Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 639 - Puan Li, Tolong Terima Permohonan Maaf Saya

Chapter 639 - Puan Li, Tolong Terima Permohonan Maaf Saya

"Yihan…" Su Qianci berasa tidak selesa, tetapi tetap memusingkan badannya dan memandang lelaki itu. Sebaik sahaja Su Qianci berpaling, Lu Yihan merenung bunga-bunga di tangan Su Qianci dengan pandangan yang mendalam. Kemudian dia memandang lautan bunga ros di hadapan. Ros-ros itu terbahagi kepada dua bahagian dan membentuk satu jalan di tengah-tengahnya.

Tiba-tiba beberapa orang gadis menjerit teruja. "Apa tu?"

"Wah, tu robot model terbaru! Siapa yang lakukan ini? Sungguh kaya!"

"Menakjubkan!"

Satu robot bergerak menghampiri Su Qianci. Kelihatan satu benang diikat pada pinggangnya dan satu gulungan digantung pada benang itu. Ketika robot itu bergerak ke hadapan, gulungan itu tertarik dan menghamparkan satu karpet merah yang panjang ke bawah.

Su Qianci melihatnya dan menoleh ke arah Lu Yihan. Lu Yihan tidak berkata apa-apa dan turut memandang robot itu. Robot kecil itu bergerak perlahan, Selepas 10 minit barulah ia tiba di hadapan Su Qianci. Karpet merah itu telah siap dihamparkan dan menghasilkan satu laluan karpet merah di tengah-tengah lautan bunga ros.

Robot kecil itu mendongak ke arah Su Qianci. Kemudian ia bersuara, "Puan Li, semuanya telah sedia. Tolong terima permohonan maaf saya." Sebaik sahaja ia selesai berkata-kata, satu laci terkeluar dari perutnya. Tangan robot itu mengambil satu kotak baldu merah dan menghulurkannya kepada Su Qianci.

Su Qianci memegang kesemua bunga itu di sebelah tangan dan mengambil kotak yang dihulurkan oleh robot itu. Di dalam kotak itu, terdapat satu kerongsang bertatahkan delima yang bergemerlapan dan bentuknya ialah… seekor swan.

Mata Su Qianci terus terbeliak sebaik melihat kerongsang itu. Tanpa sedar dia memegang loket swan di lehernya dan jantungnya mula berdegup kencang.

Kemudian robot kecil itu mengeluarkan satu nota dari laci yang sama dan menghulurkannya kepada Su Qianci. "Puan Li, tolong terima permohonan maaf saya."

Di atas nota itu kelihatan tulisan besar yang cantik. Hanya tiga perkataan yang tertera: 'Saya dah kembali.'

Air mata Su Qianci mula bergenangan sebelum jatuh ke atas nota itu dan membuatkan tulisan tersebut menjadi comot.

Tiba-tiba suasana kembali menjadi kecoh. "Ya Tuhan, siapa itu?!"

"Macam kenal! Saya pasti pernah lihat dia di mana-mana."

"Bukankah itu…"

Mendengar kekecohan itu, Su Qianci mendongak dan memandang ke arah hujung karpet merah itu. Sekarang waktu tengah hari dan matahari sedang tegak di atas kepala. Cahaya mentari yang terpantul pada cermin menyinari satu susuk tubuh yang berjalan selangkah demi selangkah melawan cahaya.

Pandangan Su Qianci agak kabur disebabkan cahaya yang terang itu. Lelaki itu tinggi dan kurus serta memakai sepasang sut. Dia kelihatan bersinar di setiap derapan langkahnya. Wajahnya yang bersahaja amat tampan dan sempurna. Matanya yang dalam dan dingin kelihatan dipenuhi perasaan sayang yang tidak terungkap ketika dia berjalan ke hadapan dengan perlahan. Lelaki itu memegang sejambak bunga ros merah yang membuatkan wajahnya yang putih mulus kelihatan segar. 

Sebaik menyedari siapa lelaki itu, tangisan Su Qianci tidak terkawal lagi. Tanpa dirinya sendiri sedar, dia terus berjalan ke arah lelaki itu.

"Bukankah itu… Li Sicheng!" Satu suara menjerit di sebalik orang ramai itu.

Related Books

Popular novel hashtag