Chapter 245 - Bab 245

"Zhuge Yue?" Chu Qiao berbisik seperti masa berlalu dengan perlahan. "Kenapa ini?"

"Tak ada apa-apa," Jawabnya dengan suara yang tenang. Dalam beberapa tahun mereka tidak berjumpa satu sama lain, lelaki yang sombong itu nampaknya sudah membesar. Pandangan dinginnya yang menyerupai roda kehidupan itu sekali-sekala terlintas dalam anak matanya. Suaranya tenang, tetapi kedengaran dingin. Emosinya tidak dapat dibaca oleh orang lain.

"Xing'er, awak dah menderita," Kata lelaki itu dengan tiba-tiba.

Chu Qiao mengangkat keningnya dengan curiga sambil menjawab, "Apa yang awak katakan ini?"

"Apa-apa hutang saya kepada awak," Zhuge Yue tersenyum sambil membelai muka wanita dan meneruskan kata-katanya, "Saya akan membalasnya suatu hari kelak."

"Zhuge Yue, kenapa dengan awak ini?"

Chu Qiao berasa sedikit gugup apabila dia menarik lengan baju Zhuge Yue. Dia memandangnya dan berkata lagi, "Saya tak menderitalah. Saya yang rela."

Zhuge Yue tersenyum lagi. Dia menghulurkan tangannya lalu mendakap wanita itu, menyandarkan dagunya di atas kepala Chu Qiao. Dia memegangnya tanpa menggunakan apa-apa kekuatan seolah-olah dia sedang memegang sebuah objek porselin yang mudah pecah. Terdapat beberapa perkara yang dia tidak katakan dan dia hanya membiarkan pemikiran itu pergi ditiup angin. Dia selalu berfikir dia lebih baik daripada Yan Xun. Sewaktu Chu Qiao berada di sampingnya, barulah dia boleh mencapai kebahagiaan yang sebenar. Walau bagaimanapun, mengenai hal-hal seperti ini, dia tidak boleh bertanding dengan Yan Xun. Yan Xun telah menjadi seorang lelaki budiman yang sejati selama sepuluh tahun mereka bersama, tetapi pemuda ini hanya mempunyai keinginan yang mementingkan diri sendiri sahaja.

Bagaimanapun, apa yang boleh dia lakukan? Apabila berhadapan dengan wanita itu, keyakinannya sering hilang. Apabila kebahagiaan menghampirinya, dia mula berasa semakin takut. Oleh itu, dia menginginkan semuanya.

Akan tetapi, dia bimbang akan keuntungan dan kerugian peribadinya. Dia seorang lelaki yang tegas. Bagi perkara yang berkaitan dengan penaklukan dan kekayaan, bolehlah dia membuat keputusan dan bertaruh dengan cepat. Hanya apabila berhadapan dengan Chu Qiao, dia tidak dapat berbuat demikian. Kadang-kadang, dia mencemuh dirinya sendiri kerana menjadi seperti ini.

Chu Qiao bersandar di dalam pelukan pemuda itu sambil mengulangi kata-katanya lagi, "Tak mengapa. Saya lakukan semua ini dengan rela."

Zhuge Yue menekup mulut wanita itu lalu mendukungnya dan mula berjalan ke arah kabin.

Chu Qiao berteriak tatkala payung terjatuh ke lantai. Titisan hujan serta-merta mengenai mukanya dan membuatkannya terasa sejuk. Dia kemudiannya membantah dengan suara yang rendah dan lembut, "Turunkan saya! Habislah kalau Meixiang dan yang lain nampak nanti!"

Zhuge Yue memandang ke bawah dan berkata dalam nada yang dominan, "Diamlah."

Chu Qiao berkerut dan menjawab kembali, "Saya tak mahu!"

Zhuge Yue tertawa dan mengekalkan raut wajahnya itu. Dia tersenyum tetapi tidak mengeluarkan sebarang bunyi, lantas dia merendahkan kepalanya untuk mengucup wanita itu dengan kuat. Dia berdiri di hadapan pintu kabin dan menciumnya di bawah langit malam di tempat terbuka sepanjang jalan sehingga Chu Qiao termengah-mengah dan berasa lemah seluruh tubuhnya. Zhuge Yue ketawa ketika melihatnya. Dengan sedikit keangkuhan dalam nada suaranya, dia berkata, "Saya mempunyai cara saya tersendiri untuk buat awak diam."

Chu Qiao menggunakan kedua-dua belah tangannya untuk menekup mulutnya yang membengkak. Dia memandang Zhuge Yue dengan marah dan terus memberontak dalam diam.

Zhuge Yue ketawa lagi dan membawanya kembali ke biliknya. Mereka bernasib baik kerana hari sudah lewat malam. Semua orang sudah tidur jadi mereka tidak terserempak dengan sesiapa dalam perjalanan pulang.

Apabila mereka tiba di biliknya, Chu Qiao terus melompat dan terus dalam keadaan mempertahankan diri apabila memandangnya. Sewaktu Zhuge Yue menanggalkan pakaiannya, muka Chu Qiao mula merona merah.

Zhuge Yue tersenyum dan bersandar ke hadapan. Chu Qiao boleh rasakan nafasnya di telinganya. Zhuge Yue kemudiannya berbisik, "Sakit lagi ke?"

Muka Chu Qiao berubah lebih merah. Dia selalu seperti ini. Walaupun dapat menguasai ramai tentera dan membunuh ramai musuh, dia tidak berdaya apabila menghadapi perkara seperti ini. Dia berkelakuan seperti wanita yang tidak tahu apa-apa apabila topik seperti ini dibicarakan.

Zhuge Yue memeluknya dari belakang dan tangannya menjalar ke perutnya. Chu Qiao berasa terkejut dan menahan tangannya sebelum meletakkannya kembali pada perutnya yang panas.

"Oh?" tanya Zhuge Yue. "Saya tanya awaklah. Masih sakit lagi ke?"

Chu Qiao tertangkap sekali lagi lalu dia pun segera menggelengkan kepalanya seperti arnab yang berada dalam ketakutan.

Zhuge Yue tersengih sinis. Wajahnya kini mendekati telinga Chu Qiao lalu dia pun berbisik, "Betul ke tak sakit dah?"

Chu Qiao mengangguk sekali lagi.

"Kalau begitu, mari kita teruskan."

"Ah?" Chu Qiao berteriak dengan mulutnya yang terbuka luas.

Zhuge Yue terus ketawa terbahak-bahak. Kemudian, dia mengangkat Chu Qiao ke atas katil. Chu Qiao juga tidak tahu apa yang telah berlaku kepadanya. Apa yang sudah terjadi pada seni mempertahankan diri dan ketangkasannya? Mengapa apabila Zhuge Yue berada dekat dengannya, dia sering terasa lemah? Dia memerhatikan pemuda itu dan berasa terpegun ketika wajah lelaki itu semakin besar di hadapannya. Hidungnya yang mancung, bibir yang nipis, mata yang licik, kulit yang cerah, senyumannya... Semua ciri-cirinya ini begitu menawan hatinya.

Dia tetap tidak bergerak dan membenarkan Zhuge Yue menguasai bibirnya. Dia mula berasa meremang seperti telah terkena kejutan elektrik. Mulutnya lantas dibuka sedikit sewaktu Zhuge Yue meneroka ke dalam dengan lidahnya. Ciuman mereka lantas berubah daripada lembut ke mengghairahkan dalam masa yang singkat. Dia yang pada mulanya hanya mengelamun kini cuba membalas gerak tubuh Zhuge Yue itu. Tubuhnya menggeletar sedikit dan nafasnya kini sudah tidak teratur lagi. Dia akhirnya tewas pada godaan lelaki itu dan terus bersandar ke dalam pelukannya. Pakaiannya secara tidak sedar telah dilucutkan dan hanya meninggalkan pakaian dalamannya sahaja. Kakinya yang panjang dan tangannya yang cerah itu kini terdedah.

Zhuge Yue segera tertawa sebelum membaluti wanita itu di dalam selimut sebelum mencium mukanya. Dia meraih tangan Chu Qiao lalu memeluknya dan berkata dengan suara serak, "Dahlah, pergi tidur."

