Chereads / AKU AKAN MENGUNCI SYURGA / Chapter 54 - Kawan Lama daripada Sekta

Chapter 54 - Kawan Lama daripada Sekta

"Aku... aku hanya seorang sarjana..." Meng Hao ternganga, mulutnya terlopong. Dia tidak pasti bagaimana hendak membalas. Ketika dia membeli barang-barang di Daerah Yunjie dahulu, dia tidak pernah menghadapi situasi seperti ini. Seorang gadis cantik yang tersenyum manis kepadanya itu kelihatan sangat menawan menyebabkan dan menyebabkan wajahnya bertukar merah sekali lagi.

Melihat ekspresi malu Meng Hao, wanita muda itu menutup mulutnya dan ketawa perlahan. Dia berpusing, pinggangnya bergoyang dengan menawan saat dia berjalan ke arah ketuhar Pil. Dia menunduk untuk bercakap dengan pemuda pertengahan umur yang duduk di sana dan sedang bermeditasi.

Bila dia kembali semula, dia mengerdipkan matanya kepada Meng Hao. "Bagaimana dengan seratus tujuh puluh Batu Rohani?"

"Terima kasih banyak, Rakan Taoist," kata Meng Hao sambil menghela nafas. Dia kelihatan gembira kerana telah jimat beberapa Batu Rohani. Dengan segera, dia memberi tabik genggam.

"Panggil aku kakak." Katanya, sambil menghulurkan batu jed itu kepada Meng Hao.

Dia menerimanya, lalu memasukkan kekuatan rohani ke dalamnya. Dengan tiba-tiba, satu gambaran besar muncul di fikirannya. Dia memandang sekilas dengan bersemangat dan ternampak tiga pil yang terkandung di dalam beg saktinya. Dia mengeluarkan seratus tujuh puluh Batu Rohani dan memberikannya kepada gadis itu. Dia memberi tabik genggam dan berlalu pergi. Gadis itu mengeluh dan menghantarnya sampai ke pintu.

"Namaku Qiao Ling." Kata gadis muda itu. Matanya dipenuhi dengan pandangan yang menarik. "Kalau kamu datang lagi, jangan lupa minta berjumpa Kakak." Dia menatapnya dari atas ke bawah sambil berkata-kata. Matanya menawan dan penuh dengan ketenangan. Meng Hao, dengan muka merah padam, memberi hormat dan berundur secepat mungkin.

Jantungnya berdebar kencang ketika dia pergi, dan tidak tenang untuk beberapa ketika. Dia melihat kembali ke Astaka Ratusan Khazanah dan melihat Qiao Ling berdiri di sana sambil tersenyum lembut kepadanya.

Dia berasa sangat malu. Gadis itu terlalu melampaui batas!

Dia tidak pernah mengalami perasaan seperti ini sebelumnya. Perasaan itu tidaklah teruk dan dia sebenarnya menikmatinya. Dia terbatuk lagi dan menundukkan kepalanya sambil terus berjalan.

Pada masa ini, sekumpulan manusia muncul dari tingkat dua Astaka Khazanah Ratusan. Terdapat sekitar tujuh atau lapan daripada mereka, termasuk lelaki dan wanita. Ketika mereka berjalan, mereka berbual antara satu sama lain. Di antara mereka terdapat seorang pemuda yang mengenakan jubah biru muda yang berjalan di belakang. Dia tidak kelihatan tergolong dalam kumpulan itu. Sebaliknya, dia nampak seperti seorang pelayan.

Ketika kumpulan itu meninggalkan astaka, pemuda itu mengangkat kepalanya dan melihat Meng Hao.

"Meng Hao!" Dia menangis, menatap. Ini menarik perhatian lelaki dan wanita yang lain, termasuklah Meng Hao. Dia berhenti berjalan dan menoleh ke belakang. Nampaknya, mereka sedang memandangnya.

