap atau kelengkapan. Sesiapa yang mencetuskan dendam akan menerima balasannya.
Pegawai ini tidak akan mengambil bahagian dalam mana-mana dendam peribadi antara pemain walau apa sebab sekalipun.
Zhang Yang bukan hanya ingin 'bermain' permainan ini, dia ingin menggunakan permainan ini untuk memperolehi wang dan mengumpul kemewahan yang cukup untuk menandingi dan menyaingi Keluarga Liu. Dia tahu trend permainan itu serta tahu bila dan bahan apa yang berharga walaupun manipulasi item ini memerlukannya mencapai tahap pemain yang mendahului permainan.
Contohnya, jualan item tertinggi antara pemain Tahap 20 – Ubat Anti Sihir Pemula. Formulanya hanya boleh didapati daripada peti luar biasa Kelabu Perak.
Seseorang mesti mempunyai keupayaan untuk mendapatkan peti luar biasa Kelabu Perak bagi memperolehi formula itu! Tambahan pula, formula itu mesti diperolehi seawal mungkin. Jika tidak, ia tidak lagi akan berada dalam permintaan sekiranya waktunya tidak kena dan semua orang telah memiliki formula untuk membuat ubat itu.
Buat masa ini, Zhang Yang memerlukan suasana yang tenang hingga dia dapat menubuhkan sebuah persatuan dan mempunyai kuasa untuk berkata "tidak".
Zhang Yang akhirnya memilih "Tolak"!
Teks merah khas untuk pengumuman pelayan serta-merta muncul dalam siaran dunia.
"Pengumuman Pelayan: Pemain (Nama Dirahsiakan) telah berjaya membunuh Raja Harimau Kumbang, Bos Besi Hitam Tahap 15 (Pelayan China). Pencapaian ini akan direkodkan dalam Dewan Kegemilangan! Mari raikan dan bersorak untuknya!"
"Pengumuman Pelayan: Pemain (Nama Dirahsiakan) telah berjaya membunuh Raja Harimau Kumbang, Bos Besi Hitam Tahap 15 (Pelayan China), dan menerima 10 Syiling Emas daripada Sistem Ganjaran!"
"Pengumuman Pelayan: Pemain (Nama Dirahsiakan) telah berjaya membunuh Raja Harimau Kumbang, Bos Besi Hitam Tahap 15 (Pelayan China). 500 Nilai Reputasi merentasi semua pertandingan dalam liga ini telah diberikan!"
Satu siri mesej merah memenuhi skrin dan kesannya sangat mengagumkan!
"Ding! Anda menerima ganjaran tambahan: Keuntungan +1!"
Satu ganjaran Ciri Keuntungan! Zhang Yang agak terkejut. Keuntungan adalah satu atribut yang tidak boleh dinaiktarafkan melalui apa-apa kelengkapan, tetapi ia sangat penting. Atribut itu boleh mempengaruhi kadar pembunuhan raksasa dan kadar kejayaan dalam menaiktaraf kelengkapan dan senjata ajaib, serta pengaktifan Serangan Luar Biasa.
Zhang Yang berasa agak bangga melihat 5 pengumuman pelayan yang ditunjukkan berulang-kali di skrin. Dia berpaling daripada membaca pengumuman itu dan meneliti Raja Harimau Kumbang yang telah tewas.
Di satu sudut, pengumuman pelayan mengejut itu menyebabkan riuh rendah antara pemain dalam wilayah China.
"Apa ni, jahanam? Aku dah habiskan masa yang lama membunuh raksasa hanya untuk mencapai Tahap 5 dan seseorang telah membunuh bos Tahap 15?"
"Betulkah ni, pertarungan perseorangan?"
"Pelayan bedebah, aku terganggu semasa membaca pengumuman pelayan dan telah dibunuh raksasa!"
"Jahanam, ini mesti kena godam. Mana mungkin seseorang membuat serangan perseorangan pada bos Besi Hitam!"
"Pengurus Besar bedebah, keluarlah dan bertemu Tuhan!"
"Sudahlah, mana ada PB dalam "Keajaiban Tuhan", komputer super satu-satunya benda yang memantau pelayan ini. Ia adil dan bersesuaian!"
"Mana adilnya!"
"Mana kesesuaiannya!"
"Cukuplah, mendaki tahap dengan pantas itu lebih penting!"
"Bagaimana kita nak mendaki tahap bila ada lebih ramai pemain daripada raksasa. Sebagai seorang Pembuat Sumpahan, aku masih belum buat apa-apa sumpahan. Aku cuma memukul mereka dengan tongkat sakti aku dari tadi!"
"Sesiapa yang di atas, mari berjabat tangan. Aku seorang paderi dan tidak berani membuat sumpahan. Dengan penangguhan selama dua saat, memang tiada peluang untuk membunuh raksasa!"
Tidak lama kemudian, seseorang telah menghantar dalam forum itu dan menyatakan dia sengaja mencari Raja Harimau Kumbang ini dan mendapati HP raksasa itu ialah 45000 yang memeranjatkan. Hanya satu pukulan pemain Tahap 5 ini menyebabkan lebih kurang 230 mata kemusnahan. Bagaimana seseorang boleh memulakan pertarungan perseorangan? Dia kemudian melanjutkan aduan kepada syarikat permainan dan bertanya kalau ada yang menggodam atau virus telah menyerang.
Serta merta syarikat membalas pos berkenaan, "Tiada siapa yang menggodam 'Keajaiban Tuhan', namun kes virus ini tidak dapat betul-betul diperbaiki. Berdasarkan data permainan yang dimain semula, pemain pertama membunuh Raja Harimau Kumbang ini tidak menggunakan virus.
Forum itu kemudiannya terus riuh rendah. Mereka tertanya-tanya dan berbincang bagaimana pemain itu mengalahkan Raja Harimau Kumbang!