Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 5 - Perempuan Jalang yang Berlagak

Chapter 5 - Perempuan Jalang yang Berlagak

Walaupun suara Tang Mengying tidak kuat, ia cukup untuk membuatkan perasaan Su Quanci berkecamuk.

Pada kehidupannya yang lepas, Tang Mengying dengan tidak semena-mena telah memecah masuk sewaktu Li Sicheng sedang mandi. Selepas itu, Tang Mengying mengumumkan dengan kuat bahawa Su Quanci telah mengkhayalkan dan merogol suami yang baru dinikahinya itu.

Li Sicheng yang telah merasa curiga sejak dari mula menjadi semakin benci akan Su Qianci.

"Kau ada perlukan apa-apa?" Li Sicheng mengulangi soalannya.

Tang Mengying hanya melemparkan senyuman yang tidak ikhlas. Dia berpura-pura mengalihkan tangannya ke belakang, seakan-akan sedang menyembunyikan sesuatu. Dia menggelengkan kepalanya dan berkata, "Tiada apa-apa."

Li Sicheng terus memandang ke arah tangan yang berada di belakang Tang Mengying tetapi tidak berkata apa-apa.

Melihatkan lelaki itu tidak mahu bertanya apa-apa, Tang Mengyin berasa sedikit gelisah. Dia terus mencampakkan botol yang berada di tangannya ke lantai, yang kemudiannya pecah.

Tang Mengying menjerit, berpura-pura dirinya terkejut, "Apa yang harus aku lakukan?"

Setelah melihat ke arah botol yang pecah setelah yang dicampakkan ke lantai itu, Li Sicheng terus ternampak perkataaan yang tertulis padanya.

Ia merupakan ubat pengasih yang paling terkenal pada waktu itu. Walaupun Li Sicheng bukanlah seorang yang pakar, dia pernah mendengar tentang ubat pengasih itu.

Tang Mengying telah membawa benda ini bersamanya?

Seolah-olah ketakutan yang Li Sicheng akan tersalah anggap, Tang Mengying melambaikan tangannya dengan pantas. 

"Abang Sicheng, jangan salah anggap. Ini bukan milik saya. Saya hanya simpankannya untuk Qianci..."

"Simpankan apa untuk aku?" Su Qianci berjalan dari arah belakang dan membuka pintu dengan lebih lebar.

Dari sudut Tang Mengying sedang berdiri, dia dapat melihat kesan darah di katil pengantin dan kain cadar yang berselerak.

Api kecemburuannya semakin menyala secara tiba-tiba.

Tang Mengying melemparkan senyuman pahit dan berkata, "Itu cuma…apa yang kamu tertinggal di atas meja semalam. Saya takut makcik ternampak, jadi saya tolong ambilkan untuk kamu."

Sepantas kilat Li Sicheng menoleh ke arah Su Qianci.

Namun, dia tidak melihat sebarang bukti pada wajah itu. Matanya yang hitam bersinar dan jernih seperti musim bunga, tanpa sebarang cela. Mendengar kata-kata Tang Mengying, Su Qianci kelihatan seperti dalam keraguan. Dia mencangkung duduk lalu mengutip serpihan-serpihan botol itu.

"Apa benda ini? Apa kegunaannya?"

Walaupun berkata demikian, Su Qianci sebenarnya sudah mengenalpasti benda tersebut.

Dia melirikkan matanya ke bawah dan masih lagi bertenang. Sambil menunjukkan perasaan ingin tahu, dia mendongak ke arah Tang Menying dengan wajah tidak bersalah.

Tang Mengying berasa sedikit terkejut tetapi memberi reaksi pantas dan berkata, "Sudah tentulah saya langsung tidak tahu. Bagaimana saya mungkin tahu apa kegunaan barang seperti ini?"

"Barang seperti ini?" Su Qianci berasa semakin curiga dan terus bertanya, "Apa barang ini sebenarnya?"

"Saya…" Tang Mengying mengetap giginya dalam keadaan sangat terkejut.

Bagaimana perempuan bodoh ini boleh bertindak dengan pantas hari ini? Ada perkara yang telah berubah tentang dirinya.

Tapi, apa yang telah berubah itu?

Dia memandang ke bawah dan melihat wajah Su Qianci sedikit kemerah-merahan. Kulitnya yang lembut kelihatan sangat segar. Dalam usia 20 tahun, dia kelihatan seperti sebiji buah.

Dari sudut pandangannya, Tang Mengying dapat melihat kesan lebam biru pada leher Su Qianci…

Tang Mengying mengetapkan giginya dan berasa amat cemburu.

Ubat pengasih itulah yang membantu Su Qianci untuk bersama dengan Li Sicheng!

Walaubagaimanapun, niatnya bukanlah untuk membantu Su Qianci tidur bersama Li Sicheng, tetapi untuk membuatkan Li Sicheng semakin membenci Su Qianci!

"Bukan kau punya? Tetapi semalam aku nampak kau tuangkan benda ini ke dalam minuman yang kau berikan kepada Abang Sicheng. Atau aku tersilap nampak?"