Raut wajahnya tidak berubah, tetapi di dalam hatinya, dia merasakan emosi yang berkecamuk. Pemuda itu tidak lain tidak bukan Zhou Kai, bekas pengikut Sekta Luaran Reliance. Asas Pertapaannya berada di tahap kelima Pemekatan Qi. Pada hari pembubaran Sekta, dia telah diluncurkan oleh kabus merah, dan di sinilah dia hari ini.

Dia kelihatan agak sengsara mengikuti sekumpulan orang yang mengenakan pakaian brokat yang mahal. Sebahagian besar daripada mereka memiliki perilaku mengancam, dan salah seorang daripadanya berada di tahap ketujuh Pemekatan Qi. Selebihnya kelihatan berada di tahap keenam. Mereka sememangnya anggota Sekta besar Negeri Zhao.

Jelas sekali, Zhou Kai telah bergabung dengan mereka setelah pembubaran Sekta Reliance. Bagi membolehkan dia bersama-sama kelompok seperti ini, dia hanya boleh menuntut status sebagai pelayan.

Meng Hao menganggukkan kepalanya tetapi tidak berkata apa-apa. Dia berpaling dan berlalu pergi.

"Siapa itu?" Kata seorang pemuda yang berdiri di sebelah Zhou Kai. Dia berkata dengan perlahan tetapi nadanya bangga dan sombong. Dia mengenakan jubah yang megah dan memegang kipas di tangannya. Dia berada di tingkat ketujuh Pemekatan Qi, dan selebihnya yang berdiri di sekitar mereka mula berbisik di antara mereka sendiri dan melihat.

"Abang Sun, ini rakan saya dari Sekta terdahulu," kata Zhou Kai dengan teragak-agak. Dia tidak menyebut nama Meng Hao atau statusnya di Sekta.

"Meng Hao... nama itu macam pernah dengar."

"Aku ingat," kata salah seorang wanita dalam kumpulan itu sambil ketawa. "Dia satu-satunya anggota yang tinggal daripada Sekta Dalaman Reliance. Dia sangat mirip dengan lukisan."

Mata-mata yang melihat tiba-tiba bersinar. Dua orang berlari ke hadapan untuk menghalang jalan Meng Hao. Dalam beberapa hari kebelakangan ini di dunia Pertapaan Negeri Zhao, ada desas-desus tentang hal yang mengejutkan.

Sekta Reliance telah dibubarkan, tetapi Bapa Reliance belum mati. Dia telah mempamerkan semua kekuatan demi seorang pengikut Sekta Dalaman. Dia telah menakutkan pakar-pakar yang paling kuat dari Negeri Zhao, menyebabkan sensasi yang sangat besar. Setelah pakar-pakar kembali dari tempat kejadian, khabar angin ini telah tersebar ke seluruh dunia Pertapaan Negeri Zhao.

Malah, perkara yang lebih hangat dibincangkan ialah bagaimana Bapa Reliance telah memberikan khazanah yang berharga kepada pengikut Sekte Dalamannya, sesuatu yang cukup kuat untuk menggoncang langit dan bumi dan membunuh siapa saja dan semua Pertapa. Khabar angin ini tersebar dengan cepat dan meluas, dan sambil pertanyaan dibuat mengenai bekas pengikut Sekta Reliance itu, nama orang ini segera didedahkan: Meng Hao.

Kalau perkara ini berakhir di situ, maka tak akan ada lagi masalah. Namun, setelah kembali dari Sekta Reliance, pakar Negeri Zhao akhirnya menyedari sesuatu. Di penghujungnya, kekuatan Bapa Reliance kelihatan mula berkurangan sedikit demi sedikit. Selain itu, disebabkan sikap panas baran terkenal Bapa Reliance, mereka tak mungkin terlepas daripada dibunuh.

Spekulasi mula tersebar dan ramai orang mula memberi perhatian kepada pengikut Sekta Dalaman Meng Hao. Tiga Sekta besar telah mengeluarkan arahan kepada semua pengikut memberi perhatian dan berusaha untuk mencari Meng Hao. Gambarnya telah diedarkan bersama dengan perintah.

