Wajah Pengarah Guo penuh pengharapan selepas usai bercakap.
Kesemua wartawan berpaling mengikut pandangan Pengarah Guo, dan semua terkejut.
Ning Xi memakai gaun berwarna magenta yang dibuat daripada renda. Potongan gaun dengan sempurna menyerlahkan pinggang yang mengasyikkan, garis leher gaun juga menonjolkan bahu yang elegan. Warna gaun ini lebih susah digayakan berbanding warna merah tulen. Walaupun rekaannya indah, pakaian itu hanya akan kelihatan hodoh atau menakutkan jika dipakai oleh kebanyakan orang.
Namun, gaun itu seperti dibuat hanya untuk Ning Xi. Ia membuatkan dia begitu cantik sehingga memukau semua orang yang hadir.
Semasa penata gaya memilih gaun itu, pada mulanya Ning Xi merasakan dia tidak akan berjaya menggayakan gaun itu. Namun, selepas memakainya, baru dia berasa yakin.
Seperti dijangka dari 'Tangan Tuhan' Keagungan Dunia. Matanya terlalu tajam. Hanya satu pandangan sudah cukup untuk mengenali dia lebih baik daripada Ning Xi mengenali diri sendiri.
Walaupun ini kali pertama Ning Xi menghadiri majlis seperti ini, tetapi dia seorang pelakon. Dia biasa melakonkan pelbagai watak dan persona, termasuk watak selebriti. Jadi, berjalan di atas permaidani merah sama sekali tidak sukar baginya.
Setiap langkah, setiap senyuman, dan setiap tindakannya sempurna. Dia mencari sudut kamera yang terbaik dan memberikan riak wajah yang sempurna.
Wartawan tergamam untuk satu masa yang jauh lebih lama daripada Pengarah Guo sebelum mereka akhirnya sedar dan kembali ke realiti.
Ini…ini adalah pelakon untuk Meng Changge, Ning Xi?
Pelakon baru yang tidak dikenali dan tiada pengalaman yang boleh dibanggakan?
Bukankah dia terlalu cantik?!
Tiada ada perkataan untuk menggambarkan, Ning Xi terlalu menakjubkan!
Sebentar tadi, mereka cuba mendesak Pengarah Guo mengisytihar siapa yang lebih cantik antara Jia Qingqing dan Ning Xi. Kini, mereka sedar mengapa riak wajah Pengarah Guo yang pelik. Mereka sedar soalan mereka itu tidak masuk akal.
Jika dibanding dengan kecantikan Ning Xi, selebriti berwajah menarik seperti Jia Qingqing hanya seperti wajah-wajah lain di kalangan orang ramai.
Ning Xi bergaya di permaidani merah untuk lensa kamera. Kemudian, dia berpaling dan mengambil pen dari dulang untuk menandatangan namanya pada dinding.
Setelah dia memalingkan tubuhnya, bunyi terkejut bergema dari orang sekeliling diikuti dengan bunyi klik kamera.
Gaun itu direka untuk menyerlahkan kecantikan belakang pemakainya. Apabila penata gaya memilih gaun ini, aspek ini sangat diambil berat.
Bahu Ning Xi terlalu sempurna. Boleh dikatakan bahunya merupakan bahagian tubuhnya yang paling seksi, dan satu kerugian besar untuk menutupnya.
Biasanya di atas permaidani merah, selebriti wanita lebih cenderung mendedahkan belahan dada untuk menarik perhatian. Namun, Ning Xi mengambil jalan alternatif, dan ini menempatkan dia jauh mengatasi orang lain.
Selepas sesi penggambaran yang panjang, akhirnya tiba masa untuk ditemu duga.
Wartawan hari ini amat menyedihkan.
Pada asalnya, mereka telah menyediakan soalan seperti, "Adakah kamu rasa penampilan kamu cukup baik untuk melakonkan watak penggoda seperti Meng Changge?", "Siapakah yang kamu rasa lebih cantik, kamu atau Jia Qingqing?", "Ada khabar angin mengatakan kamu telah dipilih untuk watak ini melalui saluran tidak rasmi. Apakah sebabnya?"…
Tapi sekarang, mereka tidak boleh guna mana-mana soalan itu…
Sesiapa yang tidak buta akan faham bahawa tiada apa yang berlaku di belakang tabir, kerana wajahnya sudah cukup menyakinkan.
Dialah orang yang paling sesuai untuk watak Meng Changge.
Wartawan mula bertanyakan soalan.
"Cik Ning, izinkan saya bertanya. Gaun yang kamu pakai ini adalah rekaan dari Karl Lagerfeld. Adakah ia tempahan khas?"
Ning Xi tergamam.
Gaun ini direka oleh Karl Lagerfeld?
Dia telah memakai gaun yang berharga berjuta-juta?
Raja Syaitan Lu, kamu begitu licik!
Namun, perkara lebih menakutkan datang dari wartawan yang sama , "Cik Ning, adakah pakaian ini digayakan oleh Arthur?
Kamu perasan juga?
Mata kamu memang tajam!