Chu Qiao terperanjat. Dia kemudiannya bertanya dengan begitu terkesima, "Tidur?"

"Kenapa?" Zhuge Yue segera menopangkan kepalanya dengan sebelah tangan selepas berpaling ke arah Chu Qiao yang sudah tersipu-sipu. "Awak tak nak tidur ke?"

"Ya!" Chu Qiao menjawab dengan nada yang berlebihan, bahkan sehingga memaksa dirinya untuk menguap, menandakan yang dia begitu penat.

Zhuge Yue berbaring di atas katil sambil memegang erat tangan wanita itu. Dia sememangnya tidak berniat untuk melanjutkannya. Lagipun, semalam merupakan kali pertama buat Chu Qiao. Dia memerlukan lebih banyak masa sebelum mereka melakukannya sekali lagi. Walau bagaimanapun, Zhuge Yue hampir tidak dapat menahan dirinya. Jadi, dia memaksa dirinya untuk memejamkan mata dan berkata, "Kalau begitu, pergilah tidur."

Walau bagaimanapun, Chu Qiao asyik bergerak-gerak tidak keruan dalam pelukannya. Di suatu saat wanita itu akan mengalihkan tangannya, di saat seterusnya dia akan mengubah posisi tidurnya.

Zhuge Yue berkerut, darahnya mula mendidih. Dia cuba untuk mengawalnya tetapi gagal lalu dia pun bertanya, "Awak buat apa ini?"

"Awak tak nak kembali ke bilik awak ke?" Chu Qiao memandangnya dengan perasaan malu. "Kalau Meixiang dan lain lihat nanti bagaimana? Pingan dan Jingjing itu masih muda. Mereka masih kanak-kanak."

Zhuge Yue berkerut dan menjawab, "Berapa umur mereka? Kanak-kanak lagi ke mereka itu? Jangan lupa pula yang awak hampir memperkosa saya di Bandar Wupeng dulu sewaktu awak berusia dalam lingkungan umur mereka."

"Ya ke?" Chu Qiao cuba mempertahankan reputasinya ketika membidas kembali, "Pandai-pandai saja awak menuduh saya!"

"Bukan lagi?" Zhuge Yue mengejek sebelum menambah, "Awak menyamar sebagai pelacur yang diberikan kepada saya oleh Pembesar Tian dan cuba menggoda saya. Itu bukan mengambil kesempatan ke atas saya ke?"

"Zhuge Yue, awak ini..."

"Cakaplah kuat lagi. Biar semua orang tahu. Tak perlu susah-susah nak tunggu pagi nanti."

Chu Qiao merendahkan nada suaranya dan menjelingnya dengan garang. Dia mengetap giginya dan mendengus, "Saya... Manalah saya tahu yang awak akan berada di sana! Awak pun dah tahu bagaimana keseluruhan ceritanya jadi jangan nak berpura-pura sangat."

"Hmph!" Zhuge Yue memutarkan matanya dengan geram seolah-olah pemuda itu telah menjangkakan tindak balasnya.

Setelah melihat Zhuge Yue hanya berdiam diri, Chu Qiao menarik nafasnya sebentar sebelum menolak pemuda itu dan berkata, "Oi! Pergi balik bilik awaklah. Saya tak boleh tidur kalau katil ini kecil sangat."

Katil ini kecil? Tapi, ia boleh memuatkan empat orang lagi dan masih mempunyai ruang! Zhuge Yue berpura-pura tidak mendengar apa yang dikatakannya dan dia hanya memejamkan matanya dan kembali tidur.

"Oi! Pergilah balik bilik awak sendiri. Kenapa awak nak tidur di sini pula?"

Apabila dia melihat Zhuge Yue enggan bergerak, dia terus duduk dengan perasaan marah sebelum meraih pakaiannya sendiri dan bersedia untuk pergi. Apabila dia ingin melepaskan diri dari tubuh lelaki itu, Zhuge Yue menariknya kembali dan menyebabkan dia mendarat pada dada lelaki itu.

