Chapter 33 - Lin Wei

Selepas berbual dengan Lin Wei dan Long Jie, Tangning teringat bahawa sebelum ini, Mo Ting meminta dia untuk memberitahunya dengan segera selepas dia mengetahui jadual perjalanannya. Jadi, Tangning segera menghantar maklumat tersebut kepadanya. Walaupun dia tidak tahu apa yang dirancang oleh Mo Ting, dia tahu yang lelaki itu tidak akan melukakannya.

Selepas mengamati jadual perjalanan Tangning, Mo Ting meminta Lu Che memeriksa nombor penerbangan Tangning dengan segera. Dia melangkah ke cermin gergasi Hai Rui yang berukuran tinggi dari lantai ke siling dan membuat panggilan kepada Tangning. "Ning…"

"Ya?" Tangning membalas ringkas sambil menundukkan kepalanya. Lin Wei masih berada di dalam kereta dan dia belum percayakan pengurus itu sepenuhnya. Jadi, Tanging perlu berhati-hati. Mendengarkan Mo Ting memanggilnya 'Ning', hatinya dipenuhi kehangatan.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS