"Hari ini, saya amat gembira kerana kita berpeluang untuk menemubual dua wanita timur yang jelita. Saya jemput Tangning dan Mo Yurou!" Wartawan itu menggunakan bahasa Inggeris yang lancar untuk menjemput mereka berdua. Pada ketika ini, Mo Yurou perlu mengambil sedikit masa untuk mendengar penterjemah di telinganya sebelum membalas. Namun, dia hanya boleh membalas di dalam Mandarin. Bahasa Inggeris Tangning pula sama lancar dengan wartawan ini, maka Tangning berbual dengan mudah dengan wartawan tersebut. Dalam sekelip mata, wartawan itu berasa lebih rapat dengan Tangning.
"Saya perasan kamu berdua menjadi begitu popular kerana 'pertarungan' kamu yang akan datang. Saya ingin tahun, apa perasaan kamu mengenai kerjasama ini?"
Mendengarkan soalan licik wartawan itu, Han Yufan bimbang jika Tangning akan mengatakan sesuatu yang negatif. Tetapi, Tangning hanya kekal tersenyum semasa membalas, "Saya hormat setiap kerja yang saya lakukan…itu sikap saya terhadap semua perkara."