Chereads / DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 16 - Teratai Putih Kecil (1)

Chapter 16 - Teratai Putih Kecil (1)

Sewaktu dia kembali ke biliknya, kucing hitam kecil itu terus muncul, melompat ke bahunya dan meleset-leset di pipinya dengan mesra.

"Datuk-datuk sepatutnya bersikap begini?" Jun Wu Xie duduk di hadapan cermin gangsa, melihat wajahnya yang kelihatan asing tetapi juga biasa dilihat.

"Kalau hubungan yang normal, memang begitulah." Kucing hitam itu mengayunkan ekornya yang lebat. Kucing itu saja yang tahu apa erti perkataan 'datuk' pada Jun Wu Xie.

"Memang begitu?" Matanya ditundukkan sambil dia menggenggam dadanya dengan perlahan. Dia dapat rasakan kehangatan dari dalam dirinya...sesuatu yang tidak pernah dirasainya sebelum ini.

Sedikit masam, sedikit hangat. Dia sangat suka perasaan ini.

Jun Wu Yao pernah bertanya sama ada dia marah sewaktu Mo Xuan Fei dan Bai Yun Xian datang untuk memutuskan pertunangannya.

Jawapan dalam hatinya ialah "mengapa dia perlu rasa marah?"

Baginya, masa silam pemilik tubuh ini tiada kena mengena dengannya, Istana Lin juga tiada hubungan dengannya, jadi dia tidak rasa dia perlu marah, tapi kini keadaan sudah berubah.

Suara Jun Xian bergema dalam mindanya. Leteran mengingatkan untuk makan ubat, cubaan bergurau untuk membuatkan dia tersenyum, semua ini asing bagi Jun Wu Xie.

"Dia datuk saya." Wajah dalam cermin gangsa itu tersenyum kecil, senyuman yang mampu mencairkan salji dan ais.

Tuhan sudah membayar pampasan bagi pengalaman lalunya - memberikan peluang untuk dia merasai ada orang yang ambil berat dan melindunginya. Dia pasti tidak akan biarkan sesiapa saja memusnahkan kegembiraan yang baru dikecapinya ini.

"Saya tak akan biarkan apa-apa terjadi pada Istana Lin, diri saya atau datuk saya," katanya dengan yakin sambil mengecilkan matanya.

Kalau dulu, tiada apa pun yang layak untuk dia ambil berat tapi kini, keadaan sudah berubah.

Istana Lin kini dalam bahaya dan untuk melindunginya, dia perlu ambil beberapa tindakan tegas. Perkara ini bukan mudah.

"Teratai kecilku...kesimpulannya...kamu ini apa?" bisiknya perlahan sambil jarinya mengusap tempat cincin yang kosong itu. Cahaya malap muncul dari jari-jarinya dan teratai putih muncul kembali.

"Meow"

[Cik nak cuba lihat apa yang teratai ni boleh buat?] Kucing hitam itu mengayunkan ekornya dengan perasaan teruja sambil menelengkan kepala dan merenung teratai putih itu.

Jun Wu Xie meletakkan teratai putih itu di tapak tangannya dan mengusap lembut kelopak-kelopaknya. Satu wangian She placed the white lotus on her palm and gently brushed its petals. Wangian harum merebak ke seluruh biliknya.

"Baunya sedap," kata Jun Wu Xie sambil dia menarik nafas dalam-dalam. Entah macam mana, bila saja dia terhidu bau ini, aliran darahnya seperti lebih lancar, seolah-olah ada kaitan antara bau ini dengan perasaannya.

Bau teratai ini sangat aneh, bau ini sangat menarik dan mampu mempengaruhi aliran darah manusia. Mungkin teratai ini ada kegunaan lain juga.

Sebaik dia cuba mencabut satu kelopak… pada ketika itu…sebelum kelopak itu dicabut…

"Ouch! Sakit…Sakit…Sakit…" Kedengaran satu suara keanak-anakan yang lembut sambil persekitaran Jun Wu Xie menjadi berkabus.

Apabila kabus itu perlahan-lahan lenyap, seorang budak lelaki kecil duduk di atas lantai sambil menangis memegang tangannya, matanya memandang Jun Wu Xie dengan kecewa.

"Meow!" Kemunculan tiba-tiba kanak-kanak ini menakutkan kucing hitam itu dan kucing itu hampir terjatuh kerana terburu-buru mahu duduk semula di bahu Jun Wu Xie.

"...….." Jun Wu Xie terdiam melihat budak lelaki yang duduk di atas lantai itu. Budak itu memakai lapik dada kecil dengan corak bunga teratai putih yang kelihatan sama dengan roh berkontrak teratai putih milik Jun Wu Xie.