Pada saat Su Qianci membuka pintu, bunyi tersebut hilang. Disebabkan orang itu tiba-tiba diam, Su Qianci berasa lebih yakin itu seorang penceroboh. Namun, dia tidak dapat keluar pada saat ini. Jika penceroboh tersebut seorang wanita, ia tidak menjadi masalah besar. Namun, bagaimana jika dia seorang lelaki?
Su Qianci menutup pintu lalu mengunci dan menyandar padanya. Satu saat, dua saat… Beberapa minit berlalu dan Su Qianci merasa sedikit sejuk. Dia tidak memakai selipar di dalam bilik mandi. Apabila air bertukar menjadi sejuk, dia mula terketar-ketar. Tetapi, jika penceroboh tersebut telah mengetahui dia telah menyedari kehadirannya, sepatutnya dia telah pergi dari situ bukan?
Sebaik sahaja membuka pintu dengan penuh berhati-hati, Su Qianci terlihat dada yang tegap di hadapannya. Tidak menyangka seseorang akan muncul di hadapan mukanya, Su Qianci menjerit dan berundur ke belakang. Namun, dia tersungkur dan terus terjatuh. Ketika Su Qianci memikirkan dia akan tercedera, satu tangan yang kuat telah menariknya kembali. Su Qianci kemudiannya jatuh ke hadapan pula dan menjerit. Dalam keadaan kelam-kabut itu, dia cuba memegang apa sahaja yang berada di sekelilingnya. Dia hilang keseimbangan, lalu wajahnya terperosok jatuh di atas sesuatu yang hangat.
Pada saat kulitnya bersentuhan dengannya, tiba-tiba ia menjadi semakin hangat. Su Quanci tidak menyedari apa yang berada di hadapannya itu dan hanya berasa lega kerana tidak jatuh. Namun, sebaik dia menghela nafas lega, benda yang yang berada di hadapannya itu menjadi semakin keras.
"Terasa gersang?"
Suatu suara yang dalam kedengaran di atas kepalanya, jelas seperti marah bercampur ghairah. Su Qianci menjadi kaku, lalu mendongak dan melihat sepasang anak mata yang gelap. Namun, seakan ada api yang membara dalam sepasang mata tersebut yang seolah-olah mampu membakar Su Qianci hidup-hidup.
Kemudian Su Qianci tersedar tangannya sedang memeluk pinggang lelaki itu dan pinggulnya berada di antara lengan Su Qianci. Daripada sudut pandangannya, Li Sicheng dapat melihat jelas ke arah bibir Su Qianci yang terbuka dengan penuh rasa terkejut dan bahunya yang kurus. Lampu yang terang di dalam bilik mandi tersebut menambahkan suatu aura pada tubuh isterinya itu. Sewaktu Su Qianci mendongak, bahagian atas tubuhnya bergoyang sedikit…
Li Sicheng merasakan suatu kehangatan yang dahsyat naik dari celah kakinya. Mulutnya menjadi kering. Dia teringatkan perasaan yang indah pada malam sebelumnya setelah melihat kesan berwarna biru dan ungu pada tubuh Su Qianci.
Celaka!
Perempuan ini menggodanya lagi! 'Adik'nya semakin tegang, lalu Li Sicheng melihat ke bawah dengan pandangan membara. Su Qianci yang terkejut melihat pandangan nafsu dalam matanya terus berundur ke belakang, dan wajahnya bertukar merah padam.
"Saya… Saya tidak bermaksud untuk berbuat begitu!" Su Qianci cuba untuk menjelaskan tetapi pandangan Li Sicheng semakin menurun ke bawah...