Sekarang, orang tidak yakin. Kalau Bapa Reliance masih hidup sekalipun, adakah asas Pertapaannya masih kuat seperti sebelumnya? Dipenuhi keraguan tentang masalah ini, tiga Sekta besar telah menyatakan ganjaran yang akan diberikan kepada setiap pengikut yang menemui Meng Hao dan mendapatkan maklumat tentang kekuatan khazanah yang ada padanya.

Meng Hao berdiri di situ sambil merenung dingin kepada dua orang yang menghalang jalannya. Dia mendengar langkah kaki di belakangnya ketika empat orang lainnya menghalang jalan berundur. Jalan kiri dan kanannya juga dipenuhi orang. Nampaknya dia benar-benar terkepung.

Di dalam Astaka Ratusan Khazanah, Qiao Ling melihat ke bawah dengan mengerutkan dahi.

"Boleh saya bantu, tuan dan puan?" kata Meng Hao dengan tenang, matanya melilar memandang kawasan sekitar. Raut wajahnya kelihatan tidak berubah seperti air yang tenang. Dia kelihatan sangat yakin walaupun dia tetap berhati-hati.

"Tidak." Kata pemuda yang berpakaian mewah itu sambil tersenyum dan mengipas dirinya sendiri. "Kami baru sahaja mendengar Meng Hao memiliki hadiah yang diberikan oleh Bapa Reliance. Setelah bertembung dengan kamu, kami berharap untuk melihatnya." Senyumannya sedingin ais. Namun, dia tetap berhati-hati kerana hadiah berharga yang diberikan oleh Bapa Reliance mesti dijaga dengan baik.

Tetapi, ini pengikut daripada tiga Sekta Besar, yang memberikan mereka status yang sangat tinggi. Oleh kerana itu, meskipun Meng Hao berada di tahap ketujuh Pemekatan Qi, mereka masih merasa diri mereka lebih hebat daripadanya.

"Itu betul." Kata orang lain di sekitarnya. Dia ketawa. "Rakan Taoist Meng memang memiliki khazanah itu. Kenapa tidak membawanya keluar untuk kita lihat?" Dia jelas melihat Meng Hao terperangkap, tanpa jalan keluar.

Meng Hao kelihatan tenang seperti biasa, matanya bersinar dengan cahaya dingin. Mulutnya berputar mengejek, dan dia tiba-tiba menepuk beg saktinya yang menyebabkan orang-orang di sekitarnya mengelak ke tepi. Beberapa orang daripada mereka turut mengeluarkan barangan sakti.

Sinar cahaya melintas, dan tiba-tiba, lembing waja Meng Hao muncul di tangannya. Dia menikamnya ke tanah, menanamkannya dengan tenaga rohani sehingga kelihatan menjadi senjata yang kuat. Ia berdengung, satu bunyi kuat bergema, menyebabkan orang-orang di sekitarnya melangkah ke belakang secara tidak sengaja. Pandangan mereka tertumpu kepada lembing itu.

"Sesiapa yang berhajat untuk mati boleh datang lebih dekat untuk melihat," kata Meng Hao dengan dingin, mengambil dua langkah ke belakang dan mengibas lengan bajunya yang lebar. Dia kelihatan sangat yakin, terutama matanya yang mengejek dan tersenyum, seolah-olah dia tahu tanpa ragu siapa pun yang cuba untuk melihat lembing itu dari dekat akan terbunuh olehnya.

Sebenarnya, Meng Hao telah mengambil dua langkah ke belakang kerana itu membawanya lebih dekat ke gerbang kota. Sebaik sahaja orang-orang di sekitarnya bergerak ke hadapan untuk melihat lembing, dia akan menyerang, lalu memanfaatkan kekacauan untuk melarikan diri. Walau bagaimanapun, kota ini dikawal oleh tiga Sekta besar, dan dia tahu dia tidak boleh terlibat dalam masalah di sini.

