Dalam keriuhan gelak ketawa itu, wajah Liang Li Hua bertukar murung. "Ye Wan Wan, awak tak perlu bercakap tanpa berfikir dengan saya sekarang. Sudah terlambat untuk awak rasa takut dan menyesal! Qing He ialah sekolah yang tidak boleh ditandingi; semua orang yang lulus dari Qing He telah berjaya dalam kehidupan dan menjadi individu penting dalam masyarakat! Awak, sampah dan perosak masyarakat, ialah satu benda yang memalukan pada Qing He!
Jika awak masih ada perasaan malu, ambil barang-barang dan pergi sekarang, berhenti jadi sombong! Atau adakah awak mahu saya panggil bekas ibu bapa awak bawa awak pergi?"
Apabila bercakap tentang ibu bapa Ye Wan Wan, Liang Li Hua sengaja menekankan nada suaranya dengan wajah penuh sindiran dan menghina.
Mendengar perkataan "bekas", anak mata Ye Wan Wan membesar!
Ini satu isu yang dia cuba elak sejak dia dilahirkan semula.
Di kehidupan lamanya, dia menyalahkan ibu bapanya kerana menyekat dia dari bersama Gu Yue Ze. Dia kerap bergaduh dengan mereka, mengatakan perkara yang tidak patut dikatakan, melakukan banyak benda untuk melukakan hati mereka dan akhirnya memaksa mereka ke Biro Urusan Awam untuk memutuskan semua pertalian dengannya. Ini semua untuk membuang 'kotoran' yang bernama keluarganya, supaya Gu Yue Ze boleh memberi peluang kepadanya…
Hakikatnya, demi menyembunyi banyak kebenaran untuk Ye Wan Wan, ibu bapanya telah banyak menderita…
Selepas dilahirkan semula, orang yang dia sangat mahu berjumpa ialah ibu bapa dan abangnya!
Tapi dia tidak berani dan tidak boleh!
Sekarang dia tiada hak untuk berjumpa mereka!
Melihat Ye Wan Wan berdiri tanpa kata dan terus membatu di situ, Liang Li Hua menghentak meja dengan berang. "Ye Wan Wan! Jangan uji kesabaran saya!!!"
Ye Wan Wan menghentikan lamunannya, dengan wajah tidak berubah dan terus mendesak. "Cikgu, saya hanya membuat permintaan yang sah."
Liang Li Hua menarik nafas dalam, cuba menahan kemarahan. Dia menghentak timbunan kertas jawapan dalam tangannya. Selepas mencari untuk masa yang lama, akhirnya dia jumpa nama Ye Wan Wan dan menarik keluar keputusannya dari timbunan itu. "Baiklah! Tengok gred awak! Saya tengok awak jenis yang tidak akan menangis selagi tak nampak hasilnya!"
Slip keputusan itu menunjukkan keputusan setiap pelajar untuk setiap subjek termasuk markah penuh dan markah untuk setiap soalan utama. Halaman terakhir menunjukkan kedudukan dalam kelas dan sekolah untuk setiap pelajar.
Semua pelajar di bawah kehilangan kata-kata…
"Otak budak hodoh ini ada masalah? Dia tidak dapat jangka bagaimana markah dia nanti?"
"Memalukan!"
"Sopanlah sikit! Orang hodoh selalu buat masalah!"
…
Apabila Liang Li Hua menyelak halaman pertama, ia ialah keputusan Matematik. Dari markah penuh hingga ke 3 bahagian utama peperiksaan, iaitu, pelbagai pilihan, mengisi tempat kosong dan soalan terbuka, kesemuanya dengan jelas bermarkah 0.
"Matematik, 0 markah! Ye Wan Wan, ini keputusan yang awak desak saya lihat? Markah yang buat awak layak ke kedudukan paling atas dalam kelas?" ejek Liang Li Hua.
"Hahaha, seperti dijangka, perempuan hodoh dapat 0 lagi!"
"Itu tamparan yang hebat! Bagaimana awak boleh paling atas jika markah Matematik awak 0? Awak hanya cakap besar!"
"Pertama! Ha, tiada masalah menjadi pertama dari belakang bukan!"
Ye Wan Wan seperti tidak mendengar sindiran di sekelilingnya. Dia berkata tanpa emosi, "Masih ada Bahasa, Seni Liberal, dan Bahasa Inggeris."
Dia teringat yang Bahasa, Bahasa Inggeris dan terutamanya Seni Liberal lebih mencabar dari biasa. Banyak pengetahuan yang tidak diketahui yang diuji dan akan menyebabkan perbezaan markah yang besar. Jika dia buat dengan baik untuk 3 bahagian utama ini, walaupun dengan markah 0 Matematik, dia tidak akan berada di kedudukan teratas sekolah tapi pastinya tempat pertama dalam kelas.