"Bagaimana ini boleh berlaku? Bagaimana awak boleh mengubah keputusan yang sudah dibuat?" Liang Li Hua memaksa, terdesak.
Sudahlah susah nak buang sampah ini dan rancangan dia gagal macam itu saja?
Ketua Hal Ehwal Pelajar berkata dengan sesal, "Cik Liang, ini mengikut peraturan sekolah. Tambahan pula, seperti awak tahu, kadar kelulusan sangat penting kepada sekolah. Ye Wan Wan masih mempunya potensi, jadi cuba berusaha lebih untuk membimbing dia!"
Liang Li Hua tidak berpuas hati, namun sekarang, semua guru telah menjadi saksi keputusan peperiksaan Ye Wan Wan ialah betul. Dia juga tahu betapa pentingnya kadar kelulusan kepada sekolah ini.
Celaka! Dia 80% pasti dia boleh menghalau sampah ini keluar kali ini!
…
Sementara Ye Wan Wan baru sahaja menyelesaikan ujian semula, pelajar di luar pejabat dengan cepat menyebar berita itu di kelas.
Selepas mendengar berita itu, seluruh kelas F bertukar huru-hara.
Ye Wan Wan yang selalu berada di tempat terakhir dalam kelas memang betul berada di kedudukan pertama!
"Kami nampak sendiri, semua guru pada masa itu membuat soalan baru dan semua jawapan dia betul! Dan, keputusan pembuangan dia telah ditarik semula serta merta!"
"Celaka! Bagaimana ini boleh berlaku?! Saya ingat kita tidak perlu lihat si pelik itu lagi, tapi kita perlu terus berada di sekeliling orang yang menyakitkan hati ini!"
"Dia hanya dapat keputusan yang lebih baik! Apa masalahnya? Jika dia tak dapat keputusan yang baik untuk mengganti muka hodoh doa, lebih baik dia mati sahaja!"
Tidak lama kemudian, Liang Li Hua kembali ke kelas dengan wajah suram bersama Ye Wan Wan yang menurut di belakang.
Seluruh kelas terus menjadi sunyi sepi, dengan semua mata tertumpu kepada Ye Wan Wan.
Lagipun, ini sesuatu yang mengejutkan untuk seorang pelajar yang selalu di kedudukan akhir bertukar ke kedudukan pertama dengan tiba-tiba.
"Ketua kelas, datang ke depan dan beri keputusan peperiksaan kepada semua orang! Selepas menerima keputusan awak, jangan lupa untuk menyemak dengan teliti jika terdapat sebarang kesalahan!" Liang Li Hua membuat pernyataan ini dengan bersahaja bersama wajah yang dingin, tanpa menyebut apa yang berlaku sebentar tadi. Tanpa komen untuk keputusan pelajar kali ini.
Jika memberi sebarang komen, dia sama seperti menampar mukanya sendiri dan memuji Ye Wan Wan untuk keputusan cemerlang yang drastik itu bukan?
Memerhati tindak tanduk Liang Li Hua, semua orang tahu serta merta berita mengenai Ye Wan Wan berada di kedudukan pertama dalam kelas memang betul.
Liang Li Hua. "Sekarang, semua pelajar, sila susun semula kedudukan awak!"
Mendengar mereka perlu menukar tempat duduk, semua pelajar mula meraung, ada yang gembira dan ada yang risau.
Akhirnya, dengan masalah besar sudah selesai, Ye Wan Wan dalam mood yang baik. Dia melambai selamat tinggal kepada pasangan tempat duduknya, sambil mengemas barangnya dengan perlahan. "Selamat tinggal, rakan sekelas Si Xia! Tahniah, akhirnya awak tak perlu tengok muka saya lagi!"
Lelaki itu memegang keputusan di tangannya dengan kejap, urat biru kelihatan di dahinya. Selamat tinggallah sangat!
10 minit kemudian, semua orang bergegas ke susunan tempat duduk mereka yang baru.
Kemudian, semua mata tertumpu pada sepasang tempat duduk di barisan pertama.
Di sebelah kiri di baris pertama adalah Ye Wan Wan.
Di sebelah kanannya pula… Si Xia…
Pada masa itu, lelaki di sebelah Ye Wan Wan menjeling pada wajah yang telah memberi mimpi ngeri kepadanya selama beberapa hari berturut-turut dan cahaya dalam matanya hampir padam.
Jika dia tahu ini yang akan berlaku, lebih baik dia berada di tempat terakhir dari tempat kedua.
Ye Wan Wan melihat lelaki itu dengan simpati. "Anak muda, ucapan takziah buat awak. Perjalanan awak masih jauh dalam kehidupan, keadaan ini hanya masalah kecil!"
Si Xia menarik nafas dalam, cuba menahan rasa marahnya. "Diam!"
Ye Wan Wan akhirnya berhenti menyimbah minyak pada api kemarahan Si Xia yang masih marak dan berbaring di meja dan tidur. Dia telah menggunakan terlalu banyak tenaga sebentar tadi, jadi dia perlu mengganti semula tenaganya.
Setelah semua pelajar selesai ke tempat duduk baru mereka, Liang Li Hua menyambung, "Peperiksaan telah berakhir tapi kita ada sesuatu yang penting untuk dilakukan selepas ini. Saya rasa semua orang tahu, untuk memulakan pemeriksaan pemimpin sekolah, sekolah telah menganjurkan satu persembahan seni dan setiap kelas perlu mempamerkan satu persembahan.
Dalam mesyuarat kelas sebelum ini, kita telah bersetuju yang kelas kita akan membuat pementasan "Snow White" dan Si Xia akan menjadi putera. Tapi, kita belum memutuskan siapa akan menjadi watak utama perempuan, Snow White."