Dalam perjalanan, Zhao Yaya tiba-tiba bertanya, "Shuhang, dua lelaki tadi kan… saya tak pernah berjumpa dengan mereka apabila saya menghantar awak ke Bandar Kolej semasa permulaan semester, bukan? Macam mana mereka kenal saya?"
Song Shuhang mengelip matanya. "Hahaha, saya rasa mereka telah mendengar tentang awak daripada Tubo dan budak lain dan memperolehi gambar awak melalui cara tertentu?"
"Awak tipu, terlalu buat-buat." Zhao Yaya mendengus. "Daripada ekspresi mereka dan cara mereka bercakap, mereka seharusnya telah berjumpa dengan 'kakak' awak kebelakangan ini. Dan bila awak memperkenalkan saya tadi, lelaki yang satu lagi memang kelihatan terkejut. Oleh itu… beritahu saya perkara yang sebenar. 'Kakak' yang mereka merujuk tu, teman wanita awak ke? Adakah awak berasa segan untuk memperkenalkan kami kerana dia lebih tua daripada awak?"
Kak Zhao masih begitu adil dan amanah. Selalu bertindak seperti detektif dan mendedahkan penipuan Song Shuhang tanpa belas kasihan.
"Tak mungkin. Dia bukan teman wanita saya. Percayalah saya." Song Shuhang menjawab dengan segera dan serius.
"Hmm, inilah kebenaran. Tetapi… awak memang ada 'kakak' yang telah menemani awak semasa meninggalkan asrama lelaki tak lama sebelum ni?" Zhao Yaya menajamkan mata. "Macam mana dengan dia, pernahkah awak berfikir tentang kemungkinan untuk menjadi lebih dari kawan? Percintaan di antara perempuan yang lebih tua dan lelaki yang lebih muda kelihatan seperti perkara yang bagus kebelakangan ini. Lagipun, jika awak berkahwin, perempuan yang lebih tua sedikit akan tahu macam mana untuk menjaga awak; saya tidak rasa mak cik dan pak cik akan membantah.
'Celaka, senangnya dia mendapat tahu kebenarannya—Song Shuhang sangat kecewa—lagipun, kenapa teman wanita dikaitkan dengan perkahwinan? Kenapa pelajar kolej lelaki tidak boleh ada hubungan persahabatan sahaja dengan seorang gadis? Perlukah ia dikaitkan dengan topik yang begitu serius seperti perkahwinan?'
"Saya takkan mengejek awak lagi, cuma, awak mesti memaklumkan saya sekiranya awak mendapat teman wanita. Saya pergi dulu." Zhao Yaya menepuk Shuhang dengan kuat, dan cepat mendapatkan teksi sebelum beredar dengan senyuman lebar.
Song Shuhang melambaikan tangan dan berasa lega dalam hati.
Dia betul-betul tidak dapat berbohong di depan Zhao Yaya sebab dia terlalu mengenalinya, dan senang untuk mendedahkan pembohongannya.
Nasib baik, dia tidak terfikir tentang apa-apa yang berkaitan dengan 'pertapaan' dan dia sendiri… Betul, lagipun, bagi orang biasa, 'pertapaan' hanyalah hasil imaginasi. Dalam senario normal, tiada sesiapa yang akan mengaitkan realiti dengan pertapaan.
Akhirnya, sebelum dia boleh memberitahu kebenaran tentang 'pertapaan' kepadanya, dia perlu menyimpan rahsianya dengan baik dan jangan membiarkan dia mendapat tahu apa-apa supaya malapetaka tidak akan melanda dia dan keluarganya.
Song Shuhang berfikir secara dalaman.
Pertapa Bebas Sungai Utara baru memberi amaran kepadanya. Dia memang tidak berani untuk mempermainkan nyawa saudara-maranya.
Berfikir sampai sini, dia sekali lagi mengingat orang yang telah menyiasatnya secara sulit.
Walaupun dia tidak sanggup mencederakan orang lain, dia tidak boleh kekurangan hati yang berwaspada terhadap orang lain.
