Chereads / Cinta Rahsia Sempurna : Isteri Baru Jahat Manis Juga / Chapter 31 - Tampar Muka Mereka dengan Markah Penuh

Chapter 31 - Tampar Muka Mereka dengan Markah Penuh

Sementara kelas bergema dengan perbincangan hangat, guru Bahasa, Feng Rui An, kebetulan melalui kelas itu dengan kertas Bahasa di tangan.

Mendengar riuh-rendah dari kelas itu, Feng Rui An berhenti dan berjalan masuk. "Cikgu Liang, apa yang berlaku? Kenapa awal pagi lagi awak sudah mengamuk?"

"Apa lagi saya boleh buat! Pelajar ini sudah keterlaluan!" Liang Lia Hua menunjuk kepada Ye Wan Wan.

"Ah, Ye Wan Wan, awak lagi…" Feng Rui An melihat gadis di sudut itu dengan lemah. Menjadi orang tengah, dia berkata, "Cikgu Liang, awak tak perlu terlalu marah. Memang betul gadis ini salah tapi budak di usia ini, berpakaian tidak konvensional boleh difahami.

Melihat gadis ini sudah membuat dengan elok dalam peperiksaan ini, awak tak patut marah lagi! Saya baru saja lihat kertas jawapan dia, dia dapat markah penuh untuk Bahasa! Termasuk karangan! Ia boleh jadi model esei!"

Selepas mendengar itu, Liang Li Hua terkejut dan dengan cepat mencelah Feng Rui An. "Apa? Cikgu Feng, awak kata awak nampak kertas Ye Wan Wan?"

"Ya, betul! Lihat, ini dia…" Feng Rui An menarik kertas jawapan Ye Wan Wan yang berada di atas dengan bersemangat.

Liang Li Hua menyemak kertas itu dengan teliti dari atas ke bawah; jawapan Ye Wan Wan tepat dan seperti yang Feng Rui An beritahu, ia boleh menjadi model esei.

Liang Li Hua bertukar tegas dan dengan suara tenggelam berkata, "Cikgu Feng! Kita ada masalah besar sekarang! Saya rasa kertas soalan kali telah bocor!"

Feng Rui An terperanjat, wajahnya menakutkan. "Cikgu Liang, awak tak boleh bercakap begitu dengan mudah! Kertas peperiksaan kita selalu dirahsiakan, bagaimana mungkin ia telah bocor?"

Liang Li Hua ketawa dan menyerahkan slip keputusan Ye Wan Wan kepada Feng Rui An. "Cikgu Feng, awak akan faham jika awak lihat ini!"

Feng Rui An mengambil slip keputusan itu, menyelak dengan cepat dan wajahnya penuh dengan rasa terkejut.

Selain dari markah 0 untuk Matematik, Ye Wan Wan telah mendapat markah penuh untuk semua subjek lain dan juga di kedudukan pertama dalam kelas!

Ini suatu perkara yang sukar dipercayai datang dari Ye Wan Wan yang selalunya pertama dari belakang untuk setiap peperiksaan!

"Ini…" Pada masa itu, Feng Rui juga tidak berani membuat sebarang kesimpulan.

"Notis pembuangan telah dikeluarkan dan dia masih berani buat masalah. Jika pelajar seperti ini terus kekal di Qing He, dia akan menyebabkan suasana sekolah ini menjadi teruk!" Liang Li Hua menjeling Ye Wan Wan yang duduk di barisan akhir. "Ye Wan Wan! Mari sini! Ikut saya ke pejabat Hal Ehwal Pelajar! Saya beritahu awak, ini bukan lagi perkara yang boleh selesai dengan hanya membuang awak!"

Dia akan menghadapi masalah besar kerana menggunakan soalan peperiksaan yang bocor!

"Celaka! Saya tak pernah sangka perempuan hodoh seperti itu begitu berkebolehan! Dia juga boleh dapatkan soalan peperiksaan!"

"Dia simpan semua soalan peperiksaan untuk dirinya sendiri tanpa berkongsi! Dia memang layak dapat!"

"Budak bodoh itu, dia sepatutnya buat sedikit kesalahan dengan sengaja supaya penipuan dia tidak terlalu jelas. Adakah dia mahu semua orang tahu?"

"Perempuan hodoh ini dalam masalah besar kali ini!"

Di sudut barisan akhir, sebelah tingkap, lelaki itu menurunkan buku yang menutup wajahnya. Dia mengerutkan dahi dan melihat pada gadis di sebelahnya.

Sehingga ke masa itu, reaksi wajah gadis itu tidak berubah dari awal hingga ke akhir. Reaksi endah tidak endah itu seperti sedang berjalan bersiar-siar malah dia juga merenung tepat ke mata Liang Li Hua dengan penuh tanda sindiran.

Semua orang berkata yang Ye Wan Wan seorang yang bodoh dan dia juga berasa begitu.

Jika dia betul telah mendapat soalan peperiksaan itu, dia tidak akan diketahui jika dia lakukan dengan lebih berhati-hati.

"Bodoh! Mari lihat macam mana awak selesaikan masalah ini!"

Ye Wan Wan mendengar cemuhan dari lelaki di sebelahnya. Dengan mata yang lebih cerah dari bintang, dia mengerling lelaki itu dengan malas. "Paling teruk, ujian semula… Cik adik ini akan tampar muka mereka dengan markah penuh sekali lagi!"

Si Xia terpegun dengan cahaya dari kedua mata itu. Setelah dia sedar apa yang Ye Wan Wan katakan, dia terdiam. "..."