Chereads / SEMBANG GRUP PERTAPAAN / Chapter 57 - Lelaki Tegap, Nan Haomeng

Chapter 57 - Lelaki Tegap, Nan Haomeng

Akhirnya pertapa yang baru bermula Penubuhan Asasinya bukan lagi orang biasa. Selepas mengambil cecair penguat badan dia kali dan berlatih dan , Song Shuhang bukan sahaja telah menguatkan badannya, malah telah meningkatkan ketahanannya terhadap arak.

Dulu, ketahanannya terhadap arak hampir setaraf dengan Gao Moumou, tetapi hari ini, dia mampu membuatkan Lin Tubo dan Li Yangde yang pandai minum jauh ketinggalan di bawah meja.

Meskipun menewaskan mereka, Song Shuhang masih berfikiran jelas dan boleh bergerak dengan bebas. Ia seperti dia telah meminum beberapa gelas air dan bukan sekotak setengah arak.

Selepas memindahkan tiga budak itu ke katil, dia berkumur dan memutuskan untuk balik ke asrama—dia tidak ingin tidur dengan tiga pemabuk di atas satu katil.

Setelah berjalan berseorangan, tanpa disedari dia pun sampai ke Kawasaan Jalan Bertuah sekali lagi.

'Adakah saya akan bertemu dengan gadis 'kabedon' sekali lagi? Tapi saya sudah menjumpainya petang tadi.' Dia berfikir. 'Melainkan gadis itu sedang menunggu di sini untuk dikenakan 'kabedon' sepanjang hari, tidak mungkin saya boleh bertemu dengannya beberapa kali dalam satu hari.'

Tiada apa-apa yang berlaku sepanjang jalan.

"Amannya dunia." Dia mengangguk dengan senyap. Alangkah baiknya jika setiap hari pun aman macam ini.

Lagipun, keadaannya juga aman semasa dia keluar untuk mencari apartmen dengan Senior Mahaguru Ubat.

Oh, tidak! Berfikir tentang Mahaguru Ubat, Song Shuhang dengan segera terfikir tentang sesuatu.

Keadaan sebenarnya tidak aman semasa berjalan dengan Senior Mahaguru Ubat, sebab terdapat penghendap yang mengikuti mereka dan ditakutkan oleh pandangan Mahaguru Ubat.

Berfikir tentang ini, Song Shuhang memicit dagunya.

Sebentar lagi, dia tiba-tiba memusing ke belakang dan merenung tajam. "Keluar, awak telah mengikuti saya untuk sangat lama. Atau perlu saya membantu awak keluar?"

Shuhang bercakap begitu kerana sesuatu tertimbul dalam hatinya.

Sebenarnya, Song Shuhang baru bermula Penubuhan Asasi. Walaupun penglihatan dan empat deria lainnya lebih hebat daripada orang biasa, dia masih orang baru. Tanpa pengalaman pertarungan yang cukup, dia tidak boleh mendapat tahu sama ada dia sedang diikuti atau tidak.

Dia hanya ingin cuba tengok sama ada seseorang itu sedang mengikutinya.

Tidak kisah jika tiada orang, dan tiada orang akan tahu tentang kelakuan peliknya sekarang.

Namun, jika betul-betul ada orang keluar, dia boleh menghadapinya.

Sambil itu, Song Shuhang membuka telefon bimbitnya dengan senyap dan memaparkan nombor Mahaguru Ubat pada skrin.

Dengan ini, jika sesuatu yang buruk berlaku, dia boleh memanggil Mahaguru Ubat untuk pertolongan dengan segera. Ia memang sedikit memalukan, tetapi dia hanya mampu membuang 'mukanya' jauh-jauh jika nyawanya berada dalam bahaya.

Mata Song Shuhang masih merenung tajam ke belakang.

Sebentar lagi, seseorang itu memijak keluar dari satu selekoh mati.

"Bagus juga! Awak mampu mencari saya walaupun saya telah menyembunyikan diri dengan baik." Dia merupakan lelaki tegap yang tingginya hampir dua meter.

Dengan kepala yang botak, dia membuatkan orang berasa tergugat. Tetapi...yang peliknya ialah lelaki ini mempunyai wajah yang 'aman'.

Ya, meskipun dengan kepala botak dan bentuk badan yang membuatkan orang berasa tergugat, dia mempunyai wajah yang 'tidak berbahaya dan comel'.

Celaka, besarnya perbezaan ini!

Tambahan lagi, dengan saiz yang begitu besar, dia masih boleh mengikuti Song Shuhang dengan senyap. Kemahiran lelaki ini dalam menyembunyi dan menghendap memang sudah mencapai batasnya.

"Siapakah awak dan kenapa awak mengikut saya?" Song Shuhang bertanya dan merenungnya dengan tajam. Dia boleh nampak otot yang mengembang di badan lelaki besar ini, penuh dengan kuasa.

"Jangan gementar, pelajar Song Shuhang. Saya juga pelajar Kolej Jiangnan. Saya Naib Presiden Kelab Pertarungan Bebas, Nan Haomeng." Lelaki besar itu memperkenalkan diri dan mengepal penumbuknya, "Saya mengikuti awak sebab malam semalam, awak telah memberi pengajaran kepada dua orang ahli kelab kami semasa mereka ingin mencabul kehormatan seorang gadis..."

"Oh, budak awak telah menangis dan merungut kepada awak yang mereka dibuli oleh saya, dan awak telah datang untuk membalas dendam untuk mereka?" Song Shuhang berkata.

Kalau ini dua hari lepas, dia memang akan melarikan diri dengan secepat mungkin jika ada lelaki besar yang sedang mengepal penumbuknya di depannya.

