Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 638 - 99999 Ros

Chapter 638 - 99999 Ros

"Tuan yang mana?"

Namun budak itu tidak menjawab sebaliknya hanya tersenyum sebelum berlari pergi.

Su Qianci tunduk memandang sekuntum bunga Calla Lily di tangannya dan tersenyum kecil. Kemudian dia menjerit, "Encik Lu, jangan main-main lagi. Saya tahu awak yang beri!"

Kedengaran bunyi tapak kaki menghampirinya. Su Qianci menoleh dan melihat seorang budak perempuan. "Bunga Forget-Me-Not memberi maksud cinta selama-lamanya."

Su Qianci mengambilnya dan budak perempuan itu segera melarikan diri. Kemudian datang pula seorang budak perempuan yang lain berlari ke arah Su Qianci dan menghulurkan sekuntum tulip ungu. "Tulip ungu bermaksud cinta tanpa sempadan Tuan terhadap kamu."

Selepas itu seorang demi seorang kanak-kanak datang dan menghulurkan bunga-bunga yang cantik dan segar.

"Teratai putih membawa maksud hati yang ikhlas dan kepercayaan yang suci."

"Honeysuckle bermaksud 'Saya akan berikan kamu segalanya yang terbaik.'"

"Lisianthus bermaksud cinta Tuan yang paling jujur untuk kamu."

"Lavender bermaksud terima kasih."

"99 bunga Lily bermaksud kamu berdua akan bersama sehingga beratus tahun."

...

Hari ini adalah kali pertama Su Qianci mendengar sebegitu banyak maksud untuk bunga-bunga. Semakin banyak bunga yang diterimanya, dia berasa semakin bersalah. Su Qianci tunduk memandang pelbagai jenis bunga yang dipegangnya dan berasa kasihan terhadap Lu Yihan. Sebenarnya hari ini dia hanya datang untuk memberitahu lelaki itu tentang keputusannya untuk merubah perancangan mereka.

Tetapi…

Kenapa Lu Yihan lakukan ini? Bagaimana dia mahu memberitahu keputusannya itu nanti? Semakin lama semakin ramai orang berkerumun di sekelilingnya. Mereka menyangka wajah Su Qianci akan bersinar kegembiraan, tetapi sebaik melihat riak wajahnya, mereka semua berasa terkejut. Seorang daripada mereka mengeluarkan telefon dan merakam situasi itu. Tiba-tiba, kedengaran bunyi riuh-rendah. Bertentangan dengan tempat Su Qianci berdiri, beberapa buah basikal tiba-tiba muncul. 

Kesemua basikal itu berwarna putih dan setiap penunggangnya membawa bakul berisi bunga ros merah. Setiap bakul dipenuhi bunga ros merah yang segar dan cantik. Keharuman bunga-bunga itu dapat dihidu oleh semua di situ. Basikal-basikal itu berhenti berhampiran Su Qianci dan salah satu basikal berhenti di tengah-tengah bulatan itu. Lima, sepuluh, lima belas… Bilangan basikal yang datang semakin bertambah. Semua penunggang membawa bakul berisi ros merah itu ke tengah-tengah bulatan. Setiap ros itu merah menyala dan kelihatan segar.

Suasana di situ menjadi riuh-rendah. "Hebat, banyaknya ros. Adakah jumlahnya 9,999?"

"Bodoh, mana mungkin, pasti lebih banyak daripada itu! Dalam setiap bakul ada sekurang-kurangnya 999 kuntum bunga, dan sekarang pun masih ada yang datang? Berapa banyak ros merah ada dalam dunia?"

"Rakamlah video dan hantar ke Weibo. Ini sangat mengagumkan!"

Su Qianci masih terkejut melihat sebegitu ramai penunggang basikal keluar masuk ke tempat itu. Bakul-bakul yang dipenuhi ros diletakkan di tengah-tengah dataran itu. Basikal-basikal masih masuk silih berganti. Dalam masa yang singkat, dataran itu telah dipenuhi dengan berbakul-bakul ros merah.

Seseorang di belakang mengira dengan menjerit, "88,89,90… 97,98,99,100!"

Selepas kiraan nombor terakhir, semua orang bersuara kagum. "Akhirnya habis! Ya Tuhan, ini pertama kali saya lihat bunga sebanyak ini!"

"Qianqian." Suara Lu Yihan datang dari belakang Su Qianci.

Su Qianci terus terkaku sebaik mendengar suara itu. Dia memandang bunga pelbagai jenis di tangannya serta lautan ros merah di hadapannya dan merasakan hatinya seakan direntap. Dia berasa amat tidak selesa sehingga tidak mampu menuturkan walau sepatah perkataan.

Related Books

Popular novel hashtag