Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 2 - Meniduri Perempuan Sehodoh Aku

Chapter 2 - Meniduri Perempuan Sehodoh Aku

Su Qianci terasa dirinya seperti sebuah bot yang terumbang-ambing ke atas dan ke bawah dibawa ombak kuat yang membadai. Tiba-tiba, dia melanggar sebuah gunung ais yang amat besar, atau lebih tepat lagi, sebuah gunung berapi.

Panas, teramat panas!

Walau bagaimana sekalipun kepanasan yang dirasainya, dia tidak mampu menahan dirinya daripada terus bergerak lebih dekat ke arah gunung berapi itu. Dia dicampak tinggi di udara dan ditusuk di bahagian intimnya dengan ganas sekali. Sesuatu telah pecah. Dia mengaduh, "Sakitnya…"

Sebuah gunung berapi tidak akan mampu dihentikan ketika ia meletus. Dia merasakan seluruh tubuhnya dicarik-carik dan terbelah dua. Su Qianci hampir sahaja menangis menghadapi bencana gunung berapi tersebut.

"Sakit…"

Gunung berapi itu langsung tidak menunjukkan simpati. Dengan tusukan yang lebih kuat, Su Quanci merasakan satu kucupan di atas bibirnya. Dia mulai merasa kesakitannya hilang sama sekali. Kenikmatan yang teramat terasa di segenap tubuhnya dan dia mula merintih dalam nikmat...

Ia menjadi tenang semula selepas apa yang telah terjadi.

Su Qianci mulai menyedarkan diri sedikit demi sedikit dan dia merasai kesakitan pada tubuhnya.

Dia merasa keletihan dan kesakitan di seluruh bahagian tubuhnya.

Alis matanya bergerak-gerak dan dia terus membuka matanya.

Artifak ukiran kayu lama bergantungan di atas siling dengan penuh bergaya.

Ini adalah…rumah lama keluarga Lis.

Su Quanci terus duduk, tetapi dia merasakan kesakitan teramat yang membuatkannya merintih kecil.

Su Qianci terkejut apabila mendapati dirinya tidak berpakaian. Kesan lebam biru terdapat di seluruh bahagian dada dan tulang bahunya, kelihatan menakutkan.

Dia mendapati seseorang sedang terbaring di sebelahnya!

Su Qianci menjerit dan cuba menyembunyikan dirinya di dalam selimut.

Lelaki yang berada di hadapan matanya itu amat tampan. Bulu keningnya yang lebat terangkat sedikit apabila dia membuka matanya dengan pantas.

Saat dia membuka matanya, Su Qianci merasakan dirinya terpesona.

Dia tidak akan pernah berasa jemu memandang wajah ini, walau sudah berapa kali pun dia menatapnya.

Matanya yang dalam dan gelap persis malam berkilauan bintang, yang tersingkap sifat sombong dan elegan.

Pada saat ini, Li Sicheng kelihatan seperti baru sahaja… berusia dua puluh lima atau dua puluh enam tahun!

Su Qianci hampir lemas dalam khayalannya. Tiba-tiba lengannya direntap dan wajah Li Sicheng mendekat. Dia merengus, "Su Qianci, berani kau berikan aku dadah?"

Babak ini sudah tidak asing lagi baginya.

Pada kehidupannya yang lepas, apabila dia telah diperangkap oleh Tang Menying untuk menghabiskan malam perkahwinannya dengan bersama Li Sicheng, lelaki itu berkata benda yang sama lagi sejurus sahaja mereka bangun.

Su Qianci merenung kosong ke dalam matanya dan lantas berkata, "Aku akan pergi. Jangan risau."

Selepas penceraian mereka, Li Sicheng telah memberi sejumlah nafkah pampasan yang besar, termasuklah beberapa hartanah. Jikalau Tang Mengyin tidak membunuh datuk di rumah Su Qianci, Su Qianci tidak akan berada di sini.

Walaupun dia telah diselamatkan dari dalam air, Su Qianci tidak percaya suaminya itu mahu berjumpa dia lagi. Ini sememangnya sebuah lagi permainan kotor Tang Mengying!

Dia tidak tahu betapa dalam kesan perkataannya kepada Li Sicheng.

Pergi?

Perempuan yang melakukan segalanya untuk berasmara dengannya ini cuba pergi selepas mengkhayalkannya dan tidur bersama?

Memandang perempuan itu dengan mendalam, Li Sicheng mendapati dia tidak bergurau.

Su Qianci tidak melawan dan memberontak seperti dirinya yang dulu. Ekspresi wajahnya tenang dan kosong, seperti seseorang yang telah melalui saat-saat sukar. Apa yang tinggal hanyalah kesedihan.