Segalanya sunyi ketika semua orang memandang lembing waja itu. Pada pandangan pertama, itu memang kelihatan agak luar biasa. Lembing itu ditutupi dengan corak hiasan yang besar, sangat kompleks, bahkan menyilaukan. Semakin ramai orang melihatnya, semakin menakjubkan.

Lembing itu bersinar dan di hujungnya ada sinar cahaya terpancar yang menembusi mata seperti kilat.

Malah, Qiao Ling yang berada di Astaka Ratusan Khazanah, tidak dapat menahan untuk menatapnya. Lebih ramai gadis muncul di sekelilingnya dan mereka semua memandang ke bawah.

Setelah melihatnya sebentar, beberapa pengikut daripada Sekta agung mengerutkan kening.

"Tak nampak apa-apa yang istimewa pun. Hanya ada tanda-tanda yang rumit di atasnya. Nampak macam tak ada apa-apa mantera di atasnya pun..."

Pemuda berhias dengan kipas angin itu juga mengerutkan kening. "Itukah harta yang diberikan kepadanya oleh Bapa Reliance?" Setelah memeriksanya, dia ketawa lalu memberi isyarat agar Zhou Kai melangkah maju.

Pada waktu ini, bunyi tapak kaki dapat didengari dari luar pintu gerbang Timur dan menarik perhatian para Pertapa di sekitarnya. Mata Meng Hao berkedip, dan kemudian dia mengerutkan kening. Sekumpulan sepuluh atau lebih Pertapa yang mengenakan jubah putih berkerumun di luar gerbang Timur. Dia seperti mengenali sesetengah di antara mereka. Bila dia melihat warna jubah mereka, dia tahu ini para pengikut dari Sekta besar yang telah menjalankan ujian kebolehan.

Ketika dia melihat mereka masuk melalui pintu gerbang Timur, dia menyedari jalannya untuk melarikan diri kini telah terhalang. Wajahnya semakin berkerut dan tangannya perlahan-lahan turun ke beg saktinya.

Pemuda yang berpenampilan mewah dengan kipas memandang Pertapa berjubah putih dan matanya bersinar. Wajahnya dipenuhi dengan rasa hormat. Dia membuat tabik genggam dan berkata, "Abang Besar dari Sekta Takdir Ungu Lembayung, aku Sun Hua yang merendah diri dari sekta Arus Berliku. Salam, Rakan Taoist."

Mendengar kata-kata ini, rasa kagum muncul di wajah para Pertapa sekitarnya. Mereka mengikut aksi pemuda pertama itu dan memberi hormat pada Pertapa berjubah putih. Mereka tokoh terkenal dari pelbagai Sekta, dan biasanya mereka memegang kedudukan tinggi dalam Negeri Zhao. Tetapi, untuk bertemu dengan para pengikut daripada Sekta yang betul-betul hebat dari Wilayah Selatan, mereka langsung tunduk. Ekspresi mereka tiba-tiba menunjukkan keinginan dan kesopanan

Baru-baru ini, mereka semua menerima kepingan batu jed daripada Sekta masing-masing untuk mengingatkan mereka jika mereka bertemu dengan pengikut berjubah putih dari Sekta Takdir Ungu Lembayung dari Wilayah Selatan, mereka tidak boleh membuat provokasi.

Ketika Pertapa berjubah putih memasuki kota, mereka melihat pengikut Negeri Zhao. Namun, mereka mengabaikannya sepenuhnya. Mendengar identiti mereka dipanggil menyebabkan beberapa daripada mereka mengerutkan kening. Mata mereka melilau di sekeliling, lalu terpaku di atas lembing waja yang yang terlekat di tanah. Mereka berhenti berjalan.

Pengikut-pengikut yang lain menonton adegan itu nampak terkejut. Mata mereka yang teruja berkedip untuk menatap Pertapa Negeri Zhao.