Puan Tua telah pun diberitahu oleh orang gajinya ketibaan mereka dan sedang berjalan mundar mandir mengelilingi dewan makan itu dengan gelisah.
Dia telah pun mengetahui latar belakang gadis itu daripada Xu Yi. Dia pada mulanya terkejut apabila mengetahui gadis itu masih di sekolah menengah tapi nasib baik, walaupun dia sedikit muda, tapi dia sudah pun matang.
Namun, gadis ini tidak datang dari keluarga yang baik, bagai langit dengan bumi jika dibanding dengan keluarga Si.
Tapi jika Si Kecil ke-9 menyukai dia, semua perkara lain tidak penting. Paling mustahak, dia mahu meneliti perwatakan gadis ini dan sama ada dia betul ikhlas kepada Si Kecil ke-9.
Mendengar derapan kaki dari pintu masuk, Puan Tua terus berpaling ke pintu dengan cepat.
Pembantu rumah dilihat berjalan di hadapan dan di belakang dia, kelihatan dua orang sedang berjalan, cucunya dengan wajah kaku biasanya seperti arca ais, membawa beg galas berwarna biru muda di tangannya dan di sisinya seorang gadis kecil yang cantik.
Wajah kecil gadis itu secerah buah pic, rambut hitamnya diikat seperti ekor kuda dan dia berpakaian uniform Sekolah Menengah Qing He. Dia kelihatan bersopan santun, membuatkan mereka yang menatapnya terus jatuh kasih.
Apa yang paling mengejutkan, mereka berpegangan tangan.
Dia sangat mengenali personaliti Si Kecil ke-9 – perempuan biasa yang lain tidak akan boleh lebih dekat dari 3 langkah dari dirinya, apatah lagi memegangnya.
Tapi sekarang, dia secara sukarela memegang tangan gadis itu. Perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini.
Oleh itu, Puan Tua itu melihat Ye Wan Wan dengan penuh puas hati.
Si Ye Han memegang tangan Ye Wan Wan dan berjalan menuju ke nenek tua itu. "Nenda."
Nenek tua itu merenung Ye Wan Wan seketika, wajahnya penuh dengan kasih sayang. Dia berkata dengan penuh hati-hati, bimbang menakutkan gadis itu, "Ini mesti Ye Wan Wan, cepat, mari datang ke Nenda!"
Ye Wan Wan memandang Si Ye Han dan berjalan ke arah Puan Tua dengan patuh. "Nenda apa khabar?"
"Baik!" Nenek tua itu sungguh gembira mendengar ucapan balas Ye Wan Wan. Melihat Xu Yi membawa pelbagai jenis beg di belakang mereka, dia berkata, "Awak mesti penat. Nenda sudah kata awak tak perlu bawa hadiah – awak hanya perlu bawa diri sahaja!"
Itu apa yang nenek tua itu katakan, tapi nada suaranya begitu gembira.
Walaupun tiada kekurangan di rumahnya ini, tapi hadiah-hadiah ini telah diberikan oleh bakal menantu cucunya – semua ini mempunyai maksud dalam.
"Puan Tuan, makan malam sudah siap." Pada ketika itu, orang gaji dari dapur datang mengumumkan.
"Kamu berdua datang tepat pada masanya. Mari, kita berbual sambil makan. Kami tak punya banyak peraturan di rumah ini, jadi buat seperti rumah sendiri." Puan Tua risau Ye Wan Wan tidak banyak bercakap, jadi dia sengaja menyebut perkara itu. Dia menarik tangan Ye Wan Wan dengan lembut ke meja makan, bahkan meninggalkan cucunya seorang diri di belakang.
Si Ye Han memberi beg galas itu kepada pembantu rumah dan kaki panjangnya menurut kedua-dua mereka ke meja makan.
Puan Tua sudah pun berbual dengan begitu mesra dengan Ye Wan Wan, "Wan Wan, menjadi seorang senior pastinya memenatkan, bukan? Nenda harap kelas awak tidak terganggu untuk datang melawat Nenda."
Ye Wan Wan menggeleng kepalanya. "Tak, Nenda tidak mengganggu. Kami tiada kelas untuk hari Sabtu dan Ahad."
"Budak itu, Si Kecil ke-9, tak pernah sebut dia bercinta dengan seseorang. Hanya bila Nenda lihat dia ketawa seorang diri di satu sudut sambil melihat telefon bimbitnya, Nenda tanya apa yang dia lihat. Kemudian, baru dia beritahu yang dia sedang baca teks dari teman wanitanya.
Barulah Nenda tahu. Memandangkan Nenda tak tahu bila dia mula bercinta, Nenda sedikit terkejut sebab itu Nenda gesa dia bawa awak balik ke sini untuk jumpa Nenda !" kata Puan Tua itu sambil menjeling cucunya.
Ye Wan Wan terkejut mendengar Si Ye Han ketawa membaca teks darinya – itu satu perkara yang susah dibayangkan.