Chereads / Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 29 - Bakal Isteri Bos

Chapter 29 - Bakal Isteri Bos

Apa masalahnya?

Ning Xi tercekik tanpa kata. "Bos Besar Lu, adakah pekerja kamu tahu kamu meminta mereka untuk membantu artis dari syarikat lain?

Dari gaya mereka, mereka tidak tahu apa-apa. Dia belum terkenal, mana mungkin dewa ini akan mengenalinya?

Dia berasa dirinya dikalahkan oleh Lu Tingxiao.

Syarikat Hiburan Keagungan Dunia merupakan anak syarikat Korporasi Lu!

Walaupun Lu Jingli yang menguruskan Syarikat Keagungan Dunia, tetapi bos besar di belakang tabir adalah Lu Tingxiao.

Lima tahun lalu, Korporasi Lu telah melangkah masuk ke industri hiburan apabila mereka mengambil alih Syarikat Hiburan Keagungan Dunia. Mereka telah mencipta empayar yang mampu bersaing dengan syarikat hiburan yang tertua dan paling terkenal, iaitu Syarikat Hiburan Cahaya Bintang.

Persaingan antara kedua-dua syarikat ini amat sengit. Pekerja dari kedua-dua syarikat ini tidak pernah berbaik. Ini termasuk semua artis, pengurus, penata dan penolong. Pertelingkahan memang tidak dapat dielakkan apabila kedua-dua syarikat ini mempunyai pekerja dalam set filem yang sama...

Lu Tingxiao melirik jam tangannya. "Van kecil sudah bersedia di luar. Kamu boleh bersolek dalam perjalanan ke Hotel Mutiara. Kamu sepatutnya ada cukup masa untuk sampai ke sana. Sama ada kamu nak pergi atau tidak terpulang kepada kamu."

Perut Ning Xi memulas kesakitan. Dia mengetap gigi dan berkata dengan semangat, "Saya pergi!"

Lu Tingxiao tidak peduli, jadi dia pun tidak perlu peduli!

Dia terperanjat apabila Lu Tingxiao mengekorinya. "Kamu pergi juga?"

"Siapa lagi akan memandu? Lagipun, Si Cilik mahu meluangkan lebih masa dengan kamu." Dia menjawab dengan biasa dan penuh logik, seolah-olah Ning Xi tanya soalan bodoh.

Di sebelahnya, Si Cilik mengangguk kepala dengan bersemangat.

"Baiklah…"

Akhirnya, empat orang, termasuk penata gaya, Arthur, masuk ke dalam van kecil itu.

Lu Tingxiao, yang tidak menukar pakaian rumahnya, berada di depan memandu. Sementara Ning Xi dan Arthur duduk di belakang. Si Cilik pula memanjat sedikit tempat duduknya untuk memerhati mereka.

Arthur menilai Ning Xi dengan puas hati. "Wanita ini mempunyai ciri-ciri hampir sempurna dan kulit yang sangat baik. Jadi, solekan ringan pun mencukupi. Izinkan saya bertanya, majlis apa yang kamu hadiri nanti? Ia membantu saya memilih pakaian yang terbaik untuk kamu."

"Err, ini majlis perasmian untuk satu filem…"

Ning Xi risau dia akan dibelasah sekiranya pihak lain itu dapat tahu dia seorang artis di bawah Cahaya Bintang. Syukurlah, Arthur tidak soal lebih lanjut. Dia cuma mengangguk faham dan terus membantunya bersolek.

Pengaturan masa memang sempurna, solekan Ning Xi baru siap apabila mereka sampai ke destinasi mereka.

Lu Tingxiao memakir kereta dan mematikan enjin. Dia berpaling, lengan bersandar di belakang kerusi, dan meneliti wanita yang baru selesai berpakaian.

"Macam mana?" Ning Xi bertanya dengan perasaan sedikit gugup.

"Boleh tahan"

Bagi lelaki yang tegas seperti Lu Tingxiao, komen 'boleh tahan' sebenarnya tidak mudah. Tambahan pula, Si Cilik memandangnya wajah penuh keajaiban.

Ini memberikan Ning Xi lebih keyakinan, dan kemudian memeluk Si Cilik sambil meminta maaf. "Sayang, saya minta maaf kerana tidak menepati janji saya, tapi Mak Cik berjanji setelah kerja ini selesai, saya akan bergegas balik untuk menemani kamu!"

Si Cilik agak sedih untuk melepaskannya, tapi dia tahu Ning Xi perlu bergegas ke majlis itu. Jadi, dia lepaskan dan melambaikan tangannya.

Melihat dua orang di belakangnya, satu besar dan satu kecil, hati Ning Xi berasa penuh…

Setelah bersendirian untuk begitu lama, ini adalah kali pertama dia begitu senang hati.

Selepas Ning Xi beredar, Arthur mengambil alih kedudukan pemandu.

Arthur tidak dapat menahan persoalan di hatinya. Sambil memandu, dia bertanya dengan berhati-hati. "Bos, siapa wanita itu? Adakah dia artis baru syarikat kita? Kenapa saya tidak pernah berjumpa dengan dia sebelum ini?

Wow! Nampaknya Bos Besar mereka ada perempuan. Ini berita besar!

Lu Tingxiao meletakkan dagu di tapak tangan sambil menjawab dengan selamba, "Artis Syarikat Hiburan Cahaya Bintang."

Arthur, "…"

Ketika itu, Arthur terasa dirinya telah dipergunakan.

Bos Besar! Kamu telah gunakan saya untuk menata gaya seorang artis dari Cahaya Bintang!

Bagaimana bos sanggup membantu musuh dan mengkhianati syarikatnya sendiri!

Malah, Tuan muda kedua juga tidak keluar dengan sesiapa dari Cahaya Bintang, okey?

Sekiranya tuan muda kedua di situ, sudah tentu Arthur mengutuknya habis-habisan.

Namun, orang ini adalah Raja Syaitan Lu Tingxiao…

Dia cuma boleh menggigit lidah dan berasa kecewa.

Tapi hatinya menjadi sejuk kerana dia syak artis dari Cahaya Bintang tiada nama ini besar kemungkinan akan menjadi bakal isteri bos mereka.

Lagipun, wanita ini masuk dengan putera kecil.

Ia tidak semudah itu…