Mo Ting sudah menyuruh orang suruhannya untuk menyediakan beberapa jenis gaun untuk Tangning. Malah, dia sendiri memilih sepasang gaun tanpa tali bercorak emas dengan alas berwarna putih. Corak pada gaun itu menyerupai lukisan dakwat gaya timur. Sementelah gaun itu memberikan aura ketimuran yang ketara, sebaik sahaja ia disarung oleh Tangning, dia seolah-olah menzahirkan keanggunan klasik seorang gadis timur yang cantik. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa Tangning dan gaun tersebut merupakan padanan sempurna. Ditambah lagi dengan pinggang ramping Tangning dan kakinya yang panjang…kecantikan dan gaya kewanitaannya terserlah bagaikan wangian dibawa angin lalu.
Mo Ting berdiri di belakang Tangning dan merapatkan dadanya pada bahagian belakang isterinya sambil memaut rapat pinggangnya. Dia enggan melepaskan isterinya. "Kamu seperti satu hasil seni."