Chereads / Avatar Raja / Chapter 20 - Maharaja (5)

Chapter 20 - Maharaja (5)

Sunset Clouds, Drifting Water dan Sleeping Moon menyerang bergilir-gilir. Mereka gemuruh sehinggakan berpeluh-peluh tapak tangan semuanya. Setiap kali mereka menggerakkan tetikus, mereka khuatir ia akan tergelincir dari genggaman. Mereka tidak mempunyai masa untuk mengelap tetikus tersebut, mata mereka terbuka luas kerana tidak ingin melakukan sebarang kesilapan.

Keadaan pertarungan kembali stabil. Mereka berempat tidak ingin memikirkan kesilapan sebelum ini. Serangan demi serangan dilakukan, dan nyawa Maharaja Labah-Labah semakin berkurangan. Dari ⅓ ke ¼ dan seterusnya ⅕.

"Dia hampir mencecah 'Red Blood'. Semua orang berhati-hati," Ye Xiu mengingatkan mereka.

"Apa yang harus kita lakukan apabila 'Red Blood'? Tanya Seven Fields.

Berdasarkan rujukan Ye Xiu, dia tahu raksasa tersebut akan diberikan 'Super Armor'. Dengan 'Super Armor', ia tidak akan terkesan oleh efek 'Stun' lagi.

"Bunuhnya dengan secepat mungkin!" kata Ye Xiu.

Mendengarkan kata-kata tersebut, empat pemain tersebut tidak lagi gemuruh, sebaliknya teruja. Mereka sudah melakukan gerakan yang sama buat terlalu lama, mereka tidak sanggup meneruskannya buat jangka masa yang panjang lagi.

"Sudah 'Red Blood'!" jerit Seven Fields

"Baik, Sunset Clouds! Pijak seekor labah-labah kecil sekarang!" jerit Ye Xiu.

"Apa??" Sungguhpun Sunset Clouds tidak mengerti sebabnya, dia tetap menurut arahan Ye Xiu tersebut. Dia memijak seekor labah-labah kecil yang telah Ye Xiu sediakan khas untuknya.

Labah-labah kecil tersebut menggigit Sunset Clouds, dan dia serta-merta tidak dapat bergerak lagi. Maharaja Labah-Labah datang menerpa dan turut mengenakan gigitan yang kejam dengan mulutnya yang besar terhadap Sunset Clouds.

Tetapi, tiada apa-apa yang berlaku!

Ini kerana keadaan 'Stasis' yang disebabkan oleh gigitan labah-labah kecil tadi. Sungguh 'Stasis' akan menyebabkan pemain tidak dapat bergerak, ia juga bertindak untuk melindungi mereka daripada sebarang serangan atau kecederaan! Ye Xiu menggunakan pengetahuan ini demi membolehkan tiga pemain lain menyerang Maharaja Labah-Labah selama tempoh tiga saat.

Maharaja Labah-Labah tersebut mula mengeluarkan labah-labah kecil dengan jumlah yang banyak, sekali lagi. Ye Xiu segera bertindak untuk membereskan mereka, dan kali ini dia memastikan supaya tidak ada labah-labah kecil yang menggigit teman-temannya. Sunset Clouds sendiri telah mula memahami strategi Ye Xiu ini dan mula mencari labah-labah kecil untuk digunakan apabila perlu.

Di antara mereka berempat, Sunset Clouds mempunyai kuasa serangan yang tertinggi. Disebabkan ini, serangan Maharaja Labah-Labah akan tertumpu kepadanya terlebih dahulu, dia akan menjadi sasaran utama. Kerana itulah Ye Xiu mengarahkannya untuk bertindak sedemikian. Labah-labah kecil yang pada asalnya merupakan musuh yang menyusahkan kini telah menjadi perisai pada saat-saat genting.

Sunset Clouds mengatur masa dengan cantik dan berjaya menguasai rentak tidak lama kemudian. Setiap kali serangan Maharaja Labah-Labah tertumpu padanya, dia akan membiarkan dirinya digigit oleh labah-labah kecil demi memastikan dia tidak cedera. Sungguhpun gigitan labah-labah kecil akan tetap mencederakan pemain, Lord Grim sedia membantu dengan kemahiran 'Heal' miliknya demi merawat kecederaan tersebut.

Maharaja Labah-Labah terus meludahkan sarang dan racun. Setiap inci tubuhnya digunakan untuk menyerang, tetapi ia tidak berkesan kerana para pemain sudah tahu cara untuk menanganinya. Selepas gagal mencederakan Sunset Clouds, ia menumpukan sasaran kepada Sleeping Moon pula. Tetapi Lord Grim sudah menjangka ini akan berlaku. Dengan segera dia menyediakan seekor labah-labah kecil buat kegunaan Sleeping Moon.

Kini, keadaan 'Red Blood' yang dianggap paling bahaya sudah bertukar menjadi seakan-akan sebuah permainan riang. Setiap pemain mampu untuk gelak ketawa sambil mereka membuli Maharaja Labah-Labah tersebut. Pada akhirnya, Maharaja Labah-Labah pun rebah tidak bernyawa lagi.

