Chereads / Suami Perkahwinan Percubaan - Perlu Berkerja Keras / Chapter 49 - Saya akan Serahkan Diri Saya pada Kamu, Hanya Kamu

Chapter 49 - Saya akan Serahkan Diri Saya pada Kamu, Hanya Kamu

Selepas meninggalkan Rahsia, Tangning ternampak kereta Han Ruoxue yang diletakkan di luar. Pandangan mata mereka bertemu, tetapi mereka tidak menukar sebarang kata-kata. Sebaik sahaja mereka berselisih, Han Ruoxue berkata kepada Tangning, "Hari semasa Majalah Rahsia akan dikeluarkan akan menjadi hari kamu meninggalkan industri peragaan."

"Nampaknya kamu mempunyai keyakinan yang tinggi pada Mo Yurou."

"Walaupun dia tidak mempunyai banyak pendedahan seperti kamu, dia sudah mempunyai pengalaman di peringkat antarabangsa dan sudah mendapat mata tambahan daripada para juri untuk Anugerah Peragawati Sepuluh Teratas. Jika dibandingkan, kamu pula sudah kehilangan semua nilai." Han Ruxoue berkata kesat.

"Betulkah? Kalau begitu, mari kita tunggu keputusannya…" Tangning tidak tersinggung langsung dan membalas dengan tenang. Kata-katanya jelas dan kukuh. Tiada sebarang kegelapan di dalam industri hiburan ini yang mampu memusnahkannya.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS