"Itu tidak betul. Mungkin saya telah tersilap…" Nasib baik, tanpa menunggu Ning Xi menjawab, wartawan itu terus menarik balik soalannya.
Ini mungkin kerana dia baru teringat Ning Xi merupakan artis di bawah Syarikat Hiburan Cahaya Bintang. Jadi, mana mungkin penata gaya peribadi Su Yimo dari Syarikat Keagungan Dunia yang menggayakannya?
Ning Xi menghela nafas lega. Takut mereka akan bertanya soalan yang sama, dia membuka mulutnya terlebih dahulu, "Hari ini adalah upacara perasmian untuk
"Itu, Cik Ning. Boleh saya tanya, adakah ini drama pertama kamu?" Seseorang dari khalayak ramai bertanya.
"Tentulah tidak. Saya sudah mula berlakon apabila masih di universiti. Tetapi saya tidak ada banyak babak. Jadi tiada siapa yang mengenali saya." Ning Xi menjawab dengan jujur, dan tidak peduli berkenaan kekurangan pengalamannya.
Mana-mana wartawan boleh menggali sejarah silamnya, jadi sifat rendah diri juga lebih sesuai?
"Watak apakah yang Cik Ning pernah lakonkan sebelum ini?"
Ini soalan biasa, tetapi agak kekok untuk Ning Xi. Walau bagaimanapun, ia telah ditanya, dia tidak boleh mengelak.
"Watak yang pernah saya lakonkan…" Ning Xi mula menyenaraikan semua watak yang pernah dilakonkan sejak balik dari luar negara.
Apabila dia melanjutkan pelajaran di luar negara empat tahun lalu, dia telah menghabiskan hampir seluruh masanya dalam lakonan. Dia telah berlakon dalam beberapa drama dan filem yang terkenal. Memandangkan pengusaha di luar negara biasanya tidak begitu suka mengupah pelakon Cina, untuk dia mendapat pengalaman itu memang sukar.
Dia mengelak dari membangkitkan isu pengalaman berlakon di luar negara kerana sejarah hubungan cintanya dari masa itu…
Walaupun bukan tidak bermoral dan hanya bercinta, tetapi identiti bekas-bekas kekasihnya terlalu menonjol.
Kini, apa yag dia perlukan ialah watak yang membawa dirinya. Sekiranya 'debut' pertamanya diselubungi berita berkenaan hubungannya sebelum ini, makan tumpuan orang ramai akan fokus kepada kehidupan peribadinya yang mungkin akan memberikan populariti sementara. Namun, ia akan membantut potensi pertumbuhan kerjayanya.
Ning Xi berusaha keras mengingati segala watak yang pernah dilakonkan sejak kembali ke negara ini. Namun, semua wartawan terus senyap apabila mendengar senarai watak tersebut.
Watak-watak yang dinyatakan itu agak…ah…
Perempuan simpanan, syaitan rubah, iblis, gadis desa bodoh, anak sulung yang koma, bahkan wanita tua jahat…
Bagi wanita yang begitu cantik, kenapa dia memilih watak-watak seperti ini?
Adakah dia suka pada watak-watak seperti ini?
Seseorang akhirnya bertanya, "Kenapa semua watak kamu itu penjahat?"
Ning Xi tidak boleh menuding jari kepada Chang Li dalam majlis seperti ini. Jadi, dia menjawab dengan lantang, "Saya tidak perasan selama ini. Berlakon adalah sesuatu yang saya suka. Setiap watak dan setiap peranan mempunyai pesona yang tersendiri, sama ada ia watak kecil atau besar."
Wartawan meneruskan dengan beberapa soalan lain yang lebih sesuai dengan majlis tersebut. Walaupun tanpa bimbingan seorang pengurus, Ning Xi mampu menjawab dengan sempurna.
Guo Qisheng mengangguk sambil memandangnya. "Gadis ini bagus! Dengan kualiti dan kepintaran seperti ini, kenapa dia hanya sejauh ini setelah terlibat di dalam industri ini selama satu tahun…Wang Tua, apa pendapat kamu?"
Pengusaha drama itu, Wang Taihe dengan sedih menjawab, "Mungkin orang atasan di Syarikat Hiburan Cahaya Bintang buta, atau…"
Tanpa penjelasan lanjut, dia memandang Pengarah Guo dengan pandangan yang tahu sesuatu.
Seseorang dalam Cahaya Bintang sengaja menahan pendedahan Ning Xi dalam industri hiburan.
Pengarah Guo kelihatan bersimpati kepadanya. "Sayang sekali kepada bakat yang berpotensi!"
"Jika ia emas, akhirnya dia akan bersinar juga. Jika tidak, bukankah dia ada kamu?" Wang Taihe ketawa.
Ning Xueluo menggengam tangan dengan geram, dan wajahnya tidak senang dengan kejadian ini
Bila dia arahkan Chang Li untuk sengaja memberitahu Ning Xi dengan lewat mengenai majlis perasmian ini, dia tidak sangka Ning Xi tidak lewat dan tidak memalukan diri sendiri, malah dia telah hadir dengan penampilan yang sempurna sehingga menarik perhatian semua yang hadir.
Sial! Gaun yang dipakai oleh Ning Xi bernilai berjuta-juta. Dari mana dia dapat duit itu?
Pakaian boleh disewa, tetapi siapa menjadi penata gayanya?
Saya telah memandang rendah kepada gadis desa ini!