❄️❄️❄️
Petang, 6pm. Dalam apartmen sewaan Yangde.
Apabila Song Shuhang telah bergegas ke sana, Lin Tubo dan Gao Moumou sudah menjadi mabuk dan mereka sedang berpelukan. Gao Moumou akan menangis sebentar sambil kelihatan seperti dia terluka dengan dalam.
Lin Tubo pula memeluknya dan memujuknya dengan kuat dan menepuk dadanya, menjaminkan dia tentang sesuatu.
Kedua-dua mereka sepatutnya sedang bercakap bahasa Cina tetapi Shuhang tidak dapat memahami satu pun perkataan. Siapalah yang tahu bagaimana dua pemabuk ini sedang berkomunikasi antara satu sama lain?
Li Yangde bersenyum dengan rasa pahit dan selepas membuka pintu untuk Shuhang, dia bertanya, "Shuhang, awak tahukah apa yang telah berlaku kepada si Gao Moumou? Bila dia sampai, dia kelihatan seperti lebih mati daripada hidup dan telah menarik Tubo untuk minum bersama-sama. Selepas minum untuk seketika, dia mula melolong, dan berkata 'dia dah dicemari', 'tak bersih', 'tak mau hidup lagi'… kata-kata yang tak dapat difahami. Sebenarnya… untuk seorang lelaki sepertinya yang asyik meraung yang dia telah 'dicemari', memang membuatkan orang berasa takut."
"Secara kebetulannya, saya memang tahu tentang kejadian ini!" Song Shuhang ketawa.
Song Shuhang menjelaskan dengan teliti apa yang telah dilihatnya semasa di asrama, tetapi menyembunyikan apa yang telah disebutkan oleh Zhu Geyue tentang orang yang sedang menyiasatnya. Song Shuhang tidak mahu tiga rakan sebiliknya ditarik ke dalam situasi yang bahaya disebabkannya.
Apabila Li Yangde mendengar kisah yang sepenuhnya, wajahnya mendedahkan ekspresi yang tidak tahu sama ada hendak ketawa atau menangis.
"Bercakap tentang Zhu Geyue, saya mempunyai pandangan tentangnya. Dia sepatutnya ahli tulang belakang jabatan berita kolej kita. Manakala jantina, dia sepatutnya perempuan?" Li Yangde mengurut dagunya semasa berfikir. Sebelum ini disebabkan dia 'perlu' maklumat, dia telah menggodam jabatan berita kolej, dan oleh itu mengetahui beberapa ahli mereka yang penting.
"Tapi, masa tu saya ada tanya Gao Moumou jika pihak lain ialah lelaki. Akhirnya, budak ni mendedahkan ekspresi pelik dan menggelengkan kepala dengan sedih. Selepas itu, saya tanya adakah dia perempuan? Ekspresinya lagi teruk, tapi akhirnya menggelengkan kepalanya dengan sedih. Sekali lagi, saya tanya jika dia merupakan transeksual atau dwiseksual, tapi dia nangis dan memberitahu saya kedua-dua pun bukan dan saya tidak akan faham." Song Shuhang berkata.
"Kalau macam tu hanya tinggal satu lagi kemungkinan… adakah pihak lain merupakan 'transgender'?" Li Yangde meneka.
"Dengan penjelasan awak, nampaknya hanya tinggal kemungkinan ni?" Song Shuhang mengangguk kepalanya, dan mereka sekali lagi memandang Gao Moumou. Perasaan kasihan kelihatan dalam mata mereka.
Yangde mencadangkan, "Mari kita mabukkan Si Gao malam ni?"
Song Shuhang mengangguk, "Setuju."
Pada mulanya, rakan sebiliknya sebenarnya ingin keluar untuk makan. Tetapi, wajah Gao Moumou yang bukan mati atau hidup akan menjadi seperti pameran jika mereka membawa dia keluar. Oleh itu, Li Yangde dengan bijak telah memanggil makanan penghantaran dengan arak sekali.
