Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 29 - Merogol Dia

Chapter 29 - Merogol Dia

"Tidak." Su Qianci tidak memberi mereka harapan. "Dia tidak menyentuh saya."

Mendengar kata-kata itu, Puan Su menjadi agak bimbang. "Dia tidak menyentuh kamu, tetapi tidak ada apa-apakah yang boleh kamu lakukan?"

"Apa yang boleh saya lakukan? Rogol dia?"

Puan Su berkata dengan tidak berdaya, "Bagaimanapun, kamu tidak boleh memalukan keluarga kita. Kamu fikir kenapa Kapten Li membenarkan kamu berkahwin dengan cucunya? Ia hanya kerana ibu kamu telah menyelamatkan nyawanya semasa ibu kamu masih muda. Jika tidak, kamu tidak mungkin menjadi pilihannya. Kami orang yang telah membawa kamu kembali dari tempat buangan. Kini kamu telah menjadi kaya, tetapi jangan lupa untuk berterima kasih kepada kami. Sekurang-kurangnya, kamu mesti mencari seorang saudara dari keluarga Li untuk sepupu kamu. Makcik dengar Encik Li mempunyai abang yang masih bujang. Dapatkan jadual dia untuk makcik. Kalau tiada jadual, maklumat yang lain juga mencukupi. Jemput sepupu kamu ke rumah keluarga Li dari semasa ke semasa supaya mereka boleh berjumpa satu sama lain. Makcik sedang bercakap dengan kamu, kamu dengar atau tidak?"

Selepas semua perkara yang dikatakan oleh Puan Su, Su Qianci hanya mengangguk dengan tenang.

Su Shanna berasa sakit hati melihat sikap Su Qianci. Dia merungut, "Ayah saya sepatutnya memberitahu Kapten Li bahawa saya ialah anak perempuan makcik saya. Jika saya yang berkahwin, saya pasti tidak akan memalukan keluarga Li."

"Nampaknya kau benar-benar mahu berkahwin dengannya. Bagaimana jika saya bercerai dan kau berkahwin dengan dia?" Su Qianci berkata. "Dan kemudian kau boleh mendapatkan laporan DNA palsu, beritahu mereka bahawa kau ialah anak perempuan Su Han, dan saya sebenarnya anak yatim. Bukankah itu lebih baik?"

Mata Su Shanna terbeliak gembira dengan jenaka tersebut. Wajah Puan Su juga kelihatan gembira. Melihat mereka, Su Qianci ketawa sinis di dalam hatinya. Itulah cara mereka memperlakukannya dalam kehidupannya sebelum ini.

Memalsukan keputusan DNA dan menghantarnya kepada keluarga Li untuk memberitahu semua orang bahawa dia anak yatim dan Su Shanna yang sebenarnya anak perempuan Su Han. Pasangan Su hanya mengambil anak perempuan kakaknya sebagai anak angkat kerana mereka tidak mempunyai anak. Satu-satunya tujuan mereka untuk menjadikan Su Shanna sebagai isteri Li Sicheng.

Pada masa itu, ia menyebabkan kemelut yang besar. Semua orang yang mereka kenali mempersoalkan latar belakang isteri Li Sicheng. Walau bagaimanapun, keluarga Li tidak mahu berasa malu dan mencipta identiti palsu untuk Su Qianci, malah Kapten Li tidak mahu pasangan itu bercerai.

Agenda keluarga Su telah menjadi sia-sia dan mereka mengalami muflis kerana keluarga Li membalas dendam. Su Qianci sengaja menimbulkan perancangan itu secara menyindir. Walau bagaimanapun, keluarga itu jelas mengambil serius apa yang dikatakannya.

"Kau sanggup bercerai?" Su Shanna berasa tidak percaya. "Bagaimana mungkin? Bukankah kau selalu berbangga dengan perkahwinan kau?"

"Bila saya berbangga?" Su Qianci membantah.

Su Shanna terdiam. Sudah tentu, Su Qianci tidak pernah berbangga, tetapi walau tanpa berkata-kata, dia tetap telah membuat semua orang cemburu.

"Saya tidak akan lama bersama dengannya. Penceraian akan berlaku tidak lama lagi," kata Su Qianci seolah-olah ia perkara remeh.

Mendengar kata-kata Su Qianci, Su Zhengguo mengerutkan kening, kelihatan memikirkan sama ada perempuan itu benar-benar memaksudkannya.

Wajah Puan Su yang duduk berhadapan Su Qianci tiba-tiba berubah. "Apa yang kamu cakap ini? Kamu sudah berkahwin dan bercakap mengenai penceraian akan mengundang nasib malang."