Pengumuman sistem permainan pun muncul.

"Tahniah diucapkan kepada Lord Grim, Seven Fields, Sunset Clouds, Drifting Water dan Sleeping Moon, kumpulan pertama yang berjaya menewaskan Maharaja Labah-Labah!"

"Hebat!!!" Seven Fields dan rakan-rakannya menjerit kegembiraan. Ingin sahaja mereka menjulang Lord Grim setinggi-tingginya. Tanpa dia, sememangnya mustahil untuk mereka mencapai kemenangan sebegini. Dialah orangnya yang menyelamatkan mereka di saat-saat genting, dialah orangnya yang merancang dan mengawasi setiap pergerakan mereka, dialah yang menyediakan perisai labah-labah, dan dialah punca sebenar kemenangan ini.

Seven Fields dan rakan-rakannya tidak terkata-kata. Mereka sudah lama berkecimpung dalam dunia permainan Glory, tetapi hanyalah pada waktu ini mereka menyedari pemain yang sehebat ini benar-benar wujud.

"Abang jaguh, ada empat Sutera Labah-Labah Kukuh yang kita dapat," kata Seven Fields. Dengan rela hatinya, dia menyerahkan semuanya kepada Ye Xiu.

Tiga pemain lain turut melakukan perkara yang sama.

"Terima kasih banyak!" ucap Ye Xiu apabila dia menerima keempat-empat Sutera Labah-Labah tersebut.

"Seperti yang dijanjikan, semua ganjaran yang lain milik kamu berempat!" kata Ye Xiu.

"Eh, abang ambil! Kami semua tak nak!" Mereka semua sedar tanpa Ye Xiu, sememangnya mustahil untuk mereka menang. Oleh itu, mereka berasa tidak layak untuk menerima sebarang ganjaran pun.

Selain Sutera Labah-Labah Kukuh, Maharaja Labah-Labah turut memberikan ganjaran lain iaitu dua Racun Labah-Labah, sepasang 'Chestnut Boots' tahap 15 (ia memberikan 3 mata kepada atribut 'Strength' dan juga sebilah senjata tahap ungu.

[Mahogany Tachi] – Tahap 15

Berat:: 2.6 kg, Kelajuan Serangan: 8

Serangan Fizikal: 165; Serangan Sakti: 178

Strength +10, Intelligence + 14

Tachi merupakan senjata kelas pedang. Ia biasanya digunakan oleh pemain berkelas 'Swordsman', iaitu kelas yang mementingkan serangan fizikal, tetapi Tachi turut mempunyai kuasa serangan sakti yang tinggi. Ia boleh dianggap setanding dengan Payung Seribu Manifestasi pada waktu ini, kerana senjata ungu tahap 15 sama kuat dengan senjata perak tahap 5.

'Mahogany Tachi' yang mereka perolehi ini mempunyai beberapa sifat tambahan, iaitu kelajuan serangan yang tiga tahap lebih tinggi daripada Payung Seribu Manifestasi.

Ye Xiu merenung ke arah Tachi tersebut dan bersyukur akan tuahnya pada hari ini. Disebabkan oleh tuah, dia berjaya mendapat buku kemahiran sebelum ini, dan sekarang pula senjata berkelas ungu.

Dengan memiliki senjata ini, seorang pemain akan menjadi lebih kuat jika dibandingkan dengan pemain-pemain lain pada tahap ini. Jika seseorang pemain itu masih lagi berada dalam kelas 'Unspecialized', agak berbaloi untuknya memilih kelas 'Swordsman' dengan berbekalkan Tachi tahap ungu seperti ini.

Terdetik rasa kagum dan cemburu di dalam hati empat pemain lain, terutamanya Sleeping Moon dan Sunset Clouds Mereka berdua merancang untuk memilih kelas 'Swordsman', dan senjata ini sememangnya sangat sesuai untuk mereka!

"Ha ha, eh tak apalah. Pedang ini tak berguna buat saya, kamu semua ambillah!" Ye Xiu memilih untuk menolak ganjaran tersebut. Dia turut menolak Racun Labah-Labah dan 'Chestnut Boots'. Semuanya diberikan kepada teman-temannya, seperti yang dijanjikan dari awal lagi.

"Abang jaguh, abang ambillah semua ini. Kalau abang tak ada, tak mungkin kami semua akan dapat melihat ganjaran-ganjaran ini pun!" kata Seven Fields dengan seikhlas hatinya.

"Ha ha, jangan lupa, kalau bukan kerana formasi kamu, saya pun akan menghadapi kesukaran untuk membunuh Maharaja Labah-Labah tadi!" kata Ye Xiu.

Mereka berempat tersedar akan sesuatu. Dia tidak berkata dia 'tidak mampu' untuk membunuh Maharaja Labah-Labah tersebut, dia berkata dia hanya akan 'menghadapi kesukaran' sahaja.