Chereads / Cinta Rahsia Sempurna : Isteri Baru Jahat Manis Juga / Chapter 57 - Dia Tidak Begitu Tak Matang, Bukan?

Chapter 57 - Dia Tidak Begitu Tak Matang, Bukan?

Puan Tua itu terus bercakap mengenai Si Ye Han, dengan suasana dalam dewan makan menjadi begitu harmoni.

Melihat neneknya telah membuka pekung di dada, Si Ye Han kelihatan tidak kisah langsung.

Dia bercakap sekali-sekali tapi Ye Wan Wan boleh mengagak di hadapan Puan Tua, lelaki itu lebih terbuka dan mesra berbanding sikap biasanya yang dingin dan suka menyendiri.

Puan Tua telah menyediakan begitu banyak hidangan yang memenuhi segenap ruang meja makan; setiap hidangan begitu menyedapkan. Pada mulanya, Ye Wan Wan merancang untuk mengawal diri kerana ini pertama kali dia datang ke sini. Si Ye Han tidak banyak bercakap tapi tangannya tidak berhenti meletakkan makanan di atas pinggannya. Sebelum dia sedar, dia sudah habiskan tiga mangkuk nasi.

"Oh, berhenti beri saya makanan, saya tak boleh makan lagi!" Rengek Ye Wan Wan sambil melihat gunung makanan dalam mangkuknya.

Dia tidak mahu neneknya fikir perutnya tiada penghujung untuk pertemuan kali pertama mereka.

Si Ye Han melihat wajah rengekan gadis itu, menghulurkan tangan, mengambil mangkuk dan menghabiskan sisa makanannya.

'Lelaki ini… Dia tak geli…'

Ye Wan Wan sedikit terkejut tetapi melihat lelaki itu membantu meringankan bebannya, dia mengeluh lega.

Puan Tua melihat mereka berdua berinteraksi dan hati tuanya dipenuhi rasa selesa.

'Dan juga, gadis ini seperti apa yang cucunya ceritakan; dia tidak memilih langsung soal makan. Seleranya juga bagus dan lebih suka dilihat dari sosialis yang hanya boleh makan beberapa mulut sahaja.'

Selepas makan malam, Puan Tua bimbang jika Wan Wan bosan menemani dia. Dia berkata dengan penuh rasa sayang, "Si Kecil ke-9, ini kali pertama Wan Wan ke sini, bawa dia berjalan pusing tempat ini."

"Hm." Si Ye Han mengangguk.

"Kami pergi dulu Nenda." kata Ye Wan Wan mengucapkan selamat tinggal kepada Puan Tua dan menurut Si Ye Han ke halaman dengan patuh.

Malam itu agak sejuk, langit di atas dipenuhi dengan hamparan bintang dan udara dipenuhi bau segar dan bau bunga.

Walaupun ia tidak sama seperti karya dalam taman Jin, rumah purba ini mempunyai gayanya tersendiri. Bersiar-siar dalam halaman ini selepas makan malam sangat menyenangkan.

Ye Wan Wan baru perasan rasa tidak senang hati dalam dirinya semasa dia mula-mula masuk ke rumah lama ini telah hilang sepenuhnya.

Menghargai malam tanpa gangguan, Si Ye Han di sisinya pula seperti mempunyai masalah lain.

Dia nampak tiada masalah semasa mereka makan tadi tapi ada sesuatu yang tidak kena sekarang.

Dia mengangkat mata untuk menatap wajahnya dan dengan pasti, dia perasan ada sedikit rasa tidak gembira dilihat sebagai bukti diwajah lelaki itu, dan langkah kakinya juga semakin laju.

Kaki kecil Ye Wan Wan tidak dapat menyaingi dia dan dengan pantas, dia ditinggalkan seorang.

'Bila aku buat dia marah lagi? Aku ada cakap benda yang salah depan Puan Tua tadi? Aku rasa tak ada…'

Ye Wan Wan sedikit takut pada kegelapan. Tiada masalah jika ada orang di sisinya tapi jika seorang diri, dia mula takut.

Melihat lelaki itu mula menghilang dalam kegelapan malam, Ye Wan Wan tidak ada banyak masa untuk berfikir. Dia berlari anak dan memegang salah satu tangan Si Ye Han.

Sebaik sahaja dia memegang tangan lelaki itu, kedingininan yang dia rasai sebelum ini terus cair serta merta.

Selepas dia dilahirkan semula, dia lebih sensitif kepada perubahan emosi Si Ye Han dan kata hatinya tidak pernah salah.

Ye Wan Wan mengelip mata, terkejut.

'Adakah orang ini mendiamkan diri dan membuat perangai hanya kerana aku tak pegang tangan dia semasa berjalan tadi?'

Si Ye Han tidaklah… begitu tidak matang, bukan?

  1. Ya, dia tak matang. Harap maklum~~