Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 32 - Keluarga Li Boleh Kehilangan Wang, Tetapi Bukan Maruah

Chapter 32 - Keluarga Li Boleh Kehilangan Wang, Tetapi Bukan Maruah

Setelah beberapa pusingan, Su Qianci telah kalah dengan banyak. Qin Shuhua tidak mampu melihat perkara itu lagi. Dia mengatakan dia telah letih lalu balik ke biliknya dan menyuruh Tang Mengying mengajar Su Qianci.

Tang Mengying mengambil alih tempat Qin Shuhua dan mula mengajar Su Qianci yang berasa tidak gembira dengan perkara itu. Akhirnya, di bawah bimbingan Tang Mengying, Su Qianci telah kehilangan kesemua wang yang dimenangi oleh Qin Shuhua.

Su Qianci merasa bersalah lalu mula menggunakan wangnya sendiri untuk bertaruh.

Puan Wang berasa sangat gembira, tetapi secara tiba-tiba dia mengalami sakit perut. " Ah! Sakit betul perut saya. Mengying, datang sini dan main untuk saya. Saya hendak pergi ke tandas."

Selepas Tang Mengying duduk, dia terus menang sebanyak dua kali berturut-turut.

"Ya Tuhan, Tang Mengyin sangat bertuah. Dan dia mendapat semua wangnya daripada Su Qianci."

"Su Qianci, kamu tentu sudah kalah banyak wang. Saya lihat kamu menggunakan wang kamu sendiri."

Su Qianci berasa malu dan berfikir sama ada dia harus berhenti bermain. Tiba-tiba Tang Mengying berkata, "Tiada masalah sama sekali. Keluarga Li sangat kaya dan mereka mampu menanggungnya. Bukan begitu, Su Qianci?"

Kata-kata Tang Mengying yang bersahaja itu membuatkan Su Qianci tersentap. Dia ialah anggota keluarga Li sekarang dan merupakan wakil bagi mereka. Keluarga Li boleh kehilangan duit, tapi bukan maruah mereka. Jika dia mengatakan dia akan berhenti bermain pada saat ini, maka ia bermaksud keluarga Li tidak mampu.

Dengan perasaan janggal, Su Qianci menjawab, "Tidak mengapa."

"Baguslah!" Wanita-wanita yang lain sangat gembira mendengar kata-katanya. "Jadi mari kita teruskan!"

Su Qianci yang telah kehilangan begitu banyak wang mula memahami asas dan peraturan permainan. Tetapi selepas mereka memulakan pusingan seterusnya, dia masih berasa sedikit keliru.

Ketika Su Qianci sedang teragak-agak untuk bermain, tiba-tiba dia mendengar suara yang dalam dari belakangnya, "Kau dah menang."

Su Qianci berasa keliru dan melihat buah mahjungnya, tetapi dia tidak faham bagaimana dia telah menang. Pada ketika ini, tangan seseorang mencapai buah mahjungnya dari belakang. Apabila tangan tersebut merapatinya, Su Qianci dapat merasakan satu aura hormon lelaki, dan sekelilingnya tiba-tiba terasa hangat. Su Quanci dapat merasakan nafas lelaki itu pada rambutnya...