Chapter 35 - Pembulian Han Ruoxu

"Kerana saya bukan lagi Tangning yang membenarkan orang lain membulinya. Lagipun, saya ada Abang sekarang." Tangning membalas tenang, mempamerkan rasa yakin.

"Jika bukan kerana kita berada dalam penerbangan sekarang…saya sudah cium kamu sampai kamu sesak nafas." Mo Ting cuba menahan kesabarannya dengan menahan desakan rasa untuk mengucup isterinya. Sebaliknya, dia memeluk erat Tangning dan menikmati bau wangi tubuhnya.

Sementara itu, pembantu Mo Yurou cuba menyelidik apa yang dibuat oleh Tangning di Kelas Pertama. Namun, dia dihalang oleh pramugari dan tersekat di luar tanpa sebarang peluang memasuki kabin itu.

Selepas penerbangan selama 12 jam, pesawat itu akhirnya mendarat pada jam 9 pagi, waktu tempatan. Kakak Han Yufan, Han Ruoxue sedang menunggu di dewan ketibaan. Sebaik sahaja dia melihat mereka, dia memeluk semua orang dengan teruja, termasuklah Tangning.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS