Selepas makan malam, Mo Ting membawa Tangning ke ruang tamu kediaman itu. Sewaktu mereka tiba, beberapa orang lelaki Amerika sudah menunggu mereka.
Tangning tidak memahami apa yang mahu dilakukan oleh Mo Ting. Tetapi, Mo Ting menenangkan dia dengan lembut. "Tidak perlu gementar."
Tidak lama kemudian, lelaki Amerika yang bertanggungjawab untuk hal itu berdiri dan mula berbual dengan Mo Ting. Pada ketika inilah Tangning terdengar perbualan mereka dan akhirnya mengerti apa yang berlaku. Mo Ting mahu membeli insurans untuk kakinya.
Ia bukannya sesuatu yang tidak normal bagi orang yang terkenal untuk membeli insurans bagi bahagian tubuh mereka. Namun, mereka biasanya berbuat demikian untuk menarik perhatian. Jadi, Tangning segera menarik Mo Ting. "Mo Ting…saya tidak…"
"Janagn terlampau fikirkannya. Kaki kamu perlukan perlindungan kerana mereka merupakan kaki paling cantik yang pernah saya tengok di pentas peragaan."
"Tetapi…" Tangning masih ragu-ragu.