Percikan api kemesraan lantas menyala lagi apabila pemuda itu memandang wajah Chu Qiao dengan dingin. "Nampaknya awak masih terjaga. Bukan awak ke yang nak tidur?"

"Tak! Mana ada!"

Li Qingrong pun tahu bagaimana untuk bertindak balas terhadap situasi sebelum ini. Chu Qiao yang mampu berfikir secara lebih rasional tahu dia telah mencampakkan dirinya ke jalan mati.

Seperti yang dijangkakan, Chu Qiao bergegas ke kedudukan asalnya dan membelakangi Zhuge Yue. Dia terus senyap dan bernafas dengan normal semula seolah-olah dia telah benar-benar tidur.

Kegelapan menyelubungi setiap pelosok ruang bilik. Hujan pula kelihatan semakin lebat tatkala ia mencurah-curah ke dek kapal disertai dengan bunyinya.

Satu tangan tiba-tiba meraih pinggangnya dari belakang. Nafas lelaki itu membelai telinganya dengan lembut lalu menyebabkan lehernya meremang. Zhuge Yue memeluk wanita tersebut sebelum mencium cuping telinganya dengan lembut dan berkata dengan suara yang rendah, "Xing'er, saya mahu peluk awak seperti ini pada setiap malam di masa hadapan kelak. Janganlah asyik halau saya pergi."

Jantungnya terus meluluh. Sukar untuk dibayangkan orang seperti ini akan bercakap dengannya dengan cara yang sedemikian. Dia berasa agak sedih apabila dia mencapai dan memegang tangannya. Lantas, Chu Qiao mengangkat tangan tersebut ke bibirnya lalu menciumnya.

Malam masih panjang. Selepas itu, Chu Qiao pun hanyut dalam pelukannya. Dalam mimpinya, dia dapat melihat langit yang jelas, air yang jernih, padang rumput yang hijau dan sekumpulan anak-anakyang sedang memakai pakaian putih yang jelas ketika mereka menari dan menyanyi di tengah-tengah mana-mana. Dia tahu dia pasti akan terbangun lewat pada keesokan harinya.

Dia akhirnya terjaga apabila terdengar bunyi ketukan pintu yang kuat. Dia membuka matanya dalam keadaan panik dan melihat Zhuge Yue yang sudah berpakaian lengkap sedang berdiri di hadapan tingkap sambil memegang gaun berwarna biru pucat di tangannya. Dia ketawa ketika dia berkata, "Meixiang sudah datang memanggil beberapa kali. Kalau awak masih tak bangun, saya rasa dia akan pecah masuk nanti."

Chu Qiao terus memakai pakaiannya dalam kerisauan. Dia segera merangkak ke pintu untuk membukanya sedikit. Setelah menjulurkan kepalanya keluar, Chu Qiao berkata dengan cara yang bingung, "Hurhur, Meixiang. Selamat pagi."

"Cik Puan, sudah tengah harilah. Kita akan tiba di darat tak lama lagi," Meixiang berkata apabila dia berdiri di depan pintu sambil mencekak pinggangnya. Jingjing sedang mendukung anak Li Ce apabila dia melihat ke arah bilik Chu Qiao dengan penuh minat. Rong'er menghulurkan tangannya yang montel lalu mencubit pipi Jingjing dan berkata sesuatu yang tidak difahami oleh orang dewasa.

"Ah? Ya ke?" Chu Qiao meneruskan kata-katanya, "Alamak, saya terlalu letih semenjak kebelakangan ini. Bagaimana boleh saya terlajak tidur pula? Aneh betul. Haha."

"Ya, memang aneh," Jingjing terkekeh nakal apabila berdiri di sebelah.

"Cik Puan, kenapa Cik Puan tercegat lagi di sini? Saya dah ambilkan baldi air. Cik Puan nak mandi tak?"

Chu Qiao segera mengambil baldi air di atas tanah itu dan berkata dengan kuat, "Saya akan buat sendiri."

Meixiang berkerut dan bertanya, "Cik Puan ini dah buang tabiat ke?"

"Saya baik-baik saja. Saya rasa kamu semua ini yang terlalu letih. Pergilah berehat dulu."

Related Books

Popular novel hashtag