9 pagi. Bilik Mesyuarat Syarikat Hiburan Tianyi –
Han Yufan mengaturkan satu penerangan pendek mengenai jadual perjalanan untuk Mo Yurou dan Tangning berkaitan dengan penggambaran Majalah Rahsia mereka di Amerika.
Han Yufan duduk di hujung meja manakala Mo Yurou dan Tangning duduk di sebelahnya. Hanya ada satu perubahan dengan mesyuarat-mesyuarat terdahulu, iaitu identiti mereka. Mo Yurou, si perempuan simpanan akhirnya berjaya menaikkan taraf dirinya dan mengenepikan pasangan asal Han Yufan ke sisi lain.
Seolah-olah perkara itu tidak cukup, Mo Yurou begitu tidak malu untuk saling bertukar pandangan penuh kasih sayang dengan Han Yufan. Semua yang hadir tidak tahan melihat mereka.
Lin Wei berpusing ke sisinya untuk melihat Tangning. Walaupun dia duduk di bawah projektor, sukar untuk Lin Wei jangka apa yang dirasakan Tangning. Namun, Lin Wei dapat merasakan yang pada ketika ini, mata Tangning langsung tidak melihat pada Mo Yurou dan Han Yufan.