Tubo dan Gao Moumou cuma minum dan tidak banyak makan. Sekarang, mereka berdua sudah mabuk, masing-masing hampir menjadi seperti mayat.
Song Shuhang dan Li Yangde duduk dan menikmati makanan malam yang mewah mereka dengan gembira.
"Oh ya, Yangde. Kolej kita akan mengadakan acara sukan ke? Kenapa saya tak tau tentangnya?" Song Shuhang bertanya.
"Memanglah awak tak tau… sebab kelas kita hanya dimaklumkan pada waktu petang. Masa tu, awak dah ditarik pergi oleh kawan ganjil awak." Bercakap sampai situ, Li Yangde mendedahkan senyuman yang bermisteri. "Oh, Shuhang, semasa awak tiada dalam kelas petang tadi, rakan sekelas perempuan kita yang dipanggil Lu Fei sengaja datang untuk bertanya tentang situasi awak."
"Ha?" Song Shuhang tercengang-cengang dan untuk seketika tidak tahu macam mana untuk menjawab.
Cik Lu Fei itu, dia hanya tahu bahawa dia telah berpindah tempat untuk duduk dekat dengannya untuk beberapa kelas? Lagipun, dia tidak pernah bercakap satu ayat pun dengannya, macam mana Song Shuhang sepatutnya menjawab?
"Hehe." Li Yangde ketawa dan bercakap lagi. "Dan juga… terdapat insiden yang menarik semasa pendaftaran acara sukan. Biar saya menjelaskan kesemuanya dengan teliti—dengar kata terdapat acara larian lima ribu meter lelaki, jenis acara yang akan sangat memenatkan. Tiada sesiapa pun dalam kelas kita yang sanggup menyertainya, oleh itu, akhirnya semua orang cuba untuk menolak-nolaknya, dan akhiranya, tugas ini diberi kepada orang yang telah meminta cuti dan tidak hadir dalam kelas. Biar saya beri satu petunjuk, nama keluarga orang itu ialah Song."
"Boleh saya menyumpah seranah?" Song Shuhang berasa seperti vena yang mengembang di dahinya hampir hendak memecah. Celaka, lima ribu meter, tolonglah. Orang boleh mati semasa berlari, bukan?
Nasibnya memang sangat malang!
'Eh, tunggu sekejap.' Otaknya tidak mampu berputar dengan cepat. Kalau dua hari sebelum ini, dia memang mungkin mati semasa berlari. Tetapi, kalau dia berlari sekarang… cuma lima ribu meter, dia mungkin masih hidup bukan?
"Jangan menyumpah seranah, tak ada gunanya. Nama peserta acara sukan dah dihantar ke atas. Pada 7 Jun, awak hanya perlu ikut dan lari lima ribu meter tu. Pada masa tu, meskipun awak tak sanggup pergi, ada orang yang akan mengangkat awak ke sana. Selamat Berjaya, kalau awak berjaya mendapat tempat pertama, awak akan mendapat kredit kursus tambahan!" Li Yangde senyum dengan licik.
"Baiklah, ia hanya lima ribu meter. Kredit kursus tambahan ni, Song Shuhang ni pasti akan mendapatnya." Song Shuhang menunjukkan wajah yang berani.
"Itulah semangatnya, cheers!" Li Yangde meninggikan cawannya.
"Cheers!" tiba-tiba, Lin Tubo yang mabuk ketawa dan meninggikan cawannya. Memandang matanya yang terang, dia tidak kelihatan seperti mabuk?
Kejadah apa ini, budak ini cuma sedang memujuk Gao Moumou?
Gao Moumou yang kasihan sedang mabuk buta di lantai. Siapalah yang tahu bila dia menjadi mabuk dan berapa banyak rahsia telah didedahkan kepada penjahat ini, Tubo.
Song Shuhang meninggikan cawannya dan ketawa. "Cheers!"
Tidak kira untuk Zhao Yaya atau tiga budak jahat ini, dia mesti bersedia dengan baik.