Tetapi sekarang, selepas mengambil cecair penguat badan dua kali dan berlatih dan , Shuhang tidak berasa takut langsung. Dia tidak akan teragak-agak jika akhirnya perlu bertarung dengan lelaki ini.

Lagipun, lelaki ini merupakan boss kepada 'budak jahat' itu, dan bukan orang yang sedang menyiasatnya di kolej petang semalam sebab Shuhang terjumpa dengan budak jahat dan gadis berambut pendek itu malam semalam.

"Haha! Bukan, bukan, dua budak tu tak berani nak beritahu saya yang mereka telah menyerang seorang gadis. Kalau bukan kerana saya terdengar perbualan mereka, saya memang tak akan tau yang mereka kena belasah. Saya tau mereka bergaul dengan budak jahat, tapi tak sangka yang budak-budak tak guna dan bodoh tu akan mencabul kehormatan seorang gadis yang terlalu lemah sampai tak mampu mengikat ayam. Saya juga telah membelasah mereka dan saya pasti mereka takkan dapat bangun dari katil beberapa hari nanti." Nan Haomeng bersenyum dengan tenang.

Gadis yang terlalu lemah sampai tidak mampu mengikat ayam? Lelaki besar, itu sebab awak tidak nampak gadis dalam Mod Berang. Kalau awak telah hadir petang tadi, awak akan melihat gadis itu menumbangkan sebelas lelaki dalam sepuluh saat, dan selepas itu awak tidak akan menggunakan 'gadis yang terlalu lemah sampai tidak mampu mengikat ayam' untuk menggambarkannya.

"Kalau macam tu kenapa awak mengikuti saya?" Song Shuhang bertanya dengan suara yang rendah.

"Sebab, berdasarkan dua budak bodoh tu, Song Shuhang memang hebat. Oleh itu, saya nak mencuba dengan sendiri." Nan Haomeng masih bersenyum dengan tenang. Dia memang sangat kuat sejak dari kecil lagi. Badannya besar dan kekuatannya dua kali lebih besar daripada lelaki biasa. Dalam Kelab Pertarungan Bebas, tiada sesiapa yang boleh menewaskannya, mengakibatkan dia berasa sedikit kesunyian.

Oleh itu, apabila Nan Haomeng terdengar bahawa seseorang itu boleh mengangkat satu daripada budaknya dari lantai dengan memegang kepalanya dengan satu tangan, nalurinya memberitahunya bahawa dia akan mendapat pihak lawan yang bagus. Sebab itulah dia mengikuti Song Shuhang dengan gembira sampai sini.

Sekarang, selepas melihat Song Shuhang dengan mata sendiri. Dia semakin yakin bahawa junior yang lebih kurus dan rendah daripada dia ini sebenarnya seorang mahaguru seni mempertahankan diri!

"Memanglah, awak boleh menganggap ini sebagai membalas dendam untuk budak saya. Dengan itu, awak mungkin menjadi marah dan mungkin akan berlawan dengan lebih kuat semasa bertarung dengan saya. Bagaimanapun, ini salah satu sebab kenapa saya datang untuk awak." Nan Haomeng bersedia dalam gaya berlawan, dan matanya bersinar.

Dalam sekelip mata, dia bertukar dari lelaki yang tidak berbahaya ke raksasa yang garang.

"Kalau tak kira perkara mengarut ini, awak sebenarnya ingin bertarung dengan saya saja, betul?" Song Shuhang berkata.

"Ya, saya hanya ingin bertarung dengan awak." Nan Haomeng tersengih. "Lagipun... awaklah yang membuatkan saya bercakap banyak sangat tadi. Sebenarnya, saya orang yang senyap, saya lebih suka bercakap dengan penumbuk saya."

"..." Song Shuhang.

Awak orang yang senyap? Kalau awak orang yang senyap, akan ada orang yang senyap di dunia ini?

"Saya datang!" Nan Haomeng mendekati Song Shuhang dengan langkah menggelongsor, mengepalkan penumbuk kanannya dan ingin memberi tumbukan terus yang kuat dan berat.

Song Shuhang tidak berani memandang rendah terhadapnya. Dia baru mula Penubuhan Asasinya hari ini, oleh itu dia tidak akan mengambil ringan lelaki besar ini.

Apabila nampak Nan Haomeng inging menyerangnya dengan tumbukan terus, Song Shuhang memusing pergelangan tangannya dan melaksanakan Penumbuk Asas Nombor Tiga dengan lancar.

Dia memusing jarinya, membuatkan mereka berbentuk cakar, dan bergerak seperti naga menari.

Memusing jarinya dia memegang pergelangan tangan Nan Haomeng dengan teliti. Tangan Nan Haomeng dipegang dengan kuat dan tidak boleh bergerak walau setengah inci pun.

Nan Haomeng berasa sakit pada pergelangan tangannya. Jari pada pergelangan tangannya keras seperti penyepit besi keluli. Lelaki yang bersaiz seperti Song Shuhang merupakan orang yang boleh dibuang dengan hanya menggunakan satu tangannya sahaja. Dia bergelut dengan kuat beberapa kali, tetapi jari Song Shuhang masih kaku seperti bukit.

Pada masa ini, Song Shuhang mengerut dahinya sedikit—terlalu lemah!

Lelaki ini memang terlalu lemah.

Walaupun dia bersaiz besar, dan tumbukannya kelihatan seperti sangat berkuasa, kekuatan penumbuknya membuatkannya berasa seperti dia sedang memegang penumbuk budak kecil.