Xu Yi ternampak keadaan di kerusi belakang yang tiba-tiba bertukar 18SX, dengan wajah merah, terus menaikkan pembahagi cermin belakang.
'Ya Tuhan, kenapa tengok Tuan dengan Ye Wan Wan dalam uniform sekolah rasa sangat salah?'
Ye Wan Wan mula-mula menarik Si Ye Han ke dewan Wan Chun sebelum menuju ke pusat beli belah mewah di pusat bandar untuk berjalan-jalan.
Suplemen herba dan tonik ialah perkara yang paling mudah dipilih – dia hanya perlu Si Ye Han memilih dari kualiti terbaik. Dengan pemerhatian teliti Si Ye Han, semuanya berjalan lancar.
Sebenarnya, apa yang dia beli tidak penting kerana nenek tua itu tidak kekurangan harta benda – ini semua hanya untuk menunjuk rasa hormat.
Selepas memilih hadiah, kereta itu perlahan-lahan dipandu menuju ke rumah lama keluarga Si.
Selepas satu jam kemudian, pandangan Ye Wan Wan disapa dengan estet yang biasa dilihat.
Rekaan estet ini mengikut kediaman China, bergaya purba dan megah. Selepas kereta memasuki pintu gerbang melengkung yang besar, masa 10 minit diambil sebelum sampai ke rumah utama.
Di pintu rumah utama, berdiri seorang pembantu rumah tua berpakaian uniform tanpa kedut dan memakai cermin mata berangka emas, menunggu ketibaan mereka.
Melihat ketibaan kereta Si Ye Han, pembantu rumah tua dengan cepat melangkah ke depan, tunduk dan menyapa dengan penuh hormat, "Tuan ke-9!"
"Hm." Balas Si Ye Han tanpa sebarang perasaan.
Pembantu rumah tua itu mencuri pandang pada gadis di sisi Si Ye Han.
'Tuan Muda seorang yang tidak gemar bersosial, menyendiri, pelik dan anginnya selalu tidak baik, juga membenci wanita yang cuba mendekatinya. Puan Tua sebelum ini telah merancang pelbagai cara tapi semuanya gagal untuk mencetuskan sebarang hubungan emosi dengan mana-mana gadis.
'Tetapi sekarang, Tuan Muda telah mempunyai seorang teman wanita dan telah membawa dia ke rumah lama! Bukan sahaja ini mengejutkan kepada Puan Tua, tetapi kepada kami, semua orang gaji juga tidak percaya.'
Apabila dia nampak gadis di sisi Tuan Muda itu berpakaian uniform sekolah, pembantu rumah tua itu lebih terkejut.
Tuan Muda telah jatuh hati dengan gadis semuda ini?
Dia menyangka Tuan Muda akan jatuh cinta pada wanita seperti Cik Ruoxi, seorang yang elegan dan sofistikated.
Namun, walaupun gadis ini nampak agak muda, dia mempunyai mata yang jernih, tingkah laku yang anggun dan wajahnya bercahaya, walaupun tanpa sebarang solekan.
Hanya melihat penampilan gadis ini, dia agak sesuai digandingkan bersama Tuan Muda tetapi pembantu rumah tua itu tidak pasti dengan perwatakan gadis ini lagi.
Memandangkan gadis ini telah dibawa sendiri oleh Tuan Muda, tingkah laku pembantu tua itu penuh hormat. Dia mengangguk dengan pantas dan berkata, "Saya rasa ini adalah Cik Ye. Helo, saya pembantu rumah untuk rumah lama, Zhong Li."
"Helo, pembantu rumah Zhong." Ye Wan Wan menyapa dengan hormat, tidak meleret.
Memandangkan ini kali pertama dia menjejak kaki ke sini, lebih baik dia tidak banyak berbicara.
Ye Wan Wan melihat pembantu rumah tua ini dan pelbagai perasaan datang menjengah. Pembantu tua ini di kehidupan lamanya tidak begitu sopan ketika pertama kali bertemu dengannya.
Sebelum ini, apabila pembantu rumah tua itu melihat rambut palsu hijaunya yang besar dan solekan mengarutnya, wajahnya terus bertukar hijau dan terus menggenggam dadanya, dan hampir pengsan di tempat kejadian kerana terlalu terkejut.
Berbanding dengan Puan Tua Si yang masih boleh berbual ramah dan penuh sopan selepas melihat penampilan dirinya – Puan Tua memang berbeza!
Pembantu rumah tua itu melihat Ye Wan Wan berdiri penuh patuh di sisi Si Ye Han, tidak banyak bicara dan malu-malu, hati si tua jatuh lebih suka pada gadis muda itu. "Tuan ke-9, Cik Ye, cepat jemput masuk, satu hari Puan Tua telah menunggu!"
Akhirnya, setelah dia melangkah masuk semula ke tempat ini, anak mata Ye Wan Wan membesar dan dia menggenggam tanganya menjadi penumbuk tanpa dia sedar apabila memori hitam di masa lampau meluru ke dalam ingatannya tanpa boleh dikawal…
'Adakah aku boleh mengubah segalanya dalam kehidupan ini?'
Sebaik sahaja Si Ye Han mahu melangkah masuk, dia terhenti dan belakangnya menjadi kaku.
Dia merendahkan matanya yang dalam dan sunyi, pandangannya jatuh kepada tangan kirinya dan melihat tangan kecil gadis itu menggenggam tangannya tanpa diduga.
Sebaik sahaja Si Ye Han berhenti dengan mengejut, Ye Wan Wan baru tersedar semasa dia terlalu gementar, dia menggenggam sesuatu yang paling hampir dengannya, dan itu rupa-rupanya tangan Si Ye Han.
Ye Wan Wan sedikit malu, mahu menarik semula tangannya.
Tapi sebelum dia bergerak, lelaki itu menggenggam erat tangannya dan terus berjalan.
Kehangatan yang datang dari tangan lelaki itu ibarat kepompong sutera membalut tangannya, dia berasa satu kelegaan yang janggal walaupun lelaki di sisinya ialah orang yang paling dia takuti…