Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 6 - Kekasih Zaman Kecil atau Isteri

Chapter 6 - Kekasih Zaman Kecil atau Isteri

"Saya ada menuang minuman kah semalam?" Su Qianci bertanya, "Awak yang beri saya dua minuman itu, bukan?"

Jantung Tang Mengying bagaikan terhenti. Dia melihat Su Qianci dengan terkejut.

Perempuan ini - sejak bila dia menjadi sangat pandai? Bukan sahaja dia tidak jatuh ke dalam perangkap, dia juga berjaya mengenakan Tang Mengying.

Sambil peluh mengalir turun dari dahinya, Tang Mengying memandang ke bawah dan melihat tanda ciuman di tulang selangka Su Qianci lagi. Tang Mengying mengetap giginya dan memutuskan untuk melanjutkan hal ini. "Awak yang minta saya tuangkan awak minuman, bukan begitu, Su Qianci? Saya sangkakan awak kawan baik saya. Sanggup awak..."

Li Sicheng memandang Su Qianci dengan pandangan yang tajam seperti burung helang. Kecewa, Su Qianci sudah mendapat jawapannya. Seorang ialah kekasih zaman kecilnya, dan seorang lagi ialah isteri yang baru meluangkan masa tiga hari dengannya. Siapa yang dia akan percaya?

Jawapannya jelas nyata.

Su Qianci kemudiannya berdiri dengan niat untuk berdamai. Sambil dipandang tajam oleh Li Sicheng, dia menafikan, "Apa yang saya lakukan? Awak yang pelik, mengetuk pintu pasangan yang baru sahaja berkahwin. Jika saya tidak tahu apa-apa, saya pasti sudah anggap awak punya agenda."

Wajah Tang Mengying menjadi pucat. Adakah ini Su Qianci yang sebenar? Tiga hari berlalu, dan dia tiba-tiba sudah banyak berubah.

Dia menjadi lebih matang, moden dan bijak! Dia mengetuai topik secara semulajadi untuk menyoal Tang Mengying. EQ dan IQ sebegitu sangat berbeza dari gadis yang tiada disiplin sepertimana diingat Tang Mengying.

Adakah Tang Mengying membuat kesilapan?

Tidak, tidak mungkin.

Gadis bodoh ini mesti sudah ketakutan. Jika Li Sicheng percaya dia diberi dadah oleh Su Qianci, Su Qianci tidak lagi akan punya peluang bagi memenanginya kembali.

Semua orang mempunyai masa kejatuhan, tetapi masa kejatuhan Li Sicheng masih lagi misteri. Walau bagaimanapun, apa-apa perancangan jahat akan menyebabkan dia marah - tidak kira besar atau kecil.

Sekelip mata, wajah Tang Mengying berubah menjadi muram.

"Bagaimana mungkin saya punya agenda? Su Qianci, mengapa awak berkata begitu? Itu sangat menyinggung hati saya!" Mata Tang Mengying menjadi merah dan air matanya mula jatuh. " Saya cuma sedikit kecewa. Jika ada percakapan saya yang membuatkan awak sedih, beritahu sahaja. Saya…" Dia kemudiannya memandang Li Sicheng dan berkata dalam tangisan, "Abang Sicheng, maafkan saya. Saya sangka walaupun awak telah kahwini perempuan lain, kita masih boleh menjadi seperti dahulu. Tetapi, saya tidak sedar…"

Hati Su Qianci luluh. Hebat perempuan ini!

Dengan hanya beberapa perkataan, Tang Mengying seakan cuba menjelaskan, tetapi sebenarnya dia meletakkan semua tanggunggjawab ke atas Su Qianci. Sambil tersedu, Tang Mengying tunduk dengan cepat dan berkata, "Saya terpecahkah botol ini. Teruklah jika ada orang tua yang melihat ini. Saya akan uruskannya dengan segera."

Semakin banyak dia berkata, semakin muram wajahnya kelihatan. Sedang Tang Mengying mengutip serpihan tersebut, dia terdengar satu suara dingin, "Bangun."

Li Sicheng menarik Tang berdiri, sambil melihat Su Qianci dan meminta, "Bersihkan ini semua."

"Tidak mengapa, abang Sicheng…" Tang Mengying kelihatan dibuli dengan matanya yang luas.

Su Qianci mencemuh dalam hati dan merasa kagum. Jadi Tang Mengying mempunyai tahap bermain permainan yang tinggi lima tahun lalu. Dengan lawan seperti itu, dia tidak tewas sia-sia.