Setelah merenung perempuan itu buat seketika, Li Sicheng mendengus, menghampiri dan menahan lengannya. "Apa lagi yang kau cuba lakukan? Mula-mula kau khayalkan aku, dan sekarang… Kau mahu jual mahal?" Nada suaranya seperti gembira, dan lembut seakan bunyi cello. Namun, setiap patah perkataan yang diucapkan dari mulutnya amatlah menyakitkan.

Perempuan yang berada di hadapannya itu mempunyai tona kulit yang amat cerah dan licin seperti tiada liang roma. Matanya besar dan gelap, anak matanya persis buah anggur hitam. Dalam kebingungan dan terkejut, dia menatap lelaki itu seperti seekor rusa yang sesat dan tidak tahu apa yang harus dia lakukan.

"Aku tidak lakukan apa-apa. Lepaskan aku." Su Qianci cuba melepaskan tangannya daripada genggaman Li Sicheng, tetapi mendapati lelaki itu terlalu kuat.

Ketika dia sedang bergelut, selimut di badannya meluncur jatuh. Mata Li Sicheng melirik ke arah seluruh tubuhnya. Dengan tiba-tiba, Li Sicheng berasa seolah jutaan ekor semut sedang merayap di atas badannya, membuatkan dia merasa aneh.

Celaka!

Li Sicheng cuba mengalihkan pandangan matanya ke tempat lain, tetapi satu bonjolan kelihatan dari bawah selimut. Wajah Su Qianci menjadi merah padam, dia menarik selimut untuk menutupi tubuh badannya.

Walaupun dia sudah berkahwin dengan Li Sicheng selama lima tahun, dirinya hanya pernah ditiduri sekali sahaja.

Dan pada waktu tersebut, ia hanya berlaku disebabkan oleh Tang Mengying yang mengkhayalkan suaminya.

Semenjak kejadian itu, Li Sicheng menganggapnya seperti wabak penyakit. Dia tidak mahu tidur sebilik dengannya, apatah lagi mahu menyentuh dirinya.

Berhadapan dengan suaminya dalam keadaan tidak berpakaian, Su Qianci berasa pipinya semakin merah padam seperti wajahnya sedang terbakar.

"Lepaskan aku, Li Sicheng! Kau sanggup meniduri perempuan hodoh sepertiku? Bukankah kau lebih puas bersama Tang Mengying?" Su Qianci menjadi marah.

Tang Mengying?

"Jadi kau kata kau ini hodoh." Li Sicheng tersenyum dingin. Dia menatap ke dalam mata perempuan itu yang penuh rasa gementar dan batang hidungnya yang mancung. Bibirnya terbuka sedikit, lembab dan lembut. Ia mengingatkan Li Sicheng tentang satu perkataan, boleh dicium.

Terasa kerongkongnya seperti tersekat, Li Sicheng merenung ke arah bibir perempuan itu dan matanya menjadi lebih gelap.

Pada masa yang sama, Su Qianci merasa dirinya dihina. Jika bukan disebabkan oleh Tang Mengying, tidak mungkin wajahnya hancur.

"Lepaskan!" Su Qianci cuba melepaskan tangannya, manakala Li Sicheng tidak dapat menahan dari terus menghampirinya.

"Jangan bergerak!" jerit lelaki itu.

"Ha…" Su Qianci mendengus. "Kau nak berasmara? Pergilah cari Tang Mengying. Meniduri perempuan hodoh sepertiku, kau memang menjelekkan."

Sebaik melemparkan kata-kata tersebut, air mata Su Qianci mengalir secara tiba-tiba.

Sejak bertahun-tahun, semua orang sering membandingkan dirinya dengan Tang Mengying. Tang Mengying adalah tuan puteri di dalam istana, manakala dirinya tidak ubah seperti debu di lantai.

Ia bukan sesuatu yang menggembirakan.

Mata Li Sicheng menjadi lebih gelap. Dia memegang tangan Su Qianci lalu meletakkan tubuhnya di atas wanita tersebut. "Jika aku pergi kepada Tang Mengying, apa gunanya kau sebagai isteriku yang sah?" 

Su Qianci terpaku dan matanya terbuntang luas.

Isteri yang sah?

Li Sicheng melihat ekspresi wajahnya dan ketawa mendengus dengan kejam. "Orang tua itu menyuruh aku mengahwini kau supaya kita tidur bersama. Kau sanggup bersusah payah mengkhayalkan aku dan sekarang kau bersikap begini? Hah?"

"Aku tidak lakukannya!" Su Qianci menjadi bengang.

Li Sicheng tidak mempedulikannya sama sekali. Dia memicit dagu Su Qianci dengan dua jarinya, dan bertanya, "Kau tahu apa maksud isteri yang sah?"